Tuesday, 26 April 2011

Carrot Cupcake


Semangat untuk membuat cupcake sangat lah berkobar-kobar....hormon rajin sudah datanggg!!! Bagus-bagus. Ke kedai menjual bahan-bahan kek...syoknya!!! Semua ada...leka membelek-belek muffin paper cup yang cute miut dan melihat segala alat-alatan memasak. 

Akak mencuba resepi dari buku resepi yang akak baru beli tu. 

Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan....hihi lihat le cream cheese tu...comotkan.


Sebelum di bakar...akak suka tengok colour dia


 Junior chef tengah menghias cupcake tu mengikut citarasa sendiri.

rupa paras cupcake secara dekat...herot petot.


Hasil kerastangan kraftangan Adik


Hasil karya Aqi...no comment..hihi

 acuan cupcake yang besar... cuma dapat 12 biji sahaja. Jadi yang selebihnya akak bakar dalam acuan kecil.



 Untuk satu adunan akak dapat 12 biji cupcake yang besar dan 48biji yang kecil.

Ikuti resepinya
Sumber :Fergal Connolly (buku 500 kek cawan)

Bahan2
225 g mentega tanpa garam, dilembutkan
225 g gula halus
225 g tepung naik sendiri
4 biji telur
1 sudu teh rempah campur
100 g walnut..di potong
150 g lobak merah, diparut
2 sudu besar sultana

cara2
Panaskan oven pada suhu 175 C.
Letakkan 18 bekas pembakar kedalam acuan muffin. 
Campur mentega,gula dan telur dan pukul dgn pemukul elektrik hingga rata(2-3 minit)
Masukkan bahan-bahan lain dan kacau.
Sudukan adunan kedalam bekas.
Bakar 20 minit.
Sejukkan selama 5 minit.


cream cheese
200 g cream cheese
175 g gula ising..di ayak
1 sudu besar jus lemon
1 sudu teh esen vanila
3 sudu besar kacang badam potong * akak tak masukkan.

cara
Pukul cheese dan gula dengan pemukul elektrik hingga lembut.
tambah jus lemon & vanilla, kacau cepat2 hingga sebati.
Sapu ke atas cupcake yg dah sejuk.



Keep smiling :D





16 comments:

  1. ehehe kesamaan le pulak...saya pun buat carrot cupcake gak tp tk sempat nk buat entry lg

    ReplyDelete
  2. wahhh kak, bestnyer carrot CC tu...nampak sedap..nanti boleh cuba resepi akak ni..:D

    ReplyDelete
  3. kasih rupa tak penting janji sedap.
    kalau dah ula cuba ni..mesti nak buat lagi kan..

    ReplyDelete
  4. walau comot tp gebus tu :)

    ReplyDelete
  5. haha...
    saya sepatutnya buat entri pasal carrot cake hari ni kak, tapi memory card tertinggal.


    Selang dua hari buat kek ni khas untuk Along. Sebelum pergi dan selepas balik dari perkhemahan dia.


    akak punya lagi cunnn..comel-comel.

    ReplyDelete
  6. salam kak,

    rajin anak bujang akak
    kalau macam gini takde anak dara
    pun tak apalah...hihi

    ReplyDelete
  7. uisskk kak.. cedapnya la + berkhasiat.. order 10 ketui boleh??

    ReplyDelete
  8. rajin anak2 akak membantu akak kat dapur...sejuk perut ibu mengandung...

    ReplyDelete
  9. sedapnya kak..nak pulak anak2 nolong..bestnya anak2 akak rajinlah

    ReplyDelete
  10. zarin
    kebetulan sama pulakkan..
    akak tunggu n3 carrot cupcake zarin pulak ye lepas ni :)



    nieza
    cuba lah nieza..CC ni akak simpan dalan fridge...nak makan baru panaskan dalam microwave.



    Kak Erna
    nanti nak cuba resepi yg lain pulak kak :)




    Mas
    ok lah mas...gebu.




    azrina
    nanti jgn lupa buat n3 pasal carrot cake tu tau :)
    Rupa tak penting asal sedap kan reen :)




    Ati
    Alhamdulillah mereka rajin menolong



    Yanti
    boleh2...akak kasi 10 plus 10 :)



    Wahida
    Alhamdulillah..mereka rjin menolong sebab semua suka makan :)

    ReplyDelete
  11. anitaare
    Alhamdulillah kalau bab menolong kat dapur diaorg rajin...sb semua kuat makan ..hihi

    ReplyDelete
  12. Waduh,waduh,waduhhhhhh...kegeraman nih....

    meh rasa sket.....

    Kak, nak tanya, kat BTHO ada kedai barang kek tak?,jauh nak g Kajang...

    ReplyDelete
  13. cikgu nurin
    ada cikgu. Kedai di area lake valley. Sederet dgn City Bank.

    ReplyDelete
  14. sedapnyaaa..rasa lapar trus..=)

    ReplyDelete
  15. kalam hati
    jommm...masih ada lagi ni :)

    ReplyDelete
  16. Terliur tengok cupcake kat atas ini.

    p/s Sesiapa yang ingin belajar membuat Cup Cake sendiri dari A-Z boleh dapatkan CD video buat Cupcake dari pakar dengan harga rm 90 sahaja.

    Dapatkan di Blog Cara Membuat Cupcake. Saya jamin anda akan berjaya membuat Cupcake sendiri setelah mengikut apa yang ditunjukkan nanti.

    Harap Tuan blog tak marah iklan kat sini.hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...