Monday, 21 February 2011

Candy Kelapa & Kek Kelapa

 candy kelapa


Waktu akak kecil, kakak akak ( kak Ma)pernah buat candy kelapa ni. Kak Ma ambil Sains Rumah Tangga...jadi dia pandai buat kuih berbanding diri akak yang pandai makan je :)Seingatku Kak Ma guna susu pekat manis. Tapi akak guna resepi  di bawah ni tak guna susu pekat manis. Setengan dari candy kelapa ni akak buat kek kelapa pula...dapat 2 resepi.


Resepi ini memang tak sesuai dengan orang yang sedang diet...hanggus diet kalau makan candy ni. Akak buat akak sorang yang makan.Anak-anak & incik husband tak suka sebab too sweet. Berhari-hari dalam fridge.. akak makan sikit-sikit bila balik dari kerja. Akhirnya habis juga. 

candy kelapa



Candy Kelapa

sumber :  Myresepi


Bahan-bahan ( 15-20 kiub )

  • 1 biji kelapa parut ( yg putih shj )
  • 1 cawan susu cair (sekadar menenggelamkan kelapa)
  • 1/2 cawan gula (ikut rasa masing2 )
  • 1 sudu besar mentega
  • pewarna / cooking chocolate *akak tak guna chocolate
  • * akak tambah vanila satu sudu teh

Cara-cara

  1. Masukkan kelapa parut, susu cair, gula dan mentega dalam kuali dan kacau dengan api perlahan.
  2. Sebelum ia kering betul, bahagi pada 2 bahagian.
  3. Satu bahagian masukkan pewarna kuning dan satu bahagian masukkan cooking chocolate.* akak letak pewarna hijau & satu bahagian lagi tak letak pewarna(untuk kek)..tak guna chocolate!
  4. Kacau berasingan hingga adunan kering dan tidak melekat pada kuali.
  5. Masukkan dalam loyang dan tekan bagi rata dan padat.
  6. Bila sejuk, boleh lah potong dan hidangkan.
  7. *Boleh buat berbagai2 warna tapi yang bewarna chocolate tu yg paling sedap*akak tak guna chocolate 


Akak bahagi 2 bahagian, yang bewarna hijau untuk candy kelapa dan yang tak bewarna untuk kek.

kek kelapa


Kek Kelapa

Bahan-bahan

1 1/2 cawan serbuk biskut marie ( blend)
2 sudu besar majerin ( cairkan)
Candy kelapa


Cara-cara
Gaul serbuk biskut & majerin
Tekan2 dalam loyang
Masukkan candy tadi dan tekan-tekan
Bakar dalam oven 170 C hingga keperang2an.

16 comments:

  1. wah..mudahnyer...

    nampak sedapla akak...

    tq sharing recipe!

    ReplyDelete
  2. Noremy
    mudahkan :)
    kuih ni manis sikit..kalau tak suka manis kurangkan gula :)

    ReplyDelete
  3. waaah!teringat2 akak maso sek dulu,selalu gak boli candy ni..maso tu tak hengat nak diet..sodap kan?..feveret akak ni kak..akak ambik gak lah resepi ni yo sbg rujukan di masa akan dtg.
    ko sajo yo kak kan..montang2 akak takleh makan sajo post entri yg cenggini kan?..huhu

    ReplyDelete
  4. kak anym
    bila kak anymz habis diet nanti akak buek kan unk kak anymz yo...
    sekarang kak anymz kan tgh diet...no..no..no

    ReplyDelete
  5. akak..

    saya diet gak.. tapi kengkadang.. hahhaha.. ikut sukati ja. er.. nak jugak.. suka!

    ReplyDelete
  6. Hann
    diet pun boleh kenkadang ye hann..hihi

    ReplyDelete
  7. akak..
    pergh kuah tradisi ni..
    jarang org buat..
    time raya pun dah tak jumpa..
    nampak simple je buatnya..tp..kalau sy buat..jd apa ek?hehehe..
    ni kalau dtg umah akak, ada ke menu ni dihidangkan?hehehe.
    kalau bab makan..diet tu mmg kene ketepikan kak..

    ReplyDelete
  8. hhmmm boleh try ni.. nmpk sedap.. klau manis nanti kurangkan la cikit gula kan.. ;)

    ReplyDelete
  9. sedapnya...yum yum...kak, malas nak buat la...saya dtg umah akak je la..aci x? ngeeee...

    ReplyDelete
  10. manis2 kena lawan ngn kopi pahit or green tea jek sis..mmg boleh jalannn punyer..

    ReplyDelete
  11. teringat masa sekolah dulu

    selalu makan ni..

    nak cubalah buat nanti..


    Jom baca: INILAH PUNCANYA…

    ReplyDelete
  12. Dr Rodzila
    sila2...:)
    akak kalau anak2 suruh dia orang jaga mkn...akak sendiri hihi..selalu diet tak jadi :))



    Nureen
    ye..kalau tak nak manis kena kurangkan gula...anak2 & husband akak kata manis sgt :)



    wahida
    sila2...:)



    greenjade
    akak suka mkn candy + kopi :))



    Atie
    senang & simple je kan :)

    ReplyDelete
  13. bahan2 semua dah adakat rumah kecuali coklat tu.. boleh la try nanti... tak pernah makan lagi candy kelapa ni

    ReplyDelete
  14. Lady
    akak pun tak letak chocolate gak :)

    ReplyDelete
  15. nampak senang ni kak.
    kena carik masa kalau nak buat.
    favret masa kecik.
    dulu2 kena tunggu pergi beraya masa deepavali baru merasa.

    ReplyDelete
  16. Azrina
    Owh ini kuih depavali ye..akak tak tau...hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...