Monday, 21 February 2011

Kintamani, Ubud & Jimbaran Bali


Hari ke-3 kami di Bali, pagi-pagi lagi kami bersiap-siap untuk ke Kintamani. Dalam perjalanan ke Kintamani, singgah sebentar di Pura Tirta Empul terletak di Tampak Siring.



 Tampaksiring...orang tengah mandi di kolam.Mereka percaya air disini adalah air suci. Ramai yang mandi di sini termasuk le pelancong mat salleh. Airnya jernih.

 Istana Presiden Soekarno, yang terletak di atas bukit tu.


 Penjual pisang...bestnya kalau di Malaysia sure dah beli, boleh buat kuih...murah pulak tu.




 Di kolam ni ada mata air yang membuak-buak keluar dari tanah...yang berwarna kelabu tu adalah mata air.






 Dari pura ni kami meneruskan perjalanan ke Kintamani sebuah kawasan pergunungan & tasik.

 Dalam perjalanan ke Kintamani banyak gerai buah-buahan di sepanjang jalan.

 Kami sampai kintamani sekitar pukul 1pm. Cuaca sangat baik...kelihatan gunung dan tasik dengan jelas sekali.
 Tiba-tiba cuaca gelap ,dan hujan turun. Kabus tebal menutupi tasik dan gunung hingga tidak kelihatan lagi. Kami makan & solat di sini sambil melihat pemandangan indah & udaranya segar. Udara makin dingin apabila hujan mulai turun.


Tasik.... 
awan menutupi sebahagian dari gunung.



kabus mulai menutupi semuanya..



 Dalam perjalanan pulang kami singgah di sebuah kedai kopi. Di sini kami dihidangkan dengan berbagai-bagai jenis kopi. Kami merasa semuanya kopi kecuali kopi luwak...tak yakin.




 Tempat kopi disediakan

 biji kopi disangrai

 hasil kraf tangan


 Di sepanjang jalan sawah terbentang luas..menghijau .



Tiba di Ubud, banyak monyet di sini.
 Haiyaa..sungguh takut ooo. Dulu waktu masih student pernah seekor monyet nakal menarik skaf    Kak siti (kakak senior ku)dan membawa lari ke atas pokok.


 monyet nakal


Kami minum kopi disebuah kedai kopi...dari atas kami dapat melihat pemandangan sekeliling.



Ubud, suasananya berbeza, terasa macam bukan berada di Indonesia, sebab ramai orang putih di sini. Cantik tempat ni...suka.


kedai lukisan
kedai kopi di Ubud


 Petang kami ke Jimbaran , sayang hari hujan. Kami tak dapat duduk-duduk di tepi pantai sambil minum air kelapa...frust...tapi tak pe lah tak de rezeki.


Kami makan malam di sebuah restoran di Pantai Jimbaran tu.

Ada persembahan tarian sewaktu kami makan...ini salah seorang penari tu.




Restoran ni kena pilih sendiri udang & ikan yang kita nak...best. Tapi terlupa nak ambil nama restoran ni sebab waktu ni hujan lebat.

Balik kami berkemas-kemas sebab besok pagi-pagi lagi kami dah berangkat pulang..bye Bali.

19 comments:

  1. bestnya bali....rasa macam nak pegi lagi ke sana ;-)
    eh, kami pun tak minum kopi luwak tu sebab sungguh tak yakin..errrr saya tengok kopi luwak pun saya nak uweeek sebab terbayang camner buatnya

    ReplyDelete
  2. zarin
    that why akak & suami tak minum, sebab was2...
    camane agaknya mereka kutip & cuci balik ye?? hihi

    ReplyDelete
  3. akak..teringat pulak masa sue honeymoon dgn mr hubby..pergi makan kat tepi pantai, tgk gunung kintamani, masuk kedai lukisan..etc.. :)

    ReplyDelete
  4. sue
    bestkan..
    sweet memories ..;)


    Azmiezas
    thank you
    Akak pun suka blog azmiezas juga :)

    ReplyDelete
  5. sekali lagi saya TERPESONA dengan setiap piccas akk... syoknya kalau dapat terbang ke negara orang :))

    ReplyDelete
  6. Kak Kasih,

    I am lost for words dah...hehehez. Layan jer gambar2 dkt sini, cantik2 belaka.....I like ;)

    ReplyDelete
  7. anie
    tq..kerana sudi singgah ke sini...
    love you *hugsss

    ReplyDelete
  8. tirta empul tu air jernih n sejuk sangat2 kan.. nak jer mandi di situ rasanya hehe tapi haritu banyak lagi tempat nak dituju, singgah tirta empul kejap bebenor...

    ReplyDelete
  9. Lady
    airnya jernih sangatkan...akak suka tengok kolam yang air membuak2 dari tanah tu...cantikkan colour dia.

    ReplyDelete
  10. Wah kak..dah macam dok kat Bali lah pulak saya dua tiga hari ni...

    Cantik rumah baru....merah menyala...

    ReplyDelete
  11. Cikgu Nurin
    Ni anak2 akak yang tolong cat rumah...hihi
    kalau harapkan akak sure cat hitam selama2nya... ;)

    ReplyDelete
  12. sis somel2 lah poto2 sis shoot..khleasss gitu..terasa2 mcm saye yg ade kat situ hehehe

    2x gi bali..2x tu jugak lah asal jejak kaki jek terus demam..lain tempat segar bugar lak uhhh

    uhuhu

    ReplyDelete
  13. Greenjade
    siannya...
    sure tak best nak berjalan kalau demam kan.

    ReplyDelete
  14. akak..

    semuanya best, cantik.

    err.. bab monyet tu tak tahan.. takut..

    ReplyDelete
  15. hann
    bila akak tengok monyet tu panjat atas bahu mat salleh, akak lari bgai nak rak...hihi

    ReplyDelete
  16. Kak, setiap kali saya ke Bali, saya mesti stay kat Ubud. Tempat nya agak sejuk. Tp tak penah sekali pun saya ke Monkey Forrest. Saya takut monkey..hee...

    ReplyDelete
  17. yan
    monyet tu nakal..akak pun takut.
    Akak pun suka Ubud

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...