Tuesday, 6 September 2011

Raya di Besut ( 2011 )


Raya ketiga kami bertolak dari Kuala Pilah menuju Besut. Kami memang suka ikut jalan pantai dan tak rushing pun untuk sampai ke tujuan. Kalau penat stop dulu minum-minum. Tapi raya-raya ni kedai makan banyak yang tutup.


Suka sangat dengan pantai....mendamaikan .Kami sampai dah malam. Abang dan adik-adik dah balik ke rumah mertua masing-masing. Sempat juga berjumpa sekejap dengan adik nor sebelum berangkat ke Kedah..yang tinggal cuma bonda & family kak ma.

juadah di hari raya..gambar Kak Ma yg berjaya akak di cilok.

Biasanya kalau di Besut ..juadah dihari raya yang wajib ada adalah nasi impit kuah kacang, satay, nasi dagang, ketupat daun palas dan lain-lain lagi.
 ketupat daun palas

tapai pulut...manis dan sedapppss

nasi dagang

Balik ke Besut cuma setahun sekali...so banyak le benda yang nak makan. Salah satunya adalah sata. Nasib baik dah ada yang jual sata..maklumlah  raya.


Akak cuma suka makan sata kat kampung akak jer..sata kat KL tak sedap (statement ngada2..muhahaha)


Gambar family akak yang beraya di Besut tahun ni..dalam gambar ni akak anak beranak tak de sebab kami beraya di Kuala Pilah. Gambar ni juga dari album Kak Ma.

queue up for internet..tengok le muka yg kat belakang tu. 


Banyak juga le sempat buat sepanjang di Besut selain makan-makan dan ziarah beberapa buah rumah sanak saudara. Antaranya kami ke pantai-pantai yang berdekatan dengan rumah family akak.

 Pantai Bukit Keluang

 Pantai Dendong...airnya kehijau-hijauan

Pantai Air Tawar..walaupun airnya masin.

Setelah beberapa hari di Besut kami berangkat pulang ke KL...bye2 rumah...bye2 ikan2 dikolam... bye semuanya.....sedihnya nak tinggalkan rumah family yang penuh kenangan ini ...terasa seolah-olah arwah ayahanda masih bersama-sama kami walaupun ayahanda dah lama pergi meninggalkan kami semua :-(

Kami singgah dulu di Tasik Kenyir satu malam sebelum menuju ke KL.


keep smiling :D




21 comments:

  1. lepas habis pantang nanti nak makan tapai la..lama dah tak makan..hehehehe..kalau sata biasanya sue akan singgah beli kat Kemaman bila time nak balik kampung mr hubby..

    ReplyDelete
  2. inilah kali pertama cikgu tie kenal dengan makanan yang bernama sita. sedap ke? Teruja untuk mencuba.hehehe...

    ReplyDelete
  3. bestnya sata....shedapp.
    seronok tgk org yg balik kg beraya...tapi saya takda kampung kak...beraya di kl ajer.

    ReplyDelete
  4. akak sokong kenyataan 'sata besut is the best'
    akak pun tak pernah miss beli kalau ke besut..suka yg dekat selekoh selepas jambatan tu..

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya kak.

    Saya pun suka makan SATA. Masa balik Mersing takde yang menjual. Tu yg kekadang terpikir nak carik sata frozen. Nasi Dagang pun suka. 2 hari berturut2 breakfast dengan nasi dagang.

    Serius ke tu beratur untuk internet?? :-)

    ReplyDelete
  6. Assalam kasih..saat yang ditunggu kan..bila dapat berada dirumah keluarga kita..sedihnya rumah kak dikampung dah tinggal kosong..cuma balik kerumah kakak dan abang2 je..

    ReplyDelete
  7. Salam Raya kak,
    Saya ni teringin nak jalan jalan kat Terengganu. Pernah pergi sekali dua tapi dah lama.

    ReplyDelete
  8. teringinnya nak pegi tasik kenyir

    ReplyDelete
  9. meriahnya raya.... selamat hari raya

    ReplyDelete
  10. kak, bila nk buat open house??? jangan lupa jemput lia tau..ehehehehe.. ;D

    ReplyDelete
  11. akak mkn ketupat palas tu ingat saya tak? hehe...

    ReplyDelete
  12. Salam kasih..atie pon nk ucapkn selamat hari raya.maaf zahir & batin andai ada silap & salah sepjg mengenali diri atie yer.
    Bestnya brhari raya di besut..cantik pantainya!

    ReplyDelete
  13. akak, tapau ckit sata tue utk nureen.. teringin nk mkn dr thn lps lg x dpt huu

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya kak!
    byknya pantai dekat rumah akak ye!
    we all pun suka lalu jalan tepi pantai..cantikkan!

    ReplyDelete
  15. sue
    waktu hamil x elok makan tapai kan sue..kenalah tunggu habis pantang :)

    cikgu tie
    bukan sita cikgu..tp sata.
    Dari ikan.


    leez
    dimana2pun ok...asal bersama org2 tersayang :)


    hani debumelukut
    bestkan kak :)


    teratak hami
    biasalah kita org pantai timur ni..sure nak makan nasi dagang kan.
    Takdelah..yg belakang tu just action je konon2 tak sabar nak guna internet..hihi


    kak erna
    wsalam
    rumah dikampung penuh kenangan :)


    hazila
    akak sendiri pun jarang balik..setahun sekali je :)
    tapi akak suka pantai di trganu.. :)


    NM02
    bagi akak tasik kenyir..biasa2 je :)

    syiela
    selamat hari raya :)


    mrsharis
    rumah akak selalu terbuka..hihi


    wahida
    hihi :D


    azatie
    selamat hari raya


    nureen
    kat KL pun susah nak dapat sata ni..akak suka sata kat kampung sebab ikan yg digunakan masih segar.


    zarin
    akak di besarkan berhampiran pantai (sebab tu hitam hihi) jadi memang suka sgt dgn pantai :)

    ReplyDelete
  16. saya sokong sata di KL memang tak sedap! sata Batu Rakit yang paling best ha ha, sila jangan marah!

    ReplyDelete
  17. Kak Aya
    hahahaha...tak marah sebab kita bebas menyampaikan pendapat.
    Tapi akak tetap kata sata besut paling sedap....hahahaaaahhaha..don't angry k

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum,
    Bestnya tengok Kak Kasih beraya di kampung, meriah jer nampaknya ngan menu yg berbagai. Sy ni beraya kat Penang, sehari jer dah habis lawat semua rumah, maklum adik beradik semua duduk kat Penang aja, tak leh la nak rasa cabaran beraya jauh jauh....

    ReplyDelete
  19. wattie
    wsalam
    raya dimana pun ok je kan..asal happy. Ada baiknya juga raya dekat2..tak penat badan :)

    ReplyDelete
  20. seronoknya balik raya jauh yer..
    sata tu memeng menyelerakan lah.. next time boleh kirim ye kak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...