Monday, 28 February 2011

Sambal Sardin dan kentang

Waktu akak kecil, kalau musim banjir para nelayan tak dapat ke laut untuk menangkap ikan. Jadi bekalan ikan agak susah. Bukan macam sekarang ada kemudahan menyimpan ikan sampai 
berbulan-bulan.





Dulu semua bekalan ikan fresh, bila nelayan bawa naik je dari laut, terus jual..tak de ikan yang pakai eyeshadow merah kat mata.Ikan tak  disimpan lama seperti sekarang. Ikan, sotong dan udang isinya masih segar dan manis..best sangat.


Sebelum banjir, biasanya my mother dah siap-siap bekalan makanan, seperti sardin, ikan masin, telor masin dan makanan yang boleh di simpan lama.


Hari tu tak tau nak masak apa, so akak masak sambal sardin. Bertambah-tambah makan. Makan pula dengan ikan masin tenggiri(jeruk). Bila makan sambal sardin begini, terkenang waktu kecil akak kat Terengganu …dikala banjir.
Ini resepinya



Bahan2

Semangkuk cili kering yang sudah di blend
1 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
2 biji kentang dipotong kecil & di goreng* kalau tak de pun tak pe
1 tin besar sardin
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula Secukup rasa
Minyak untuk menumis



Cara-cara

Tumis bawang merah, bawang putih dan cili blend hingga naik bau dan cili betul2 masak.
Masukkan sardin & kentang yg dah di goreng.
Masukkan air asam, garam & gula





keep smiling


:D

14 comments:

  1. hehe lapar tengah2 malam nampak sambal sardine ni.. sardine dah la fav lady, dulu masa study kalau balik kampun, mak n ayah lady tanya nak makan apa? ye lah kan sbb sekali sekala balik, lady kata nak makan sardine. hehe..

    ReplyDelete
  2. sambal sardin feberet anak sulong Chik Na

    ReplyDelete
  3. Lady
    waktu akak belajar kat luar sikit dari M'sia, akak sanggup angkut sardin...kunun2nya sardin kat sana tak sedap...hihi.




    Chikna
    akak suka makan dgn sambal tempoyak...chikna mkn tempoyak tak?

    ReplyDelete
  4. lama x mkn sardin.. slalu ja x sempat nk msk.. blk keja lambat..

    ReplyDelete
  5. Nureen
    akak pun sebenarnya jarang masak...hihi..sssshhhh

    ReplyDelete
  6. sedapnya tgk pic sambal sardin akk nie :) sardin mmg sedap kan? cicah cekodok sedap, makan ngan nasi sedap, makan ngan roti pun sedap! Sardin kalau di masak gulai n asam pedas pun sedap gak! pendek kate sardin mmg beshlah hihihihihi...

    ReplyDelete
  7. mas
    masak asam pedas akan blum pernah try...nanti akak try.
    Kalau masak gulai mmg best kan mas :)

    ReplyDelete
  8. Wah..saya dah tertinggal dua entri akak dek kerana diserang semalmmm...

    kak, ini lauk paling senang bila bz balik sekolah, lauk tak ada...makan ngan nasi panas. perghhh...lajuuuu....

    ReplyDelete
  9. Cikgu nurin
    tak sehat ke??
    semoga cepat sembuh...
    patut le dah lama x bersiaran :)

    ReplyDelete
  10. kak kasih..

    apa khabar? semoga akak sihat dalam peliharaan Allah..


    lama sungguh tak jenguk sini. btw, sardin ni enak sepanjang zaman kan.. makan ngan nasik pon best.. boh kat roti pon best.. oh.. tetiba lapaq!

    ReplyDelete
  11. kak,tumpang makan sardin kat sini..best arrr lauk camni..

    akak makan nasi sikit je kak..yg lebihnya ambik bau jek..lauk pun kena ratah ikan atau sayur tanpa kuah..kira okay lah tu kan..now dah turun 4 kg..

    ReplyDelete
  12. Han
    Alhamdulillah sihat :) amin YRA
    macamana dgn exam? harap ok ye :)



    Kak Anymz
    bestnya dah turun 4kg..
    akak kat sini nak turun 1kg pun susah huhu..

    ReplyDelete
  13. Cikgu Tie lebih suka kalau sardin di buat sandwich.Sedap!

    Jom kenal:Sahabat blogger cikgu tie

    ReplyDelete
  14. Cikgu tie
    sanwish sardin...saya pun suka..bestkan :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...