Monday, 28 February 2011

Pizza Tuna



Ooo malam ni incik husband ada hal kat luar...tak makan malam bersama. Takpe2 kami masak je lah apa yang ada ( ayat macam merajuk je...hihi)

Semalam beli pizza base..bahan-bahan pun ada ala kadar. So sepakat dengan anak-anak untuk makan pizza je untuk dinner. Masing-masing buat ikut selera dia orang . Ada yang nak cheese lebih ada yang nak taruk sos lebih, yang penting ok.


 Adik tengah menyusun capsicum


 Abang dan Aqi



Hasil karya Adik

 Setelah ditabur cheese



Panas tu Dik...

Ini base pizza tu..

Bahan-bahan
1 tin tuna
2 sudu mayonis
capsicum *akak guna capsicum kuning & cili merah
nenas tin * sikit je...kalau tak terlalu manis
sos pizza * akak guna sos tomato
cheese * akak parut
2 keping pizza base

Cara2
sapu sos keseluruh permukaan pizza
Tuna  & mayonis dicampur bersama
sapu campuran tuna & mayonis atas pizza
susun capsicum & nenas
Tabur cheese
Bakar hingga keperang-perangan.



Sambal Sardin dan kentang

Waktu akak kecil, kalau musim banjir para nelayan tak dapat ke laut untuk menangkap ikan. Jadi bekalan ikan agak susah. Bukan macam sekarang ada kemudahan menyimpan ikan sampai 
berbulan-bulan.





Dulu semua bekalan ikan fresh, bila nelayan bawa naik je dari laut, terus jual..tak de ikan yang pakai eyeshadow merah kat mata.Ikan tak  disimpan lama seperti sekarang. Ikan, sotong dan udang isinya masih segar dan manis..best sangat.


Sebelum banjir, biasanya my mother dah siap-siap bekalan makanan, seperti sardin, ikan masin, telor masin dan makanan yang boleh di simpan lama.


Hari tu tak tau nak masak apa, so akak masak sambal sardin. Bertambah-tambah makan. Makan pula dengan ikan masin tenggiri(jeruk). Bila makan sambal sardin begini, terkenang waktu kecil akak kat Terengganu …dikala banjir.
Ini resepinya



Bahan2

Semangkuk cili kering yang sudah di blend
1 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
2 biji kentang dipotong kecil & di goreng* kalau tak de pun tak pe
1 tin besar sardin
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula Secukup rasa
Minyak untuk menumis



Cara-cara

Tumis bawang merah, bawang putih dan cili blend hingga naik bau dan cili betul2 masak.
Masukkan sardin & kentang yg dah di goreng.
Masukkan air asam, garam & gula





keep smiling


:D

Sunday, 27 February 2011

Bunga Kemboja (frangipani)


Kemboja merah orange.

Salah satu (banyak sebenarnya...hiiii)bunga kesukaan akak adalah bunga kemboja(frangipani). Sebenarnya bunga ni terdapat banyak warna. Akak cuma ada 4 warna saja.

Menurut akak, bunga ni cantik...selain itu mudah di jaga, mudah hidup (keratan batang) dan tak banyak daun. Jadi tak perlu nak sapu daun-daun berguguran.Kalau gugur pun tak banyak.


 Kemboja kuning.
Kalau musim berbunga...sampai dahan pun lentur.

Kemboja kuning




 Pink


Merah hati...warna ni akak paling suka.



Saturday, 26 February 2011

Kuih Nekbat



kuih nekbat

Kuih Nekbat merupakan kuih Pantai Timur. Biasanya hanya ada pada bulan Ramadhan, kalau tak bulan puasa memang susah nak dapat. Kuih ni biasanya dijual yang belum disira atau yang dah disira. Bentuknya macam kuih bahulu, tapi rasanya tak sama macam kuih bahulu.


 Nekbat yang belum di sira. Rasanya tawar.

Biasanya kalau bulan puasa my mother akan beli yang belum disira dan bagi pada semua anak2nya. Akak akan sira sendiri. Masak air gula dengan daun pandan atau bunga cengkih.Kemudian masukkan nekbat. Nekbat akan kembang menjadi 2 kali saiz asal.




Seperti biasa akak sorang je yang makan, Incik husband dan anak-anak tak suka sebab alasan…too sweet.





:) keep smiling

Friday, 25 February 2011

Jeruk Maman

Jeruk maman...lupa nak ambil gambar yang dalam pinggan.Bila dah makan...lupa pulak.


Jeruk maman ni waktu akak kecik, nenek akak selalu buat. Rasanya masam, tapi sedap bila di makan dengan sambal belacan.Lebih kurang semacam ulam-ulaman juga.

Seingat akak nenek akak letak nasi, asam gelugur dan garam untuk menjeruknya.
Setelah nenek meninggal kami beli saja.


Maman yang belum di jeruk...dari Pakcik Google


Percutian ke Tokyo part 2








Hari kedua ( 28.2.2010) kami bermula pagi2 lagi.

Hari ni hujan. Udara sejuk sekitar 5 darjah celcius.

Kami menuju ke Odaiba.

Odaiba ni adalah pulau ciptaan manusia.

Tujuan binaan pulau ini adalah sebagai

kubu pertahanan semasa perang dulu.

Disini masih ada peninggalan semasa perang dulu..

berupa sauh kapal yg kelihatan sudah lama.

Kita perlu melalui Rainbow Bridge yg terkenal itu

untuk masuk ke Odaiba







Di depan hotel sebelum berangkat ke Odaiba.

hujan.....




Di station metro train.






Masih di station..
Bukti yg kami memang suka bergambar..hihi






Dalam LRT kat KL tak pula teringin nak bergambar..hehehe



Di Odaiba terdapat shopping complex yg di kenali dengan Venus Fort.
Venus Fort bertema European shopping center abad ke 18.


Di dalam nya ada fountain yg cantik.
Kebanyakannya kedai pakaian berjenama...ada lebih dari seratus kedai termasuk butik, cafe dan restoran.


Targetnya adalah pelanggan WANITA..hihi
but I still enjoy the atmosphere here..
walaupun tak membeli..
kerana kurang tertarik dengan harganya..harap maklum.






Di dalam Venus Fort



Restoran banyak..tp tak halal




Fountain di dalam Venus Fort




Akhirnya Inn membeli sepasang
glove pink kerana tak tahan kesejukan.



Sebelum itu kami menaiki Ferris Wheel..salah satu yg terbesar di dunia.
Sayangnya cuaca kurang baik...so tak begitu clear sangat pemandangan di bawah sana...


ferris wheel Odaiba....Inn dan glove




di atas ferris wheel.....Along dan Inn






Lepas tu kami memasuki showroom Toyota.
Banyak kereta cantik2 dan mahal2 pula.



Mega Web Toyota City showcase.



Kami meneruskan perjalanan kami ke tepi pantai.
Dari sini nampak jambatan yang di panggil
Rainbow Bridge.















Seronok berjalan dengan Inn ni, sentiasa ceria .


Jalan2 lagi di tepi pantai tu..
nampak pula patung Liberty.
Bergambar lagi... snap sana snap sini..

Peninggalan zaman perang dunia...ada sauh kapal yang dah berkarat.





Di sekitar kawasan yg sama
terlihat satu bangunan yg futuristic.
Rupanya ia adalah bangunan Fuji TV
salah satu TV swasta di Jepun.



Ini lah bangunan Fuji TV itu



Pantang jumpa bunga sakura..




Kasut baru oiii
gara2 tak tahan sejuk.



Public Phone di depan istana.
Kami keluar dari Odaiba agak petang
Along putuskan ke Tokyo Imperial palace.
tapi kami sampai istana dah pun ditutup.
So kami meronda2 le sekitar Tokyo station tu.






Ramainya orang..
di mana2 ramai orang.
Ramainya penduduk Tokyo nih.







Acara ronda ronda di Tokyo Station.
Banyak kedai2 kat sini.
Semua ada.




Tokyo Station
Destinasi terakhir kami adalah ke masjid tokyo.

Sebelah kanan tu tempat wuduk.
Kena turun kebawah.
udara saat ni..amat menakutkan..hihi




Di depan Masjid.


Berakhirlah perjalanan kami untuk hari ke 2.
Balik aku terpaksa menelan sebiji paracetamol..
gara2 kaki ku sakit2...hehehee
Tunggu sambungan hari ke 3 pula ye..






Sandwich Rangup



Biasa akak buat sandwich sardin guna sandwich maker….best juga. Tapi kali ni rasa nak makan sandwich yang rangup pulak…..bila makan ada bunyi kruk krak kruk krak..gitu.


 Sebelum di bakar


So akak bakar je guna oven. Bila masak..boleh terus makan. Tapi akak suka tunggu sejuk sikit baru ada rasa rangup.. J kruk krak kruk krak…
Lepas tu minum dengan teh o…
Ini resepi yang semua orang tahu …hihi..tak kira, nak kasi jugakkk..



Bahan-Bahan
Roti
1 tin sardin (sederhana)
4 sudu mayonis
Cheese (slice) * potong dua
Sedikit daun sup *kalau ada, dipotong kecil
1 biji cili merah *potong kecil
Garam secukup rasa
Majerin atau butter

Cara-cara
Sardin di hancurkan
Masukkan mayonis,daun sup, cili merah, garam dan gaul semuanya dengan sardin.
Roti di potong 2
Sapu kedua2 permukaan roti
Letak cheese di atas roti
Di ikuti campuran sardin
Bakar dalam over hingga roti keperang2an.



:)keep smiling
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...