Friday, 31 December 2010

Kaktus Part 2

Kaktus ku bersinar kembali...hihi. Setelah sekian lama tak diperhatikan..kurus kering dan ada yang dehidrasi hingga mati. Kejam..kejam. Kaktus yang malang, kurang kasih sayang.
.
.
Suatu hari incik husband pindahkan satu pasu kaktus ke satu tempat . Tempat dimana ada air menitik dari syiling atas....toilet atas bocor. Setelah berapa minggu tengok kaktus ni bertambah subur & berkilat. Sejak dari itu semangat datang kembali untuk membelai kaktus .
Kaktus yang di pindah tempat, kembali subur.


Setelah di letak baja & di spray...
.
Setelah di beri sedikit baja dan di spray beberapa hari sekali,( kalau terlebih air pun tak boleh juga.) kaktus yang kurus mula bernafas kembali.


Kaktus ni macam telinga arnab



Kaktus bewarna kecoklat-coklatan


Ini bukan kaktus, tapi nak cerita juga sebab setelah 5 tahun tanam baru pisang hiasan ini keluar jantungnya. Warna merah orange.



























Thursday, 30 December 2010

Puteri Ayu




Kuih ini sebenarnya dah lama buat, tapi baru nak cerita sekarang...kalau tidak salah last buat kuih ini tahun lalu. Resepi ini di ambil dari roommate sewaktu belajar dulu...Shahila Abu Bakar. Kawan akak sorang ni sungguh pandai masak sejak dari dulu lagi. Sebenarnya akak sejak dulu dikelilingi oleh kawan-kawan yang sangat pandai & rajin memasak. Sorang lagi ...Aniza. Banyak juga lah resepi yang sempat di turunkan oleh mereka...resepi mereka akak simpan sampai sekarang dah hampir 25 tahun.
.
.
Dulu-dulu kuih ni ku panggil ketimbul ayu. Resepi kebanyakannya akak tulis tangan ataupun di tampal, sekarang senang semua boleh cari di internet. Akak punya buku resepi, hingga sekarang masih ada...dah antik dah. Sebelumnya jom lihat resepi kuih ini dulu.
.
.








Bahan-bahan. * Akak cuma buat 1/2 sukatan dari resepi ini
3 biji telur
300gm tepung gandum
200gm gula
1 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
1 1/2 cawan santan atau susu segar
Pewarna hijau
Kelapa putih secukupnya (gaul dengan sedikit garam dan tepung sagu)


Cara-cara:

Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang .
Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, dan pewarna.
Kacau lagi hingga sebati.
Sapu sedikit minyak pada acuan.
Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 3-5 minit.
tunggu hingga sejuk sikit baru keluarkan dari acuan supaya tidak melekat.
.
.
.


Buku resepi akak yang sudah berusia 25 tahun...hihihi..comeynya colur.
.
P/S : Esok kerja walaupun satu Malaya cuti...sedihnya...Terpaksa kerja juga sebab dah berjanji dengan ramai orang...nanti kalau cancel...jadi janji palsu pulak...huhuhu.




:) keep smiling

Wednesday, 29 December 2010

Restoran Yati Ayam Percik



Bila membaca blog Leez tentang Red Wok....mak oiii bestnya tengok Leez makan. Ajak incik husband pergi makan kat sana. Restoran Red Wok terletak di Section 7. Incik husband cakap ok. Aku confident jer...sebab pernah tinggal di Bandar Baru Bangi suatu waktu dulu. Hehehehe....kami tak jumpa restoran tu setelah keliling berkali-kali. Akhirnya kami ke Restoran Yati Ayam Percik ini (Bandar Baru Bangi).
.
.
Sebelum ini kami pernah makan di restoran ini tapi di Prima Saujana . Restoran ini ada beberapa cawangan. Tapi interior di Bandar Baru Bangi lebih cantik berbanding di Prima Saujana.
.
.
Kami makan nasi kerabu atau nasi ulam.
.
.
lauk tambahan : ayam percik &telur masin
.
.

solok ikan

Alamat Restoran ini ; No 21 Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bangi, Bandar Baru Bangi.


P/S : Tahniah Bola Sepak Malaysia...Suka !!
.
.
.



Tuesday, 28 December 2010

Pulut & Kelapa Parut

Pulut+ Kelapa parut + ikan bakar + Ikan masin + taburan beras goreng.
.
.
Makanan ini biasanya dimakan di waktu pagi untuk sarapan pagi. Boleh di makan dengan ikan bakar atau ikan masin.
Akak lebih suka kalau ada beras goreng yang ditabur di atas pulut ni, bila kunyah akan terasa kruk, kruk...mmm. Best lagi kalau dimakan panas-panas sambil menghirup secangkir kopi ...fuhhh.
.
.
Berlainan pula kalau di Negeri Sembilan...mereka makan pulut bersama sambal ikan bilis. Ini pun den suko. Omak mertua den selalu masak untuk den dan semuo anak cucunyo. Sungguh sodap sehingga menjilat jari. Podeh tapi sodapppp. Den pun dah pandai masak nogori sikit-sikit...tapi tak boleh lawan Anymz yang memang sifu dalam masakan nogori ni....Anymz copet le balik yo..







:-)   keep smiling

Restoran Warisan Kuala Pilah

Daging masak merah, udang goreng cili api, sambal belacan & ikan masin kecil +ulam.
.
.
Biasanya kalau nak balik kampung Negeri Sembilan ( Kampung suami), kami akan call dulu. Tapi this time kami balik macam tu je, sebab tak nak menyusahkan mak yang tengah sakit kaki. Kalau call sure dia akan masakkan untuk kami. Kami balik pun dah tengahari, sebelum sampai rumah mak , kami stop makan dulu kat Restoran Warisan untuk makan tengahari.



Adik order nasi goreng pataya
.
.
Kami bertiga saja...pada mulanya kami nak order masakan kampung seperti masak lemak tempoyak, masak lemak daging salai tapi menu tu semua tak ada untuk hari tu...frust jugak lah. Jadi kami order seperti gambar di atas. Tak order banyak sebab adik order nasi goreng pataya. Untuk kami berdua, cukup beberapa lauk saja.

Ada persembahan lagu-lagu tradisional.



udang goreng cili api ini sungguh sedap & pedas sampai air mata keluar.



daging masak merah ini pun ok juga

Laici kang
Permandangan restoran dari depan

Restoran ni berhadapan dengan gerbang yang menuju ke istana Sri Menanti, Kuala Pilah.




Gantungan...kting...kting kting bila di tiup angin



Orang-orang di tengah sawah. ...yang berbaju biru tu orang betul ye.




Padi



Restoran ini di kelilingi oleh sawah padi.








Ramai pengunjungi
Konsep terbuka....angin bertiup dari sawah, menambah selera makanku.
Insya Allah akan datang lagi...


Sunday, 26 December 2010

Wetland Putrajaya





Kami ke Wetland Putrajaya dah lama, dah hampir setahun yang lalu...Jan 2010 dan Febuari 2010 . Just nak kongsi dengan semua, sesuai untuk keluarga beriadah. Sesuai untuk berkayak, berbasikal & memancing.




Tasik yang tenang sesuai untuk anak-anak berkayak. Kami bukan lah pro dalam berkayak jadi sesuailah sebab airnya tenang.




Menguji keseimbangan


keseronokan mendayung


"Pulau-pulau" di tengah tasik ini sesuai untuk kaki pancing.
Ramai juga yang memancing di sini.


Aktiviti sihat untuk anak-anak



Pemandangan dari restoran. Ada beberapa "pulau" di tasik ini. Di tumbuhi pokok yang rendang. Kaki pancing pasti seronok...teduh & berangin.
Ada restoran kecil di sini sesuai untuk menghilangkan dahaga.




.

Pasta Goreng & Cucur Labu

Bahagianya kalau dapat selalu cuti 2 hari ( sabtu dan Ahad). Jadi boleh lah selalu masak..kan..kan !Hari ini kami breakfast pasta goreng (small shells) dan cucur labu. Hormon memasak tengah bagus sekarang ni...hihihi.
Kalau pasta goreng akak lebih suka small shells berbanding makaroni . Alasannya : daging cincang akan berkumpul dalam shell tu, bila makan dapat menikmati daging dalam shells tu (menyatu).



Pasta(small shells) Goreng


small shells yang belum di goreng.
.
.
Bahan-bahan:
1 paket small shells
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
4 sudu cili mesin
250 gram daging cincang
sos tomato
sos cili
kicap masin
kicap manis
Daun sup..potong kecil2
cili api atau cili merah potong kecil2
parutan cheese
.
.
Cara-cara:

Blend bawang besar + ulas bawang putih .
Rebus pasta dalam air mendidih yg dicampur sedikit minyak lebih kurang 10 minit
Tumis bahan yang di blend sehingga naik bau
Masukkan cili mesin dan tumis lagi sehingga garing. Masukkan daging cincang
Masukkan pula sos cili dan sos tomato secukup rasa
Masukkan kicap masin & manis ...kalau kurang masin tambah garam.
Masukkan pasta...kacau hingga sebati
Bila dah masak letak daun sup & cili di atas
Lebih sedap lagi kalau di makan dengan cheese.

Cucur Labu
Bahan-bahan:
1 mangkuk labu parut
1 mangkuk tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
air
gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng
.
Cara-cara :
Campur semua bahan2 diatas...air agak2 agar boleh dibentuk dengan jari jemari atau sudu.
Goreng dalam minyak yang banyak.

sebelum di goreng
Sebenarnya kalau buat cucur, cucur apa2 pun akak tak pernah pakai ukuran, main masuk2 dan agak2 je....hihihi







:-) keep smiling


Saturday, 25 December 2010

Masak Lemak Cili Api Ikan Parang + Mangga Muda





Terjaga dari tidur, terasa indah sekali kerana hari ini cuti...yes!!! Biasanya hari Sabtu pun kerja juga. Di kepala macam-macam nak buat...cuci tudung, sapu menyapu, mengemas , memasak...banyak sangat yang nak buat. Larat ke?



Pagi goreng bihun untuk breakfast. Anak-anak cuci kereta.



Bihun kangkung
Keropok ciri-ciri orang Terengganu.
Cili api...bersuamikan orang Negeri Sembilan, mistilah ada cili api...hihi
.
.
Tengahari pula masak lemak cili api ikan parang + mangga muda , sambal udang bersantan dan sayur campur.
.
.
Assistant chef II sedang menumbuk cili api dan kunyit. Assistant chef I dah letak jawatan, sekarang kat Egypt.

Assistant chef ke III...sedang tekun memotong sawi, sampai muncung .





Inilah lauk yang berjaya kami masak hari ni. Masak lemak cili api ikan parang + mangga muda, sambal udang bersantan dan sayur campur (sawi & tauge). Untuk resepi sawi goreng klik sini.





Resepi Masak Lemak Cili Api Ikan Parang/Tenggiri



  • 2 inci kunyit
  • 10 biji cili api
  • 2 mangkuk santan
  • 2 batang serai
  • 2 potong ikan parang/tenggiri
  • belimbing buluh (di belah 2) atau mangga muda (di cincang)....rendam dalam air garam lebih kurang 15minit untuk mengurangkan sikit rasa masam.

Cara2:
  • Tumbuk/blend  kunyit & cili api hingga lumat.
  • Masak santan bersama cili api , kunyit & serai.
  • Kacau santan hingga mendidih
  • Masukkan ikan
  • Akhir sekali masukkan mangga/ belimbing.



keep smiling  :-)









Friday, 24 December 2010

Mengumpul Setem

Mengumpul setem adalah hobby pertamaku. Sejak berumur 7 atau 8 tahun lagi...sekarang umur dah 40 lebih ...ehm..ehm...shhhh. Lepas tu aku kumpul plastik pembungkus gula-gula (sekarang dah hilang entah kemana ...hilang semuanya). Kumpul pengikat roti yang ada tarikh expiry tu, pensil hotel pun kumpul juga...teko, buku resepi (masaknya tidak juga...hihi)
Bila aku baca entry Yanti tentang setem, tiba-tiba seronok kerana dah ada geng. Yanti dan kawan-kawan...jom kongsi cerita!!!

Setem Australia.
.
Kalau tak salah waktu aku kecil ejaan setem bukan setem...tapi stemp. Ejaan dah berubah..
.
Album setem yang terkini
.
Ada cerita sedih mengenai setem...waktu itu akak belajar luar dari sempadan Malaysia. Album setem akak simpan di rumah akak ( kampung akak Terengganu Darul Iman). Bila balik Malaysia...album akak hilang!!!! huhuhuhu
My mother cakap kena makan dek anai-anai jahat....sedih sangattt.My mother telah membakar kesemuanya termasuk buku-buku yang lain. Sebab setem tu akak kumpul dari kecil lagi dan ada setem lama /antik...termasuk setem Malaya. Sampai sekarang akak masih terkenang-kenang album setem tu...walaupun akak berusaha REDHA dan memaafkan anai-anai jahat itu.
Setem UK
Sejak itu akak nekad untuk mengumpul lagi bermula dari kosong. sekarang akak dah ada beberapa album setem...album nasyid menyusul...hihi

Setem Malaysia tahun 50-70 an


Setem Malaysia kini.


keep smiling




:-)

Fridge Magnet Deerland

Cuma beli 2 fridge magnet sewaktu ke Taman Negara hari tu.
.
.

Thursday, 23 December 2010

Ubi

Secara tiba-tiba saja, malam tu teringin sangat nak makan ubi kayu rebus. Macam mengidam pula. Esoknya incik husband bawa balik dari Ulu Langat. Ubi yang masih fresh. Terus rebus...makan panas-panas dengan kelapa parut. Hmmm sungguh nikmat. Sudah lama tak makan. Dulu waktu kecil, terutama musim tengkujuh (Terengganu) selalu dapat makan segala macam ubi. Waktu musim ini lah segala jenis ubi ada, macam pesta ubi pula. Murah pulak tu.



Inilah ubi kayu yang berjaya direbus bersama kelapa parut. Letak di dalam piring lama...nak mengimbau kembali kenangan di rumah Arwah Nenek.


Jepun tengah tengok ubi kayu dalam pinggan...hihi
Ubi kayu rebus dipotong-potong kecil dan di gaul dengan kelapa parut.
~
~
Arwah nenek akak selalu bercerita tentang penderitaan sewaktu zaman Jepun. Mereka terpaksa berjimat cermat beras dan terpaksa makan ubi kayu sebagai pengganti beras.
Maka terciptalah berbagai-bagai kuih dari ubi kayu.



Ubi Badak ungu ( gambar dari Pakcik Google)
.
Pernah makan ubi badak tak? Mungkin ada yang pernah, mungkin ada yang tak pernah. Ubi ini terkenal di Pantai Timur. Ada ubi badak putih dan ungu. Ubi ini bersaiz besar, sebab itulah namanya badak...agak je.


Ubi badak dan  ubi kemili (Gambar dari Makcik Google)
.
Ubi kemili di Pantai Timur di panggil ubi keling....mungkin sebab hitam.




Ubi Itik ( Gambar dari Uncle Google)
Ubi itik itu lah namanya. Agak berbulu ( akarnya) tapi rasanya unik.
Banyak lagi ubi-ubi lain...nanti kongsi di lain N3 ye....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...