Tuesday, 21 December 2010

Taman Negara : Gajah & Night Jungle Walk

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan letaknya tidak jauh dari Deer Land di Lancang, Pahang. Bagi anak-anak tempat ini sungguh menarik kerana mereka berpeluang menunggang gajah. Sepatutnya ada acara mandi dengan gajah, tapi dibatalkan kerana hujan dan air sungai agak dalam.



hujan...gajah suka hujan..


Sepatutnya anak-anak boleh menunggang gajah sambil berendam dalam sungai ini.



Gajah membuat persembahan...omputeh ramai , tapi yang tak putih pun ramai juga.


Berpeluang memberi makan gajah.





menunggang gajah...excited.


Adik dan Aqi


Yol dan Irfan


Gigi gajah
.


Info : Selain dari gading (taring) gajah hanya mempunyai gigi geraham besar di belakang mulutnya. Gajah akan mengalami 6 kali penggantian gigi di sepanjang hidupnya.

Bangkai gajah



Kami tiba di resort kami dah agak petang. Berehat dan makan malam sebelum mengikuti acara Night Jungle Walk .
.


Resort


Atas bukit dan bertangga-tangga.



Pemandangan di siang hari



Pemandangan yang sama di malam hari.

.

Kami menaiki bot dari sini menuju ke seberang yang hanya mengambil masa kurang dari 10 minit. Guide kami malam itu adalah Jai...nama penuh lupa.

Bagi yang tidak pernah melihat serangga...mungkin seronok dengan pengalaman ini.

Rama- rama besar dan bewarna putih.


Labah-labah besar.


Kemudian kami menuju ke Observation Tower. Nasib kami baik, dari tower ini kami dapat melihat lebih kurang 5 ekor rusa sedang minum di tengah padang. Menurut Jai di tengah padang itu terdapat salt lake kecil tempat rusa-rusa ini minum.


Berpeluh jugalah berjalan malam tu, walaupun hujan renyai-renyai. Dalam perjalanan pulang jumpa pula kinzir hutan.

salah satu kinzir...sebenarnya banyak.


Selepas itu kami pulang ke resort untuk berehat dan tidur.







8 comments:

  1. Saya pun dah pergi national park ni 2 tahun lepas...stay kat rainforest...best gak..
    suka masa naik boat panjang tu....air sungainya sejuk giler

    ReplyDelete
  2. Salam kak,

    saya inginnak naik gajah. tapi takutt sangattt...

    ReplyDelete
  3. Leez..
    bestkan naik boat panjang tu..


    Yan
    akak tak naik..hihi takut gajah tu sengsara menanggung berat..:)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..

    wah..nice blog..enjoy gi melancong, jauh berjalan luas pandangan yeek..moga ceria2 dengan insan2 tersayang..ameen

    ReplyDelete
  5. Sal
    Waalaikumussalam
    Thank sudi singgah.
    Amin .

    ReplyDelete
  6. bestnya mesti seronok anak2 sebab cuti sekolah ni terisi dengan percutian yang best2... :)

    ReplyDelete
  7. Pertama kali saya pergi tahun 1995. lama dah tu...


    atas sikit dari Tmn Negara ni kampung mak mertua. tempat lahir suami. tapi sekarang dah jadi kampung terbiar.



    Kak, di ofis tak boleh buka blog akak lah... error message keluar.. dua-tiga kali saya cuba.

    ReplyDelete
  8. Lady
    anak2 enjoy sakan le
    maknya yg sakit2 badan :)

    Rin
    bestnya kalau ada kg kat sana..masih fresh udaranya kan.

    kenapa jd mcm tu ye? blog akak ada masalah atau apa ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...