Thursday, 17 March 2011

Lasagna




Baru pertama kali buat..biasanya makan kat restoran je. Dah lama berniat nak buat...memandangkan anak-anak semua ada,semangat le sikit. Semua suka pasta. My mother pun suka...kalau bertambah-tambah tu bererti dia suka lah tu (termasuk ayat perasan tak ni?hihi)

Akak ambik resepi ni kat sini. Akak copy paste kat bawah ni. Seperti biasa akak telah derhaka...bukan sengaja,sebab tak cukup bahan dan suka menambah2 sesuka hati.

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 300g daging cincang (lagi senang kalau guna daging burger sebab berperisa)
  • 1 botol prego (yang kecil)
  • 2-3 batang celery
  • cendawan butang (sebanyak yang suka)* tak letak
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dihiris halus) * akak parut kasar
  • 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
  • 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - tak perlu direbus dahulu)
  • 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 peket Cheddar cheese (115g)
  • 1-2 cawan susu segar (yang dalam kotak/botol tu)
  • Sedikit garam untuk perasa
  • (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti pepsicum, broccoli dll kalau nak)* tak letak
  • Boleh juga masukkan chicken cubes untuk perasa tambahan
  • 1 tin campbell mushroom soup * akak tambah sendiri

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 C
  2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
  4. Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
  5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
  6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api
  7. Sediakan sauce pan, panaskan.
  8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
  9. Alihkan dari api, masukkan susu * dan mushroom soup ,kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.
  10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
  11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
  12. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
  13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
  14. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)





 Akak tabur cheese tambahan.




:D keep smiling

21 comments:

  1. dari dulu lagi sue nak buat lasagna ni tapi sampai sekarang tak buat-buat..hehehehehe..

    kena jadi rajin macam akak baru lah lasagna sue akan terhasil.. :)

    ReplyDelete
  2. wahhhh best..
    menu ni tak pernah try lg..
    kena tunggu blk kg sbb kt kl ni takde m/wave @ oven huhu...

    lapar lapar...

    ReplyDelete
  3. salam kak.

    amboi mkn western kita ari ni ek...sedap2.saya mkn kt kdai jelah,kt rmh tk de sapa yg suka.

    kak,tgok gbr tu,byk dh jalan...jauh2pulak tu.emm..jeles..jeles...hihii

    ReplyDelete
  4. sedap & sungguh menyelerakan nmpk:) suka gak lasagna neh, tapi bila nak makan secret receipe jek yg di tujunya. nak buat sdiri, harus x menjadi kot! hehehe!

    ReplyDelete
  5. Ooo barulah saya tau kenapa kulit instant tu keras.. kena banyakkan kuah ye kak.. Nnt saya cuba lagi lah...

    ReplyDelete
  6. kalau duk dekat ngan kasihredha tentu kenyang dan tak berapa malu minta makanan yang sedap2 tuh..huhu

    ReplyDelete
  7. saya pun suka sgt lasagna tp hb tk suka. slalu buat lasagna bila hb tkde n saya mkn sensorang sampai 2 hari berturut turut hahaha :D

    ReplyDelete
  8. Perghhh..kak,buka blog pepagi je,dah makan lasangna...,akak guna lasagna jenama apa ye?...

    ReplyDelete
  9. sedapnyerrr dh la tgh lapo ni x bf lg..
    bebila bleh try buat kan

    ReplyDelete
  10. assalam kasih..akak pun belum pernah buat ni
    tengok resepi yang panajng..dan banayk abahn ni..tak tau la berani mencuba ke tidak.

    ReplyDelete
  11. wah... sedang eloklah akk kuarkan resepi lasagna ni. Bolehlah sy try resepi ni hehe.. Dalam almari sy dah lama tersimpan kulit lasagna tp sampi skrg tak buat huhuhu...

    ReplyDelete
  12. MJ pun suka mkn lasagna nie.. Sedapnyer... nyummy :)

    ReplyDelete
  13. ati mmg dari dulu nak cuba
    tapi tak cuba2 lagi lasagna ni

    mmg dulu kalau gi klcc..harus order ini saje

    ReplyDelete
  14. mmmmm sedap nya...xde lebih ke..huhuhu

    ReplyDelete
  15. dah lama teringin nak buat lasagna ni...

    ReplyDelete
  16. sue
    akak pun bukannya rajin sgt...hihi
    Buat lah..senang je :)




    illa
    nanti cuba ye :)



    chempaka aziz
    biasanya pun kami makan kat restoran je..:)




    Bella
    akak pun selalu juga makan kat secret recipe tu :)




    Yan
    Betul tu yan...kuah tu akan melembutkan pasta yg keras tu :)



    sal
    boleh2...jemput makan :)




    zarin
    kat rumah akak pula semua suka..:)
    kalau kuih2 manis...macam jala mas tu ...akak sorang je yang makan...hihi



    cikgu nurin
    alamak lupa pulak nak tengok jenama apa.. kotak dia warna biru :)




    Nureen
    cuba le buat...elly suka tak ye lasagna?



    kak erna
    wsalam kak...cuba le kak, kuah dia macam spagetthi bolognese, cuma beza tambah cheese sause je.




    Mas
    selamat mencoba mas...best.



    Myra Jay
    jom makan...:)




    Ati
    cuba le..puas makan kalau masak sendiri :)


    Auni
    Ohh auni...terimakasih sudi singgah di sini(cewah)...nanti akak (hihi) buat lagi, InsyaAllah hantar ke rumah ye :)

    ReplyDelete
  17. wahh sedapnya kak.
    nanti nak cuba resipi tambah2 akak..hehe

    sorry kak...dah lama x jenguk blog akak....busy kt sini..

    ReplyDelete
  18. Leez
    nanti cuba ye..
    leez dah balik M'sia ke atau masih kat UK?

    ReplyDelete
  19. best la akak ni, mmg suka memasak ye?

    ReplyDelete
  20. wahida
    kalau ada free time dan mood ok...hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...