Wednesday, 8 December 2010

Turkey; Topkapi Palace

Pagi-pagi kami sudah siap-siap untuk round Istanbul (Isketambola : filem P.Ramlee). Pagi yang sungguh sejuk kerana hujan dari malam. Nasib baik Malaysia panas, jika sejuk ..... malas nak pergi kerja. Tidak sure berapa darjah celcius ....sejuk sampai mengigil juga lah. Padahal banyak lemak...hihihi. Lemak tidak berfungsi waktu diperlukan.


Monument Egypt


Kami menuju ke Topkapi Palace. Hujan turun perlahan, makin lama makin heavy. Waktu ini baru ingat nak beli payung. Payung yang di beli macam glove doktor gigi (disposable) boleh terus buang. Not sure, payung yang tidak lasting atau angin kencang sangat. Baru dua jam pakai, payung itu sudah bengkok dan patah...hihihi. Suka dengar orang Turki sebut umbrella...UmbreLIA.


Dalam perjalan ke Topkapi palace kami melewati beberapa monument. Gambar di atas adalah salah satu monument. Tour guide kami explain mengenai monument ini dalam hujan . Tidak dapat memberi perhatian kerana kesejukan dan basah.


Pintu masuk ke Topkapi Palace

Topkapi Palace ini seumpama sebuah kompleks . Ada 4 courtyard utama yang berbeza fungsi
.Topkapi Palace merupakan sebuah pusat pemerintahan terkenal di zaman Kerajaan Islam Ottoman selama 400 tahun ( 1839-1860) .



Dibina di atas arahan Sultan Mehmet... Dan mula dilupakan tatkala pemerintahan Sultan Abdulmecid yang telah memindahkan kota pemerintahan mereka ke Istana baru mereka yang bernama "Dolmabahce Palace" terletak di Selat Bhosphorus.


Courtyard yang pertama : Jika kita melepasi "Imperial Gate", kita akan memasuki Courtyard yang pertama yang disebut "Courtyard of The Regiments". Terdapat taman yang indah, pondok pengawal, bakery , tempat menyimpan bahan bakar dan lain-lain lagi





Taman yang indah.

Tapi picture tidak begitu terang dan kabur.



Daun berguguran




Inilah dia pintu masuk menuju ke Topkapi Palace . Ia di panggil "Gate of Salution" atau dalam bahasa arabnya...Babus Salam . Kedudukannya adalah di Second Courtyard


Courtyard Kedua : Pintu masuknya adalah "Gate of Salution"ini. Dan bukan semua orang yang boleh masuk ke sini...cuma raja dan menteri sahaja. Di sini terdapat dapur Istana dana Imperial Council ( tempat meeting para pembesar)



Kalau ke Turki, kena sering pandang ke atas...sebab silingnya cantik.


Di sini lah di simpan barang-barang lama termasuk janggut dan pedang Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Di pamerkan juga baju dan sejadah puteri Rasulullah, Fatimah.

Tidak dibenarkan snap gambar dalam museum ini, pengawal perempuan yang bertugas di sini sangat garang, scaryyyy...



Di sini adalah sebahagian dari tempat tinggal para tukang masak yang suatu masa dahulu pernah menyediakan makanan kepada lebih daripada 10,000 orang kepada penghuni yang tinggal di sini..

Courtyard ketiga : Pintu masuknya adalah melalui Gate of Felicity. Menempatkan barangan peninggalan sultan seperti pakaiannya (baju semua besar), pinggan mangkuk, sudu garfu dan lain-lain lagi.


Courtyard keempat : Menempatkan Imperial Sofa yang terdiri dari pavilion, kiosks, garden dan teracce. tempat privasi sultan bersama keluarganya. Mengadap ke laut Bhosphorus.





The Grand Pavilion





Tempat wuduk.





9 comments:

  1. cantiknya topkapi ni kak.. wah baca pengalaman akak ni rasa macam lady pun ikut sekali ke turkey.. best betul..

    ReplyDelete
  2. dalam museum tu tak boleh snap photo ke kak?

    ReplyDelete
  3. so bila ummi nak dtng mesir lak...?? dah sejuk dah ni.. :)

    ReplyDelete
  4. best nyer turkey.. mesir bila umi nak dtng lak??

    ReplyDelete
  5. Lady
    pergi le...best & berbaloi.

    Azrina
    tak boleh..makcik2 pengawal tu garang2 semuanya

    Shafwan
    sabar--sabar...tenang2
    padahal tak sabar ni..hihi

    ReplyDelete
  6. Bestnye akak.. bile lah liza nak berkesempatan..

    ReplyDelete
  7. Liza
    Insya Allah..nanti boleh pergi

    ReplyDelete
  8. Hari tu macam ada nampak gambar akak posing dengan payung tu. Pi mana dah gambaq tu? tak dan nak belek.. :))

    ReplyDelete
  9. Hann
    hehehe...unk tatapan seketika saja.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...