Thursday, 30 June 2011

Restoran Mohd.Chan Abdullah



four season special.

Bermula minggu lepas...setiap hari Rabu malam , adik start his Arabic tuition kat Bandar Baru Bangi. Kenapa kat B.B. Bangi...sebab Mualimmah/cikgu nya tinggal kat sana. Kelas start pukul  8.30 pm hingga 10pm. Akak dan suami terpaksa le mencari tempat "berteduh" selama satu jam setengah tu...nak balik serba salah...jarak rumah ke sana bukannya dekat. Dulu-dulu akak tak berpeluang belajar bahasa al-Quran ni so biar lah anak-anak lebih baik dari ummi nya ini. 


Inilah tempat "berteduh" pilihan kami...Restoran Mohd Chan Abdullah ( Restoran Makanan Cina Muslim). Restoran ni banyak cawangannya.
Gambar kat atas sekali tu ada 4 jenis sayur...sebab tu namanya 4 season(akak agak jer hihi). Ada kacang panjang, terung, petai dan bendi. Time akak makan ni petainya lumayan besar...tapi akak serahkan incik suami menghabiskan petai2 tu.


Butter prawn ni sangat lazat menurut akak. Akak suka sebab rambu ramba telur kat atasnya tu banyak. Bagi peminat udang macam akak ni...memang heaven lah.

Yam basket ni agak kurang sikit kalau di bandingkan dengan Restoran Zenith. Akak lebih suka kat resto Zenith :)
Sekarang Restoran Zenith dah buka cawangan kat B.B. Bangi. Dulu-dulu akak sering makan kat Desa Petaling.

Untuk Adik akak belikan nasi ayam. Kata adik best.

P/S : semalam nak upload gambar sikit punya seksa...slow sangat sampai akak tertidur.
Hari ni elektrik tak de di kawasan tempat kerja akak...akak masuk kerja lambat....takde elekrik tak boleh kerja ....duit pun tarak masyuk :(



keep smiling please :D





Tuesday, 28 June 2011

Lempeng Kelapa



Ini cara adik makan lempeng kelapa



Semalam waktu balik kerja, adik request lempeng kelapa. Macam tak percaya pulak...tiba-tiba je nak makan lempeng kelapa. Jarang sebenarnya buat lempeng kelapa ni. Tapi memandangkan adik puasa sunat hari Isnin...akak tak sampai hati nak tolak permintaannya. Sekolah adik memang menggalakkan studentnya puasa setiap hari Isnin.

Adik suka makan lempeng dengan syrup pancake dan butter. Ini cara dia...kira pancake melayu le ni. Syrup pancake dah habis so akak masak je   gula merah dengan daun pandan.




menu berbuka puasa adik...lempeng kelapa dan horlick ais.

Lempeng ni tak de sukatan khusus...main campur-campur semua je. Akak kasi juga le resepinya...mana tau abang kat Egypt sana teringin nak makan lempeng macam adik.

Bahan-bahan
tepung gandum
kelapa parut
1 biji telur
air
garam secukup rasa


Cara
campur semua bahan-bahan di atas.
Masak dengan minyak yang sedikit di atas kuali.


ini menu seterusnya untuk adik...nasi ayam ni akak beli sebelum balik kerja.



keep smiling :D



Sunday, 26 June 2011

Semperit Kacang





Petang tadi makan semperit kacang ni. Sungguh lazat. Akak sebenarnya kurang suka sangat spesis kuih raya ni. Tapi semperit ni sedap lah pulak..makan satu...lepas tu satu lagi dan seterusnya..tak boleh nak stop pulak. Berlawan-lawan dengan incik husband. Sungguh lazat di minum dengan nescafe O. 

Minum petang sambil menonton TV....dan kami juga jarang dapat menonton TV kalau hari kerja. Pada mulanya incik husband nak pergi menjengok Aqi kat USIM tapi tak jadi sebab tak larat sebab sakit-sakit badan lepas reflek dan urut badan. 

Semperit ni akak beli di tempat refleksologi tu. Harganya RM22 satu bekas...tapi Adik tu telah berbaik hati memberi discount  RM 2.

Hari ni kami makan nasi minyak kat rumah Adik Nor...sungguh sedap dan ada martabak juga.
Masih teringat ingat pada nasi minyak ni...ada lagi tak ye...hihi



keep smiling :D



Friday, 24 June 2011

Sembunyi Spa



swimming pool dalam SPA


Dah lama akak tak kesini...hari tu, suami akak ada jumpa kawan dia kat Cyberjaya...so akak ambil kesempatan  ke sini. SPA ni terletak di Cyberview Lodge Resort & Spa di Cyberjaya. 


 
Depan swimming pool ada kolam untunk memancing.

kolam ikan

ciri khas Bali....bunga.




Pemandangan dari depan

 boleh pilih nak guna scrub apa


begitu juga dengan  massage oil, boleh pilih yang mana pilihan kalbu.

bilik treatment

Akak pilih Tradisional Balinese Massage....sedap nya. Rasa relax sangat...ada alunan musik Bali juga.Terasa berada di Bali.

Untuk scrub akak pilih Rub-A-Dub-Dub...guna lulur tradisional. Selepas selesai scrub, badan di lumur dengan yoghurt. Lepas tu berendam pulak.

tempat berendam...akak pilih air serai wangi


Lepas treatment ada air jahe/halia panas dan puding yang enak sekali

 Kalau dah buat treatment kat sini, kita boleh guna fasiliti yang ada...antaranya jacuzzi ini. Best untuk berehat-rehat.


dan juga sauna


keep smiling
:D


Wednesday, 22 June 2011

Jus lobak merah dan epal


 kenapa gambar jadi garis-garis ye??

Kawan-kawan cakap hari Rabu tak boleh cakap banyak (wordless wednesday)....shhhhhh






keep smiling :D





Sunday, 19 June 2011

kek Lapis Masam Manis



Kek lapis asam manis carca marba ni akak buat hari Sabtu hari tu selepas balik kerja. Cari asam haw flake kat Econsave ...terkejar-kejar dengan adik sebab dah hampir magrib. Nasib baik ada. Waktu akak kecil dulu akak panggil gambir sebab macam gambir sireh.



Kek ni  tak sesuai dipanggil kek lapis sebab lapisnya kacau bilau....hihi saya budak baru pelajar...harap maaf ye tuan punya resepi. Resepinya kat  sini. 

Bahan-bahan ( loyang 8"x8" )

  • 1 1/2 cawan tepung biskut marie (biskut marie yg dikisar dan diayak)
  • 3/4 cawan gula halus (gula castor / gula pasir yg dah di'blend')
  • 1 cawan butter - suhu bilik (saya guna buttercup)
  • 5 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • sedikit esen vanilla, pewarna (ikut suka), asam hawflakes

Cara-cara

  1. pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan
  2. masukkan telur satu-persatu
  3. masukkan tepung diselang seli dengan susu, pukul sebati
  4. tambah esen vanilla, gaul rata
  5. asingkan adunan beberapa bahagian (ikut jumlah warna yang dipakai)
  6. masukkan 2-3 sudu adunan ke dalam loyang yang dah disapu dgn butter dan kukus lapisan pertama (lebih kurang 5 minit or less. kalau tak melekat di jari, maknanye dah masak dah tu)
  7. susun asam hawflakes di atas lapisan pertama tadi, dan lapiskan dgn 2-3 sudu adunan yg berlainan warna
  8. ulang langkah 6 & 7 sehingga adunan habis (kalau rajin boleh lapis nipis2, masa utk kukus selapis-selapis jadi lebih singkat. kalau malas, buat jer besoor-besor..hhee)



Hari ni..Ahad akak jemput adik beradik berkumpul makan pagi. Nanti cerita di next n3 tentang acara makan-makan tu ye. Akak sekarang ni duk melayan cerita Nora Elena kat Youtube sebab kat TV dah habis pun. Sebelum ni orang duk sibuk cakap pasal cite ni akak tak berminat pun sebab waktu siarannya tak sesuai dengan akak. Waktu tu akak baru balik dari kerja dan hampir magrib pula. Setelah Hann cerita pasal cerita ni.....wahhh bagus sangat ke cerita ni? Dan bermulalah akak melayan di youtube yang kadang2 slow macam ulat gonggok ni.

rupa paras haw flake ...bagi yang tak kenal...heh heh heh

Lepas acara makan-makan. Menyempatkan diri untuk facial...dapat Zzzzzz sekali kat situ. Petang call Atie (teman blogger)...semalamnya nak call tapi dah malam sangat. Waktu Atie jawap panggilan, akak ingat suara anaknya...boleh cakap dengan mak? Tahu-tahu yang jawap call tu Atie. Suara Atie lembutttt sangat . Best dapat cakap dengan Atie, sebelum ni cuma kenal kat alam maya je. Harap dapat borak lagi dilain waktu.



keep smiling :D



Saturday, 18 June 2011

Kek Lapis Sarawak dan lain-lain lagi



Minggu lepas dan minggu ni....ada beberapa pemberian dari orang-orang terdekat dan yang kurang dekat...hihi...Alhamdulillah. Semua rezeki itu datangnya dari Allah....walaupun sekadar sebuah senyuman, kerana senyuman dapat menyejukan hati dan mendamaikan, tak gitu teman-teman?


Kek lapis Sarawak ni pemberian seorang customer atau client atau sewaktu dengannya. Sungguh lazat kek lapis masam manis ni. Thank you customer. Lain kali, kalau ke Sarawak bawa le lagi yer...hihi


Minggu lepas seorang lagi customer berbaik hati menghulurkan seekor ikan siakap yang lumayan besar untuk akak. Hasil pancingan, katanya. Sampai sekarang akak belum masak lagi ikan tu. Berangan nak masak tiga rasa lah...stim lah....satu pun belum jadi.

ikan yang menunggu untuk dimasak.

Haaa...ini pula dari customer juga. Orang Pakistan yang membuat perniagaan tuala kat Malaysia. Kilang tuala ni kat Pakistan. Besarrrr sangat tuala ni dan sangat lembut. Thanks ye.


Ini pula keychain dan FM dari Bandung. Kak Ma (kakak akak) yang kasi. Macam tau-tau je akak suka kan FM kan. Wahhh... FM Pasar Baru lagi, membuktikan Kak Ma telah menjelajah Pasar Baru dengan jayanya.
Kerepek pisang ni pun dari Bandung juga...dah siap sedia untuk di makan. 

Terimakasih untuk yang memberi.... semoga anda juga dibalas kebaikan oleh Allah. Dan terimakasih Allah...Alhamdulillah atas semua rezeki yang Engkau berikan walaupun sekecil mana pun...tetap bersyukur .


Keep Smiling :D




Thursday, 16 June 2011

Mee Rebus Singapore

Semalam dah makan ini mee. Hari ni mengidam nak makan lagi....dah lah semalam tak boleh cakap banyak (wordless wednesday). Untung hari khamis, boleh lah cerita panjang sikit pasal mee ni. 


Akak baru berkenalan dengan mee ni semalam...terus jatuh cinta pulak. Sebab tu hari ni akak beli lagi. Ala dekat je dengan rumah akak ni. On the way balik rumah dari tempat kerja , singgah le dulu beli mee ni kan.
Semalam akak tak puasa....hari ni akak puasa so ini lah menu buka puasa akak dengan air strawberry. Incik husband dan Adik pun ikut 'berbuka' dengan akak....walaupun mereka tak puasa pun :)
Alhamdulillah ...




keep smiling :D

Wednesday, 15 June 2011

Mangga (WW)


 Wordless wednesday wokeh.....terpengaruh dengan teman-teman yang lain :))








keep smiling wokeh

Monday, 13 June 2011

Air Soya



Soya ni akak dah rendam sebelum pergi kerja lagi (6-9jam). Balik akak blend dan tapis. Kemudian masak sampai mendidih. Setelah tu baru masuk gula dan ais.

Ini minuman untuk berbuka puasa. Ganti puasa masih belum habis lagi ni. Esok InsyaAllah puasa lagi.


Selain air soya akak berbuka puasa dengan bihun je...macam mengidam pulak nak makan bihun ni. Bihun akak beli kat restoran berhampiran rumah. 



keep smiling :D





Sunday, 12 June 2011

Keropok Lekor



Sejak tiga hari seminar...tak sempat nak berblogging. Tak sempat nak BW. Hari ni hari terakhir seminar. Seronok mengikuti seminar sebab dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.Pastu boleh beli barang-barang untuk kerja dengan harga yang murah. Yang penting ilmu lah kan.Balik dari seminar goreng keropok lekor yang di bawa dari Terengganu oleh bonda. Sungguh syok makan dengan sos keropok lekor yang juga dari Terengganu. Sosnya rasa lain dari yang di jual di kedai.



Keep smiling :D




Saturday, 11 June 2011

Tea Break





blueberry & pineapple cupcakes

Akak sedang mengikuti seminar 3 hari (jumaat, sabtu dan ahad) di KL Convention Centre. Tak sempat nak BW....nanti akak BW ye. 

Akak tak nak le cerita pasal seminar tu...kurang menarik. Akak kena le pergi seminar  tu demi mencukupkan cpd..kalau tak cukup cpd, tak leh kerja lah pulak kan.




Lebih baik akak cerita dan letak gambar  food kan...hihi.Sekejap-kejap makan...demukkk aaar kalau selalu seminar camgini.


 bihun ni sungguh sedap...kenapa le dia sediakan pinggan yang kecik cenonit jer...malu le nak tambah-tambah...control ayu...haha



Hari isnin kena puasa balik...tak boleh jadi ni asyik makan dan makan saja.










keep smiling :D
kerana senyum itu sedekah







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...