Tuesday, 31 May 2011

Murtabak Raja


Adik ipar akak yang kasi murtabak raja ni. Kebetulan dia outstation kat Kota Baru. Dah lama juga akak tak makan. Kalau balik kampung halaman akak biasanya akan ke Kota Baru dan pasti tak lepas peluang beli murtabak raja ni. Kadang-kadang terpaksa Q sebab ramai orang .

Murtabak raja lebih tebal & lebih besar dari murtabak biasa...berlapis-lapis.

tebal dan berlapis-lapis.

sebiji untuk 4-5 orang makan.

murtabak ni sudah siap  di bungkus rapi. Dan boleh tahan lama jika di simpan frozen.


P/s : Adik Nor lupa kasi cuka bawang...hahahaha



keep smiling.


Sunday, 29 May 2011

Berkecai


Heroes di atas yang bertanggungjawap mengurangkan pinggan mangkuk akak waktu mereka kecil dulu. Bukan hanya retak...atau sumbing, tapi berkecai. Apakan daya...semua lelaki.

pinggan waktu kecil Abang & Aqi 

pinggan Adik 

So akak pun terpaksa le mencari jalan dengan membeli pinggan melamine buat mereka. Waktu Abang & Aqi kecil tengah hot dengan doremon, so mereka memilih pinggan doremon tu. Adik pula dengan pinggan rabbit tu.
Sekarang dah tak guna pinggan ni lagi sebab dah tak muat.

yang warna biru gelas ikea yang lama
yang warna oren gelas ikea yang baru.

Gelas pula guna gelas plastik ikea tu dari dulu sampai sekarang. Cuma yang lama cuma tinggal 2 saja, terpaksa le beli baru.

Jom tengok pics mereka waktu kecil...






keep smiling :D

Thursday, 26 May 2011

Begedil Daging Cincang


Sangat suka dengan begedil kentang plus daging cincang ini. Dari kecil lagi suka. Waktu kecil selalu makan di Restoran Osman Larin,Kota Baru. Restoran Osman Larin ni menyediakan masakan Padang yang sudah diubahsuai dengan selera tempatan. Restoran ni masih ada sampai sekarang cuma lokasinya dah beberapa kali berubah.







Waktu di Bandung pula, memang selalu sangat beli begedil daging ni di Rumah Makan Padang.Selama beberapa tahun berada di Bandung, memang  ini lah salah satu favourite akak. Kalau orang Sunda ( orang Bandung) pula terkenal dengan begedil jagung...itu pun akak suka juga.


Jom layan resepi yang akak ambil dari My Resipi ini... 

 

Begedil Daging Cincang

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 2 bj kentang
  • segenggam daging cincang ramly
  • daun sup dicincang halus
  • 5 sudu besar bawang goreng
  • satu sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur (di pukul)

Cara-cara

  1. kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
  2. setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
  3. kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
  4. setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
  5. gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
  6. akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng.




keep smiling :D

Wednesday, 25 May 2011

Sodip Kesayangan




Ohh ini bukan sodip kesayangan akak. Sodip di atas sodip yang baru akak beli. Akak tak suka yang handle dia plastik, sebab mudah cair dan tercabut bila kena panas. So cari yang berhandle kayu atau SS. Kebetualan murah jadi beli le 4 sekali...satu RM 5 saja...murah lah kan. 



Ini sodip kesayangan akak...walau rupa parasnya tak comel ( dengan kata lain...buruk) dan agak antik tapi akak suka sangat...selesa digunakan.

Sodip ini dah di baiki oleh abang sebenarnya. Handle sodip ni dah tertanggal, so abang pun repair balik dan dia buatkan handle kayu. Dah lama sodip ni berjasa.


 
Abang memang suka bertukang...waktu ni di tengah baiki iron board. Dia still nak guna iron board yang lama walaupun akak dah beli iron board yang baru. Dia kata yang lama lagi best....sukahati le bang. Ada faedahnya juga pelajaran Kemahiran Hidup kat sekolah tu kan. Sejak abang ke Mesir tak de orang lagi yang rajin nak repair itu dan ini. 
Miss you Bang.




Keep Smiling :D



Monday, 23 May 2011

Blended Orange Cake

Senang dan simple. Ramai yang dah buat. Terbaru akak tengok Lady of Leisure yang buat mengikut resepi Mamma Olyn. Mamma Olyn pula ambil resepi dari My Resepi.



Senang sebab tanpa mixer pun boleh buat, guna blender saja. Pastu tak payah guna butter…guna minyak masak je. Bahan-bahan semua ada di rumah.Cuma perlu beli oren.



Akak guna acuan cupcake sebab cawan kertas cupcake masih banyak, lepas tu senang tak payah nak potong-potong. Senang sikit anak-anak nak makan.




sumber dari Lady, Mamma Olyn & My Resepi
BAHAN :

1 biji oren (jgn kupas kulit/ buang biji)
1cawan minyak
2cawan gula halus *akak guna 1 1/2cawan
Telur 3biji
2cawan tepung gandum *
1sudu teh baking poweder * (*diayak bersama)


First, cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.
Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali. Masukkan kedalam blender bersama + minyak + gula + telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris. *akak guna paper cupcake.
Bakar pada suhu 170C/ Gas Mark 3 selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak.













keep smiling :D

Sunday, 22 May 2011

Nasi Berlauk

Indahnya udara pagi hari minggu. Tak de kelam kabut bersiap untuk ke tempat kerja seperti biasa. Masih sempat mendengar kicau burung di pagi hari.


Nasi berlaukkan gulai ikan aya(tongkol),sambal belacan dan timun.


Indah lagi bila bersarapan nasi berlauk sekali sekala. Akak beli nasi berlauk ni di jalan lama menuju ke Kajang. Sebelum ada highway Cheras-Kajang, jalan ni digunakan untuk ke Kajang. Warung ni terletak di Sungai Sekamat. Ada menjual nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang(hanya hari minggu saja), laksam dan macam-macam lagi.


Kadang-kadang kami makan di sana, tapi hari ni bungkus je...makan kat rumah. Sebab nak menikmati nasi berlauk dan kopi o buatan sendiri. Kat sana kopi o dia kurang best...hihi..ayat jujur nih.


Aqi makan nasi kerabu...his favourite.
Lihatlah wajah Adik tu...muncung je...wajah mengantuk dihari minggu.




P/S : takziah untuk mangsa tanah runtuh di Ulu Langat yang melibatkan anak2 yatim. Sungguh sedih dan terharu. Al Fatihah.




Keep smiling :D

Friday, 20 May 2011

Mango Lassi


Cuaca panas di siang hari sejak kebelakangan ni menyebabkan rasa nak minum yang sejuk-sejuk je kan.Akak ada beli mangga di Jusco, so akak buat lassi mango ikut resepi kat sini.

Bagi akak, best sangat...rasa segar je tekak ni.Akak memang pencinta mangga. Tak tahu kenapa, baunya saja akak dah suka.Sekali makan boleh makan sampai berbiji-biji...tak kenyang-kenyang..hihi.




Akak ada ubah suai sikit resepi  asal tu...akak guna mangga biji. Kat resepi asal guna mangga dalam tin. Lepas tu,  akak tak guna  madu, akak guna gula je.

rupa paras lassi mango dari dekat.

sesuai untuk dihidangkan pada tamu yang berkunjung.

mangga yang di beli di Jusco



keep smiling :D

Thursday, 19 May 2011

Apam

Hari minggu yang lalu ada kenduri sikit kat kampung suami. Kenduri arwah(fil). Sebelum balik, akak buat le apam yang selalu akak tengok  teman-teman duk buat.Ramai dah mencuba resepi ni dan semua kata ok. Dah lama teringin nak buat tapi tak terbuat-buat juga. Dulu-dulu akak pernah buat apam guna eno...tu zaman dulu punya stail lah kan. Akak ambil resepi ni kat rumah Kak Rose dan Zarin. 


apam ada tahi lalat...waktu ni belum beli kelapa parut lagi...so apam ni tak de kawan.


Sebenarnya nak buat colour light pink...tapi TERletak banyak pulak colour pink tu. Jadi le pink terang macam ni. 

Colour di atas menggambarkan colour yang ada di rumah akak...hihi...cuma ada colour merah dan hijau aja.

kukusan antik dah keluar.

akak bukan le penggemar apam...tapi bila makan apam ni, akak suka. Best le resepi ni. Nama sebenar apam ni adalah apam snow white...tapi akak dah letak colour so dah tak sesuai lagi nama tu kan.



Bahan-bahan ( 5 orang makan )

 

Sumber : Kak Rose & Zarin
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air


  • Cara-cara
    1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
    2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
    3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
    4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
    5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
    6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
    7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

gebu dan enak di makan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.



keep smiling :D

Tuesday, 17 May 2011

Restoran San Francisco


Dulu-dulu sering gak ke sini. Dah lama tak ke restoran San Francisco Bandar Baru Bangi ni. Sebab di Bandar Baru Bangi sekarang sangat banyak pilihan restoran. Entah macamana incik husband ajak ke sini lagi. 



Seperti biasa kalau ke sini incik husband akan order lamb chop.


Lamb chop

Akak biasanya order lagsana. Tapi this time konon-konon nak tukar menu. Akak order cioppino .Tapi tak kena dengan selera pulak. Biasanya apa-apa pun boleh masuk. Kali ni memang tak boleh masuk…hihi.Bila dah camgitu…mulalah mengacau makanan anak-anak & incik husband. Incik husband suruh order yang lain.


Ini lah cioppino yang akak order tu.

Aqi order beef stroganoff  dan Adik order spaghetti. Akak rasa Aqi punya sedap so akak order le beef stroganoff tu.

Beef stroganoff yang akak order untuk kali kedua


Aqi punya


Adik dan spaghettinya


Akak punya cioppino..Adik yang makan.


lime special.



keep smiling..
esok cuti hari Wesak :D

Sunday, 15 May 2011

Refleksologi Dan Urut

Sebulan sekali akak & incik husband akan ke pusat refleksologi ni. Kalau sibuk sangat dua bulan sekali.Akak biasanya buat reflek dan urut seluruh badan.Urut dengan orang buta,jadi tak de le malu sangat kan.

Faridah yang selalu reflek akak.

Akak berefleksi di sini sejak tahun 2003 lagi…lama jugak lah kan,dah 8 tahun  dah.
Kalau nak ke sana, biasanya kami buat appointment dulu, takut penuh.

Ini pula Wak yang selalu urut incik husband. Sorang lagi yang selalu urut husband akak adalah Jimmy.

Reflek ni sangat baik untuk melancarkan saluran darah. Tujuan lain selain itu, akak nak rest.Setelah penat bekerja rasanya sesekali kena lah juga memanjakan diri. Suka bila kena urut tu kan. Bestnya…rilex sangat. Rasa loose segala otot yang dah tegang tu. Biasanya area yang keras sangat adalah bahagian shoulder dan kaki.


Biasanya akak buat refleksi tapak kaki dulu, lepas tu baru di ikuti dengan urut badan. Harga untuk reflek & urut seluruh badan adalah RM 90.
Tempat ni agak jauh dari rumah, tapi sebab dah biasa kami pergi juga. Lokasinya di Bangunan Mara, KL. Berhampiran Sogo sana.

Kenkadang kalau akak dah tak tahan, akak gi juga massage di Jusco dekat rumah akak tu…Thai massage. Kat Jusco ni incik suami tak leh ikut sebab semua pekerjanya pompuan.




Keep smiling :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...