Saturday, 2 April 2011

Ahad 27.3.2011


Pagi akak dengan anak-anak ke Carrefour untuk mencari Worcestershire sauce untuk buat beef stew. Tanya Zarin,beli sauce tu kat mana. Zarin suruh beli di Carrefour. Cari punya cari, jumpa akhirnya. Masak pagi-pagi sebab menurut Zarin kena masak 10-12 jam. So masak pagi, malam boleh le makan kan.





Tengahari ada kenduri kat area rumah akak. Kak Midah & Abang Asri buat kenduri kahwin anak perempuan mereka. Meriah juga...ramai yang datang...berduyun-duyun walaupun panas terik. Dari rumah akak dapat nampak tetamu-tetamu datang. Kereta pun banyak parking disekitar rumah dan di depan padang. Pokoknya meriahlah.



kereta-kereta yang parking di padang.

Sebenarnya tak ramai yang buat kenduri kahwin di area rumah akak ni, sebab kebanyakan kami,anak-anak masih belajar dan ada yang masih sekolah rendah. Itu ayat berlapik...sebenarnya nak kabor yang kami ni masih muda...hihi...termasuk ayat ferasan lah ni. Jadi sesekali ada kenduri begini best le jugak kan.
  

Tergambar kebahagian pengantin...semoga bahagia hingga akhir hayat.

Ini beef stew yang akak masak mengikut resepi Zarin. Akak suka warna sayur-sayuran saat belum betul2 masak.Resepi nantilah...nanti akak copy paste kat rumah Zarin.

Setelah 10 jam masak, dari pagi hingga malam...dagingnya menjadi lembuuuutttt sangat.
Ini makan malam kami..stew daging bersama ikan goreng salmon.



Pukul 9.30 pm kami mendapat berita kematian abah(fil). Buru-buru balik kampung malam tu juga. Tiba di kampung sekitar pukul 1200am orang dah ramai.


Doa kami agar Abah tenang di sana...Amin.




:(

7 comments:

  1. Akak..(kalau salah, betul kan saya) kalau tak silap - daging dan ikan tak elok dimakan bersama - sama.. saya tak ingat kenapa.. Saj je jeles tgk akak masak stew tu..hee

    ALFATIHAH buat abah...

    ReplyDelete
  2. Assalam Kak..

    saya tak faham kenapa comment saya tulis semalam tak masuk..

    sebenarnya saya nak bagi tau. Tak taulah kalau fakta ni salah.. Setahu saya kita tak digalakkan makan daging dan ikan dalam masa yang sama.. Kalau salah saya mintak maaf ye kak...

    Tapi apa 2 pun i fall in love bila tengok stew daging tu...

    ReplyDelete
  3. Yan
    Thanks yan

    Oh ye ke...akak tak tahu selama ni. Kenapa ye?

    Bukan tak masuk yan, cuma akak tak sempat nak publish yan punya comment semalam.
    Thanks ye yan for your info.
    stew tu senang je buat..

    ReplyDelete
  4. Salam Akak cayang...lama tak jalan-jalan..dok puoun study smapai nak muntah dah ni...

    Baru terbaca tentang berita FIL...Al Fatihah...semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman...

    Owh...anak akak dah balik Mesir ya...

    *esok start exam..doa kan yea...*

    ReplyDelete
  5. Cikgu Nurin
    Amin...thank you dear.
    Dah agak dah sure cikgu nurin tgh sibuk, sebab senyap je.

    Akak doakan agar berjaya ye...good luck :)

    ReplyDelete
  6. Zaila pun ada kehilangan kawan baik bulan 1 haritu, tiapkali teringatkan arwah, memang bergenang air mata ni tapi inilah kehidupan..sama2lah kita doakan moga roh arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..

    akak apa beza beef stew dengan sup daging??

    ReplyDelete
  7. zaila
    semoga mereka disisi orang yg beriman.

    sup kena letak rempah ratus...kalau stew tak payah...rasa pun lain:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...