Thursday, 29 July 2010

Percutian ke Tokyo part 3

Pada hari ke-3 kami di Tokyo (1.3.2010)
kami ke Hakone.Menurut Along kalau cuaca baik, kami akan dapat melihat Gunung Fuji dari Hakone.

Gunung Fuji dipercayai terbentuk sekitar 10.000 tahun yang lalu.Ianya gunung berapi yang kini masih aktif. walaupun memiliki kemungkinan letusan yang rendah,Gunung ini kali terakhir meletus pada tahun 1707.

Kami menuju ke station Shinjuku. Station shinjuku ni sangatlah sibuknya.Terlalu ramai orang..kebetulan hari kerja.



Situasi di Station Shinjuku yg sungguh sibuk.



Dari Shinjuku kami menuju Odawara menaiki train. Sepanjang perjalanan ke Odawara..berpeluang melihat rumah2 orang Jepun di pinggir kota Tokyo. Semuanya bersih dan tersusun.






dua gambar di atas di ambil dari atas train yg menuju Odawara.


Tiba di Odawara kami menaiki bas pula menuju Tasik Ashi di Hakone.Sepanjang perjalanan ke Hakone..pemandangan sungguh indah. Kiri kanan pergunungan dan udaranya masih segar.






Sepanjang perjalanan ke Hakone.










    



Tiba di Tasik Ashi Hakone.






Di belakang tu Hakone sightseeing Cruise
yang bertemakan pirate boats...
terasa macam di filem
Pirate of the Carribbean
pulak...
Siapa yg jadi Jack??





Disini kami menaiki Cruise di Tasik Ashi .
Melihat keindahan sekeliling....wau!!


Inn dan Kak Ma

Di atas cruise ni angin sangat kuat...terasa macam tudung pun
nak tercabut..ditiup angin yg sejuk itu.


Dalam cruise.




Cuaca kurang terang..so Gunung Fuji tak kelihatan

Tiba di seberang tasik.


jagung bakar yg sangat manis..fuhhh




Kat sini kami beli jagung dan sotong bakar.
jagungnya sangat lezat dan manis..
masih terkenang2 lagi keenakan jagung kat sini.




Bergambar kat pokok maple yg dah berusia 400 tahun.




Selepas tu kami menaiki bas ke Odawara.
Di Odawara menaiki train ke Shinjuku.
Seterusnya kami ke pusat elektronik di Tokyo.
Akihabara nama tempat ni
Macam2 ada kat sini.
Cuma gambarnya saja yg tak de..mungkin terdelete..huhuhu
Balik ke hotel berempat..sebab along dah kena
lapordiri besok.
Alhamdulillah sampai juga ke hotel..




berehat dan tidur...
Sambungan hari ke 4...
tunggu ye.



Tuesday, 27 July 2010

Percutian ke Tokyo part 1







Pada 26.2.2010 aku telah sampai ke Tokyo

Rasa macam tak percaya je.
Sebab rencana nak ke Jepun ni
secara tak di rancang.
Abang Long, anak buahku
ada kerja kat sana...selama seminggu.
so dia ajak le kami join sama.
Kami bertolak pukul 9am & transit di K.Kinabalu
selama sejam.
Tiba di Narita Airport pukul 6 pm.
Waktu di sana lebih cepat sejam dari Malaysia.
Kami terus menuju ke Hotel menaiki bas & taksi.



Kami tinggal di kawasan Ikebukuro & nama hotel kami
Ikebukuro Royal Hotel.
Tiba di hotel kami dah kepenatan.
Lepas makan kami terus tidur.
Makanan kami bawa dari Malaysia.
Kak Ma bawa daging dendeng & roti.
Biasalah mee segera pasti ada.



Inn sedang membeli tiket


Ini tempat kami beli tiket.
Besoknya 27.2.2010
kami memulakan penjelajahan kami
Sepanjang kami di sini kami
banyak menggunakan Metro train.
Train di sini sangat effective...kita dapat
menuju kemana saja melalui metro train ini.
Rasa2nya ada beratus2 station di Tokyo ni.
Kebanyakan org di sini lebih suka menggunakan public transport.
Station nya sangat besar..biasanya berada di bawah tanah dan
bertingkat2 pula di bawah tanah sana..untung ada Abang Long
yang pernah belajar di Jepun.
Kalau tak kami sure sesat punya. Nak beli tiketpun
kami tak tahu...sebab semua
menggunakan mesin.
Dan org2 di sini kebanyakan tak tahu berbahasa Inggeris.

Kak Ma , Inn dan Along


Along tengah membeli tiket train.
Lihatlah kat atas tu..tu salah satu line train.
Banyak station.
Di setiap dinding & tiang ada peta petunjuk arah
Yang menarik perhatian ku bila berada dalam metrotrain ni
selain suka melihat org2 Jepun yg cantik2 adalah
aktiviti mereka ketika di dalam train.
Ada 3 perkara yg mereka sering lakukan iaitu membaca,
menekan2 /main HP dan tidur.
Kagum aku lihat mereka berjalan sangat laju
mungkin sebab sejuk atau mereka
mengejar masa unk naik train.
Dinding hasil karya seni di Station Asakusa.
Kopi panas ni lah yg selalu aku beli di Tokyo.
Selain unk memanaskan badan...sesuai juga unk memanaskan tangan
yang kesejukan





ini permandangan dari luar Asakusa.
Terdapat deretan kedai sourviner.
Harga sourviner kat sini mahal kalau di tukar ke ringgit.
Harga sourviner yg paling murah pun lebih kurang RM 14.
Keychain & magnet jadi tarikan ku.
Tapi menurut Along di Asakusa antara tempat
yang murah berbanding tempat2 yg lain.
Harga di Asakusa ni lebih kurang sama harga di Narita Airport.
1oo yen = RM 3.50
harga sekeping magnet sekitar 35o - 400 yen.
harga setin air kopi adalah 350yen = RM 12
kalau kat Malaysia dah dapat 8 tin air kopi..hehehe

bersama kak ma

Kuil Asakusa Kannon ( Asakusa Kannon Temple )
Adalah kuil yang tertua di Tokyo.
Di bina sekitar tahun 645.
Tempat ni selain menjadi tempat beribadat mereka,
juga merupakan tempat tarikan pelancung dari dalam & luar negeri.


Setiap souviner di bungkus dalam sampul souviner


Dari Asakusa kami menaiki train lagi menuju
Ginza.



Hartanah di Ginza adalah diantara yang paling eksklusif di Jepun
dimana 1 meter persegi tanahnya bernilai lebih daripada USD 100,000..
fuhh mahalnya.

Inn & kak ma di Ginza

Berjalan2 di Ginza tiba2 ada yg memberi salam.
Rupa2nya ada org Malaysia yg kerja kedutaan.
Selepas tu kami ke restoran Malaysia
di sekitar Ginza ni.


Di station Ginza

Kami makan nasi goreng & teh tarik di Restoran Malaysia ni.
Di belakang kami tu ada pelajar2 kita kat sana
sedang meeting.


Inn sebagai bendahari.


Dalam perjalanan ke Tokyo tower
kami terlihat ada beberapa pokok sakura yang
dah berbunga.
Kebanyakannya belum berbunga..hanya ranting saja.
Apa lagi...snap..snap...snap & snap.
Suhu waktu ni sekitar 5-6 darjah celcius.
Sejuk sangat.





Bunga Sakura atau Cherry Blossom dalam bahasa Inggeris
ialah nama yang merujuk kepada pokok-pokok hiasan ceri
dalam bahasa Jepun, Prunus serrulata, serta kelopak-kelopak mereka.
Buah ceri (dikenali sebagai sakuranbo)
muncul daripada sebuah spesies pokok yang berbeza.
Selain itu, Sakura juga merupakan nama yang
seringkali digunakan masyarakat Jepun.


Tokyo tower terletak di Taman Shiba.
Tinggi lebih kurang 333m (332,6 m ukuran tepatnya)
Siap di bina sekitar tahun 1958.
Kita baru saja merdeka..mereka dah ada tower ni...hebat!
Berdasarkan peraturan keselamatan penerbangan,
menara ini dicat dengan warna orange internasional
dengan warna putih di beberapa tempat.
Bangunan sekelilingnya lebih rendah,
sehingga Menara Tokyo boleh dilihat
dari berbagai lokasi di pusat kota.
Tokyo Tower terkenal sebagai simbol kota Tokyo
dan objek perlancongan.
Sebenarnya fungsinya sebagai menara
pemancar TV analog (UHF/VHF), TV lokal digital, dan radio FM.




Tokyo Tower di waktu malam.



pemandangan dari Tokyo Tower.



Hari pertama..berakhir dengan jayanya.
Kaki sakit2 tapi happy.
Ada sambungannya unk hari ke 2 pula...
tungguuu...

Monday, 26 July 2010

Sarawak Part 4 ~ Makan-makan



Mee goreng ni kami makan di restoran Sibu.Nama dia mee kolok.
Nama restoran ni..Restoran Rafie.
Restoran ni agak popular juga lah.
Sebab ramai artis yg datang kat sini.
Buktinya terpampanglah gambar2 artis2 tanah air
di dinding restoran ni.
Tapi kami yg bukan artis ni pun
makan juga lah kat restoran ni.
Sebab Emi kata cuma
restoran ni yg paling ok di Sibu ni.
Kita orang ok jer.

Ini pula udang rebus yg kami makan
di rumah Azalia (Maludam).
Fuhhh...memang power gilerr.
Udang ni di cicah dgn pencicah
special & dimakan juga
dengan sambal belacan yang super enaknya.
Tak sedar kulit udang dah penuh...
tiba2 kami sedar betapa banyaknya
kami makan...eeee malunya.
Dan mula lah drama saling tuduh menuduh
antara Inn & Emi ( termasuk aku)
masing2 tak nak mengaku
makan banyak...heheheheehe
Sebenarnya kalau di timbang kulit
udang tu..pasti Emi yg paling banyak makan.
hahahahahahhaha


Ini pula kacang kuda yg direbus.
Emmm sedap.
Dah lama juga tak makan.


Ini pula kuih tradisional.
Kat semenanjung pun ada.
Rangup.


Ni tapai.
Special bungkusan nya .
kalau di semenanjung
di bungkus dalam daun
pisang, daun ubi atau daun getah.


Ini pula kuih ....
Tak tahu namanya.
Dulu waktu kecil2 aku panggil
kuih trompet
sebab bentuknya.



yummy..yummy



Kue ni pun best juga.
Dari kelapa.
Di Pantai Timur dipanggil
bingka nyior.
Di Indonesia di panggil Wingko babat.
Di Sarawak tak tahu org panggil kuih apa.


Ini nasi lemak Sarawak.
Lihatlah gaya bungkusannya.
Tak samakan.
Mmmm itu lah uniknya.
Lain tempat lain caranya.

Enjoy...nasi lemak.



Pais udang...ye pais udang
ini my favourite.
Kuih ni dibuat dari sagu & udang.
Kemudian di bakar dalam daun nipah.
Sedap sungguh kuih ni.
Di semenanjung tak de kot.

Aku betul2 miss pais udang.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...