Tuesday, 8 March 2011

Restoran Saba, Cyberjaya

nasi kabsa kambing


Hari minggu yang lalu kami ke Cyberjaya semata-mata nak makan nasi arab ni. Semua order nasi kabsa(kambing & ayam). Dulu-dulu kami selalu juga ke sini. Waktu tu orang yang makan kat restoran ni belum ramai lagi. Sekarang orang ramai sangat...macam ada kenduri kahwin. Dulu cuma ada sebuah kedai saja..tapi sekarang dah besar, kalau tak silap akak 2-3 kedai di gabung sekali.Sampai kat koridor pun ada yang makan.

orang ramai sampai ke luar..
Restoran ni buka lebih kurang pukul 1pm hingga malam (kalau tak salah 10pm)

pandangan dari luar.
Terletak di CBD Perdana, Cyberjaya.



Acar

semua minum air ni...vimto.


dessert ....rice pudding


tak lupa baklava...

Akak suka sangat nasi kabsa kambing ni sebab dagingnya lembuuuttt sangat.
Sekarang kat area rumah akak dah ada juga restoran arab macam ni....sukeee!!


:D

23 comments:

  1. salam.
    kak,sya dtg ni.amboi kak...byknye dh jalan.jalan pulak tu jejauh semua.hihi...jeles...jeles...(ni jeles baik tau!)
    selamat kita berkenalan.

    ReplyDelete
  2. kak..mengingatkn sy pada anak cik tum la..hehe..
    tp memang sedapkan..kambing dia mmg tak bau dan lembut..
    jom kita gi sana sama2 kak..

    ReplyDelete
  3. Chempaka
    thanks ye sudi singgah :)
    salam silaturahim...



    Dr Rodzila
    hahahhahahahha..
    joooommmm....bila doc?

    ReplyDelete
  4. kami kalau ke sana order saiz besar boleh makan 4 beranak.. tu yang suka makan or take away nasi arab dari Saba :)

    ReplyDelete
  5. salam pagi kak..
    saya pun suka kat saba, nasi panas2 dan panjang2,ayam n kambing pun lembut je.. roti dia pun best.. dah try kat rawsha jugak, lg best saba pada saya..

    ReplyDelete
  6. zaila masa mula2 ngandung haritu suka juga makanan arab ni, tapi sampai sudah xsempat lg rasa makan kt Saba walaupon ramai yang cakap best..harus ku terjah juga sebelum bersalin ni;D

    ReplyDelete
  7. Chikna
    pernah akak tgok sorang arab ni makan pinggan besar tu sorang2...fuyoooo.
    Kalau kita saiz tu boleh makan ber4 kan :)



    Yanti
    betul..akak lebih suka kat saba.
    Skrg kat rumah akak pun ada satu rest arab yg rasa lebih kurang mcm saba :)




    Zaila
    terjah dik jgn tak terjah.
    Baik mkn b4 bersalin...kalau tak lama lg lah :)

    ReplyDelete
  8. kak, ramai betul blogger review pasal Saba ni kak...saya ada plan gak nak gi...dia bukak mlm x kak? lagi satu, yg akak order tu mcm vimto, rice puding ngan baklava tu sedap x kak?
    kalau sedap, nnt kalau saya pegi ingat nak order la benda2 tu semua..

    ReplyDelete
  9. Wahida
    akak tak sure dia buka mlm ke tak, sebab biasanya kak pergi hari ahad siang.
    Baklava tu manis (sgt manis) kuih Turki. Rice puding tu ok lah juga :)
    Vimto tu rasa lebih kurang air rebina.

    ReplyDelete
  10. wah..sedapnyer mkn!!!!
    yana pun selalu mkn kat arabic restaurant nie..tapi kat sana belum pernah try....nk kena ajak ayah nie..heheeh

    jemput ke blog yana yer!!!!

    ReplyDelete
  11. bestnyaaa tak pernah makan masakan arab..looks yummy!

    P/s:thank u for the lovely wishhh i very like...

    ReplyDelete
  12. Nur Liyana
    nanti ajak le ayah gi mkn kat sini :)
    Liyana pun dah boleh drive sendirikan skrg .



    Hanis
    yummy2
    You're welcome my dear

    ReplyDelete
  13. kasih..teringinnya akak tengok nasi yang panjang2 tu..tapi tak tau la bila nak sampai kesana..

    ReplyDelete
  14. saya suka makan beriyani. nasi arab jadi pilihan. Nnt ingat nak cuba ke sini..INSYALLAH.

    ReplyDelete
  15. Kak erna
    akak kat mana kak?
    kalau ke sana cubalah...:)


    Yan
    kalau suka nasi beriani arab, kena cuba mkn kat sini :)

    ReplyDelete
  16. ati dah kali dtg makan kat sini
    mmg superbb....

    kak kasih ati dah beli kulit puff tu
    tak sabaq nak buat hari ini

    ^_______^ TQVM kak...lup u

    ReplyDelete
  17. Ati
    bagi akak chiken puff lagi sedap dari mango puff..
    selamat mcuba ye :)

    ReplyDelete
  18. akak..
    kite dok jaauuhh.. tak berpeluang nak rasa.
    kat sini ada gak yang diniaga oleh student arab. Cumanya rasa tak lah mengancam jiwa.. boleh2 je..

    ReplyDelete
  19. Hann
    tu le...jauhnya kita kan .
    Jauh dimata dekat dihati ..hihi.

    Kalau datang sini boleh le try :)

    ReplyDelete
  20. kak, saja bg info.. saba malam pun dia buka sebab kami pernah pi mlm dlm pkl 8 lbh.. tutup dlm pukul 10 kalo tak salah..
    kalo lunch datan lebih pkl satu alamat tak sempat la mkn.. sentiasa penuh tghari dan mlm..

    ReplyDelete
  21. mmg terbaek restoran nie, kalau dtg time lunch hour(weekday) alamat pukul 2 la baru boleh dpt meja, baik dtg petang dlm kul 4 dah clear sikit, restoran nie dbuka jam 12.00 - 1 pg setiap hari, kecuali jumaat 3 - 1 pg (ala kat blkg opis jew nie)

    ReplyDelete
  22. Restoran nie mmg terbaek, tapi dek kerana dulu selalu sgt dok makan situ (opis kt blkg restoran jew) badan pun dah naik huhuhu, nasi n lauk2 dia mmg sedap. Restoran nie dbuka dari pukul 12tgh - 1 pg kecuali jumaat 3ptg - 1pg.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...