Friday, 30 September 2011

Pulut Lepa




Pulut lepa adalah pemberian adik akak...Adik Nor. Adik Nor balik kampung anak beranak tempohari. Balik semata-mata untuk makan-makan...sungguh tak aci...hihi


Pulut lepa ni adik beradik pulut udang dan pulut panggang. Cuma intinya dari ikan. Isi ikan di campur santan, bawang , halia dan halba. Kemudian bahan-bahan tadi di masak hingga kering.

Dulu-dulu pulut ni di panggang dengan tempurung kelapa.

Setiap kali makan pulut lepa...pasti ingat kat arwah tok yang memang pakar membuat pulut lepa. 
Rindunya pulut lepa Tok dan rindu Tok juga. 



keep smiling :D



Wednesday, 28 September 2011

Kemunting dan Kamera


blur




buahnya boleh dimakan

Gambar di atas tu pokok , bunga dan buah kemunting. Snap waktu balik raya hari tu. Anak-anak akak pun tak kenal pokok ni...so ambil gambar untuk simpanan. Hati agak gundah dan gulana sebab kamera rosak...tengah masuk wad sekarang.... :( 




keep smiling : D
(huhu)





Tuesday, 27 September 2011

Makan-makan di Tasik Kenyir



Sambungan entry Tasik Kenyir yang lalu...harap jangan boring...hihi
Selepas berihat sebentar, kami keluar ke lobi sebab anak-anak nak swimming...termasuk le ayah anak2. Akak dan mak akak(tokmi) duduk-duduk je kat lobi tu. Internet cuma ada di lobi dan restoran je. So ambik peluang BW. 


Sambil tunggu diaorang swimming...akak order cheese cake ni...sedap, ada almond.



 Tokmi order burger ni. Tokmi makan sikit je...tapi cucu-cucunya yang makan lebih-lebih.


 tokmi sempat skype dengan abang .


 Laptop ummi jadi rebutan..ummi nak BW pun tak senang...hik2

 Ikan bakar yang sungguh sedap. Ikan masih segar.

Kami makan agak awal juga...sebab anak2 dan ayah anak-anak lapar . Lagi pun kami masih boleh solat jamak.

 banyak pilihan...harga pun berpatutan RM 43 / orang....murahkan. Kalau kat KL RM 60-80.


 kuih muih


 ikan bakar...sotong bakar pun ada....memang besttttt sangat.

 lakunan semata-mata



pasta pun sedap...semua sedap lah


 lepas makan lepak-lepak menikmati angin sepoi-sepoi bahasa....mengadap ke tasik.

restoran

jom layan gambar-gambar sekitar Tasik Kenyir 














resort



keep smiling :D


Sunday, 25 September 2011

Mushroom Soup & Garlic Bread


Balik kerja hari khamis hari tu, penat  tahap maksimum. Nak beli makanan pun tak larat, apa lagi nak masak.So cari le apa  yang ada dalam fridge. Tengok ada garlic bread. Adik pula nak gi tuition.Nasib baik tempat tuition dia dekat rumah je. Adik gi dengan basikal je.



Mushroom soup tu tinggal letak air panas je. Siap untuk di makan. Makan macam ni bila incik husband tak de je. Harap incik suami tak lupa beli FM...hik2

mushroom soup ni ada ayam dan croutons juga. Sangat sedap bila di makan panas2 dengan garlic bread.


Kentang akak dah nak naik pucuk le...apa erti semua ni? nasib baik bawang belum lagi...hihi






keep smiling :D





Friday, 23 September 2011

Tasik Kenyir




Sebelum balik ke KL kami singgah dulu di Tasik Kenyir ni (cuti raya hari tu).


Tasik Kenyir yang terletak di hulu Terengganu  merupakan tasik terbesar buatan manusia . Bertujuan untuk jana kuasa elektrik. Luasnya tasik ini. Terdapat beratus ratus pulau di dalam tasik ni.



Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Semacam cerita dongeng pulak kan.

pemandangan tasik kenyir di waktu malam diambil dari lobi resort.

waktu siang..



Kami menginap di Lake Kenyir Resort and SPA. Akak ambil  bilik yang view ke tasik. Dari balcony dapat lihat view tasik tu. Bilik untuk anak-anak2...mengadap ke taman(hik3).




Resort



resort di tepi tasik

Dari tempat parking kami di bawa dengan kereta ni ke lobi.


Kami tiba dah petang..so ini lah aktiviti anak-anak. Congkak (jangan pandang belakang)Tempat ni memang sesuai untuk berehat. Jauh dari kesibukan...masih ada bunyi kicau burung gitu.

Lepas dinner...lepak-lepak sekejap kat lobi lepas tu masuk bilik tidur.

Esoknya baru kami naik boat ke Taman Herba dan air terjun. Sewa boat tu RM 50/orang.

Di resort tu ada rusa....boleh kasi makan kat rusa-rusa ni. Jom layan gambar-gambar sekitar Tasik Kenyir.







Lepas tu kami check out dan balik ke KL :)


keep smiling



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...