Friday, 4 March 2011

Bunga Edelweis

Pernah lihat  bunga edelweis tak? Edelweis  dikenali juga sebagai bunga abadi yang mempunyai nama latin Anaphalis javanica. Merupakan tumbuhan  pegunungan tinggi Indonesia. 


Bunga Edelweis


Tumbuhan yang bunganya sering dianggap sebagai lambang cinta, ketulusan, pengorbanan, dan keabadian (ye ke? Ini bukan akak yg cakap, mereka yg cakap)  ini sekarang dikategorikan sebagai tanaman langka.

Bunga ini mempunyai texture  yang halus dan lembut dengan warnanya yang putih (walau ini sebenarnya tergantung kepada habitat di mana ia tumbuh yang menyebabkan warnanya agak kekuning-kuningan, keabu-abuan ataupun kebiru-biruan.

Biasanya pendaki gunung saja yang dapat mengambil bunga ini. Waktu akak masih belajar, ada seorang kawan memberi bunga ni. ..tapi entah kemana hilangnya.


Bila kami berpeluang ke Gunung Bromo(Indonesia) pada akhir tahun 2007, akak ada membeli seikat bunga ni. Ada setengah tu penjual dah warnakan bunga ni menjadi merah, kuning & macam2 warna. Akak beli warna asal…macam bunga kering. Sampai sekarang bunga ni masih ok.

 Gunung Bromo

12 comments:

  1. wow wii suka dengan bunga... tiba2 teringat lagu edelweis sound of music tu...

    salam kenal...sy folo sini...

    ReplyDelete
  2. cantiklah..
    itu dah di keringkan ye..?

    kak kasih ni ..org gannu ke
    ati nak minta tolong skit ni
    nak tahu camne nak cakap
    'you are not welcome here'
    dlm bahasa gannu kite...

    balas kat s/mix ati ...boleh
    cayanggg kak kasih
    ^____^

    ReplyDelete
  3. maceh...kak kasih lalinggg

    ^____^

    ReplyDelete
  4. Hanis MY
    thanks follow akak...akak pun dah follow hanis :)


    Ati
    dah kasi di blog ati...tapi kasi lagi jawapannya...
    "mung dok diperlukang disini"..hihi

    sama2 atie

    ReplyDelete
  5. Rindunya kat akak..dah tak boleh kerap berblog dan bw, assingment dua minggu lagi kena submit kak weh...baru terhegeh-hegeh buat satu..

    bunga ni ada bau tak? lamanya dia bertahan.....

    ReplyDelete
  6. Cikgu nurin
    miss you too...patut le dah lama tak bersiaran...sambung belajar lagi ke ? Good luck...bila dah slesai asgment nanti berblog balik yer.. :)

    Bunga ni tak de bau..

    ReplyDelete
  7. owh gini ke rupa bunga ni. tak pernah tahu tapi sangat suka lagu edelweis dalam the sound of music tu...

    ReplyDelete
  8. Zarin
    di sebalik bunga ni...ada kenangan sebenarnya..kenangan mengusik jiwa :)

    ReplyDelete
  9. cantik bunga ni, ada apa2 kegunaan ke bunga ni atau sebagai hiasan?

    hehe lady baca yang akak translate ke bahasa ganu tu: mung dok diperlukan disini, kalau nak cakap mung are not walkang here pun boleh jugak ke kak? hehe

    ReplyDelete
  10. Lady
    bunga tu unk hiasan je..:)
    boleh2..mung not welcang here...hihi

    ReplyDelete
  11. unik la kak bunganya.. mcm tak pernah terserempak pun.. musti special sbb akak masih ada lg bunganya..

    ReplyDelete
  12. yanti
    bunga ni susah nak dapt yan..
    sebab cuma ada di gunung berapi..cuma pendaki gunung yg biasanya dapat ambil bunga ni..
    hihi...bunga kenangan ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...