Thursday, 25 August 2011

Berbuka di Hotel Armada..Grrrrrr

Semalam incik husband ada jumpa kawan di Hotel Armada PJ...iftar dan meeting sekali. Incik husband ajak akak sekali...malas sebenarnya nak berbuka kat luar.Tapi disebabkan perasaan nak rehat dari masak, setuju aja lah.

 Lauk pauk tiada pilihan

incik husband dah buat reservation one day before. Tiba di sana kami berpecah...suami bersama kawan-kawannya dan akak dengan adik(anak akak). Suami akak di restoran bawah dan akak kena naik atas. Masih ok lagi....ingat food dia sama macam kat restoran bawah. Ternyata di atas, food dia sangatlah teruk tak sesuai dan tiada pilihan. Tak ubah makan di kantin dan lauk dia macam kat kedai mamak saja.

Usahkan pasta ...seekor udang pun tak de. Kuih muih pun beberapa jenis saja berbanding kat bawah.Dan meja kami diletak di koridor yang sempit lagi panas....grrrrrr.

cuma ada beberapa jenis kuih saja.


 Meja kami di tepi koridor yang panas.

Sewaktu akak menuju ke surau hotel...akak ada terdengar rungutan dari pelanggan yang lain juga. Akak ada buat complain...kenapa makanan diatas tak sama macam dibawah. Kalau akak datang walk in...ok le, ni dah buat reservation sebelum datang dan tak pula diberitahu yang restoran kat bawah dah penuh dan terpaksa makan di koridor atas....grrrr.
Manager dia tak dapat nak cakap apa..cuma dia beritahu sebelum ni pun dah ada yang complain..dan beritahu yang kat atas dia orang charge lebih murah. Walaupun lebih murah (sebenarnya mahal juga dengan makanan yang teruk macam tu) dari restoran kat bawah...tapi still tak puashati....grrrr lagi.

Salah sendiri pun...sapa suruh makan kat luar..kat rumah lagi best kalau macam ni.



Keep smiling(sikit jer)

19 comments:

  1. sesekali terasa macam bukan rezki kita...sama spt yg pernah saya alami..

    ReplyDelete
  2. Grrrr kenapa la macam tu pulak? mcm double standard pulak! next year jgn pilih lagi tpt ni,tak setaraf dengan namanya HOTEL, grrrrrrrrr

    ReplyDelete
  3. huh! betul laa kak kasih makan di rumah walaupun x pelbagai kata org mcm kat luar tapi sekurang2nya sedap & puas hati, klu kata mkn kat hotel tu mestilah buat betul2 org bayar...kan 3x

    ReplyDelete
  4. kasih, mmg sllu akan rasa x puas ati bila berbuka duluar... masakan dirumah walau simple mana pun ttp jd pilihan kak rose...

    ReplyDelete
  5. laa yeke.. kita mesti nak layanan berbaloi2 dgn bayaran kita buat kan. Haisshh.. nak kaut untung aja tu.. takpe2 senyum tau.. ^__^

    ReplyDelete
  6. alahai.. frustkan x dpt ygsepatutnya.. hhhmmm

    ReplyDelete
  7. Makan kt luar ni ikut nasib kan kak..klu bernasib baik dapat la menu yg best tp klu kurang baik dapat yang so so ajer..
    Betul tu, makan kt umah jugak yang best..

    ReplyDelete
  8. cian adik..muka tension jer...
    petang ni masak sedap2 ye..cover last day ...

    ReplyDelete
  9. setahu sy kat armada hotel makanannya boleh tahan sedap.
    Agaknya chef lain kot.
    Berapa harga per pax tu kak?

    ReplyDelete
  10. sue yg baca pun turut rasa ggggrrrrrrr..inikan pula akak yg dah bayar kan.. sabar je lah kak..

    ReplyDelete
  11. salam kak...

    adoh..asal lak jadi cam tu? emmm cam diskriminasi la pulak kan...apa kata akak try kat res nelayan Titiwangsa.RM35 utk dewasa dn sepruh gege utk knk2.rasanya more better dr kat sna tu...hihi...sya dh try.ok.mcm2 ada.cuma larat tak larat je kita nk beratur.akak tgok kat blog sya.

    ReplyDelete
  12. sal
    betul tu.. bukan rezeki


    kak aya
    mungkin byk pemintaan..nak untung lebih..terima semua reservation...kat restoran dah penuh ..tambah kat atas pula :(


    lyn
    dah bayar mahal..kalau makanan tak setimpal...kecewa gak lah ,


    kak rose
    makan kat rumah lagi best..simple pun sedap


    lia
    nak untung sampai sanggup terima walaupun restoran dah penuh :(
    opss keep smiling


    nureen
    baik akak makan kat restoran saba...sedap dan puashati


    mrsharis
    gara2 nak untung lebihlah ni



    ucu faridah
    hihihi...nampak jelas riak wajah adik tak berpuashati...dia berangan nak mkn pasta tp takde.


    Leez
    restoran kat bawah memang best...segala2nya ada. Tapi nasib kami le diletak kat atas :(
    Harga kat restoran bawah Rm 80 ++
    kat atas rm 55++....bila dah tambah +++ tu jadi rm 60 lebih...



    sue
    serik...rasa tertipu
    tipah tertipuuuu


    chempaka
    sebenarnya kat hotel ni pun mknan dia best2 (kat restoran bawah).Bila restoran tu dah penuh dia sumbat kat atas pula...mknan kat ats tu yg hampes tu :(

    ReplyDelete
  13. tuan teri murka lah ni, tak baik tipu2 tau... siannya pada tuan teri turut bersadis huhu tapi kuih tu nampak sedap la pulak nakkkk...

    ReplyDelete
  14. eeeiiii...sabor je la...ingatkan mkn kat hotel boleh la mkn yg sedap2..tapi hampeh...huhu..

    berapa dia caj tu kak?

    ReplyDelete
  15. selamat hari raya aidilfitri kak...
    maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete
  16. memang hangin kan

    selamat hari raya aidilfitri
    kak kasih dan family

    maaf zahir dan batin :)

    kalau ada open hse tu
    calling2 lah ye :)

    ReplyDelete
  17. wahida
    selamat hari raya juga ye..
    maaf zahir batin
    hugsss


    atie
    mohon maaf zahir batin juga ye atie.
    InsyaAllah :))

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum,
    SElamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin buat Kasih sekeluarga ya. Bestnya dpt buka posa kat hotel.....glamer gitu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...