Saturday, 27 August 2011

German Cookies

Excited nak buat cookies ni sebab tengok kawan-kawan dah buat cookies ni..sure sedap...kalau tak kenapa semua dah try kan. Tengok di blog En.Mat Gebu pun ada...Zarin, Lady, Kak Yatie, Kak Anymz dan ramai lagi yang dah try.


Bila akak selidiki, tenung-tenung..lihat-lihat resepinya hampir sama . So akak pun copy paste je kat rumah Kak Anymz...minta izin ye kak.


Cookies ni gebu bila dimakan tapi tak mudah berderai. Akak rasa kalau lain kali boleh ubahsuai...tambah almond atau coklat pula :-)


Resepi German Cookies
dari dapur Kak Anymz


Bahan-bahan


  • 40 gm gula icing, diayak
  • 125 gm butter..lembutkan pada suhu bilik
  • 1 teaspoon, untuk biskut perisa vanilla
  • 2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
  • 125 gm potato starch
  • 80 gm tepung kek/tepung gandum


  • Cara-cara
  1. Pukul butter & gula hingga gebu dan ringan. Masukkan vanila dan kacau rata.
  2. Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit(Naz simpan 20 minit).
  3. Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang) menggunakan api atas dan bawah.




P/S : akak belum balik kampung lagi tapi akak dah cuti...hari ni operasi kemas rumah dan mengetart...InsyaAllah. Pagi2 lagi dah buat jem nenas...wangi seluruh rumah...aroma pineapple..tak perlu letakhome fragrance lagi :))




keep smiling :D





11 comments:

  1. selamat hari raya kak....wahhh, rajinnyer akak mengukis...ida baru buat 1, malas la kak..lagipun raya kt sini, mcm lain sikit mood tu...

    ReplyDelete
  2. gebunya cookies tu. lia pun teringin nak buat tp cari bahan potato starch tu tak jumpa2.. huhu

    ReplyDelete
  3. WOW...that looks awesome...I ma definelty gonna try it...Thanks for the recipe...

    ReplyDelete
  4. famous betul cookies ni this year kan kak.. lady suka sangat, husband pun suke.. memang dia bebetul cair di mulut kan hehe..
    akak balik n9 dulu ye, bestnya mesti ada menu ayam ke daging salai, mak mentua lady msk kari ayam salai nanti..
    btw, lady nak ucapkan selamat hari raya untuk akak sekeluarga, maaf zahir batin.. :)

    ReplyDelete
  5. wanginya bau pineapple sampai ke sini..hehe
    selamat hari raya kak..maaf zahir dan batin dr saya sekeluarga..moga akak berbahagia dihari mulia ini

    ReplyDelete
  6. Dah ambil dah resepi...nanti cikgu tie nak cuba buat. Terima kasih kak. Mesti sedap nie.

    ReplyDelete
  7. hmm patutlah bau nenas sampai ke selayang mulia ni.


    salam aidilfitri kak kasih....ampun maaf kot2 ada salah silap sepanjang bersahabat maya.

    ReplyDelete
  8. seronok dah cuti..peluang ni digunakan utk mengemas rumah dan buat apa2 yg patut smpena..sya juga begitu

    SLMT HARI RAYA AIDIL FITRI..
    Moga kehadirannya menceria2kan di sampng fmly tersayg..

    ReplyDelete
  9. salam Kasih....Selamat hari raya ,maaf zahir & batin dari atie sekluarga.Semoga gembira menyambut syawal bersama sanak saudara..
    dah siap tart,htr atie sebalang yer..hihi

    ReplyDelete
  10. leckere kekse!
    selamat hari raya aidilfitri
    maaf zahir & batin :)

    ReplyDelete
  11. waaahhh... biskut tu nampak sedap! nak sikit... tahun nie bskut raya mas beli je tu pun last minit cari.

    SELAMAT HARI RAYA kak........

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...