Sunday, 5 December 2010

Turkey : Istanbul ( Blue Mosque)




Masjid Biru di kenali juga dengan Masjid Sultan Ahmet. Masjid ini dibangun sekitar tahun 1609, dan sudah berusia 400 tahun. Dibina oleh arkitek hebat, Sedefkar Mehmet Agha. Masjid ini memiliki 6 menara disekelilingnya. Dibina diatas sebuah bukit kecil, dan dapat dilihat sangat megah bila kapal-kapal berlayar di laut Marmara.
**


Konon, ketika Sultan Ahmet memerintahkan Mehmet Agha untuk membina masjid ini, Baginda Sultan ingin agar menara masjid dibuat dari emas. Emas dalam bahasa Turki adalah “altin”. Mehmet Alga salah faham . Beliau mengira Baginda Sultan ingin membina masjid dengan 6 menara. Kata enam dalam bahasa Turki adalah “alti” hampir sama dengan “altin”. Mehmet Agha ingat kepalanya akan dipancung oleh Sultan. Tapi sewaktu masjid siap dibina , malah sultan terpukau dengan desain 6 menara yang unik itu.
Tiang-tiang yang terbuat dari batu marmar di bawa dari pulau Marmara, dan disusun satu demi satu tanpa peralatan yang canggih. Tentu bukan pekerjaan yang mudah.



Ketika kami tiba di masjid ini hujan mulai renyai-renyai. Cuaca mulai sejuk. Keadaan mendung menyebabkan picture pun tidak terang.



Pemandangan dari dalam masjid




Kami sempat solat di masjid ini, Alhamdulillah.




Gembira kerana akhirnya dapat melihat sendiri masjid yang terkenal ini.
Cantik dan megah.




Kubah masjid



Interior masjid


Tour guide kami, Mr Bulent Sahiner sedang menerangkan sejarah masjid ini kepada kami.


Lampu yang cantik



Tile yang digunakan dalam masjid ini bewarna biru.



Sewaktu keluar dari masjid, hujan makin lebat menyebabkan kami tidak sempat nak snap picture lagi.
Kami menuju ke restoran untuk makan siang.




hujan dan kesejukan



lunch kami


Kuih ini rasanya macam kuih sugi


Kubu lama sepanjang jalan.


Kami menuju ke Spice Bazaar pula selepas ini...
tunggu next entry.





























11 comments:

  1. wah kak cantik betul masjid ni.. mesti terpaku bila tengok depan mata macam ni kan.. sejuk2 pekena makanan gitu mesti bukak selera.. :)

    ReplyDelete
  2. itulah rupanya masjid biru.

    dari segi bahasa; mereka fasih english ke kak ?

    ReplyDelete
  3. sy tak berkesempatan nak ambil pic berlatar belakangkan blue mosque kerana kesuntukan masa.
    Frust betul.

    ReplyDelete
  4. Salam kak..

    best nya jenjalan akak. Ada rezeki kalau saya ke sini, boleh refer tips akak n also the infos

    ReplyDelete
  5. Lady
    ye, asyik lapar je..hihihi


    Azrina
    kebanyakan tak tahu berbahasa inggeris, tp yg fasih..teramat2 fasih.

    Leez
    akak pulak terkilan sebab hujan, nasib baik sbelum masuk smpat snap beberapa keping...bila keluar dr masjid, hujan turun dgn lebatnya..suhu tak yah cakap le..sejukkk


    Yan
    Insya Allah boleh :)

    ReplyDelete
  6. Kak kasih..

    Sesungguhnya bukan setakat cantik di luar kan masjid biru tu, dalamnya lagi cantik.. Subhanallah..

    Sangat seronok dapat sama mebaca pengalaman akak nih.. nak sampai ke sana, tah bila lah agaknya..

    ReplyDelete
  7. Hann
    Insya Allah..semoga Hann ke sana suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  8. bestnya.... kak kat sana murah ke alquran?

    ReplyDelete
  9. By
    Akak tak sure..
    nak buat hantaran kahwin ke?

    ReplyDelete
  10. kasihredha..alhamdulilah..nekcik da selamat ziarah turki jordan dan umrah..memang cantik..cuma tak puas sbb kami hanya ada 3 mlm di istanbul..alhamdulilah andalusia bawak pergi tempat makan yang best best sepanjang lawatan..ikut nasihat kasih nekcik bli blah kat spice market..sampai grand bazaar tak bli dah sbb mahal...terima kasih for the tips..and nekcik dapat snow kat istanbul..syukor sangat sbb dapat rasa snow ..dah umur 53 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah nekcik dah selamat kembali.

      bestnya dapat menikmati snow di sana..rezeki nekcik :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...