Thursday, 3 March 2011

Chicken Puff

Semalam balik dari kerja, keluarkan pastri jenama kawan yang akak beli kat Tesco hari minggu hari  tu. Akak buat Chicken Puff. Senangnya ada pastri ni. Sebelum ni akak tengok Lady guna pastri ni, pastu tengok cik mat gebu pula guna pastry yang sama. Cari punya cari..akhirnya jumpa.


Lepas ni senang le…dah pasang angan2 nak buat apple puff, sardine puff dan mango puff.
Sebenarnya akak buat banyak bentuk..ada yang persegi, 3 segi ..ikut kehendak anak2.
Cuma adik je tak join sama sebab dia tertidur masa buat homework. So kami buatkan dia pie yang besar sikit untuk dia breakfast besok.

 puff untuk adik


Jom layan resepi chicken puff
Bahan-bahan
1 cawan isi ayam yang di potong kecil2
1 cawan mix vegetable *option
1 bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih potong kecil2
½ inci halia dpotong kecil2
1 cawan susu segar
½ cawan air
½ kiub stock ayam
1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk
Garam * akak tak letak sebab stock ayam dah masin
Sedikit daun sup dipotong kecil
Minyak untuk menumis
Pastri jenama kawan 10 keping
Kuning telor untuk sapu di atas pastry


Cara-cara
Biarkan pastri berada dlm suhu ruang
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia dengan minyak.
Masukkan ayam dan air.Setelah itu masukkan susu segar.
Masukkan kan stock ayam, mix vege,lada hitam dan daun sup.
Kacau hingga agak kering.
Ambil sekeping puff pastry, tabur sedikit tepung. Sapu tray dengan sedikit mentega.
Letak dengan inti keatas pastri kemudian kemas tepinya dengan garfu (tekan2). Atas nya cucuk2 dengan garfu atau potong2 sikit.
Sapu kuning telur
Bakar dalam oven yang  telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 30 minit atau hingga kuning keperangan


 Ini pastry jenama kawan tu...


14 comments:

  1. nampak cam senang je
    tapi mesti susakkan kak

    kak kasih...
    jom bagi komen pedas2 utk
    n3 kita ptg ni..kita tgh tunggu
    komen yg pedasss skit tau

    ReplyDelete
  2. mcm best je tgk chiken pie akk ni :) hari tu sy gie jj kekononnya nak cari pizza base tp xde plak.. akk beli kt mana ye?

    ReplyDelete
  3. wahida
    kenapa kijammm dik? hihi



    Ati
    senang je ati, cuba lah.
    Beli pastri yg ready made je




    Mas
    pizza base tu akak beli di Tesco.

    ReplyDelete
  4. wah suka, suka, suka..pasni bolehlah cuba..

    tak lama lagi boleh buka kedai roti & bakery ah saya;D

    ReplyDelete
  5. Zaila
    selamat mencuba ye
    kalau dah buka bakery nanti jemput akak ye...hihi

    ReplyDelete
  6. senang hidup bila ada pastry kawan ni kan hehe.. kawan baik gitu.. :)

    ReplyDelete
  7. lady
    very close friend...hihi :)
    Thanks ye...

    ReplyDelete
  8. Harus beli kalau ke Tesco ni Kak !

    Senang bangat ! Nampak nau ketinggalan saya ni. Tak tau pulak ada jual pastry ready made nih..

    huhu..

    ReplyDelete
  9. Azrina
    kalau ada pastry ni senang betul reen...:)

    ReplyDelete
  10. akak..

    nasib baik akak ingatkan saya ada sebungkus lagi kawan ni dalam fridge.. hehe.. projek esok.. :)

    ReplyDelete
  11. hann
    keluarkan kawan dlm fridge & mulakan projek ye...jgn lupa publish unk kasi semangat buat akak :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...