Wednesday, 13 April 2011

Kek Pisang Topping Cream Cheese


Hari tu, ada pisang kat rumah so ambil keputusan buat kek pisang je lah sebelum pisang-pisang tu busuk. Akak tambah coklat chip sebab anak-anak suka coklat. Resepi sebenar tak letak coklat chip pun. Lepas tu teringin pulak nak buat topping cream cheese. Teringin nak buat ala-ala "resepi rahsia" tu...konon-kononnya!

Resepi ni akak tak ingat ambil kat mana, akak draft dah lama. Untuk topping tu akak agak-agak je.

Akak suka resepi yang guna sukatan cawan, malas nak keluarkan timbang akak yang dah antik tuh.

Kek pisang 

1 cwn pisang - yang dh dilecek 
3/4 cawan gula pasir 
4 biji telur gred B 
2 cawan tepung gandum 
1 cawan minyak masak 
1 tsp baking powder 
1 tsp soda bicabonate 
1 tsp esen vanila

4 sudu coklat chip * tambah sendiri


Caranya.... 

1. Ayak tepung + soda +baking powder 
2. Pukul telur dengan gula sampai kembang, masukkan ke dalam adunan pisang lecek tadi n kacau sebati. 
3. Masukkan minyak dan kacau + esen vanilla dan last sekali buh tepung sedikit demi sedikit. kacau pelan². Masukkan coklat chip.
4. Masukkan dalam acuan, dan bakar selama 45 minit hingga masak, temp 180.

 coklat chip semua berada di bawah



Topping Cream cheese
1 buku  cream cheese * akak guna cheese philadelphia
2 sudu  butter
gula icing * agak2…secukup  rasa
sedikit perahan lemon - ikut suka

Cara
Pukul semuanya hingga kembang dan sapu atas kek.

Kebetulan Adik Nor sekeluarga datang so sempat le merasa kek ni bersama jus durian belanda.

Shahmi (anak buah) pun sempat makan. Akak tahu Shahmi memang suka cheese. Dulu waktu akak buat cheese cake, dia suka sangat...yang memasak pun suka hati... :)




Keep smiling :D

21 comments:

  1. bestnya...

    sama je kak kat umah saya ni. Cheese tu tak leh lama. Ni adik saya dah nak balik dari Holland. Plan nak suruh dia beli bebanyak.. buat stock..

    ReplyDelete
  2. Sukanya!
    Saya ni memang hantu cheese kak. Kenapalah tak terfikir nak letak cheese masa buat kek pisang dulu.


    Boleh cuba. Kita samalah kak. Malas betul nak timbang2 tapi kalau dah terpaksa;guna jugaklah.


    Air durian belanda ?tak dapat yang asli dapat yg F&N punya pun jadilah..

    ReplyDelete
  3. eh kreatif betul..

    saya pula teringin nak buat kek kukus..belum berkesempatan lagi

    ReplyDelete
  4. oooo..buat kek pisang tak bagi tau yo..akak takmo kek tu. akak nak air duyan belanda tu hah..nampak sejuk je bila masuk kat tekak..alaaaaahai sedapnya pulak..
    eh!kalo ada belen kek tu nak jugak lah.lapar pulak pepagi nih.kihkih

    ReplyDelete
  5. salam pagi kak.. sedapnya.. ada topping cheese yg tak tahan tu..
    nak try jugak la, mcm simple jer..

    ReplyDelete
  6. best sangat...tenkiu..
    kalau buat2 xingat pasal diet..
    mesti dah habis saye ngapppp kek itu..
    tapi apakan daya..diet tetap diet..ohhhhhh...
    buat lagi yer..ade xresipi carrot kek??kalo ade bleh share x?hehehehe
    ataupun masak jer terus..bleh share makan..ahaksssss

    ReplyDelete
  7. saya pun suka guna sukatan cawan..senang kan kak!
    and saya pun suka guna philly cream cheese..sedap kan kak! ;-)

    ReplyDelete
  8. yan
    holland memang tkenal dgn cheese kan...berbagai bentuk & rasa...bestkan.



    azrina
    Leceh kan kalau guna gram..
    akak memang guna F&N pun...hihi




    sal
    kek kukus pun best juga kan...boleh buat yg tak guna telur juga.



    kak anymz
    jom2 kita minum2...sambil borak2 pasal resepi.
    Kek dah habis lah kak...hihi




    yanti
    bahan2 simple je kan..
    senang je..




    chalk
    carrot cake tak pernah buat...resepi ada...nantilah kalau mood ok...hihi



    zarin
    akak memang suka cheese zarin...rasa best jer kan :)

    ReplyDelete
  9. wahhh sedaplaaa
    saya mmg suka kek pisang tp tak reti la kak buat kek n kuih..
    tp nak la try satu hari yg indah nanti :)
    to oven takde huhu

    air durina belanda plg best!

    suka 2 kombinasi ni :)

    ReplyDelete
  10. illa
    cuba le, senang je.
    Nanti beli le oven yg comel2...*pandai2 je akak mgajar*...hihi

    ReplyDelete
  11. saya sbrnyna tak suka kek pisang tapikan selepas makan kat starbuck muffin kek pisang campur coklat cip... fuhhh sedap rupanya hihihi :)

    ReplyDelete
  12. mas
    akak pun sama mas, kalau kek pisang saja2 agak kurang suka, tp kalau dah di ubah suai dengan cheese boleh layan jugak

    ReplyDelete
  13. wahhh sedapnya kak..pandai akak reka cipta kek pisang ngan topping tu..sure sedapkan....tgk air durian belanda tu pun dah terliur..suka jus tu.

    ReplyDelete
  14. wahh.. suka.. suka. suka.. akak baca dua puluh kali suka lagi tau.. heheh..

    ReplyDelete
  15. nieza
    sebenarnya akak tak berapa suka kek pisang, tapi bila ditambah coklatchip & cream cheese..akak boleh layan :)



    hann
    thanks kerana suka...
    mai sini nak huggss..
    hugssss2

    ReplyDelete
  16. kak..post laju sket kek tuh kt lin nie..adoiii..sedapnyeee!!

    ReplyDelete
  17. siti haslinda
    jom le kesini...jadi tetamu akak.

    ReplyDelete
  18. sejak tgk kek pisang akak tuh..terus lin bercita2 nak buat kek pisang sendiri..lin nie kalau bab membakar kek atau membuat kuih nie mmg x pandai..syukur ikut resepi kek pisang akak..menjadi & sedap!!

    ReplyDelete
  19. siti haslinda
    thank sudi cuba...senangkan siti :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...