Sunday, 31 October 2010

I'm home

Sea of Marmara

Scenary from Ataturk Bridge


Just arrived safely in KL after 10 days travelling a round Turkey. Will be uploading pics of the tour...may take afew days to complete. I love Turkey ...!!!
Tomorrow...will start my work after long vacation. Still tired...huhuhu
Wait for next entry ye...

Wednesday, 20 October 2010

Masa untuk Berehat

Hari ni hari akhir bekerja sebelum cuti panjang.Esok aku cutiiii.....yes!!! Agak sibuk mengurus hal2 yg perlu diurus sebelum bercuti. Tapi masih sempat mencuri waktu untuk menulis blog, disela2 kesibukan. Bak kata pepatah...nak seribu daya tak nak seribu dalih.
Susahnya nak ambil cuti, tapi seperti biasa aku redah jer. Dulu2 mana ada cuti...kerja je memanjang....siang malam, macam rajin sangat, padahal dalam hati memberontak untuk rehat. Sekarang aku rasa aku perlukan rehat...melepaskan lelah bekerja...menenangkan fikiran...berehat dari rutin kerja buat seketika. I'm really tired..huhuhuhu
Pasal Bandung tak habis tulis lagi...hihi...nanti balik cuti, sambung lagi ye...ada cerita pasal shopping & makanan Bandung yg tak sempat nak share.
Aku harap sempat baca N3 Leez pasal Melbourne sebelum aku bercuti...
Leez, akak tak sabar dah nak tunggu...hihi. Sepanjang sepuluh hari bercuti sure aku miss pada blog mawar, chalk, Lady, nureen, leez, hann, anymz, Liza, Bai, Mas ,~atie, Ida & lain2...yg mana setiap malam aku duk baca blog mereka tanpa jemu...

Gambar dari Pakcik Google

Bandung : De Ranch

Lihatlah kegembiraan di wajah Adik...

De Ranch terletak di Lembang, Bandung. Sesuai sangat untuk kanak2 & remaja. Tempat ni dibuat seperti perkampungan ala koboi. Banyak aktiviti yang dapat di ikuti di sini. Anak2 memang enjoy sekali...saatnya untuk membahagiakan anak2. Yang penting kebersamaan kami...harus kami syukuri detik2 bersama...yang terlalu indah & sukar untuk diungkapkan. Melihat anak2 gembira...ummi pun bahagia sama.

Text Colour

Terdapat banyak aktiviti di sini..antaranya menunggang kuda, menaiki kereta kuda, flying fox dan lain2 lagi.

peta lokasi De Ranch


Ayam bakar bersama sambal terasi (belacan), lalap (ulam), nasi, ikan masin, keropok udang & tauhu goreng

Di sini terdapat juga tempat makan , ada berbagai2 pilihan. Dari tauhu sumbat, ayam bakar, soto, bakso, jagung bakar dan lain 2 lagi. Tinggal pilih saja...harganya memang berpatutan walaupun kena bayar ratusan ribu...hihiii

Nanti akan kuceritakan di lain N3 ye.


Permainan yang menguji keupayaan jantung anda..hihi




Flying fox

Atur nuhun udah di baca N3 abdi...(bahasa sunda yang masih ku ingat sekedit2)...mangak atuh udah malam...mau bobok dulu yach....

Tuesday, 19 October 2010

Bandung : Kolam Air Panas Ciater

Dari Tangkuban Parahu kami meneruskan perjalanan ke Ciater. Di sini terdapat kolam air panas semulajadi. Katanya dapat mengubati berbagai jenis penyakit. Wallahualam.Terdapat banyak kolam. sungai kecil & air terjun di sekitar sini. Semua berair panas & berasap. Ramainya orang....
Ramai yang mandi2....kalau mandi di sungai2 tu..tak perlu bayar sebab terbuka untuk semua. Kalau nak lebih privacy sedikit, cari le kolam yang tertutup, tapi kena bayar le.
Air terjun kecil yang berasap2

Sungai kecil...airnya pun panas juga
Pemandangan orang2 yg tengah mandi sungai

Swimming pool....air panas

Adik excited sangat nak mandi...so kami ambil keputusan mandi di kolam yang tertutup. Bayar beberapa ribu rupiah( dah lupa...murah je) per orang. Husben & Adik je yang mandi...kami bertiga duduk2 sekitar kolam sambil makan pisang keju bersama teh botol.

pisang keju bersama gula merah


Kami di sini tak lama...lepas tu balik semula ke hotel. Nanti cerita pasal De Ranch ( perkampungan ala koboi...tempat menunggang kuda & permainan ) pula di next N3

Monday, 18 October 2010

Bandung : Tangkuban Parahu





After breakfast we went to Tangkuban Parahu by car early in the morning (to avoid traffic jam). Biasanya kami sewa mobil dari Ibu Ivan....and she always give us a good driver...biasanya Bapak Randy yg jadi supir kami di sana. This time, Bapak Randy juga yg jadi supir kami...He is very kindman & polite. Kebanyakan orang Sunda ( orang Bandung) memang sopan & berbudi bahasa




We arrived around 11 am...suhunya agak sejuk & berkabus. Orang dah ramai...sebab kebetulan cuti am (X mas)...nasib baik kami berangkat pagi2. Bau sulfur gunung berapi menusuk hidung...sesekali udara sejuk menyapa kami. Aku & suami dah sering ke sini...but it was first time for my kids. Mereka sangat excited & enjoy melihat pemandangan yg indah di sini.






l Nak cerita sedikit pasal dongeng Gunung ini...dulu2 kononnya Sang Kuriang telah bercinta dengan ibunya sendiri iaitu Dayang Sumbi . Mereka dah lama berpisah hingga tak mengenali sesama sendiri. Ibunya yang awet muda itu menyedari yang Sangkuriang itu anaknya & memberi syarat unk membina perahu sebelum matahari terbit....tapi tak sempat...Sangkuriang merasa kecewa & menendang perahu itu hingga terbalik...makanya nama gunung tu bernama Tangkuban Parahu ( Perahu yg terbalik)....kalau tak salah begitu le lebih kureng story nya.




Gunung ini masih aktif lagi sebenarnya. Dulu2 sewaktu remaja aku pernah turun ke satu kawah ( ada beberapa kawah)...disana airnya mendidih...kalau masak telurpun boleh masak..sekarang dah tak larat dah nak ke bawah sana lagi.....opp bukan faktor usia ye...hihi





Kat lereng2 bukit ada banyak gerai2 cenderamata.


menyusuri lereng gunung

kawah gunung berapi











Ini tandanya adik dah lapar.



Untuk yang belum ke sana...careful with your drink or food. Don't simply eat or drink ...makanan & minuman di tepi2 jalan. Nanti sakit perut. Kalau nak minum..minum le air mineral atau air botol/ kotak.

Pokok sekitar gunung ni macam bonsai...tapi tak tahu namanya.


Haus....minum teh botol







Gerai2




rumah2 di sepanjang jalan ke Tankuban Parahu

Dari Tangkuban Parahu kami menuju Ciater...kolam air panas. Tunggu N3 yg berikutnya ye ...

Friday, 15 October 2010

Bandung : Kami datang lagi






Kami kali ini ke Bandung bersama anak-anak. Selalunya kami berdua je ke sana atau bersama bonda, kakak, abang & adikku. Kebetulan cuti sekolah waktu tu...so anak2 ikut sekali. Kami ke sana Disember tahun lalu...dah hampir setahun dah. Baru nak tulis sekarang...sebelum ni malas nak tulis. Tak tahu nak mula dari mana.

Kami ambil flight malam...tapi delay sampai 3 jam. Just imagine...3 hours!!! Cuma ada satu airline yg direct ke Bandung (semua pun tau kan ..airline yg dimaksudkan). We have no choice.

We arrived around 2:00 a.m...fuhh...tired & sleepy. Tiba di hotel pula sekitar 2.30 am. Anak2 macam dah tak sabar nak tidur. Tapi dia orang still enjoy & happy .

menunggu flight yg tak kunjung tiba..

Kali ni nak cerita pasal hotel yang kami tinggal sepanjang kami di Bandung. Selalunya kalau ke Bandung kami akan tinggal di hotel ini...Hotel Savoy Homann. Kebetulan suami ada kenalan... orang Indonesia, so kalau ke hotel ini kami di beri discount 5o%...lumayan kan. Makasih Dr Edi.

Hotel ni terletak di Jalan Asia Afrika...berdekatan dengan Alun-Alun (pusat bandar) atau di kenali juga Kota Kembang(Kota Bunga). Dulu2 sekitar tahun 80-an & 90-an..kawasan ni kawasan shopping. Tapi sekarang banyak shopping complex yg dah ditutup gara2 kegawatan ekonomi. Sekarang banyak shopping complex baru yg dibina...tapi di tempat lain. Di Alun-alun ini ada satu masjid yg terkenal iaitu Masjid Agung.

Just arrived....Hotel Savoy Homann di Jalan Asia Afrika

waiting for room...tunggu Abah check in

Kid's room ..it's very nice room with modern concept & I really like it.

Di depan hotel

Swimming pool

Selain ada swimming pool...di sini juga ada SPA & gym. Boleh memanjakan diri di spa setelah penat bershopping..hahahaha. Kalau nak panggil dari luar pun boleh, just call dan ada orang datang ke bilik hotel untuk scrub ke..urut ke....enak banget.

Peta Pulau Jawa

Sedang mendengar lagu asli mereka ( lagu Sunda)

Di hadapan hotel

keropok yg berbagai warna & bentuk

Salah satu keistimewaan hotel ini yg aku suka adalah makanannya..sedap & banyak pilihan. Nanti akan ku ceritakan di lain N3.


Ada game room for kids... but father of kids also can join....hihi. Kalau kaum ibu mau pergi shopping...boleh tinggalkan anak2 kat sini...I always give a good idea(Am I wrong?)..heh heh heh.


Wednesday, 13 October 2010

Open House 2010

antara yg hadir....setengahnya dah balik
Open House Abang Zu & Kak Pah di Shah Alam
Syawal dah melabuhkan tirainya...dah masuk musim haji dah. Tapi nak cerita juga pasal beberapa open house yg kami dah pergi. Open house ni sebenar dapat mengeratkan silaturahim sebenarnya...biasanya kami susah nak jumpa dengan sanak saudara...waktu ni le dapat jumpa dengan sepupu2 semua. Masing2 sibuk. Borak tak habis2...banyak topik yg nak bercerita & bertanya khabar sesama sendiri. Sambil makan2. ...sambil borak. Tambah makan lagi & sambung borak lagi.


Bonda bersama auntie & Ayah Chik

Laksa Terengganu
mee sup utara
ada mee, bihun & kue tiaw sup
Laksa Utara
Satay, lemang, nasi impit pun ada
Adik & Shahir
Kanak2 yg paling happy

Rumah Ayah Chik & Auntie di Taman Harmonis Gombak

borak lagi...

Minggu berikutnya kat rumah pakcik ku pula di Gombak...makan lagi...berborak lagi.

My auntie & uncle from Ipoh also came...

makan2...

Nasi dagang...mee kari...

rojak betik

Rumah Dr Aya Damansara

Sampai kat rumah Dr Aya dah agak petang...perut dah kenyang dah kat rumah Ayah Chik tadi...tapi makan juga. Nasi berianinya best sangat2. Dr Aya ni kawan /junior waktu belajar dulu. Very nice house Aya...I like it and I also love nasi berani nya juga...it's very delicious oooo.
Banyak juga rumah2 yg tak dapat pergi sebab hari Sabtu aku kerja. Rumah Azah (my junior) pun tak dapat pergi....sorry Azah.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...