Tuesday, 31 August 2010

Foto-foto part 1



Cuma sekadar hobby ...




Menara KLCC


Gunung Bromo Surabaya




Gunung Bromo Surabaya


Maludam Sarawak




Maludam Sarawak



Maludam Sarawak




Tokyo Jepun


Tokyo Tower 333











Monday, 30 August 2010

Iftar di Rumah Kak Ma

Minggu lalu kakak sulong ku menjemput kami berbuka puasa di rumahnya. Balik kerja terus ke Keramat. Semua adik beradik, anak buah & bonda berkumpul di sana. Cuma yang tak de... family Emi & Adik Nor saja. Adik Nor balik rumah mertua di Sungai Petani. Seperti tahun2 lalu Kak Ma menyediakan juadah bermacam2. Kakak ku ni memang suka memasak, walaupun dia agak sibuk. Lihat le juadah yg di sediakan. Dia boleh menyediakan semuanya seorang diri. Anak perempuannya Wan Nurul Izzati (Inn) tak de untuk membantu sebab bekerja. Kak Ma, anak sulong dalam keluarga...kalau apa2 rumahnya lah jadi tempat kami berkumpul adik beradik. Keistimewaannya Kak Ma memang terror masak nasi dagang...mewarisi resepi Arwah nenek kami...Tok. Miss you Tok !
Tak de family Emi & Adik Nor rasa agak kekurangan. Apatah lagi tak de Shahmi, Adik Ma & Shahir yg selalu menceriakan suasana. Sebab mereka tak pernah monyok...selalu ceria. Kalau gi majlis orang tunjuk muka monyok...tak elok lah kan.Nanti orang ingat sombong pulak...ingatkan diri sendiri .



Menuju ke Taman Keramat Permai

Kueh mueh

Goreng kicap ayam, solok lada, jeruk mamang &
sambal mangga.

Puding & kuah..teko boleh pinjam?

Ayam goreng, kerabu jantung pisang, singgang daging & kuzi ayam


Air kelapa muda tak ketinggalan...walaupun emi tak ada.

Mi & Kak ma

Sarah, Kak Na & Kamila


Aik...malu2 pulak

Sebenarnya ramai lagi yang hadir tapi tak termasuk dalam gambar...maklum sajalah jurukameranya sibuk sikit....sibuk makan..hehe. Aik gambar jurukamera tak de nih...mana aci!!


Sunday, 29 August 2010

Masak: Solok Lada











Solok lada asalnya dari Pantai Timur. Di tempatku di panggil sarok lada...sama saja. Satu petang tu...tiba2 je teringin nak makan solok lada ni. Resepinya dah lupa...ingat2 lupa. So telefon mi tanyakan resepi ni. Tak lah susah sangat. Biasanya guna cili hijau sebab cili hijau lebih keras berbanding cili merah. Sebenarnya ini first time aku buat. Selama ni Mi yang buat atau beli saja. Anak2 semua suka..tapi suamiku tak suka sangat...tapi dia makan juga..hihi..ambil hati kot.


Bahan2
  • 4 ekor ikan kembong, ambil isinya saja
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 1/2 inci halia, di tumbuk
  • 4 ulas bawang merah, di tumbuk
  • gula & garam secukup rasa.
  • 1 mangkuk santan pekat
Cara2
  • Isi ikan ditumbuk sedikit
  • Campur isi ikan, halia, bawang & kelapa parut.
  • Gaul rata bersama garam & gula.
  • Masukan bahan2 ini kedalam cili hijau yg telah di belah.
  • Kalau nak pedas cili tu tak payah buang bijinya..kalau tak buang saja bijinya
  • Susun dalam periuk
  • Masukkan santan pekat
  • Masak sampai isi ikan masak dengan api perlahan.



Cili sebelum di masak


Masak bersama santan


Masak : Rendang Kacang








Dulu2 bila suamiku bercerita tentang rendang kacang, aku gelakkan dia. Ingat dia nak kelentong..rupa2nya memang ada rendang kacang. Yang aku tau waktu tu..rendang ayam & rendang daging saja. Itu lah uniknya Neger Sembilan....:)


Rupanya sedap rendang kacang ni...tak percaya? Cuba le resepi ni. Selain kacang panjang, pucuk paku & kacang botol juga boleh di buat rendang. Dalam rendang kacang ni kita boleh letak udang atau kerang ataupun ikan bilis. Kalau di Terengganu masakan lebih kurang macam ni dinamakan kresek. Biasanya kalau kenduri kendara pasti ada kresek sebab mereka tak nak membazir. Sebab dalam kresek tu mereka letak hati & pedal ayam bersama kacang panjang.


Resepi rendang kacang panjang ni sama dengan resepi masak lemak cili api kacang panjang. Sila rujuk pada post sebelum ni ye..cuma kena masak sampai santan tu kering...baru le jadi rendang.



Udang & cili +kunyit sebelum di masukkan santan




Masukkan santan & masak hingga kering


Masak Lemak Cili Api Kacang panjang & Rendang Kacang


Masak lemak cili api kacang panjang ni, seperti masak lemak yang lain juga. Bahan2 nya ringkas saja. Bertemu jodoh dengan orang Negeri Sembilan(NS)...jadi terpaksa le belajar masak masakan NS. Awal2 dulu aku agak susah untuk menyesuaikan diri ( sebetulnya perkataan yg lebih tepat adalah menyesuaikan lidah..hihi) dengan masakan2 NS. Almaklum le aku orang Terengganu yg suka manis2 & takut dengan pedas...sedangkan suamiku suka pedas & tak suka manis...huhuhuhu. Bak kata Arwah nenek suamiku...tak podeh tak sodap. Dulu2 kalau makan pedas2 sure akan ulang alik ke toilet le jawapnya. Kalau letak cili dalam masakan cuma unk menghias masakan agar kelihatan menarik saja. Tapi kini setelah 19 tahun bersama kami sudah saling bertukar2 selera. Aku dah tak takut pedas lagi & suamiku juga sudah biasa dengan masakan manis2. Haaa...ini resepinya ye...

Resepi Masak LemakCili Api Kacang Panjang &Rendang Kacang Panjang
Bahan2
  • 2 inci kunyit
  • 20 biji cili api
  • 2 mangkuk santan
  • 2 batang serai
  • seikat kacang panjang
  • 20 ekor udang atau ikan bilis
Cara2:
  • Tumbuk kunyit & cili api hingga lumat.
  • Masak santan bersama cili api , kunyit & serai.
  • Kacau santan hingga mendidih
  • Masukkan kacang & udang.
  • Masak hingga udang & kacang masak.

Note : kalau masak lemak ni kita keringkan akan jadi rendang kacang.

Saturday, 28 August 2010

Masak : Puteri Mandi









Waktu aku kecil..aku suka melihat kue ni sebab warnanya. Dari warna jadi tertarik unk makan. Kue ni senang sangat nak buat. Bahan2 yang di perlukan pun tak banyak.Bahan2nya lebih kurang sama macam nak buat buah melaka (onde-onde) saja. Adik pun pandai buat. Ada juga puteri mandi ni yang tak letak warna dan kelapanya pula bewarna coklat perang(gula merah). Kalau di lihat dari segi kesihatan sure le..yang tak bewarna lebih selamat. Tapi aku buat juga yang bewarna warni..untuk mengenang kembali waktu kecilku...waktu kecilku yang penuh warna warni..hihihi!






Beras pulut yang telah diberi warna



Bahan2:

  • 2 cawan tepung beras pulut
  • air
  • 2 cawan kelapa parut muda
  • 1/2 cawan gula
  • 1 helai daun pandan
  • pewarna

Cara2 :

  • Tepung beras pulut di campur air hingga boleh di bentuk.
  • bahagikan beberapa bahagian & setiap bahagian di letak pewarna.
  • masak gula , kelapa , sedikit air dan daun pandan .
  • Panaskan air.
  • Bentuk bulat2 sebesar guli beras pulut tadi, kemudian tekan bahagian tengahnya..supaya berbentuk leper.
  • masukkan dalam air panas mendidih.
  • Angkat & toskan bila ianya sudah timbul.
  • Masukkan ke dalam kelapa tadi...gaul2kan.



Wednesday, 25 August 2010

Masak ; Ikan bakar sumbat











Bercerita pasal ikan bakar sumbat ni...aku jadi ingat sahabatku ANIZA SAIDIN. Dia ni memang aku respect sebab waktu kami masih belajar dulu2 lagi, dia dah pandai masak berbagai masakan. Ikan bakar sumbat ni pun resepi dari nya. Orangnya comel, baikhati..pokoknya ciri2 seorang wanita melayu terakhir ada padanya. Haaa...ni resepi beliau ;


Bahan2:

  • 2 ekor ikan cencaru
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 sudu kelapa parut putih
  • ais asam
  • belacan di bakar
  • sebatang serai..dipotong kecil
  • garam

cara-cara:

  • Tumbuk bawang merah, serai & cili
  • masukkan kelapa..tumbuk sedikit
  • Masukan belacan & air asam
  • Tambah garam secukup rasa
  • Masukkan bahan2 ini kedalam perut ikan
  • Bakar atau goreng hingga masak



Ikan di siang dan dicuci




Belah belakang ikan



Ikan yang telah di isi dengan bahan2 yg ditumbuk


Ikan dibalut dengan daun pandan.Biasanya dibalut
dengan daun pisang tapi aku lebih suka daun pandan sebab
sewaktu membakar akan mengeluarkan bau yg harum.
Lagipun kat rumah banyak daun pandan.


Ikan di bakar hingga masak.



Masak : Mee goreng






Semalam semua sepakat tak nak makan nasi waktu berbuka. Nak makan mee goreng. Ok no problem..mempermudahkan lagi tugas ummi. Sekejap je dah ready. Apalagi ada assisten(Abang)...cepat le kerja siap. Cuma assisten hari ni complain boring..Mula le ummi kasi cadangan macam2...sapu halaman, sapu habuk atau kemas bilik. Tapi assisten cuma senyum...senyum penuh makna tu...ummi tau senyum tu, senyum tak setuju.




Mee goreng yg kami masak ...simple saja...kebetulan ada sotong...sotong le kami guna. Tapi kena potong kecil2 supaya adik tak perasan ada sotong dalam mee...nanti dia tak nak makan. Resepinya seperti di bawah ini ;


Bahan2

  • 1 plastik mee
  • 6 tangkai cili kering atau cili boh
  • 1 biji bawang besar ( merah )
  • 2 ulas bawang putih
  • sotong atau ayam atau daging atau udang.
  • sawi
  • tauge
  • kicap masin
  • kicap manis
  • sos cili
  • cili merah & hijau

Cara2;

  • Blend bawang, bawang putih & cili kering yg telah di rebus.
  • Tumis bahan2 yg sudah di blend hingga naik baunya
  • masukkan sotong
  • letak kicap masin & manis ...dan sos cili
  • masukkan mee
  • masukkan sawi & tauge
  • setelah masak letak cili merah & hijau (dihiris nipis)






Masak : Ketupat sotong

Ketupat sotong ni makanan Pantai Timur. Yang nak di ceritakan kali ni adalah ketupat sotong Terengganu. Sebab ada bezanya antara ketupat sotong Terengganu dan Kelantan. Ketupat sotong Terengganu warnanya putih sedangkan ketupat sotong Kelantan bewarna coklat perang. Rasa nya manis. Biasa le org Terengganu suka manis2. Kebanyakan kue nya pun berasaskan hasil laut..seperti keropok lekor, sata, otak-otak & lain2 lagi. Ketupat sotong ni senang je.

Adik tak makan ketupat sotong sebab dia geli dengan sotong.. dia cakap.."sotong adalah binatang yg sungguh menggelikan"..Jangan buat karangan BM macam tu Dik. Kalau nak letak sotong dalam mee kena potong kecil2 supaya dia tak perasan. Biasanya Abang akan tanya sedap tak mee yg dia makan..bila dia cakap sedap..abang akan cakap dalam mee tadi ada sotong..dan dia akan jerit...tiiiddakkkkk...


Bahan2:

  • 8 ekor sotong
  • 3 mangkuk santan
  • 3 sudu beras pulut
  • Gula & garam secukup rasa
  • halia di hiris halus2
  • bawang merah di mayang halus
  • halba

Cara2 :


Sotong di cuci

  • Beras pulut direndam dalam sedikit santan
  • Masukkan beras pulut dalam perut sotong (1/3 dari panjang sotong)

  • Tutup perut sotong yg telah diisi dengan lidi atau tooth pick



Halia, bawang &halba



  • Masukkan santan & sotong
  • Kacau & masukkan bahan yg telah dihiris halus & halba
  • Masukan gula & sedikit garam
  • Masak hingga pulut masak.



    Ketupat sotong dah siap unk di makan


    Tuesday, 24 August 2010

    Masak : Sawi goreng



    Mungkin bagi sesetengah orang, membuat sawi goreng adalah perkara yang sangat2 mudah...tapi tidak buat Abang..anak sulungku ini. Bak kata kakak ku ( cuma ada sorang kakak saja) alah bisa tegal biasa.Kakak akak memang pakar dalam bahasa. Haaa...kalau dah biasa senang lah Bang ooiiiiii.



    Nak cerita sikit pasal sayur ni...dulu2 sewaktu anak2 akak  masih kecil..akak sedaya upaya memastikan mereka makan sayur. Bermacam2 cara telah akak amalkan. Yang paling susah nak makan sayur adalah Aqi. Tapi akhirnya dia makan juga...mungkin sekadar mengambil hati ummi. Pertama akak pastikan sayur yg akak masak berwarna warni...unk kelihatan menarik. Dulu akak tak kerja...boleh le masakkan unk mereka. Kedua..suruh mereka makan dan kunyah..dan cakap..."mmmm bestnya...ada bunyi...krek krek krek..."

    dan mereka dengan seronoknya mengunyah sayur tu sambil cakap "mmmm best...krek..krek..krek" dan yg ketiga..selalu cakap pada mereka kalau makan sayur kita akan sihat dan menjadi pandai...kulit juga jadi cantik.


    Tapi bila mereka dah suka makan sayur dan ulam2...kadang2 akak pula yg melarang mereka ...takut mulut mereka bau petai...hihihi. Petai adalah satu2nya sayur yg akak tak berapa suka mereka makan walaupun mereka memang suka sangat.


    Sayur adalah sumber fiber yg sangat penting unk penghadaman kita. Kalau kurang fiber...boleh menyebabkan sembelit. Selain itu sayur juga mempunyai berbagai vitamin. Dulu waktu belajar akak pernah hafal semua vitamin2 ni....tp sekarang ni dah ada yg lupa ( bukan faktor usia ye..hihi)



    Sawi


    Sayur sebaiknya di rendam dulu bersama air garam sebelum memasaknya.Takut2 ada ulat daun main sorok2 dicelah2 daun tu ataupun sisa2 racun serangga yg melekat kat sayur tu.Sebaiknya sayur tidak dimasak terlalu lama...agar vitamin dan zat2 tak hilang.



    Ni resepi sawi goreng tu ye Abang...

    Bahan2nya

    • Seikat sawi
    • tomato sebij
    • udang atau daging atau ayam atau ikan bilis unk perencahnya
    • bawang putih 3 ulas di ketuk
    • cili di hiris nipis
    • air
    • garam secukup rasa
    • 1 sudu teh kicap masin (untuk mengantikan ajinomoto)

    Cara2nya
    • Tumis bawang putih dgn minyak hingga naik baunya
    • masukkan udang atau perencah yg lain
    • masukkan air setengah cawan
    • masukkan sawi & tomato & cili.
    • masukkan garam dan kicap
    • Jangan masak terlalu lama.


    Masak : Sambal Petai Udang





    Sambal petai udang merupakan makanan
    favourite Abang
    (sebenarnya abang punya banyak favourite food..hihi).
    Dia mesti tau masak sambal udang ni sebelumnya
    dia gi Egypt.

    So tiap hari le dia minta tolong ajarkan.

    Dulu waktu aku nak gi belajar...
    duduk le salin resepi dari Mi.
    Tapi sekarang dah senang sikit..tak yah
    nak salin2 lagi...ummi masukkan dalam

    blog ummi...bila2 saja Abang boleh tengok.


    Beli udang kat Pasar Ulu Langat.



    Setelah sambal dah garing..masukkan udang


    Bahan-bahan :


    • Udang setengah kilo

    • 20 tangkai cili kering (direbus) atau cili boh

    • 2 biji bawang besar (merah) (blend)

    • 1 biji bawang besar di hiris bulat.

    • 3 ulas bawang putih

    • sedikit belacan

    • petai

    • air asam

    • garam & gula secukup rasa.



    Cara-cara


    1. Blend cili kering ,bawang merah(2biji) & bawang putih

    2. Tumis bahan yg di blend dengan minyak panas sehingga garing.

    3. Masukan gula & garam secukup rasa.

    4. Masukan belacan & air asam

    5. Masukkan udang & petai

    6. Masukkan bawang yang di potong bulat2







    Saturday, 21 August 2010

    Masak : Pisang keju kuah kastad






    Pisang keju ni sangat simple sekali..
    Adik pun boleh buat
    Sesuai le dengan ku yg tak punya waktu yg banyak.
    Masak pun yg simple2 saja
    yg penting anak2 suka.




    Adik biasanya nak tolong kat dapur..tapi tak dibenarkan.
    Tambah2 lagi Abang le...tak suka Adik tolong.Habis satu dapur
    berselerak kalau Adik tolong...itu kata Abang.
    Selalunya dia disuruh unk menyiapkan
    homework sekolah saja.
    Cuma hari minggu kasi can kat dia nak tolong.
    Waktu buat pisang keju ni Adik ikut serta..
    gumbira sungguh dia...bangga lagi.




    Pisang di goreng dengan mentega atau bu tter...
    dengan api yg perlahan



    Masak susu evaporated satu tin .Kastad 3 sudu besar di kacau dulu dengan sedikit air(Agar kastad tak berketul2.)Masukkan kastad dalam susu...
    kacau hingga masak.Guna api sederhana.Masukkan sedikit gula(secukup rasa) dan vanilla


    Adik tengah mengacau
    susu kastad dengan tekun sekali.
    Tengah menunjukkan bakat seorang chef...hihi
    Anak Ummi dah pandai masak...

    Bila pisang dah masak...parut keju
    di atas pisang tadi.
    Pisang keju ni dimakan dengan susu kastad tadi.



    Friday, 20 August 2010

    Makan2 : Restoran Ichiban Ramen








    Restoran ni selalu kami kunjungi
    sebab dekat jer dengan rumah.
    Lupa pula nama restoran ni...tak pe2
    nanti akan di kasi tau kemudian.
    Masakan nya tentulah masakan Jepun.


    Oppp...nasib baik ada gambar ni...

    nama restoran ni Ichiban Ramen...baru ingat.



    Japanese tea



    Ikan salmon




    Set yang terdiri dari
    nasi, miso soup, tauge goreng, teppanyaki salmon
    dan tembikai.
    Harga satu set ni RM 22.


    Miso soup


    Miso soup dibuat dari bahan dasar dashi
    ditambah isi sup berupa sedikit
    makanan laut atau sayur sayuran,
    dan diberi miso sebagai perasa.




    Nasi goreng garlic di sini juga sedap.
    Di atasnya di letak seekor udang bersaiz medium.


    Adik & Aqi


    Ada gambar dalam bahasa Jepun...

    Kalau ada Abang Long..sure boleh tolong

    terjemahkan.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...