Wednesday, 27 April 2011

Doa Hari Lahir 27.4.2011


Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.




Tuesday, 26 April 2011

Carrot Cupcake


Semangat untuk membuat cupcake sangat lah berkobar-kobar....hormon rajin sudah datanggg!!! Bagus-bagus. Ke kedai menjual bahan-bahan kek...syoknya!!! Semua ada...leka membelek-belek muffin paper cup yang cute miut dan melihat segala alat-alatan memasak. 

Akak mencuba resepi dari buku resepi yang akak baru beli tu. 

Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan....hihi lihat le cream cheese tu...comotkan.


Sebelum di bakar...akak suka tengok colour dia


 Junior chef tengah menghias cupcake tu mengikut citarasa sendiri.

rupa paras cupcake secara dekat...herot petot.


Hasil kerastangan kraftangan Adik


Hasil karya Aqi...no comment..hihi

 acuan cupcake yang besar... cuma dapat 12 biji sahaja. Jadi yang selebihnya akak bakar dalam acuan kecil.



 Untuk satu adunan akak dapat 12 biji cupcake yang besar dan 48biji yang kecil.

Ikuti resepinya
Sumber :Fergal Connolly (buku 500 kek cawan)

Bahan2
225 g mentega tanpa garam, dilembutkan
225 g gula halus
225 g tepung naik sendiri
4 biji telur
1 sudu teh rempah campur
100 g walnut..di potong
150 g lobak merah, diparut
2 sudu besar sultana

cara2
Panaskan oven pada suhu 175 C.
Letakkan 18 bekas pembakar kedalam acuan muffin. 
Campur mentega,gula dan telur dan pukul dgn pemukul elektrik hingga rata(2-3 minit)
Masukkan bahan-bahan lain dan kacau.
Sudukan adunan kedalam bekas.
Bakar 20 minit.
Sejukkan selama 5 minit.


cream cheese
200 g cream cheese
175 g gula ising..di ayak
1 sudu besar jus lemon
1 sudu teh esen vanila
3 sudu besar kacang badam potong * akak tak masukkan.

cara
Pukul cheese dan gula dengan pemukul elektrik hingga lembut.
tambah jus lemon & vanilla, kacau cepat2 hingga sebati.
Sapu ke atas cupcake yg dah sejuk.



Keep smiling :D





Sunday, 24 April 2011

Durian Susu & Secret Recipe

durian susu isi kuning

Hari Sabtu adalah hari paling busy. Fikiran memang 70% berada di rumah....dan hanya 30%  mood kerja...bestnya kalau boleh dapat berihat di rumah.Tetiba ingat kat Lady of Leisure yang lama tak update blog. SMS Lady tanya khabar. Alhamdulillah beliau sihat.

durian susu isi putih


Balik dari kerja, tetiba ingin makan durian. Keinginan yang tak tertahan-tahan...hihi...keinginan yang mengada-ngada.Tempat yang paling mudah adalah Jusco...cuma beli dua paket durian. Durian susu. Satu paket tu isinya kuning dan satu lagi agak putih. Dua-dua sedap.

Bila tiba di Jusco...perut pun tetiba jadi lapar.(Title N3 ni ini patutnya bertitle TETIBA...hii)Gambar tak terang sebab guna hp saja :)



Beef lagsana

 bersama ice lemon tea

 cheesy

So makan le akak di tempat yang bernama "Resepi Rahsia" itu. Akak makan beef lagsana bersama ice lemon tea. 


grilled black pepper chicken bersama nasi

frosty lemon tea

Incik husband makan grilled black pepper chicken bersama frosty lemon tea.

Anak2 nak makan ayam goreng KFC...so beli je bawa balik untuk mereka. Tak lupa beli jeruk yang kena timbang tu.

jeruk ni tak elok makan  selalu sangat sebab ada bahan preservative (pengawet)...tak elok untuk kesihatan.






keep smiling :D

Friday, 22 April 2011

Buku Resepi Kek Cawan..

 Akak suka sangat beli buku resepi...tak tahu kenapa. Buat kek tak juga. Suka beli saja. Ini buku terbaru yang akak beli.



Akak beli buku ni Popular. Suka sebab gambar dia cantik. Selain tu resepinya simple.

Resepi kek cawan ( cup cake) ...ada 500 resepi semuanya. Pengarang nya Fergal Connolly. Bukunya kecil je, harganya RM 35.90.








Keep smiling :D

Thursday, 21 April 2011

Lamb chop

Lamb chop ni incik husband beli di Restoran Ummi sewaktu balik dari surau.Rasanya boleh tahan cuma black pepper sauce nya sikit sangat, tak puas rasanya.

Dulu-dulu ada satu restoran berdekatan rumah akak...lamb chop dia sedap sangat.Seeedaaappp sangat sauce black peppernya tu. Akak menjadi pelanggan tetap restoran tu. Hinggakan kakak restoran tu tu dah kenal akak dan incik husband.Restorannya pun bersih je. Akak kasi nama Kakak M jelah sebab akak dah lupa nama kakak tu. Kak M ni kahwin dengan omputeh dari Finland (Abg Jamil nama Islamnya).
Kak M dah tak berniaga lagi kerana migrate ke Finland.Setiap kali dia balik cuti ke Malaysia Kak M misti datang ke tempat kerja akak. Tapi dah lama Kak M tak balik Malaysia.
Setiap kali makan lamb chop misti ingat kat kakak tu :)
Bilalah lagi agaknya dapat makan lamb chop kak M...hik2




Keep smiling :D


Wednesday, 20 April 2011

Farmville dalam Kenangan



Dulu-dulu suka sangat main farmville (FV)...bercucuk tanam di FB. Jadi petani moden. Sekarang akak dah insaf, dah tak main lagi...hihi.

Akak suka main ni sebab boleh hias farm kita cantik-cantik...siap ada fountain.Boleh bersilaturahim juga dengan kawan-kawan lama dan anak-anak sedara dan anak sepupu. Boleh saling minta gift.


awal-awal permainan cuma ada 2 ekor lembu je.

bila dah lama main lembu pun dah banyak..dah ada kandang dan tak lupa ada hot ballon juga:)

ada fountain...ada basikal tua..hihi

penguin pun ada..fulamakkk.

boleh buat farm bertingkat-tingkat dan boleh tanam sayur-sayuran dengan design sendiri.

Ini time busy, tak sempat nak menuai...kering kontang jagung akak tu.



Akak dah lama tak main, akak yakin farm akak dah kena lelong.... :)



Keep smiling :D

Monday, 18 April 2011

Pisang Goreng Keju


Hari Ahad hari tu, balik dari seminar akak kelaparan. Padahal kat sana dah lunch dan ada 2kali tea break. Biasalah, control ayu...makan pun sikit jerr ...hahaha...padan muka, sendiri lapar kan...sapa susah? Sendiri susah.




.
 Balik dah petang, tengok ada pisang tanduk (my mother yang beli) duk tergolek je kat situ. Ada idea...ada idea...buat pisang goreng. Tak guna tepung, just goreng macam tu je. Lepas tu tabur gula, tabur cheese dan akhir sekali tabur coklat chip...sebab coklat rice tarakk.



 Coklat rice tak de coklat chip pun jadi le

Di Indonesia, selepas goreng diorang penyek2kan pisang tu...letak susu pekat manis coklat,
letak cheese dan coklat rice. 
Di Malaysia tak de susu pekat manis coklat kan.

 Akak bukan jenis yang minat nak gi seminar ni..sebab akak cuma ada sehari je untuk rehat.Kalau hari rehat akak(ahad) kena gi seminar...uhuk uhuk..akak terseksa tauu.


Sekarang wajib kena cukupkan 30 point...baru boleh renew Annual Practising Certificate(APC) akak.Kes terpaksa le ni...nanti tak leh kerja pulak kalau tak de APC ni. 


Tifu kalau kata akak tak mengantuk waktu seminar tu...heh heh heh...tengok tulisan akak di atas...bukti akak mengantuk...tulisan akak yang sebenar cantik...hahahhaha akak tifu jer...tulisan akak memang buruk.Sekian terimakasih..






keep smiling :D


Sunday, 17 April 2011

Mee Segera


Semalam akak balik kerja, letih sangat. Tak larat nak masak. Incik husband dan anak-anak ke surau. Akak makan je pulut yang masak pagi tadi. Balik dari surau incik husband dan anak-anak nak makan mee segera. Akak tak suka, bau pun tak suka. Memang kalau masak mee segera suami yang lebih hebat.Kalau abang ada, abang yang masak. Abang kalau masak mee segera memang kawww. Macamana sedap pun, akak memang tak suka.


mee segera yang dimasak oleh incik husband...not bad kan.Kalah Mat Gebu....gurau aja Mat.


gambar ambik banyak sikit...kasi semangat kat incik husband kan. Bukan selalu incik husband masak. 

Pesanan : Mee segera ni tak elok makan selalu-selalu sangat sebab mengandungi monosodium glutamate(MSG)

 Bertungkus lumus nampak!!





pembantu chef






keep smiling
:D

Saturday, 16 April 2011

Baby Donuts J.Co



Donut ni comel-comel je...memang pun sebab nama pun baby donut kan. Sekotak ada 24 biji donut, harga kalau tak salah RM 18. Ada 12 flavors. Best jugak...gebu.


Waktu akak beli ni, kedai donut J.Co ni baru je dibuka kat Jusco berdekatan rumah akak ni. Balik kerja terus ke Jusco nak cari barang. Adik called, tanya kenapa ummi lambat balik. Cakap ummi kat jusco...mula le dia memesan macam2...seperti biasalah.


Bila tengok donut ni, tertarik pula. So belilah untuk anak-anak kat rumah.


ni bukan baby donut ye...ni mummy donuts


suasana di J.Co...nak makan donuts kat sini pun boleh gak

suasana di J.Co


sekejap je donuts ni di ngap oleh anak2..waktu ni masih ada tiga tangan :)

Dia orang makan donuts sambil layan bola...memang dia orang tak geng dengan akak bab-bab bola ni sebab dia orang tahu akak tak suka bola.Hairan lah akak macamana dia orang boleh minat bola.


Bye bye Bang...take care.

Abang dah pun balik Mesir bulan Mac yang lalu. Thank you pada semua teman-teman yang mendoakan Abang waktu Mesir tengah bergolak tempohari.

Untuk Abang yang sedang demam sekarang, semoga cepat sembuh. Jangan ngelat makan ubat ye.Doa ummi semoga Abang berjaya di dunia dan akhirat. Seperti biasa..pesanan ummi... Please focus on your study, study hard..wokeh. Don't forget...SOLAT & read al Quran. Never give up.Good luck ...love U.

Sekarang tinggal dua orang saja..melayan bola.



keep smiling
:D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...