Tuesday, 29 March 2011

Kehilangan

Pada malam 27.3.2011 ayahanda Syed Salim (bapa mertua) telah kembali ke Rahmatullah sekitar pukul 9.30 malam. Arwah  selamat dikebumikan sebelum zohor keesokannya(28.3.2011)

Arwah meninggal kerana sakit tua. Sebelum meninggal arwah masih boleh bercakap dan makan seperti biasa...cuma mengadu sakit perut. Setelah dibawa ke klinik oleh adik ipar, dan malamnya beliau menghembuskan nafas terakhir.

Kami reda atas pemergian arwah, kerana kami semua sedar setiap yang hidup pasti akan mati. Kali terakhir kami jumpa arwah minggu lalu sebelum Abang (anak sulung akak) balik semula ke Mesir, arwah beria-ia ingin mengikut kami balik ke KL. 

Ketika Abang baru saja 2 hari balik ke Mesir...kami khabarkan kematian arwah. Abang pasti sedih.

Semoga arwah ditempatkan di sisi orang-orang beriman...Amin.
Selepas ini pasti kami akan merindui abah dan kehilangan abah saat kami pulang ke kampung. Kerana dulu abah selalu menunggu kepulangan kami ....dan abah sangat gembira bila bertemu anak dan cucunya...

Al-Fatihah.


Sunday, 27 March 2011

Pasar Pudu,KL

Hari minggu yang lalu, akak & Aqi (anak kedua) ke Pasar Pudu. Incik husband yang hantar, kebetulan incik husband ada meeting. Lamanya tak ke sini...sesat juga le,pusing kiri,pusing kanan.Akhirnya jumpa.

Pasar Pudu

Ramainya orang...crowded.Banyak sayur-sayuran. Macam-macam ada. Geram nak beli tapi fokus dengan apa yang nak dicari. Kurang suka bersesak-sesak plus lecak. Abaikan dulu sayur-sayuran.

.
Suasana di Pasar Pudu




Gambar-gambar ni semua Aqi yang ambil, sebab ummi tengah sibuk time ni...hihi


Tujuan sebenar nak cari teko lama bunga hitam. Dulu pernah beli, tapi pecah akibat adik bermain bola dengan Aqi. Pecah dek tendangan penalty Adik yang ala-ala Rooney tuh...gggrrrr.



Kedai-kedai menjual pinggan mangkuk ni terletak sekitar pasar tu, dibahagian belakang. Cari teko tu...tapi tak ada...frust le jugak kans. Tapi nasib baik ada pinggan lama yang cantik-cantik, terhibur le juga. Nanti cerita di N3 lain pasal pinggan & mangkuk akak beli.



mangkuk baru & lama


Kat sini semua ada, acuan kuih bermacam-macam. Akak beli acuan kuih cara...tak tau bila nak buat, yang penting ada angan-angan kan..kan.


kakak ni siap posing lagi...penjual bunga di Pasar Pudu.

no testing testing okey..



akak mencari teko bunga hitam ni...



keep smiling :D



Thursday, 24 March 2011

Restoran Ikea



Kadang-kadang ke Ikea semata-mata nak makan 
Swedish meatball ni. Tapi bila dah pergi pasti le cuci mata dan cuci poket sekali khann.


Meatball ni terdiri dari beberapa meatball, french fries, sauce dan jem. 


Akak pernah juga beli yang belum masak. Masak sendiri kat rumah. Beli kat depan kaunter tu.




Boleh pilih nak berapa pcs.
Air pula boleh refill...part ni anak-anak memang suka.

teringin nak mencuba ayam ni, tapi Q sikit punya panjang oooo....tak jadi, lain kali jer lah ye.

Q sangat-sangat panjang...

Antara yang lain


Balik tapaww karipap ni pula sedozen

 Bila dah sampai IKEA tak kan tak cuci mata khann..



Area ini menjadi tumpuan utama...hehehe






keep smiling
:D





Kacang Merah & Kelapa Parut




Kalau sebut je kacang merah & kelapa parut, misti ingat my sister (Kak Ma)....sebab Kak Ma selalu buat kuih ni.Kalau ada makan-makan adik beradik. Kak Ma misti masak kacang ni.Kuih ni simple saja bahan-bahannya, cuma masa untuk memasak agak lama sebab nak kena tunggu kacang tu betul2 lembut. 

Ini resipinya :




Bahan-Bahan 


  • 1 mangkuk Kacang merah
  •  Gula Melaka secukup rasa
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan 
  • Air 
  • 1/2 cawan kelapa parut putih - gaulkan dengan secubit garam


CARA_CARANYA:

  1. Rendam kacang lebih kurang 4 jam
  2. Rebus   kacang hingga lembut bersama daun pandan.
  3. Masukkan gula melaka dan sedikit garam
  4. Masak hingga kering
  5. Angkat
  6. Kacang di makan dengan kelapa parut.





:D keep smiling




Tuesday, 22 March 2011

Restoran Dol Kajang

Restoran ni terletak di Sungai Sekamat, Kajang. Sebelum ada highway Cheras-Kajang ianya merupakan jalan menuju ke Kajang. Jalan lama. Bersebelahan dengan Caltex. Dekat juga le dengan rumah kami. Jadi sering juga lah kesini. Ada makanan Thai dan western food.


tomyam campur

Bagi akak masakan Thai di sini ok berbanding restoran-restoran lain (kawasan rumah akak le).
Restorannya besar dan service nya pun ok (so far so good)...cepat!

kailan goreng

sup cendawan

siakap stim
Bagi akak menu paling best di sini adalah siakap stim ni. Akak recommend le you all try. Cukup rasa...sedapppp.

Nasi goreng kerabu
Dulu-dulu nasi goreng kerabu ni sangat le sedapnya. Kat atas ada mangga muda. Tapi lately ni kurang sikit mungkin tukang masak dah berubah kot...

sambal belacan yang kaw.

telur dadar



keep smiling
:D

Sunday, 20 March 2011

Adik yang Rajin Menolong



Adik memang suka menolong di dapur. Waktu kecil  akak kasi je dia tumbuk apa-apa(main-main)supaya dia tak mengacau akak memasak.





menolong buat popia

Sampai sekarang pun di rajin dan kadang-kadang sekadar menyibuk di dapur. Abang-abang tak suka   adik tolong, menurut Abang kalau adik tolong sure dapur macam kapal pecah.Kesian juga kat dia kan...tambah-tambah bila dia buat muka kesian dia, tu tak tahan tu.

suka sangat bab potong memotong ni

Akak kasi juga di tolong, tapi pastikan tangan kena cuci bersih-bersih. So dengan bersungguh-sungguh dia mencuci tangan dia dengan sabun.

Lihatlah wajah ceria adik setelah berjaya membuat fish & chip...walaupun ready made punya...hihi

Fish & chip adik.

pisang keju ni pun adik yang goreng...sebab tu warna hitam manis .

waktu ni akak buat puteri mandi, dia pun nak buat juga. So akak siapkan satu periuk untuk dia, dan satu lagi untuk akak.

Ini hasilnya...dia yang buat dia yang makan.Cantiklah juga kan...puteri mandi fesen baru...ahakkss.

Ini rupa sebenar puteri mandi tu.


pizza hasil karya Adik
Nampak tak peluh kat dahi dia tuh...:)


TAPI
ada juga waktu dia tak de mood...hihi

bila dia tengah sibuk bercucuk tanam di Farmville...tapi aktiviti ni dah lama dia tinggalkan...dah bosan kot!

bila dia mengantuk..kat mana-mana pun dia boleh tidur...ni kat bawah meja study dia.

bila demam...

Perasan tak gambar2 semua adik  pakai jam tangan...dia pakai jam sepanjang masa...walaupun di rumah. Itu habit dia dari kecil...

Semoga Adik akan rajin menolong sampai bila-bila ye dik. Love you.




:D keep smiling

Saturday, 19 March 2011

Tart Telur KFC

Tart telur KFC


Bangun pagi tadi, suara akak serak hampir-hampir hilang suara. Macam suara itik penyanyi rock. Sejak beberapa hari ni akak mengalami sore throat tanpa batuk , tanpa selsema ,tanpa demam...Alhamdulillah. Hanya sore throat saja. 

Bila suara dah tak de, terpaksa le ambil antibiotik...kalau boleh tak nak ambil antibiotik, tapi apakan daya...terpaksa mengalah juga.

Selera makan pun hilang sedikit berkurang. Tak tahu nak makan apa. Malam cuma mengidam (walaupun tak mengandung) nak makan miso soup & ikan salmon je (selera mengada-ngada...sebab dah lama tak mengidam...heh heh heh).

miso soup

salmon teppanyaki

Makan le di Restoran Jipun kat Jusco tu..N3 tentang restoran tu kat sini.

Lepas tu tertengok ada tart telur kat KFC...mengoda lah pulokk. Suruh Aqi belikan. Sekotak ada 6 ketui. Bererti selera tak hilang sepenuhnya kan kan kan...hihi

Tart telur KFC...One bite, and you're hooked.

Harganya lebih kurang RM 11. Rasanya ok bagi selera akak lah. Boleh le makan sambil BW :)
Minum dengan nescafe o. Jemput makan...





:D keep smiling


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...