Sunday, 31 July 2011

Adik dan Jersi





Tak tahu macamana Adik (Abang dan Aqi pun sama) boleh minat bola sangat-sangat. Tiap petang Sabtu dan Ahad misti siapkan homework awal-awal lagi...dah siap solat asar...sharp pukul 5pm minta izin nak main bola kat padang. Baju jersi macam-macam ada...biru..merah...orange...bagai-bagai colour .


Minggu lalu  Adik sibuk survey harga jersi untuk kawan-kawan kelasnya (jersi untuk futsal). Ummi jugak yang kena hantar dia...dari sebuah kedai ke sebuah kedai. Nasib baik kat Bandar Baru Bangi banyak kedai sukan. Umminya pulak bukan minat sangat dengan kedai sukan nih. Kalau kedai tudung ke...haaa itu umminya minat :-)

Akak biar je dia deal sendiri dengan orang kedai tu ...siap tempah nombor di baju tu lagi.. Konon-konon nak ajar dia  independent sikit. Harga baju..RM 30 tapi dia dah collect duit dari kawan dia RM 26 per orang. Pastu dia minta ummi dia top up selebihnya...dapat pahala katanya...hikhikhik

ini pula makan malam semalam...lamb chop with black pepper sauce.


SELAMAT BERPUASA..
SEMOGA AMAL IBADAH KITA DITERIMA OLEH NYA :)


P/S hari ni dan semalam hujan dipagi hari....sejukkk...best...tapi semalam (jumaat) hujan menyebabkan trafic jam teruk.

    hujan...macam salji je kan gambar kat atas tu ...berangan salji lah pulak ;-))



keep smiling :D



Friday, 29 July 2011

Kuih Tako



Kuih tako ni memang favourite akak. Kalau bulan puasa memang tak miss beli kuih ni. Tambah best lagi kat dalam kuih ni ada sengkuang china. Bila makan akan terkunyah sengkuang ni...krek kruk krekk..
Kuih ni di isi dalam daun pandan yang menyebabkan baunya harum dan wangi :-))
Ini pics tahun lepas sewaktu bulan puasa.Akak biasanya beli je kuih ni.


Keep smiling :D

Wednesday, 27 July 2011

Daiso Damansara





Kalau gi IKEA ...tak sah kalau tak singgah kejap kat Daiso Mutiara Damansara (The Curve). Daiso ni berada di tingkat 2. Yang bestnya kat sini semua barang-barang nya berharga RM 5. So boleh budget nak beli berapa item.

Rambang mata....tarik nafas panjang2 bila melihat mangkuk yang comel2 kat sini.


Barang-barang Jepun ni unik sikit kan...suka tengok.Macam-macam ada.

sudu dan mug....fuhhh

mangkuk lagi...macam-macam bentuk :-))

senduk...gerammm jer...sabarrr!!
Nanti boleh datang lagi...hihi

acuan kuih

barang plastik pun ada...baru perasan ada botol roti jala gak.. 





keep smiling :D







Tuesday, 26 July 2011

Dusun Durian Sungai Lui Part 2

Musim durian datang lagi :-))


Semalam kami berkumpul adik beradik di Dusun Sg Lui.


 Kebanyakan durian kat dusun ni adalah durian kampung...buahnya kecil je.
Durian asal yang ada kat dusun ni...rasanya dah lebih 80 tahun dah  sebab batangnya dah besar.



Pokok durian yang kami tanam(maksud akak suami akak yang tanam...hihi)  masih kecil lagi.



Kami makan durian...masak2...makan2 dan akhir sekali mandi sungai kat belakang dusun tu.. 


 

manggis pun ada...tapi tak banyak.



sarang labah2

 mandi  sungai

main bola juga.


keep smiling :D









Sunday, 24 July 2011

Perssimon



Buah ni akak beli di The Curve hari tu. Akak suka makan buah ni yang betul-betul masak. Kalau yang tak begitu masak rasa dia sedikit kelat. Rasa dia manis dan ada sikit-sikit rasa ciku.

Rupa paras macam tomato..tapi perssimon dipanggil  pisang kaki. Tak de rupa pisang  pun kan...tak tau kenapa di panggil pisang kaki.

Harga buah ni RM.5 sebiji...kenapa le mahal sangat perssimon ni kan.Kalau murah sure akak dah beli 2kilo. Akak beli 3 biji jerr. Ingat 1 biji untuk akak, satu untuk incik husband dan satu untuk adik...tapi kenyataannya 2 biji untuk akak...1 biji lagi untuk incik suami dan adik. Dia orang tak suka sangat. Bagus2 hihi ;-))

Akak beli kat sini...MBG.
Buah kat sini segar-segar...cuma harganya pun segar jugak lah kan...hihi





gambar dari pakcik google
 pokok perssimon


keep smiling :D



Saturday, 23 July 2011

Restoran Garden

Kami makan-makan di restoran ni sambil tengok bola Malaysia vs Chelsea . Tak niat pun nak tengok perlawanan ni kat sini..kebetulan je.

 
Akak punya...Spaghetti Carbonara(beef)
sedapp :-))


Adik punya...Spaghetti Carbonara(chicken)
Bagi akak yang beef lagi sedap berbanding chicken .




Incik husband punya...spaghetti marinara




air kami order ice lemon tea.




restoran ni terletak di The Curve.
Penuh dengan bunga ros putih..tapi plastik punya lah kan.



P/S : Balik rumah game dah selesai Chelsea menang 1-0.





keep smiling :D



Friday, 22 July 2011

Award dari Wattie & Nuwairani

Thank you Wattie dan Nuwairani atas ingatan pada akak ini ye....
Kali ni tak perlu buat karangan.
Walaupun baru kenal tapi akak selalu singgah di "rumah" mereka untuk mengintai diorang masak apa hihi.
Dua-dua suka masak...so kalau kerumah mereka....jiwa agak tertekan tambah2 lagi jika berpuasa...hahahah.


Sekali lagi thank you atas ingatan...love you.


Disebabkan semua teman2 dah kena tag...tak payah le akak tag lagi ye....
Bye2...akak dah nak tidur :)






keep smiling :D
agar mimpi indah





Thursday, 21 July 2011

Nenas di bawah Pohon Kemboja




Untung  incik husband nampak nenas ni .Dah masak dah.Kedudukannya agak tersorok dibawah pohon kemboja dan terlindung pula dengan pokok helicornia.

kecik je...nenas mini :-)


a few years ago...akak just letak jambul nenas (betul ke dipanggil jambul nenas??)
tu kat bawah pokok kemboja.
Dan akak tak pernah mengharap nenas ni berbuah...hihi...kijam2


betul2 tak sangka boleh berbuah...padahal tak pernah jaga jauh sekali letak baja.
Patut le terbantut jadi nenas mini.

Jus nenas + grape

boleh imagine tak rasa dia?
just imagine ok.
Sebenarnya akak nak buat jus nenas...tapi bila colour dia pucat lesi...akak tambah le cordial grape...suka2 je kan...hihi
tapi ok gak rasa dia.
Dan nenas ni dah berjasa menjadi minuman akak berbuka puasa hari ni.



keep smiling
senyum sokmo :D




Wednesday, 20 July 2011

Makaroni Bakar


Tadi akak balik cepat dari kerja semata-mata nak masak makaroni bakar ni untuk berbuka puasa. Adik akak (Adik Nor) singgah kejap kat rumah pun hairan....aikkk awal balik?? Terharu dengan pertanyaan tu.....hahaha.Resepi ni akak ambik dari rumah  Kak Nannie 

Walaupun rupa paras tak cantik...tapi sedap taww (ayat memujuk diri sendiri)


Akak suka, adik suka dan yang penting incik husband pun suka :) 
Akak cakap dengan adik nor...kalau tak jadi akak tak hantar kat rumah dia...kalau jadi baru akak hantar. Akak kategorikan jadi lah kan. So gi hantar sikit sebab dia diet kat rumah dia. Rindu nak tengok humyra (anak buah akak)jugak sebenarnya.

Cheese ni adik syaqir yg tolong parut...kenapa kasar dik? Nak cepat katanya :)




Sumber : Kak Nannie
BAHAN-BAHAN :

300gm makaroni
1 biji bawang besar-dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 tin sos bolognese - apa2 brand-boleh ditambah
1 cawan susu full cream milk- dalam kotak * akak guna cream satu kotak
1/2 cawan keju cheddar
1 peket ayam cincang
1 biji telur
2 sudu besar mentega
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak masak
Keju chedder dan monzarella-utk ditabur atas macaroni * akak cuma guna keju cheedar yg diparut sendiri..

*Akak campurkan 1 cawan susu ke dalam sos bolognese untuk mengimbangkan rasa masam , manis serta lemak . Boleh juga ditambah 1/2 cawan cream untuk bagi makaroni ni cukup berlemak terpulang pada citarasa masing-masing.

CARA MEMBUAT :

1 )Rebuskan makaroni sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan sekejap. Panaskan minyak dan butter kemudian tumiskan bawang putih serta bawang merah sampai terbit bau wangi . Masukkan ayam cincang dan kacau sehingga daging ayam masak kemudian masukkan sos bolognese Prego serta terus kacau sampai semua bahan menjadi sekata.

2) Masukkan pasta tadi dan gaul dengan kuah sos . Masukkan telur serta susu serta kacau dengan cepat supaya telur cepat sebati dengan bahan-bahan lain kemudian masukkan 1/2 keju cheddar dan kacau bagi mesra . Jika kurang masin baru la ditambah garam.


3) Tuang semua bahan tadi ke dalam mangkuk yang sesuai . Taburkan keju dan bakar dalam oven dengan suhu 180'C selama 40 minit atau sehingga masak.



P/s : Incik husband baru balik dari Jakarta. Akak pesan beli lotion tangan....akak ingat dia beli 2  botol jer ....ada unsur-unsur perli ke ni??? hihi



keep smiling :D



Monday, 18 July 2011

Puding Roti Marble



Petang semalam (Ahad) buat puding roti ni. Pukul 6 pm baru buat. Jadi bukan untuk makan petang. Makan malam pulak.Dah lama berangan nak buat bila nampak kat rumah Zarin. Bila tengok ada roti dan bahan-bahan yang lain pun ada...so buat je lah. 


Puding masih ada banyak...so dapat le akak buat berbuka puasa hari ni. Adik pun Alhamdulillah ikut puasa.

Ini Adik punya.
Akak suka puding roti ni...lembut je.


Akak pula kalau makan puding misti nak makan dengan kuah kastad. Dari dulu lagi macam tu.So kira derhaka juga le pada sifu Zarin ni.



Ini resepinya ye
Sumber Zarin



Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair (saya guna 3/4 cawan)
  • 8gram serbuk agar2 (saya guna agar agar serbuk yg 11gm tu)
  • 1/2 cawan gula – (saya kurangakan kepada 1/3 cawan)
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) (saya guna butter)
  • 3 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (saya guna 1 tbsp choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter yang cair tadi dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dimakan ketika sejuk!


Bahan2 unk Kuah Kastad:
  • 1 tin susu sejat (evaporated)
  • 3 sudu kastad di campur sedikit air
  • gula secukup rasa
  • vanila

Cara2 
  • Masak susu dan kastad
  • tambah gula secukup rasa
  • tambah vanila
  • Kacau hingga pekat



P/S: Lebih kurang pukul 11 am hari ni akak terima panggilan dari jiran belakang dan jiran sebelah  memberitahu alarm rumah akak bunyi. Akak call adik lelaki akak untuk tolong tengokkan. Nasib baik adik akak tinggal berdekatan je. Alhamdulillah tak de apa2. Thanks untuk jiran2  dan adik lelaki akak. Kesian mak akak yang ikut stress. Akak tau adik lelaki akak tu jadi silent reader kat sini...hihi.






keep smiling :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...