Monday, 13 December 2010

Turkey : Bosphorus Cruise













Cruise yang kami naiki




Hari terakhir kami di Istanbul, kami dibawa menaiki Bosphorus Cruise yang merupakan optional tour ( USD 60 per orang). Cuaca agak sejuk kerana hujan dari pagi.







Ortakoy Mosque dan di belakangnya adalah Bosphorus Bridge.






Kami melewati Ortakoy Mosque dan Bosphorus Bridge. Walaupun udara sejuk hingga mengigil tapi kami tetap bersemangat untuk snap picture sebanyak mungkin. Ini kerana pemandangan di sini sungguh cantik dan menarik. Sayang hari mendung dan hujan..banyak picture yang tidak terang.




Istana Dolmabahce



Berlatarbelakangkan Ortakoy Mosque




Kesejukan



Ini pula kapal Savarona yang terkenal itu.

Savarona adalah private yacht yang ke-4 terbesar di dunia. Di bina pada tahun 1931. Atartuk loved this yacht very much but unfortunately he could enjoy his only for six weeks before his death on November 10th of the same year.





SAVARONA



Sebahagian dari Rumeli Fotress yang di bina oleh Mehmet The Conqueror. (Sultan Muhammad al Fateh). Mengikut cerita Fort ini dibina dalam masa 4 bulan aje untuk melindungi Istanbul dari serangan musuh.





Rumah-rumah mewah yang berharga jutaan USD...fuhh



Air laut yang berlainan warna...ada banyak burung








Rumah idaman...ehmmm (ayat melampau...hahahaha)



Setelah itu kami makan-makan di restoran sekitar Masjid Ortakoy.


Makanan special disini adalah baked potato. Kentangnya sangat besar...sebesar penumbuk...oppss lebih besar lagi.....sebesar mangkuk.




Kentang yang sudah siap untuk dimakan. Yummy...yummy!!


Boleh pilih nak campur apa...kami campur cheese dan jagung....hmmmm sangat sedap!!




Oven kentang



Kopi turki...sungguh kaw (black coffee)



Nice stall


Kreatif


Ortakoy mosque dan Bosphorus Bridge dari daratan



Burung merpati






Seterusnya kami menuju ke airport untuk berangkat balik ke KL.






Sepanjang jalan banyak benteng-benteng lama.


Airport Istanbul.




Bye...bye Turki


I love Turkey and miss Turkish food very much.


Kalau di beri peluang ingin mengunjungi Istanbul dan Cappadocia lagi.




Kesimpulan;


@Sangat berpuas hati dengan percutian kali ini


@Orang Turki baik dan berbudi bahasa.


@ Makanan yang menarik hati


@Pemandangan yang cantik


@Lebih mengenal sejarah Islam di Turki


@Lebih berhati-hati di masa depan agar tidak tertinggal handbag ...hihi







Bukti telah memasuki Turki.


BYE BYE






12 comments:

  1. bestnye kak... akak amik package ke?

    ReplyDelete
  2. huiyai kak ..

    kentang macam tu besar ! memang puas makanlah kak..


    saya tumpang seronok lah kak. takde gambar2 akak kat sini, tak tau macam mana rupa sebenar turki walaupun tak semua ada.

    ReplyDelete
  3. Laut yang berlainan warna airnya tu adalah pertembungan air masin dan air tawar kan kak..

    ReplyDelete
  4. kak, saya ada singgah tempat yg akak makan potato tu. Tp sy tak nampak pun kedai makan tu.
    Kami hanya beli belah kat pasar pagi situ.

    turkey best kan... i miss the food too.

    ReplyDelete
  5. Bai
    akak ambil autumn package..murah sikit :)



    Rin
    kentangnya besar sangat, 4x kentang kat sini..kami kongsi bertiga.
    Akak ada le Rin, cuba tengok betul2..yg pakai baju merah tu...hihihi


    Yan
    ya..cantikkan :)


    Leez
    kat area situ..banyak sgt kedai mkn..kat dalam2 tu. Cuma yg tak bestnya hujan tak stop2.

    ReplyDelete
  6. cop kat pasport tu yang paling mahal kan kak hehe.. satu pengalaman yang sangat berharga.. wah biar betik, besar bebenor kentang tu nak sama besar dengan pinggan dah hehe

    ReplyDelete
  7. Lady
    hehehe...cop pun boleh buat kenang2an jugakan..
    kentang tu besaaarrrr sgt :)

    ReplyDelete
  8. akak boleh kasi tahu macam mana package tu?

    ReplyDelete
  9. errr... Kak Kasih,


    maksud saya kalau takde gambar2 yg akak snap kat Turki ni.. takdelah saya dapat tengok..

    hehehe..

    ReplyDelete
  10. Rin
    hehehe oh sorry ..akak ingat rin tak nampak akak yg besar ni...hhihi

    ReplyDelete
  11. Bai
    Cuba bai cari di web POTO travel
    akak pergi dgn travel ni

    ReplyDelete
  12. Kasihredha..insyaallah..kalau tiada aral melintang..nekcik akan berangkat ke turkey dan seterusnya umrah 15/2 ni..doakn nekcik sihat ye.. nekcik mmg teringin sngat..mungkin taklah bnyak masa 3mlm sahaja..nekcik dah mnyinggah rumah kasih..cari tips..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...