Friday, 10 December 2010

Turkey : Ayasofya

Ayasofya atau Hagia Sophia yang bermaksud "Holy Wisdom". Dulunya adalah sebuah gereja dan ditukarkan kepada masjid di zaman kegemilangan kerajaan Ottaman dan pada tahun 1934 di tukar menjadi sebuah muzium hinggalah sekarang.

Kedudukannya adalah bertentangan dan berhampiran dengan Masjid biru. Warnanya merah muda dan ada empat menara!
Senibinanya berasaskan senibina Byzantine 900 tahun sebelum kedatangan kerajaan Ottaman. Nama gereja Ayasofya tidak ditukar setelah ditukar menjadi masjid kerana menghormati bangunan hebat ini.








Lukisan ( dari mosaic ) pada Imperial Gate. Emperor Leo VI prostrated at the feet of Jesus Christ.
.

Seperti namanya yang tidak diubah, begitu juga dengan lukisan di dalam Ayasofya. Lukisan kristian masih dikekalkan.

.


Kubah yang sangat besar dan tinggi...

~
Apabila masuk dalam masjid/ maseum ini, aku kagum...wauuu!!! Megah sungguh bangunan ini. Kagum , pada zaman tersebut sudah ada bangunan sehebat ini.
~

~

Patutlah ia menjadi rebutan. Aku ada membaca buku tentang Sultan Muhammad Al Fateh (tulisan Abdul Latip Talib).

.

Nabi Muhammad bersabda :

"Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik"
.

Napoleon Bonapart berkata:

"kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Konstantinopel lah yang paling layak menjadi ibu negaranya"




Salah satu lukisan Seraphim ( angle ) .Ada empat Seraphim.



Calligraphic pada era Ottoman.




Gambar lukisan yang di buat dari mosaic




Tingginya bangunan ini, tersergam indah. Hebatnya orang pada zaman itu.



Ada lukisan di atas siling yang menggambarkan Virgin Mary dan Child Christ.

Dan terlihat juga calligraphic Islam.




Setelah itu kami makan lagi di restoran ini...mestilah ada roti.




Nasi dan daging.



Inilah buku tentang Sultan Muhammad Al Fateh yang hebat itu.

Mampu menakluk Konstantinopel.

~
~
~
~



6 comments:

  1. cantik kan.. walaupon dah berabad lamanya masih tersergam indah.. mmg hebat...

    nasi + daging tue sedap x kak?? nmpk menarik la mcm dkt india palace...

    ReplyDelete
  2. nureen
    waktu tu udara sejuk...laparr je. Semua jadi sedap :)

    ReplyDelete
  3. wah unik masjid ni.. berdekatan dengan masjid biru ye kak.. walaupun dah lama tapi masih kukuh dan sangat cantik senibinanya kan..

    ReplyDelete
  4. lady
    betul tu..kukuh dan utuh..arkitek dia hebat!!bangunan ini direka tahan gempa bumi. Berdekatan dgn blue mosque dan Topkapi palace.

    ReplyDelete
  5. Tak terkata kak..

    memang cantik !

    pernah baca sejarah ni.

    ReplyDelete
  6. Rin,
    sejarah yg hebat..bestkan baca buku macamana tertakluknya kota Konstinapel ke tangan Sultan Muhammad.Hebat!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...