Wednesday, 1 December 2010

Turkey; Cappadocia





Cappadocia..Cappadocia....The Land of the Beautiful Horse itu maknanya. Bumi yang menakjubkan, ciptaan Allah. Di Cappadocia kami tinggal selama dua hari sebab itulah banyak picture yang telah di snap disini. Selepas kembali ke hotel dari hot air ballon, kami meneruskan perjalanan ke Ground City of Kaymakli. Kami di beri penerangan sebelum memasuki tempat ini. Our tour guide, Mr Bulent sahiner melarang orang-orang yang mempunyai back pain atau masalah takut pada gelap atau sempit. Huhuhuhu...macamana?? my back pain...aku mulai risau. Ayooo...Tapi setelah aku lihat ramai makcik pun masuk , aku pun nekad masuk juga. Alhamdulillah aku ok...cuma tercungap-cungap saja lah.

.
Salah satu lorong yang kami lalu, terpaksa membongkok.




Mr Bulent sedang menerangkan sejarah Kaymakli




Tercungap-cungap....sebab kami melalui lorong yang sempit dan gelap. Ada setengah lorong tu kena membongkok . Kalau dah masuk tidak boleh berpatah balik.

Sewaktu Mr. Bulent menerangkan sejarah tempat ini, aku tidak dapat focus sepenuhnya kerana sesak nafas ( akibat kurang exercise)




Lebih kurang begini penjelasannya...zaman dulu tempat ini adalah sekolah dan gereja. Tempat ini juga digunakan sebagai tempat persembunyian waktu perang.

Tempat ini sungguh besar dan bertingkat-tingkat...beribu orang dapat tinggal disini.
Ada dapur, stor tempat makanan, banyak bilik kecil dan ventilasinya sungguh hebat juga.
Suhu di dalam sini juga stabil. Tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.

Di Cappadocia juga banyak stor bawah tanah untuk menyimpan oren yang belum ranum. Bila di letak dalam stor bawah tanah oren itu akan lebih juicy.

Ini dulunya tempat mereka letak rempah untuk memasak.


Kawasan dapur terlihat hitam bekas asap.


Selepas dari tempat ni...kami menuju pula ke kedai carpet.
Di Kaymakli, tour guide kami cakap kalau nak beli barang-barang disini
agak mahal sikit. Tapi aku beli juga...hihihi ...degil.


Dalam perjalanan ke tempat carpet tu...ada kebun epal. Tour guide kami (sporting sungguh)...menyuruh driver (Mr Said) stopkan bas di tepi jalan. Semata-mata nak tengok pokok epal. Agaknya dia tahu yang melayu ini tidak pernah tengok pokok epal...hihihi


pokok epal


Nama kedai carpet ini Ancyra Cappadocia Carpet


This man, Bahasa Inggeris sungguh baik.
menerangkan cara-cara benang sutera di warnakan...


Demo cara-cara menghasilkan benang sutera


handmade carpet...harganya mahal sesuai dengan mutunya.



Turkish Coffee dan apple tea di hidangkan buat kami.


Lihatlah carpet-carpet ini....terpesona.


Dari kedai carpet singgah sebentar di tempat ini...cantik tempat ni...batunya seperti orang memakai topi.
How short I am......huhuhuhu


Cute


banyak benda boleh di beli disini..murah pula. Mr. Bulent was right .. sini lebih murah dari Kaymakli .

Batu berbentuk unta


Restoran Uranos Sarikaya
Restoran ni pun underground juga...dalam tanah.
Cantik restoran ini. Kami lunch di sini

sup dulu...

spagetti

Lepas itu kami dihidangkan dengan nasi dan ayam...biasalah orang Melayu, kalau tak makan nasi tak boleh..


Pelita

Dapur yang bersih




Permandangan dari luar restoran


Selepas makan kami berhenti untuk solat di sebuah surau .Ada dua orang kanak-kanak perempuan ini menegur kami dengan sopan.

Kami agak dia baru balik dari sekolah. Mereka tidak tahu cakap bahasa inggeris . kami bercakap guna bahasa "ayam & itik" dan bahasa isyarat.

Lepas itu kami singgah di pigeon valley.
Di sini ada jual ice cream Turki.
MADO
Ice creamnya sungguh pekat & tak meleleh...best.


ice cream...ice cream

Ada juga gua-gua ini di ubahsuai menjadi hotel, tapi harga per night sangat mahal.


Hamam bath....abbbuuuuu.


Malamnya kami ikut show kebudayaan mereka. Tempat ini pun berada di bawah tanah.
Show ini pun tidak termasuk dalam pakej.
Kalau tidak salah USD 50 per orang.

Wherling Derwish
Tarian berpusing-pusing dalam tempoh yang lama.

Tarian ...menarik


Adat perkahwinan Turkish


Penonton di ajak menari bersama-sama


tarian

Besoknya kami check out dari hotel Dedeman
menuju ke pusat turquoise( masih di Cappadocia )




Kami di beri penerangan tentang turquoise....banding antara turquoise USA, China dan Turki.


turquoise
Aku belilah beberapa yang berkenan ...mr.husband telah berbaik hati ingin membayarnya.
Thank you Mr. Husband...hihihi..lain kali beli lah lagi.



Kedai ini bernama Hanem...Hanem itu nama turki ooo.
Dari sini kami menuju ke Ankara.



4 comments:

  1. Cantik-cantik sangat gambar yang akak ambik nih. enjoy lah tengok. pelita tu cantik kak.. tak songlap sebijik? hahahhahha

    ReplyDelete
  2. wahh kak unik betul hotel dalam batu tu kan.. lebih kurang macam church dengan rumah2 dalam batu macam in the last entry kan.. subhanallah memang unik betul..
    ehemm cantik nya turquoise ituuuu hehehe

    ReplyDelete
  3. mcm kenal ajer yg jurucakap carpet..
    mcm kenal ajer pompuan tenun carpet tu..
    heheheh...

    kak, sapa mr mahmud yg akak cakap tu?

    ReplyDelete
  4. Hann
    pelita tu sesuai untuk main bunga api di malam raya kan...hihihi


    Lady
    turquoise tu memang cantik2 :)


    Leez
    Sama je kan orangnya :)

    sorry leez sbelum ni akak ingat our tour guide sama org..Mr Bulent (kami panggil Mahmud) rupa2nya bila baca balik blog leez..tour guide leez dulu org berbeza, Mr atalia...I'm sorry.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...