Sunday, 28 August 2011

Salam Aidilfitri 2011

Gambar last year (2010)...beraya di Terengganu :-)




Akak masih belum balik kampung...sebab esok incik husband masih ada kerja yang perlu diselesaikan.So akak ambil kesempatan untuk kemas rumah. Buang habuk-habuk yang dah tebal. Pagi-pagi dah masuk dapur buat coklat chip...semalam rumah akak harum dengan pineapple...hari ni semerbak dengan bau coklat, best best. Ini lah hasilnya :-))





Ini projek semalam...akak guna resepi kak anymz..memang akak berpuas hati dengan rasanya..sangat sedapppps sekali.Thanks kak anymzz...love you :))
Resepi akak bagi lepas raya ye...nanti akak copy paste kat rumah kak anymz...hihi




Ini pula masih panas...baru masak. coklat chip ni almost every year akak buat. Senang..simple dan InsyaAllah jadi, tak pernah gagal.Resepi after raya juga ye...akak malas ada appointment lepas ni. 

Pesanan Ucapan untuk Abang(anak sulung akak) yang beraya di Alexandaria...
Bang..this year, first time ummi dan abah tak raya dengan abang..ummi& abah ucapkan selamat hari raya dan jangan sedih-sedih.Keep smiling ok. Tarik  nafas panjang-panjang bila dengar takbir...muhahaha. Esok..ummi dah tak leh nak on9 di skype sebab kat kampung tak de internet :-) Ummi harap wan & tokmi akan ada unifi suatu hari nanti..hihi. LOve you Bang...take care.

Ucapan untuk teman-teman & sanak saudara
Dengan segala kerendahan hati mohon maaf di pinta jika ada salah dan silap. Semoga bahagia di hari yang mulia ini...Love you all :-))


keep smiling :D




Saturday, 27 August 2011

German Cookies

Excited nak buat cookies ni sebab tengok kawan-kawan dah buat cookies ni..sure sedap...kalau tak kenapa semua dah try kan. Tengok di blog En.Mat Gebu pun ada...Zarin, Lady, Kak Yatie, Kak Anymz dan ramai lagi yang dah try.


Bila akak selidiki, tenung-tenung..lihat-lihat resepinya hampir sama . So akak pun copy paste je kat rumah Kak Anymz...minta izin ye kak.


Cookies ni gebu bila dimakan tapi tak mudah berderai. Akak rasa kalau lain kali boleh ubahsuai...tambah almond atau coklat pula :-)


Resepi German Cookies
dari dapur Kak Anymz


Bahan-bahan


  • 40 gm gula icing, diayak
  • 125 gm butter..lembutkan pada suhu bilik
  • 1 teaspoon, untuk biskut perisa vanilla
  • 2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
  • 125 gm potato starch
  • 80 gm tepung kek/tepung gandum


  • Cara-cara
  1. Pukul butter & gula hingga gebu dan ringan. Masukkan vanila dan kacau rata.
  2. Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit(Naz simpan 20 minit).
  3. Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang) menggunakan api atas dan bawah.




P/S : akak belum balik kampung lagi tapi akak dah cuti...hari ni operasi kemas rumah dan mengetart...InsyaAllah. Pagi2 lagi dah buat jem nenas...wangi seluruh rumah...aroma pineapple..tak perlu letakhome fragrance lagi :))




keep smiling :D





Thursday, 25 August 2011

Berbuka di Hotel Armada..Grrrrrr

Semalam incik husband ada jumpa kawan di Hotel Armada PJ...iftar dan meeting sekali. Incik husband ajak akak sekali...malas sebenarnya nak berbuka kat luar.Tapi disebabkan perasaan nak rehat dari masak, setuju aja lah.

 Lauk pauk tiada pilihan

incik husband dah buat reservation one day before. Tiba di sana kami berpecah...suami bersama kawan-kawannya dan akak dengan adik(anak akak). Suami akak di restoran bawah dan akak kena naik atas. Masih ok lagi....ingat food dia sama macam kat restoran bawah. Ternyata di atas, food dia sangatlah teruk tak sesuai dan tiada pilihan. Tak ubah makan di kantin dan lauk dia macam kat kedai mamak saja.

Usahkan pasta ...seekor udang pun tak de. Kuih muih pun beberapa jenis saja berbanding kat bawah.Dan meja kami diletak di koridor yang sempit lagi panas....grrrrrr.

cuma ada beberapa jenis kuih saja.


 Meja kami di tepi koridor yang panas.

Sewaktu akak menuju ke surau hotel...akak ada terdengar rungutan dari pelanggan yang lain juga. Akak ada buat complain...kenapa makanan diatas tak sama macam dibawah. Kalau akak datang walk in...ok le, ni dah buat reservation sebelum datang dan tak pula diberitahu yang restoran kat bawah dah penuh dan terpaksa makan di koridor atas....grrrr.
Manager dia tak dapat nak cakap apa..cuma dia beritahu sebelum ni pun dah ada yang complain..dan beritahu yang kat atas dia orang charge lebih murah. Walaupun lebih murah (sebenarnya mahal juga dengan makanan yang teruk macam tu) dari restoran kat bawah...tapi still tak puashati....grrrr lagi.

Salah sendiri pun...sapa suruh makan kat luar..kat rumah lagi best kalau macam ni.



Keep smiling(sikit jer)

Tuesday, 23 August 2011

Kenangan Biskut Mazola



Dah lama betul tak buat biskut mazola ni..dah berbelas atau 20 tahun lalu rasanya last buat.Teringin lah pulak nak makan...so buat le sikit beberapa hari lepas.


Hitam manis biskut mazola akak...sebab kacang terlebih garing...hik2...ada-ada je yang tak kena.




Dulu waktu akak sekolah menengah akak selalu buat biskut ni dengan Kak Ma(kakak sulong).Bila musim raya tak sabar tunggu kak ma balik cuti..untuk buat kuih raya

Buat kuih raya pun dengan Kak Ma sambil dengar lagu raya. Nostalgia sungguh. Waktu tu waktu zaman kegemilangan biskut mazola.Minta resepi dengan Makcik akak. Sukatannya sangat lah banyak..tak main gram, tapi KILOGRAM1 kg tpg gandum, 1 kg kacang, 1/2 kg gula itu lah lebih kurang sukatannya. Bayangkanlah....kami menggetelnya dengan penuh tekun dan penuh keimanan.Sambil buat sambil ketawa.....sampai menyandar di dinding kepenatan. Sejak dari hari tu kita bertaubat dan mengubah sukatan dari kg ke cawan tak de le banyak sangat kan.



Resepi Biskut Mazola
4 cawan tepung gandum
4 cawan kacang tanah yg sangrai dan ditumbuk/diblend
1 1/2 cawan gula halus
Minyak mazola

Cara-caranya:
Campurkan tpg gandum, kacang dan gula
Kemudian masukkan minyak mazola secukupnya.
Bentukkan bulat2
Untuk hiasan, sapukan kuning telur dan kacang di atasnya.
Bakar.














keep smiling :D





Monday, 22 August 2011

Iftar di Rumah Kak Ma

Semalam Ke rumah kak ma (kakak sulung) di Keramat. Jemputan melalui FB berbunyi begini :


"Nak jemput ni...sleke (silakan) mari ke rumah...buka posa hari ahad ni.....masak ala kadar jah...tapi dengan kasih sayang....mari neh."


Mana boleh tak pergi kan...Kak Ma dah janji masak dengan kasih sayang...hihi


Inilah hasil lauk pauk.... penuh kasih sayang Kak Ma...memang best. Makanan yang diidam-idamkan seperti nekbat pun ada :-))

Ini pula kuih muih...

Nekbat

ketupat sotong...Kak Pah yang bawa.
Akak makan 2 ekor je...sekejap je dah habis .


puding...yummy

solok/sorok lada

jeruk maman

kerabu kacang

anak buah akak....dah besar2 semuanya

Jumlah yang hadir seramai 31 orang termasuk tuan rumah...meriah sungguh.
Thanks Kak Ma dan Abang Wan...semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik...Amin :)


keep smiling :D










Saturday, 20 August 2011

Puff Sardin

Teringin nak makan karipap sardin sebenarnya.Tapi mana le sempat nak buat kan...balik kerja dah le rushing.
Nasib baik ada ready made pastry jenama Kawan ni. Senang je. Tumis je sardin tu ala kadar dengan bahan yang ala kadar juga...masuk oven...taraaa siap sudah.

Ni resepinya ye..

Bahan-bahan:
1 tin  ikan sardin (tin sederhana)
3 ulas bawang putih * hiris
3 ulas bawang merah *potong kecik2
5 biji cili padi - hiris
Garam secukup rasa
1 pokok daun sup *hiris halus
1 biji kuning telur
minyak untuk menumis



Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sampai wangi.
  2. Masukkan isi ikan sardin yang telah di hancurkan dan dipisahkan dari sosnya 
  3. Masukkan garam 
  4. Masukkan daun sup dan  kacau hingga masak.
  5. Letakkan inti sardin yang dimasak tadi atas sekeping puff pastry, lipat dua dan tekan tepi-tepinya dengan garfu. 
  6. Sapu kuning telur pada permukaan puff dan cucuk sikit dengan garfu.
  7. Bakar sampai kekuning-kuningan.


Semalam abang (anak sulung) yg. berada di Mesir sana, tag kat akak gambar masak lemak cili api ketam melalui FB yang berjaya dia masak...hihi..nasib le kau ketamm :)

 masak lemak ketam yang berjaya Abang masak..
Abang memang rajin menolong. Bila dah jauh dari family...tak lah kekok masuk dapur.
Duduk jauh kena pandai2 le bawa diri :-)
miss you Bang.



keep smiling :D




Friday, 19 August 2011

Sushi oh Sushi

Tetiba je  tekak ni nak makan sushi. Tak kena betul dengan bulan puasa kan. Malas nak keluar makan kat luar sebenarnya kalau bulan puasa ni. Tunggu lah lepas puasa.


Pastu kan berangan juga nak buat sendiri sushi ni.Tapi kenalah beli beras sushi, seaweed dan bamboo mat dulu lah kan.
Kalau buat sendiri puashati dan dapat pastikan kehalalannya :-)


P/S : tenet kat rumah meragam je




keep smiling :-)

Thursday, 18 August 2011

Masak Asam Pedas



Ini lauk kegemaran incik husband.  Waktu mula-mula kawin dulu  seksanya nak menyesuaikan tekak ni. Akak memang tak suka pedas...sedangkan incik suami memang suka pedas (orang nogori). Boleh berulang alik ke toilet..cerry-berry.

Resepi rujuk disini


Walaupun begitu...tetap berusaha belajar masak lauk kegemaran incik husband ni. Awal-awal dulu memang tak jadi...tapi incik suami cakap ok ...hihi...kata-kata semangat.

sambal tempoyak

Setelah 20 tahun lebih..akhirnya jatuh chenta juga dengan masak asam ni.Tapi akak boleh layan masak asam pedas ni bila ada sambal tempoyak. Kalau tak de tempoyak akak makan sikit je lah
:-)

 Anak buah akak...Little Humyra

Lepas berbuka tadi adik akak (adik nor) singgah kat rumah dan suruh akak tolong jaga humyra kejap sebab dia ada hal. Baiknya Humyra.. tak nangis pun. Asyik je dia main dengan mainan.




keep smiling :D


Wednesday, 17 August 2011

Mushroom Soup & Wholemeal Loaf


Balik dari tarawih incik husband request nak makan mushroom soup. Nasib baik ada mushroom soup dalam tin...nasib baik juga belum expired ;-))


Padahal waktu berbuka tadi dah makan nasi bagai. Best gak makan panas-panas soup ni bersama wholemeal loaf. Wholemeal loaf ni beli hari tu...not bad.

Minum pula dengan kopi o...memang best. 

angan-angan~~~suatu hari nanti nak buat sendiri mushroom soup dan wholemeal loaf ni. Dah ada niat kira ok lah tu kan..kan..kan

makan egg tart ni juga



keep smiling :D








Tuesday, 16 August 2011

Kuih Sagu / Sago dan Baju Melayu


Sagu  masih ada, lebih buat puding sagu gula merah tempohari. So buat lah kuih sagu ni...sedap makan sejuk-sejuk.
Resepi kuih sagu kat sini


Kali ni kuih sagu ni terlembik sikit..terlebih air :-)

Lega bila dah selesai urusan membeli baju melayu untuk anak-anak & incik husband.Saban tahun memang saat membeli baju melayu ni lah menjadi masalah sikit buat akak.



Masalahnya...saiz & colour. Konon-konon nak le pakai sedondon...dah berkenan colour, saiz pula tak de..kena ada 2helai saiz M, saiz L dan saiz XL .Teka siapa yg bersaiz XL. Penat tau. Bila dah selesai lega sangat.

Kenapa tak tempah je? Ohh akak tak de masa dik..silap haribulan 2 tahun lagi baru akak ambik baju tu...hihi

tahun 2003...pernah pakai baju same colour :D
dah 8 tahun berlalu, boleh le ulang balik colour ni.



Tahun ni akak tetap beli 4 pasang baju melayu walaupun abang tak dapat beraya kat Malaysia. Akak simpan je lah atau akak kirim kat kawan abang yang balik Malaysia.

Adik duk tanya bila ummi nak beli baju colour hijau jugak..dia risau umminya sorang tak de baju colur hijau...hik2


keep smiling :D


Sunday, 14 August 2011

Iftar di Saba

Kami cuma iftar di Restoran Saba, Cyberjaya saja bukan kat Saba, negara Yaman sana. Semalam(Sabtu) adik memberi cadangan untuk bertarawih di Masjid Besi Putrajaya, sebab tak pernah solat kat masjid ni lagi katanya. Ok.... cadangan di terima. Selepas tu adik bagi cadangan kedua pula untuk berbuka kat restoran Saba...oohh...ini sebenarnya...hikhik. Pernah cerita pasal restoran ni kat sini.

Nasi kabsa

Tiba di sana ..ramainya orang, nasib baik ada satu meja kosong. Di bulan puasa cuma ada buffet saja(Rm40)...no alacarte. Kalau alacarte sure le tak terlayan dengan orang seramai ni.

kebab


Baklava

Lime juice & vimto

puding

ini dia budak yang bertanggungjawab memberi cadangan itu
 :-)

Lepas makan kami menuju ke Masjid besi untuk solat Maghrib, Isyak dan Tarawih. 

Masjid Besi Putrajaya

Kamera tak bawa, so guna hp je..berjasa juga le hp ni walaupun dah berendam air hujan sehari sebelumnya. 



 Ada bulan....remang-remang




keep smiling :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...