Saturday, 5 March 2011

Gunung Bromo


Kami ke Bromo(Surabaya) pada bulan November 2007..dah lama, semangat untuk menulis tentang Bromo agak berkurang kerana hampir semua gambar yang di ambil hilang akibat virus di laptop lama akak. Untung ada beberapa gambar yang diambil oleh incik husband melalui hp nya(tak banyak Cuma lebih kurang 20ps saja).

Kami ke sana bersama beberapa family, kawan2 incik husband termasuk Dr Edy (orang Indonesia yang bekerja di sini). Dr Edy yang banyak berjasa dalam perjalanan kami ini, semua diuruskan oleh beliau. Thank you Dr Edy & family.
Banyak tempat sebenarnya yang kami lawati selain Bromo termasuk Sudarjo(tempat banjir lumpur), Batu dan Malang yang terkenal dengan 
epal .



Lautan pasir


Bromo terletak di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru  yang memiliki keunikan berupa lautan pasir seluas 5.250 hektar, yang berada pada ketinggian ± 2.100 meter dari permukaan laut.
Suku Tengger yang berada di sekitar taman nasional merupakan suku asli yang beragama Hindu. Menurut legenda, asal-usul suku tersebut dari Kerajaan Majapahit yang mengasingkan diri.





Kami tinggal di resort berdekatan gunung Bromo, malamnya sungguh sejuk…nak pijak lantai pun tak larat.
Pagi-pagi selepas subuh kami bertolak ke dengan menaiki jip menyusuri lereng gunung.Keadaan sekitar waktu tu masih gelap dan kami menuju gunung Penanjakan bagi melihat panorama matahari terbit. Suhu pada waktu pagi agak sejuk (sejuk giler).

Sangat cantik…dapat melihat matahari terbit disebalik Gunung Bromo. Gunung Bromo pula Cuma nampak separuh saja,bawahnya dilindungi kabus. Terasa berada di kayangan(walaupun tak pernah ke kayangan…hoho)
Dari Gunung Penanjakan kami ke Gunung Bromo. Ternyata gunung Bromo dikelilingi oleh hamparan pasir yang luas.
kami

adik ketika ni darjah 3

Untuk menaiki gunung Bromo kami perlu menunggang kuda (kuda sewa) hingga ke kaki gunung. Selepas itu perlu menaiki tangga…huhuhu…tinggi oooo.

tangga untuk ke puncak

Dalam perjalanan mendaki tangga ke puncak gunung Bromo, kami ternampak sebuah kuil berusia 600 tahun. Hanya sekitar 30 minit diperlukan untuk sampai ke puncak gunung Bromo ini.
Kuil yang berusia 600 tahun ditengah-tengah lautan pasir.

Dipuncak gunung terlihat letusan kecil gunung berapi.
Letusan kecil
Di sini ramai penjual bunga edelweis (bunga yang tumbuh di gunung berapi).Tentang bunga edelweis boleh lihat kat sini.



:D 

19 comments:

  1. Subhanallah...cantiknyer ciptaan Allah...kagum betul...

    cantik cantik picca tu, akak ambik sendiri ker?

    ReplyDelete
  2. akak..

    member2 panjat gunung masa belajar dlu baru ni depa pi gunung ni lah, siap upload gambar dalam fb.. memang sangat cantik.. subhanallah! seronoknya tengok akak jenjalan.. nak tumpang masuk beg nanti buleh? heheh

    btw, akak, saya tukaq cat rumah.. bagi nampak bernyawa sikit.. teruja tengok rumah akak.. berseri2..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah cantiknya Bromo kak.. patut la tour guide masa ke bali dulu berkali2 duk cakap bromo ni cantik..
    baru lady tau nak naik ke atas nun kene naik kuda yer, bestnya hehe...
    first pic tu cantik sangat2.. :)

    ReplyDelete
  4. subhanallah, bertuahnya akak dapat melihat satu lagi ciptaan ilahi..

    ReplyDelete
  5. cantikkk...

    banyak juga tmpt2 menarik di indon ni yeh...

    ReplyDelete
  6. subhanallah... cantiknya...

    ReplyDelete
  7. Cikgu nurin
    ambik sendiri.. :)


    hann
    boleh2 nanti beli beg saiz besar sikit :)



    Lady
    memang cantikk sgt :)
    sepanjang jln byk org jual mangga haromanis...tgh musim, kenyang2 mkn mangga :)



    zaila
    alhamdulillah...
    dpt melihat ciptaan Allah



    ati
    banyak tmpat menarik sb negara mereka besar.



    Illa
    ciptaan Allah yang sungguh cantik :)

    ReplyDelete
  8. wah,gunung brumo boleh masuk dlm list jln2 nanti kak.tp kono tunggu lagi 2 thn kalo pnjang umur..masa tu hubby akak dah pencen dan mmg impian kitorang nak jln2 pd tahun itu dan tahun selepasnya..insyaallah...
    (ambik peluang utk jln dua2an sebenarnya sbb anak2 dah habis belajar masa tu)hehe

    ReplyDelete
  9. kak anymz
    amin..
    Insyaallah kak..semoga dapt bbulan madu lagi ye kak ;)

    ReplyDelete
  10. as salam kak kasih,

    selamat pagi isnin

    ^_______^

    ReplyDelete
  11. wsalam
    selamt pagi juga ati :)

    ReplyDelete
  12. salam kak..

    cantiknya...
    insyaalah bulan nov ni kami pergi.. jujurnya saya enggak pernah ke indon.. tu yg rasa teruja sgt.. bila dah tgk pic2 akak ni lagilah tak sabo rasanya..

    ReplyDelete
  13. yan
    nanti bulan nov nak pergi mana?
    bandung atau surabaya?

    ReplyDelete
  14. Maha Suci Allah....sgt cantik pemandangan kat situ...

    ReplyDelete
  15. wahida
    udara kat sini sejuk sgt waktu malamnya...
    siang hari panas sgt

    ReplyDelete
  16. Cantiknyer kak kasih....teringin nak pegi plak..hehehe

    ReplyDelete
  17. Alin
    Best sangat Lin..pengalaman yg tak dapat di lupakan, dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah :)

    ReplyDelete
  18. kami nak ke surabaya, 5D/4N, nak pulun jalan betul2..
    nnt akak bgtau la mana yg best nak pi ye..

    ReplyDelete
  19. Yanti
    bestnya...
    nanti akak beritahu ye :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...