Saturday, 17 September 2011

Makan-Makan di Hari Malaysia

Semalam cuti...sempena Hari Malaysia. Pagi-pagi lagi dah teringin nak makan roti canai sebab dah lama tak makan sejak bulan puasa hari tu. Kami makan di restoran yang selalu kami kunjungi.

roti canai & teh tarik

Singgah beli bahan-bahan untuk buat rendang di Econsave...mak aiii ramainya orang. Makcik terperangkap lagi ditengah-tengah orang ramai tu.Tak suka. Akak beli dapur ni juga...





Dapur tungku hijau biasa tu je...tapi ada stand sekali.Senang sikit nak masak rendang kan. Macam le nak masak rendang tiap hari...hihi.


Biasa le, kalau masak rendang ni kan...berjam-jam lamanya. Dah tak larat nak masak lauk lain lagi(alasan)...nasib baik incik husband setuju je walaupun makan tanpa sayur. Timun je ganti sayur-sayuran.

Balik solat Jumaat, incik husband beli lemang...sodap lomangnya. Adik tak makan nasi..makan lemang je.

Sup cendawan serai ni pula incik husband ratah macam tu je...untuk makan malam. Tapi akak dan adik makan nasi..hik2


keep smiling :D


12 comments:

  1. Assalam Kasih,
    rendang tu.... samalah alasan dengan Amie, masaknya agaklama, jadi makan sajalah dengan ulam-ulam timun,tomato atau daun salad je... sedia lauk yang lain nanti kuranglah pulak rasa enak rendang tu ye... sebab ada persaingan... hi hi hiii

    ReplyDelete
  2. Rajin akak masak rendang. Dapat pulak makan dengan lemang. Sedapnya !!!

    ReplyDelete
  3. Sayur cendawan nie memang sedap. Bukan Cikgu tie saja, anak-anak pun suka sangat ratah kalau buat sayur ni lebih-lebih lagi kalau dimasukkan sedikit sayur bayam. Sedappp!

    ReplyDelete
  4. kasih, nampak roti canai teringin lak nak makan, tp ari ni kak rose baut lempeng jer makan ngan sambal tumis...

    rendang ngan lemang. uissshhh! menjejeh air liur ni!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    Saya ni boleh dikatakan tiap2 hujung minggu sarapan ngn roti canai, hubby beli kat restoren nasi kandar berhampiran. Rendang pun nampak best....

    ReplyDelete
  6. Owh sedapnya sup cendawan pun yummy.. Tuan teri nk g rumah tuanku nti oleh makan syedap2

    ReplyDelete
  7. samalah kita yee..masa hari malaysia tu pekena roti canai..

    mengidam krn lama tak makan...

    laratlah makan ..alhamdulillah kekenyangan..

    ReplyDelete
  8. apa resipi sup cendawan serai tu kak?

    ReplyDelete
  9. amie
    hihi...betul tu
    setuju2


    teratak hami
    jarang2 hami
    time teringin je, baru masak.


    cikgu tie
    nanti akak nak cuba letak sayur bayam pula.


    kak rose
    lempeng pun sedap juga
    saya suka lempeng kelapa.


    watie
    org msia...memang tak leh lari dr roti canai kan.


    hanis
    boleh2
    silakey


    sal
    kalau lama tak makan
    macam sedap je kan


    aarthi
    roti canai eat with curry or dhal
    its really delicious :)


    kak aya
    akak dah letak...klik di sup cendawan tu :)

    ReplyDelete
  10. akak..gambar lemang tu memang buat tekak ni tergugat pulak..hehe..suka lah tgk gambar lemang tu kak..

    ReplyDelete
  11. sue
    lemang nia akak beli dekat area rumah akak...ok gak rasa dia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...