Saturday, 13 August 2011

Masalodeh / Vadai



Balik dari kerja tadi, hujan lebat selebatnya siap dengan kilat dan guruh. Main redah je lah. Handphone pulak jatuh waktu bergegas nak naik kereta...berendam dalam air...huhu...nasib baik ok dan nasib baik sedar hp jatuh. Incik husband magrib baru sampai rumah sebab jam teruk.



Balik terus masuk dapur...masak yang simple-simple je lah. Kuih pula, akak masak masalodeh ni. Kacang dhal akak dah rendam sebelum pergi kerja pagi tadi.


Resepi ni akak ambil kat rumah Lady of Leisure.
Akak minta izin untuk copy resepi Lady kat sini




Bahan-bahan

2 cawan kacang dhal
1-2 tangkai daun kari - gunting kecik-kecik
1 tangkai cili kering - gunting kecik-kecik
1 tangkai cili hijau - dadu halus
1 biji bawang besar - potong dadu kecik
1 sudu kecik jintan
Garam secukup rasa


Cara-cara:
  1. Rendam kacang dhal semalaman. Toskan kemudian separuh diblend halus dan separuh lagi diblend kasar
  2. Campurkan kesemua bahan lain, bulatkan dan tekan supaya leper di bahagian tepi. 
  3. Goreng dalam minyak yang banyak dan balik balikkan, once masalodeh timbul maknanya dah masak.


P/S : kadang-kadang nak berbuka kuih yang manis-manis..kadang-kadang teringin yang pedas-pedas pulak :-)




keep smiling :D



16 comments:

  1. tq sbb sudi cuba kak hehe.. same lah kita, kadang nak kuih manis, kadang nak yang pedas masin2.. hehe..

    ReplyDelete
  2. rasa mcm pernah makan kuih ni...tp sekitar 20 tahun yg lalu kot...dh lama betol ni...pernah berjiran dgn org india masa kecik2 dulu.

    ReplyDelete
  3. wahh sedapnyaaa datang sini mesti rasa koya nk masak macey tapi tak reti hik2..

    ReplyDelete
  4. Assalam kak..


    lamam tak jengah sini.

    Hubby suka kuih ni.. nnt leh cuba lah..

    ReplyDelete
  5. good idea..
    utk org2 dapur cam i ni yg kdg2 pening2 nak wat kuih ape..

    bole cuba resepi tu esok petang @ lusa...

    mekasih..

    ReplyDelete
  6. akak dah lama ambik resepi ni dari rumah lady tapi tak buat2 lagi kak..nak buat bulan posa ni takut tak tahan wuduk sbb ada kacang dhal tu kan?..

    ReplyDelete
  7. assalam kasih..akak ada buat..tapi rupanya tak cantik lansung..he he..malu akak nak tayang gambar..nasib baik bila anak2 makan..sedap mak katanya..sejuk sikit hati..he he

    ReplyDelete
  8. adeeehhh.... sukanya kita makan vadai! kalau dekat ni nak mintalah sebiji dua!

    ReplyDelete
  9. 2 orang anak bujang
    ati suka kuih ni :)

    ReplyDelete
  10. sedap tu masalodeh. klu buat pedas2 lg sedap kan..

    ReplyDelete
  11. masalodeh ni mmg kenangan saya la kak..
    kecik2 dulu mcm darjah 5 kot..
    nak dpt duit poket..
    ibu buat kuih ni, sy n adik lelaki jual kat sek agama time ptg..
    syok sbb dpt duit poket..

    satu ptg blk dr sek agama,
    jiran(masa ni dok rumah pegawai felda) dia panggil saya singgah umah dia..

    ingat ke ada apa sbb mmg kwn baik dgn anak dia..
    rupanya dia ckp mintka sy jgn jual lagi..
    anak dia jual jugak kuih popia yg tkde apa2 pon inti dia..

    so sejak sy jual, kuih dia tak berapa laku..
    dia ckp sbb ayah sy pegawai, laki dia kerani je..
    huaaaa sentappppp trus tak berniaga..
    adik je teruskan sbb dia kelas lain..

    begitulah ceritanya bagaimana kebolehan usahawan sy dicantas semasa kecil..
    trus smpi skrg tak reti nk berbisnes... hehehe

    kak post kat sy sket :)

    ReplyDelete
  12. kt meru pun sama petir sambung menyambung...
    yang penting masalodeh sedap ...
    nak sepinggan, datang awal ni...

    ReplyDelete
  13. kak kasih, kali pertama jumpa menu kak kasih yang saya tak 'berahi nak makan' hik hik.

    mungkin di trg, tak ada semua ni, jadi dah tua ni tak reti nak makan.

    ReplyDelete
  14. Lady
    Thanks ye Lady..
    memang suka kuih ni :)



    nuwairani
    lama betul tu...itu untungnya berjiran kan :)



    hanis
    cuba ye tuan teri..kalau dah masak upload gambar biar beta tengok :)



    yan
    wsalam
    cuba le resepi ni..sedap :)



    sal
    selamat mencuba ye :)




    kak anymz
    sure takut terkhentut kan kak...
    hihi



    kak erna
    rupa paras tak penting kak
    yg penting sodap :)

    ReplyDelete
  15. amie
    bukan sebiji dua, sepinggan akak kasi :)


    atie
    best atie...akak suka :)



    lia
    akak pun suka buat pedas2



    illa
    ciannya...tak baik orang tu kan.
    Kita semua ada pengalaman hidup...yg mematangkan kita :)



    aarthi
    I also love it :)



    Uchu
    alamak dah habis le ucu :)



    Aya
    betul tu Ya
    akak pun kenal dgn kuih ni waktu di universiti...kat Ganu tak dok mende ni kang. Waktu tu tiap hari akak beli...akak memang suka kuih berasaskan kacang :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...