Sunday, 30 January 2011

Resah

Abah, Ummi & Abang
Beberapa hari ni mood untuk menulis agak terganggu dek keresahan ...mengenang Abang ( anak sulung) akak yang sedang belajar di Alexandria Egypt (berusaha tenang tapi di dalam hanya Allah yang tahu). Semua tahu Egypt sedang bergolak sekarang.
.
Beberapa hari lepas akak tidak dapat menghubungi Abang...rupa-rupanya internet & telefon disekat atau di putuskan. Alhamdulillah semalam abang call dan menceritakan keadaan sebenar di sana. Sedikit tenang apabila dapat berita dari Abang.
.
Mulai resah kembali bila mendapat call dari sepupu akak ( yang bekerja di Cairo) menasihatkan agar Abang balik ke Malaysia. Memandang keadaan di sana agak tegang.
.
Suami akak mulai menghubungi pihak-pihak yang sepatutnya....dalam usaha membawa Abang pulang.
.
Bila akak dengar berita terbaru di TV...kerajaan Malaysia belum mengarahkan rakyat Malaysia pulang....macamana ni...akak confuse...
Mohon doa agar Abang , kawan-kawan abang, rakyat kita dan muslimin & muslimat yang lain di sana lingdungi Allah.

Thursday, 27 January 2011

SPA


Spa ni akak selalu kunjungi (kalau cuti ) kerana hanya 5-10 minit saja dari rumah. Spa ni berada di dalam Jusco...Cres . Balik kerja pun boleh pergi, lagi pun spa ni tutup pukul 10 pm. Tapi kenalah buat temujanji dulu.




Setelah penat bekerja, sesekali kena juga memanjakan diri ...badan dah sakit-sakit , bila kena urut...mmmm bestnya...lega..lega...sedap..sedap.


Biasa akak buat facial kat sini...bestnya bila muka kita di urut-urut dan di belai-belai. Time extraction atau buang black head tu akak kurang suka sikit...sakit bila dia tekan-tekan nak keluarkan benda hitam tu...fuhh..meleleh juga air mata kadang2 tu...tapi lepas tu best sangat. Yang paling best bila kena urut kat bahu dan kepala...nyaman.

Akak biasa ambil pakej...jadi setiap kali akak ke sini dah tak perlu bayar lagi. Akak beli waktu ada promotion. Ada body scrup dan milk bath juga....besh besh besh...dush dush dush.

Ada 2 lagi spa yang akak suka pergi...satu di Kajang(Leonard Drake) & satu lagi di Cyberjaya (sembunyi spa). Nanti cerita di lain waktu...



Tempat consultation



ruang menunggu



Bathub....tempat mandi susu.





Bilik treatment















Tuesday, 25 January 2011

Kuih Ketayap


Kuih ketayap merupakan favourite seluruh keluarga akak. Dah lama tak buat. Dulu-dulu pernah juga buat, tak ikut sukatan pun....main campur-campur dan agak-agak je. Biasanya beli saja. Tapi bila singgah diblog Lady...tetiba datang angin rajin....hihihi...tambah-tambah tengok kuih ketayap lady yang cantik tu. Kali ni akak ikut sukatan macam lady buat. Hasilnya seperti di atas. Tak boleh lawan macam Lady punya. Tapi rasanya ok...I like ! Akak buat kuih ni dah lama tapi baru nak publish...jom layan.

Kuih Ketayap

Resepi asal : Lady


Bahan-bahan:-(untuk 8 biji kuih ketayap)* akak buat 2 adunan


Untuk inti:

2 cawan kelapa parut

1 cawan bancuhan gula merah

Secubit garam

Simpulan daun pandan


Untuk kulit:

1 cawan tepung gandum

1 biji telur

2 sudu besar santan

1 atau 2 sudu besar minyak masak

1 cawan air pandan (blend halus 4-5 helai daun pandan dengan 1 cawan air dan tapis)

Secubit garam


Cara-cara:-

Untuk inti:

Campurkan bahan-bahan inti kedalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga sedikit kering. Kalau kurang manis boleh tambah gula pasir. Bila dah sebati dan agak kering, keluarkan daun pandan dan ketepikan.


Untuk kulit:

Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati menggunakan whisk.
Panaskan non stick pan(api perlahan), tuang sedikit minyak dan sapu rata menggunakan kertas tisu.
Tuang sesenduk adunan ke tengah frying pan dan ratakan dengan senduk.
Bila kulit kuih ketayap dah "lekang" dari frying pan tu maknanya kulit dah masak.
Bila dah masak letak inti dan gulung




Thanks Lady...



Monday, 24 January 2011

Kucing

Sewaktu anak-anak akak masih kecil(7 -8 tahun yang lalu) kami pernah membela seekor kucing yang diberi nama Dizem (sempena bulan Disember). Dizem kami temui dalam keadaan yang sangat menyedihkan....kurus, berkudis/berkurap dan kelaparan. Mungkin ada yang membuangnya...kami bersepakat untuk membelanya.
.

Adik & Dizem(2003)
Bermula dari sini lah Dizem menjadi "anak angkat" kami...dibelai & dimanja. Sewaktu kami membelanya Dizem masih kecil.
Abang memandikan Dizem(2003).
Dizem suka makan friskies & vitamin juga. Bila letak vitamin kat hidung dia, terus dia jilat vitamin tu. Kalau sakit kami bawa jumpa doktor haiwan . Antibiotik untuk dizem waktu tu RM 40 /botol kecil saja...sekarang sure lagi mahalkan.Kena tanya Lady, sure Lady tau. Dizem juga ada tempat tidurnya...dan tempat untuk dibawa berjalan. Kami pernah bawa balik kampung sewaktu musim raya...ada bakul khusus untuk Dizem.
Betapa manjanya dizem dengan adik...pics 2003


Dizem ek.. ek ( buang air) kat pasir yang dibeli...supaya tak bucuk. Anak-anak akak sayang teramat-amat padanya.
Rantai kat leher dia ada warna merah & biru.



Dari kucing kampung yang kurus..Dizem makin membesar dan bulunya sangat cantik. Tapi pada suatu hari Dizem hilang. Puaslah anak-anak akak mencari di sekeliling Taman. Setiap petang balik dari mengaji mereka tak putus asa mencari dan terus mencari.
Dizem hilang...anak-anak sangat sedih termasuk ummi dan abahnya juga. Kata orang mungkin dia cari kucing "pompuan" sebab dia dah besar...huhuhuhu.
Kebetulan selepas kejadian tu kami pula pindah rumah. Adik selalu tanya...kalau Dizem balik tapi kita tak de... macamana??. Sebab kata orang dia akan pulang juga....tapi Dizem kami pergi tak kembali. Mungkin dizem kembali tapi kami dah pindah.
Dizem... we always love you....mmmm... really!!!





Sunday, 23 January 2011

Kedai Kopi Kemaman

Waktu dalam perjalanan pulang ke KL dari Dungun tempohari, kami singgah sebentar di Kemaman menikmati kopi di sebuah kedai kopi yang agak popular . Kami sering singgah di sini kalau balik kampung.Kopinya kaww...sesuai untuk penggemar kopi. Selain kopi ada juga roti bakar & makanan ringan lain. Jom layan gambar..jom.
.
.

Kopi o & tapai pulut

.
Pengunjung memang ramai sepanjang masa

Interior dalam kedai kopi


kedai ini dah lama dah tapi dah di ubahsuai ikut perkembangan masa.


Program TV3 jalan-jalan cari makan dah sampai ke sini...lihatlah papan yang di gantung tu.


Boleh beli bawa balik juga.


Selesai minum kami menuju balik ke KL...sepanjang jalan melalui pantai. Ini salah satu pemandangan itu.










Thursday, 20 January 2011

Shepherd's pie


Bila tengok zarin & Annie buat shepherd's pie (sp) akak tergoda habis dengan sp diorang...cantik macam awan. Terpesona. Akak pun mengintai le ke blog zarin, anymz , annie dan beberapa teman yang lain. Sebenor benornya nak cari yang paling simple...heh heh heh.
akak cuba pipping biar cantik macam awan...tapi asyik tersumbat je...kentang tak hancur sangat kot. Akhirnya akak letak je kentang macam gitu je.
.
.
Hari ini kan cuti Thaipusam (betul ke eja lagu ni). Pagi-pagi akak pergi le beli bahan-bahan untuk buat sp ditemani anak-anak. Yakin boleh ingat semua bahan tanpa menulis note...fuhh..akhirnya ada juga yang terlupa beli...hihi...padan muka. Antaranya tomato & celery.

.

.
.
Husband akak kata best...kembang kuncup juga lah akak...hihi Memang best jom ikuti resepi ini. Resepi ni dari anymz...lepas tu zarin pula yang buat....jadi urutannya begini...anymz (nenek), zarin (mak) dan akak (cucu)...hihi camana anymz setuju tak?





shepherd’s pie


source:
anymz & zarin

bahan2



500gm daging kisar – akak guna 4oo gm sahaja
1 ulas bawang putih-di cincang
1 labu bawang besar-di potong dadu
1 1/2 cawan mix vege
8 biji cendawan dalam tin-di belah 4 – akak masukkan satu tin(takut membazir)
3 biji buah tomato masak – akak tak masukkan,lupa beli
2 batang daun celery-di racik halus – juga lupa beli
1 1/2 sb lada hitam-di tumbuk
1 kiub stok daging – guna kiub chicken stok
sedikit garam-jika perlu.– tak masukkan
1 bungkus mozarella cheese – akak guna cheeddar cheese dan parut sendiri 1 cawan
1 tin campbell mushroom sup
cara
panaskan minyak
tumis bawang besar dan bawang putih
masukan daging kisar dan cendawan.kacau rata hingga daging masak.
masukan tomato dan semua bahan lain kecuali cheese.
dan gaul rata hingga masak.

bahan2 kentang atau mash potato


1 kg kentang-akak buang kulit,cuci bersih kemudian kukus hingga kentang lembut
1/2 cawan susu segar
2 sb mentega
serbuk lada sulah dan sedikit garam
kentang dilecek dan di gaul bersama susu dan lada sulah
ketepikan

cara nak buat Pie
sedia kan bekas kaca atau acuan pie
ambil mash potato dan ratakan dalam acuan
masukan inti daging
tutup dgn mash potato semula -akak masukkan cheese dulu baru potato
akhir sekali taburkan mozarella cheese di atas permukaan
bakar di dalam oven yang sudah di panaskan 200 c selama 30 minit atau sehingga permukaan atas keperang perangan
.
.

makan begitu saja pun sedap juga (tak bakar) just tabur cheese saja.






:) keep smiling


Tuesday, 18 January 2011

25 Random Things About Me

Sekadar gambar hiasan untuk menceriakan lagi N3 kali ini


Yan tag ini pada akak. Thank you Yan...padahal akak baru saja kenal Yan. Rasa terharu pulak.Walaupun baru kenal beberapa bulan, tetapi rasa dah kenal lama . Ok ..jom ikuti ini

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

1. Nama glamour akak : Kasih & family akak panggil Adik sampai sekarang walaupun panggilan ini dah tak berapa sesuai lagi.
.
2. Ibu kepada 3 anak lelaki yang sudah remaja...walaupun ibunya masih muda...ehm ehm (ayat tak tahan..hihi)
.
3. Anak ke 4 dari 6 beradik (3 perempuan 3 lelaki)
.
4. Di lahir & di besarkan di Terengganu...dan sekarang menetap di KL
.
5. Kedua ibubapa akak adalah guru yang akak amat kagumi.
.
6. Akak mempunyai perniagaan sendiri (professional service) sejak tahun 2000.
.
7. Waktu kerja 9.30 am hingga 6pm( waktu kerja sudah dipendekkan memandangkan usia sudah meningkat)
.
8. discipline & hardworking
.
9. Suka memanjakan diri di Spa kalau ada cuti.
.
10. Suka shopping bersama anak-anak.
.
11. Suka melancong tak kira dalam atau luar negeri.
Masih banyak yang belum sampai.
.
12. Amanah
.
13. Tidak suka menyusahkan orang
.
14. Hobi sangat banyak cuma sekarang waktu amat terhad....antaranya kumpul stamp, wang berbagai negara, Fridge magnet, menyulam, cross stitch, gardening, memasak, mengumpul teko dan mangkuk...dan juga photography itu antaranya.
.
.
15. Tidak suka gold, tapi suka emas putih &diomand. Sekadar suka saja, tak de collection pun ...huhu
.
16. Mengutamakan family
.
17. Hampir tiap bulan sekali akan buat refleksologi
.
18. Suka menonton sinetron Indonesia & drama Korea ...boleh menghayati cerita korea sampai bengkak mata kerana ikut menangis sama..perggghh
.
.
19. Hobby terbaru....blogging...dapat menjadi diri sendiri...dapat mencurahkan rasa...sebagai diari dan saling memberi info berguna buat teman2...berharap menjadi ilmu yang bermanafaat.
.
.
20. Dulu suka shopping sekarang sudah menurun sedikit...aging problem...hihih
.
21. Walaupun berpisah jauh dengan anak sulung tapi almost every night kami bertanya khabar di skype
.
22. Tidak suka bersenam...kadang-kadang saja.
.
23. Tidak suka rumah berselerak...suka hias rumah.
.
24. Tidak suka minum air masak...tapi selalu memastikan minum cukup air.
.
25. Pengemar kopi...
.
.
Ok lepas ni kena tag pada 25 0rang....banyak tu.
10 0rang je lah ( minta discount sebab akak dah ngantuk)
.
3. Hann

Monday, 17 January 2011

Bunga Ketapang


Bunga ketapang



Waktu akak kecil mak akak suka sangat hias bunga hidup dalam vase. Tak kira bunga yang dibeli atau bunga yang dipetik di halaman rumah. Hobby my mum ini sedikit sebayak mempengaruhi diri akak. Kebanyakan hobby akak sama dengan mak akak. Selain suka hias bunga hidup..my mum juga suka menyulam dan menjahit pangkah silang (cross stitch)....dan akak juga suka menyulam dan buat cross stitch.





Bunga ketapang yang masih belum kembang...cantik kan.


Dulu mak akak akan beli bunga orkid dengan jiran kami dengan harga RM 1 ( ini harga zaman dulu, kalau zaman sekarang..nyonya tu kasi daun je). Lepas tu mak akak letak dalam vase atau mangkuk biru muda( mangkuk ni masih ada sampai sekarang). Akak suka sangat...rasa macam berseri-seri je rumah kami waktu itu. Tempat pacak bunga tu berupa besi bulat kecil yang terpacak-pacak tajam...sekarang dah tak ada kot macam ini.


Mula berkembang
.
Kadang-kadang kalau mood baik, akak singgah beli bunga kat tepi jalan on the way ke tempat kerja...bunga kekwa. Beli dengan Aci India . Bunga untuk orang India buat sembahyang tu.....itu lah tempat paling mudah untuk dapatkan bunga segar. Florist jauh sangat dengan tempat akak. Akak letak dulu di tempat kerja bunga tu, dua tiga hari akak buat balik rumah. Kalau ke Cameron...akak shopping bunga rose sakan-sakan. Sampai suami tanya...nak buat ulam ke? Kijam...kijam.

Bila kelopak gugur

Kadang-kadanga akak ambil bunga helicornia kat halaman rumah je. Kalau dah letak dalam vase..cantik juga. Semalam akak tengok ada bunga kuning kat tepi bukit sekitar rumah. Menurut suami akak pokok ketapang hutan. Bila akak tengok...oihhh cantiik nya...so akak petik le. Akak masukkan dalam gelas je sebab bunganya pendik-pendek saja..Kalau ini bukan bunga ketapang harap maaf ye...dan tolong betulkan.

Kelopaknya tak tahan lama...cepat gugur. Setelah gugur nampak putih macam berus lukisan...cantik juga.


Masukkan dalam gelas berisi air.




Dapat Anugerah Lagi

Anugerah ini dari Anymz ...anymz pula dapat dari Izahdaut... timekaseeeee..
Akak rasa macam duk kat atas pentas pulak....TQ TQ TQ Anymz kerana sudi kasi anugerah ini, walaupun akak selalu duk gi kacau Anymz masak...pas tu siap komen2 pulak tu...tapi Anymz tetap kasi anugerah & tetap senyum jo bila akak komen macam2 ( akak agak jo anymz senyum tu..hihi). Walaupun belum sempat nak teman Anymz gi pasar..beli barang dapur.
Untuk teman-teman lain seperti Yan dan Azreena dan lain-lain yang akak tak ambil anugerah dari kalian, bukan sebab tak sudi tapi waktu tu akak tak reti....hihihi
Setelah di teliti & study (siap study ooo) bab terima anugerah ini...barulah akak faham sikit2. Bila kita dapat kita kena kasi pula kat
teman2...begitu lah adatnya.
Mmmmm...akak nak kasi kat sapa ye...Hann dah, Lady dah, Leez dah...nak kasi kat Anymz tak boleh nanti buruk siku pulak...
Ok sekarang akak nak kasi kat..
Harap sudi terima ya..

Saturday, 15 January 2011

Scaling Gigi

Dentist's Weapon...huhu...inilah alat untuk scaling (scaler tips)

Bila baca N3 lady pasal scaling, seram pun ada kelakar pun ada. Best lah N3 tu...lucu! Di sini akak nak cerita pasal scaling juga. Asyik makan-makan je kan, sesekali kena jaga gigi pulak supaya makan selesa bila gigi & gusi dah sihat.



Tujuan
Scaling gigi bertujuan untuk membuang plak (plaque), karang gigi(tartar) & stain (pewarnaan akibat rokok, kopi, teh dll). menjadikan gusi kita sihat.
.
.
Tanda-tanda penyakit gusi akibat plak & karang gigi
. Berdarah terutama sewaktu gosok gigi
. nafas berbau
. Gusi kemerah-merahan
. Gusi bengkak & lembut
. Gigi goyang
. Nanah keluar dari pocket gusi
. Gusi menurun...terlihat gigi seolah-olah memanjang
.
Apa yang dialami semasa scaling
Rasa ngilu/sensitive (bergantung individu) dan bukan semua orang rasa ngilu...ada setengah orang biasa-biasa saja.
Berdarah ( jangan panik jika ada darah...ini perkara biasa)
.
.
Berapa kali setahun perlu scaling
Anda dinasihatkan agar berjumpa dentist 2 kali setahun. Dentist akan menasihatkan agar gigi di scaling bila ada plak & karang gigi...jika gigi anda bersih tanpa plak ...bererti anda tergolong orang-orang yang terselamat...hihihi
.
.
Note Penting
scaling tidak menipiskan gigi anda...sebab alat yang digunakan bukan alat yang memotong atau menghakis...alat tersebut hanyalah bergetar dan hanya memecahkan karang gigi saja.
Ini bukan alat untuk scaling...hihihi. Sekadar Gambar hiasan saja.
.
.
Kebanyakan kita amat takut, seram, malas nak jumpa dentist kan. Kesian para dentist di luar sana kan...kan...hihihi
Abang-abang polis & tentera yang gagah berani pun takut dengan dentist...apa lagi kita yang lemah lembut ni (ayat memuji diri...hahaha).
Jom kita pi scaling gigi...
.
.

Thursday, 13 January 2011

Pulut Mangga

Mangga merupakan salah satu buah kesukaan akak. Kalau makan tak cukup satu..bestnya rasa masam-masam manis & segar. Jus mangga pun akak suka termasuk lah pulut manga. Jom ikuti resepi pulut mangga..



Bahan-bahan

2 biji mangga/mempelam dipotong

1 cawan beras pulut (direndam semalaman atau 2 jam )
1/4 cawan santan
1/4 sudu kecil garam (satukan santan & garam. ketepikan)
6 helai daun pandan (dicarik-carik memanjang)


Kuah santan

3/4 cawan santan
3 sudu besar gula perang * akak guna gula putih
1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
sedikit air jika perlu


Cara-cara :

Kukus pulut selama lebih kurang 10 minit; setengah masak.
Masukkan santan , daun pandan & garam.
Kukus selama lebih kurang 30 minit

Di dalam periuk lain, satukan kesemua bahan kuah santan.
Kacau dan biarkan mendidih. Siap!
Pulut mangga sedia dihidangkan bersama kuah santan.







:-) keep smiling

Wednesday, 12 January 2011

Nasi Ambeng/Ambang

Nasi Ambang
Terdiri dari ayam masak kicap, serunding kelapa, kacang panjang goreng, bihun dan ikan masin.




Rindu sangat nak makan nasi ambang/ ambeng. Dulu ada satu gerai di sekitar perumahan akak yang menjual nasi ambang. Sebelum pergi kerja akak singgah dulu beli nasi ambang yang dah siap dibungkus. Nasi ambang ini cepat habis sebab adik penjual ini tak buat banyak. Ada tiga menu di gerai ini...nasi lemak (dah siap dibungkus), roti jala ( panas-panas, sebab masak di situ juga) dan nasi ambang (dah siap dibungkus juga).
.
Frustnya sebab adik yang jual ni dah tak berniaga lagi...sayangnya sebab gerai mereka dah maju, tiap pagi ramai yang singgah. 3 menu tadi semua sedap-sedap belaka.
.
Nasib baik akak sempat snap gambar...gambar pun tak berapa cantik sangat. Nasi ambang ni makanan orang Jawa. Walaupun akak bukan orang Jawa, akak sukalah nasi ni. Seimbang gitu.
I really miss nasi ambang!!!! Tak tahu nak beli kat mana lagi. Masih mengharap adik tu kembali berniaga.....
.
.
.

Tuesday, 11 January 2011

Buttered Prawn




Suka sangat dengan udang butter ni, selalu makan di restoran. Resepi ini akak dapat dari MyResepi.com. Rasanya sedap, cuma telur rambu-ramba kat atas udang tu tak berapa jadi...kasar tak sehalus yang akak makan di restoran. Yang penting rasanya ok..kan..kan..kan ( ayat sedapkan hati...hihi). InsyaAllah akan cuba sampai jadi...semangatt!!!
.
Jom layan resepi ini...
.
Bahan-bahan * resepi asal dari My Resepi.com
.
400gm udang sederhana besar-buang kepala dan belah belakangnya
5 sudu besar butter
3 biji telur kuning-dipukul sedikit ( guna 3 kuning dan 1 telur putih)
4 cili api-dipotong2
2 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair * akak guna susu sejat
2 ulas bawang putih-dicincang
pepper, gula dan garam
.
.
Cara-cara

Panaskan 2 sudu besar butter, goreng udang 1/2 masak. Angkat dan ketepikan.
Tambah butter selebihnya, atas api sederhana, masukkan bawang putih. kacau.
Masukkan telur, kacau selalu. (boleh juga titikkan guna hujung garfu bagi mendapatkan tekstur telur yg halus mcm kat restoran )
Masukkan juga daun kari, susu cair, cili api dan perasa2 sambil kacau selalu.
Masukkan udang dan kacau lagi hingga garing.

Monday, 10 January 2011

Akok

Akok
.
.
Kuih akok merupakan kuih tradisi Pantai Timur, yang biasa terdapat di Terengganu, Kelantan dan Pahang . Waktu kecil nenek (arwah) akak selalu masak kuih ini. Akak suka duduk sebelah nenek yang sedang mengacau adunan kuih. Nenek akak biasanya guna mangkuk sebagai sukatan. Akok yang di buat nenek memang sedap, cukup lemak, cukup manis & cukup lazat. Tak sama macam akak beli sekarang. Kadang-kadang frust je..beli tapi tak sedap.
.
.
Acuan akok ihsan dari Pakcik Google
.
.
Akok dibakar dengan acuan khusus yang dibuat dari tembaga. Apinya dari bawah & atas. Penutupnya juga di letak bara api atau sabut kelapa.
Bahan-bahan akok seperti telur, tepung gandum, daun pandan, gula pasir atau gula merah dan santan.

Sunday, 9 January 2011

Masak Lemak Sardin & Belimbing

Bila melihat belimbing buluh banyak di pokok, tiba-tiba pula teringat nak masak lemak cili api. Dah lama tak makan masak lemak cili api sardin & belimbing.
Kalau balik kampung suami di Negeri Sembilan my mil selalu juga masak masakan ni, tambah-tambah lagi pokok belimbing di belakang rumah mil selalu berbuah. Kalau tak ada belimbing buluh my mil letak mangga muda atau bacang muda . Dulu-dulu sewaktu baru kawin, akak hairan juga dengan masakan orang Negeri Sembilan ni, tapi sekarang tidak lagi..hihi.

Belimbing buluh, bagi yang tak kenal...hihi
Jom layan resepi dulu ye...
.
.
Masak Lemak Cili Api Sardin & Belimbing buluh
Bahan2
1 tin sardin (425 gram)
2 inci kunyit
10 biji cili api * mengikut citarasa, kalau suka pedas..boleh tambah
1/2 kg santan
air
8 biji belimbing di potong2 & direndam air garam
agar tidak terlalu masam
garam
Cara2
Tumbuk cili & kunyit
Masukan bahan yang ditumbuk kedalam santan.
Campur air dalam santan mengikut citarasa, kalau nak pekat jangan letak terlalu banyak air.
Kacau hingga mendidih.
Masukkan sardin.
Masukkan belimbing ( belimbing diramas perlahan agar kurang rasa masam) & garam.



Sambal Tempoyak
Kalau makan masak lemak sardin ni akak suka makan dengan sambal tempoyak.
Tumbuk 4 biji cili api & campur 5 sudu tempoyak. Kalau kurang masin tambah garam.

Tauge kasar goreng.

Tauge Kasar Goreng
Bahan2
1 mangkuk tauge kasar
1 biji cili merah dipotong2
sedikit daun kucai
8 ekor udang
2 ulas bawang merah, dimayang
2 ulas bawang putih, dimayang
1 sudu kicap masin *pengganti ajinomoto
garam
minyak
cara2
Tumis bawang merah & putih dengan minyak panas
Masukkan udang
Masukkan tauge dan daun kucai
Masukkan kicap & sedikit garam.







Saturday, 8 January 2011

Dusun Durian Sungai Lui



Abang & Adik tengah mengutip durian.


Dusun durian ni terletak di Sungai Lui, Ulu Langat. Kami rajin ke sini jika musim durian tiba. Kalau tak, tak begitu rajin kecuali suami yang memang minat menanam pokok-pokok buah. Akak tak minat menanam, makan sangat minat....minat yang agak mendalam :)
Di belakang dusun ada sebatang sungai kecil yang sejuk airnya.

Lepas makan durian biasanya kami akan berendam dalam sungai ni...nak berenang tak berapa pandai, jadi berendam je lah.

tempat memasak & BBQ



tempat tunggu durian.

itik jiran sebelah


bunga manggis




bunga duku





Bunga durian yang gugur...cantik kan.




buah durian yang gugur.




pisang hampir setinggi adik. Bagi-bagi pada semua jiran & saudara mara.

.





Musim durian tahun 2010

.

.



Hari keluarga 1 .1. 2011


main rakit

.



Abang & kawan-kawan sebelum ke Egypt.

.

.

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...