Monday, 31 October 2011

I'm Home

Assalamualaikum semua...
Rindu sangat-sangat pada blog ni ...rindu kawan-kawan dan rindu nak BW dah banyak entry kawan2 yang tertinggal ni.


Nami Island Korea


Akak sampai petang semalam setelah 6 hari bercuti ke Korea dan Vietnam.Hari ni akak cuti lagi. Nak basuh baju...kemas rumah dan nak gi  facial. Muka dah berkulat hijau dah. Banyak nak nak buat dalam masa sehari ni...tak tahu sempat ke tak.

Vietnam

Pagi2 dah gi beli ikan teringin nak makan ikan goreng dgn kicap je...hahaha macam mengandung jer kan. Apa tak nya dalam flight semalam ...akak hampir2 TERmakan B**I ...nasib baik belum.Hayaaa...Ishh3.Lansung hilang selera makan:(
Nanti cite di next N3 okay .
N3 Korea klik sini


Keep smiling :-)



Tuesday, 25 October 2011

Ole-ole dari Finland & Mangga Muda

Hari ni ada temujanji dengan Kak Mas (jiran nieza)  yang baru balik dari Finland. Kak Mas menyerahkan ole-ole dari Nieza ( Our Journey Begins)....akak sungguh terharu dan gembira sangat. Thanks Nieza. Akak memang lah pengumpul FM yang tegar hik2.

FM Helsinki Finland...cantikkan :-)

Bila dapat FM dari Finland rasa macam tak percaya je...sebab kalau nak ke Finland rasanya memang tak tahu bila lah kan..cuma mampu berangan je lah.



FM ke dua...cantik juga...suka


FM ketiga dari Nieza...Saint Retersburg


Pastukan...akak dapat ni juga...happy giler2 punya
Sebelum ni akak cuma tengok acuan silicon ni di blog Mat Gebu dan beberapa rakan blogger yg lain. Akak tak tahu bagaimana nak dapatkan acuan ni...memang suka sangat2...tq nieza...hug2

Kak Mas pula bagi coklat ni pada akak...thanks kak mas  :-)

Gembira dapat jumpa Kak Mas & Abang Jamil(orang Finland)Walaupun dah lama tak jumpa tapi mereka tak berubah.


Mangga ni mangga Malaysia ye...ni pula adik akak yang kasi. Pokok mangga rumah dia dah membuahkan hasil. Thanks ye Asha & Emi......terima kasih daun keladi...hihi


P/S : InsyaAllah esok akak akan bercuti selama 6 hari...akhirnya jadi juga :-))  
incik husband dapat selesaikan kerja tepat pada masanya...well done ( cewah...puji2 pulak)
kasi pingat ni kat incik husband
(google)

Terimakasih atas doa kawan-kawan tempohari....jumpa lagi next week...InsyaAllah


keep smilingggg :D


Sunday, 23 October 2011

Telur Goreng Bawang

Kalau incik husband outstation...biasa inilah salah satu menu akak dan adik. Menu orang malas nak cepat. Biasanya balik kerja dah malam...kepenatan menguasai diri...bukan aging problem hokey  ;-)
Kombinasi antara penat,lapar (siannyerr) dan malas nak cepat menyebabkan lauk ini sungguh lazat sekali....hahahaha.

Kalau ye pun "nak cepat" potong bawang jangan le besar gedabak camgini ye...kalau mak akak tengok sure dia nangis....hihi



Sejak dua menjak ni,, akak jarang menulis pasal resepi sebab dapat "teguran" dari Abang(anak sulung akak) yang mengomen blog ummi "boring" sebab penuh dengan makanan.......sampai hati. ...hihi .  Sebenarnya Abang jelezz tu sebab kat Mesir dia asyik makan kebab jerrr....huhu

Abang waktu study untuk SPM 
a few years back


Oklah ummi tujukan resepi ni unk Abang...senang je ni Bang....boleh buat nanti ok :-)




Bahan-bahan
3 biji telur
1 labu bawang besar * di potong2
4 biji cili api  * dipotong
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng


Cara2:
Panaskan minyak...goreng telur setengah masak.
Tepikan telur yang dah di goreng.
Tumis bawang dan cili.,,tambah garam.
Setelah bawang dan cili dah layu masukan telur dan kacau2 sekejap.
Boleh dihidangkan.


Pamukkale, Turki

Aikk tetiba jer ada gambar makcik dan pakcik ni? Saja je. Bukan nak sindir pakcik tu pun...sebab pasal dia.... cuti kami kemungkinan kena defer. Suka gambar ni. Cuma shoes case merah menyala tu yg mencacatkan gambar ni kan...kan.

Kenapa ada lebah kat muka makcik dan pakcik ni? Sebab makcik tu pemalu(auww)...betul i pemalu u. Bayangkan nak jumpa Zarin yang rumah kami tak sampai beberapa meter pun makcik malu...huhu. Padahal teringin sangat nak jumpa.


Keep smiling ye makcik :D

Friday, 21 October 2011

Halangan demi halangan


Payahnya kali  ni...macam-macam halangan.

1. Tunggu travel agency call...dia orang tak call2 pun. Nasib baik incik suami call diaorang. Rupa-rupanya hari yang kami rancang nak pergi bercuti tu  tak cukup orang. Kenapa tak inform?? grrr... So mereka suruh kami tukar ke tarikh lain. Padahal akak dah ambik cuti...ish2

2.Travel agency ni buat macam kami yg terhegeh2 sangat nak  pergi, sebab harapkan dia orang call...takde le....kami yang kena call diaorang. Bila call....jawapan mereka...ooo belum uruskan sebab 'beliau' cuti. Ohh sungguh tak prefesional. Makcik tak marah cuma sedikit terkilan saja.

3. Bila incik husband tanya pasal passport ...waktu tu beliau baru cakap yg besok tarikh akhir kena kasi salinan passport...MasyaAllah. Kalau tak tanya diaorang tak kasi tahu pun.

4. Saat akhir incik husband pulak ada urusan yg perlu diselasaikan. Jadual kami bertolak...InsyaAllah hari selasa ni...25.10.11....kalau hari isnin 24.10.11....urusan kerja incik husband tak selesai terpaksa le kami defer. Bila suami cakap macam tu....akak tak terkata apa sebab akak sangat faham urusan kerja dia tu...cuma   frust menguasai diri. Akak faham he work hard for our family... akak pun work hard juga...*ayat tak nak kalah*. Semuanya unk kami. 

Sekarang akak cuma berdoa agar hari isnin ni urusan kerja suami akan selesai....
Tapi akak semangat je.....
Walaupun tahu kemungkinan percutian tu kena defer....akak tetap semangat...hihi

Akak dah beli persiapan makanan untuk di bawa ke sana....sebab kat sana susah nak cari makanan halal. Maggi tu bukan untuk akak...sebab akak tak suka maggi.
Incik husband senyummmm jekkk...tengok akak beli semua ni.
Kalau tak jadi alamatnya akak bercuti dirumah jek...dah le susah nak ambik cuti .
Doakan akak ye


keep smiling :D



Wednesday, 19 October 2011

Little White Cafe





Setiap hari Rabu malam...akak dan incik husband akan hantar Adik tuition Bahasa Arab di Bandar Baru Bangi. Kenapa jauh sangat? sebab cikgu dia tinggal kat situ. Tuition mula pukul 8.30pm dan selesai pukul 10.00 pm. Serba salah nak balik ...so kami biasanya makan-makan dulu. Nasib baik le kat Bandar Baru Bangi banyak restoran...boleh le kami berteduh :-))



Minggu lepas...kami dating lepak kat cafe ni...Little White Cafe...berkonsepkan Inggeris. Kami sebenarnya dah makan-makan di Wong solo. Kat sini kami cuma makan yang ringan-ringan saja.


Akak suka cafe ni...sebab makanan dia sedap...bersih...nyaman dan suka decor dia. Owner dia orang kita..
:-))  Letaknya berhampiran dgn restoran Wong Solo .


kitchen .....yg pakai tudung tu owner dia.....akak agakje.

incik husband order mushroom soup yang sungguh special ni...rasanya beza dengan restoran yg pernah akak makan before....sedap!


akak pula order macaroon nih dengan teh ajer....makan ni je sebab dah makan ayam penyek kat wong solo.
Incik husband memang tak leh telan benda2 manis leting macam ni....tapi akak boleh...hihi....incik husband selalu kutuk akak....topical Terengganu katanya....i tak kisah...nak kutuk...kutuk lerrr.

perggghhh....hihi

banyak pilihan....don't worry next time makcik try yerr :))



P/S : pada teman-teman yang bertanya tentang mutu gambar kamera olympus ELP 1....gambar2 kat atas ni akak guna kamera ni :)


keep smiling :D


  

Monday, 17 October 2011

Big Bad Wolf Sale

 
Buku cik kak Nigella Lawson ni berharga semurah RM25 


Pagi-pagi lagi akak dah siapkan sarapan dan kemas rumah.Sebab nak gi pagi-pagi ke Big Bad Wolf sale ni. Akak sampai sekitar jam 9.30 am.
Orang dah ramai, walaupun dewan tu mula buka pukul 10 am.

Pukul 9.30  am orang dah beratur panjang...sebab hari ni hari terakhir.

Ramaikan :-)


Sangat le banyak buku...rasa macam nak beli semua ( tamak menguasai diri...hihi...insaf2)
Mana tak rambang mata ...murahhhh sangat. Discount 75%-95%




Cik Abang Jamie Oliver..RM25




 Semua buku ni cuma RM270++ sahaja.
sebelah kiri buku  ummi....sebelah kanan buku adik.

ni buku ummi :-)


harap novel ni tak boring..beli untuk baca dalam flight 25.10.11 ni InsyaAllah.






setiap buku di cop dengan Big Bad Wolf ni :)
Thanks Zarin & Ila  kerana memberi info tentang sale ni.




keep smiling :D





Saturday, 15 October 2011

Aishiteru





sekadar gambar hiasan...model yang di paksa senyum :D




Suka lagu ni....jangan mare
Aishiteru





keep smiling :D





Friday, 14 October 2011

Bonda Menangis kerana Blog

Sejak ayahanda meninggal...bonda lebih selesa tinggal di kampung walaupun kami cukup risau tentang keselamatan beliau. Suatu hari rumah bonda telah dipecah masuk oleh pencuri jahat...sejak itu bonda trauma dan mau mengikut kami tinggal di KL. Kadang-kadang kesian juga...tentu bonda bosankan. Sebab jauh dari kawan-kawan dan rumah.

bonda


Suatu hari tu akak kasi le bonda tengok blog adik , kakak, anak-anak dan anak buah akak. Bonda baca penuh khusyuk. Tetiba akak tengok bonda menangis....kenapa??? Rupa-rupanya terbaca blog adik nor (adik bongsu akak)...begini tulisan adik nor...


Ayahku 


Selalu aku teringin untuk menulis tentang beliau..
Malah, sudah banyak draft yang aku karang tentang beliau.. Tapi, xpernah di publish... Kerana, draft itu tidak pernah ada penghujungnya.. Bukan kerana aku tidak tahu untuk menutup penghujungnya.. Tapi,kerana aku tidak pernah ada daya untuk menghabiskannya.. Air mata sentiasa tumpah saat aku menulis tentang beliau.. Air mata tidak akan berhenti selagi aku tidak berhenti menaip.. Kesudahannya...aku biarkan saja draft itu berhabuk... Tapi, setelah membaca sebuah blog kekandaku.. Aku teringin membuka kembali draft2 yg sekian lama aku simpan.. Wahhhh..bercucuran lagi air mata jatuh ke pipi.. Tapi, aku nekad..menghabiskan ape yg perlu dihabiskan.. Segala memori dan kenangan aku tentang dia akan aku terbitkan.. Segala draft yg ku karang sejak setahun lalu, akan aku kongsikan.. ayahanda..aku sungguh rindu padamu....huhuhuhuhuhu..






20.08.08 (Wednesday) - 6.05pm 
Hari ni dah hari ke tiga bekerja di Klang.. Wahhhh~~~sungguh buzi suasana di ofis ni.. Sungguh terasa kurangnya ilmu berbanding senior2 yg lain.. Apapun..akan aku cuba untuk menempuhinya.. Hermmm..tetiba terasa rindu pada ayahanda. Ayahanda xsempat tgok aku kerja kan? Sangat2 bersyukur, Bonda masih sempat melihat aku bekerja..heheheh

Ayahanda, adik nor dah pun bekerja..
Ayahanda, 3 hari yg lepas..adik nor dah jd tunangan org..hehehehehehehehe Banyak betul benda berlaku bulan 8 tahun nih..hehehehe Minggu depan,adik nor akan konvo.. Sedihnya rasa ayahanda xdapat tgok adik nor konvo... Sangat2 berharap...ayahanda dapat bersama adik nor.. Meraikan hari-hari yg paling indah dalam hidup adik Nor...


(di petik dari diary tahun 2008...belum berblogging waktu tu..)




12.5.09 ( Tuesday )
Selamat Hari Jadi ayahanda..Al-Fatihah.. Rindu sgt2 kat ayahanda hari ni..terasa sgt2 sayu.. Hari ni hidung sgt saket..resdung.. Rindu bertambah2 dekat ayahanda.. Bila mengimbas memori dgn ayahanda.


Masih teringat lagi dulu, Kalo gatal2 hidung jer..terus duduk kat ayahanda. Ayahanda gosok2 kepala sambil bace2 doa... Rindu...sangat2 rindu..huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu 
(Draft terhenti di situ..xde idea untuk penutup)


pic dari google





19.5.2009 (Tuesday)


Bermacam2 benda yang perlu diselesaikan... Bermacam2 benda yg datang mencabar... Sungguh aku perlukan kekuatan saat ini.. Rasa rindu pada ayahnda x dapat di kawal... Sayu bila memikirkan..ayahanda xdapat mewalikan aku nanti.. Sayu sgt... (Terhenti di situ juga)





16.12.2009 (Today)

Pipi dah dibasahi dgn air mata saat ini.. Rindu dtg bertimpa2.. Sungguh satu persatu kenangan muncul di ingatan.. 5 tahun berlalu... Tapi,sayu itu tetap ade bila mengingati ayahnda.. Ayahanda, tenanglah kau di sana.. Semoga rohmu di cucuri rahmatNya selalu....






Itulah tulisan yang menyebabkan bonda bungkam bersama air mata bercucuran. Akak yakin bonda juga sangat-sangat rindukan ayahanda (begitu juga akak...sangat2 rindu pada ayahanda). Al Fatihah.

P/s : akak tak pernah kasi bonda baca blog akak...hihi


keep smiling :D


Thursday, 13 October 2011

TERbeli kamera baru



Sejak kamera akak masuk wad...rasa sangat le sepi tanpa aktiviti mengambik gambar ni. Bukan pandai pun...cuma sangat suka ambik gambar.

gambar makcik google


Mula le mengintai ngintai kamera di kedai kamera. Pastu menggunakan khidmat pakcik google untuk mendapat info. 


Akak minta incik suami sponsor...anggap sebagai hadiah birthday akak tahun depan(boleh ke camgitu?hihi)

pakcik google punya gambar


Incik husband tak setuju..sebab dia kata sabau je le ...kamera lama kan ada, tak lama lagi keluar wad le tu. 


Pastu dia cakap hadiah birthday tahun depan dia nak kasi benda lain ( Alhamdulillah, ada gak rupanya...hihi)


Fikir punya fikir...akak ambil keputusan untuk beli juga. Sebagai backup (konon2nya). Terpaksa le makcik guna duit makcik sendiri.


Akhirnya akak TERbeli kamera ni . Olympus EPL1...sekarang dah nak keluar EPL3 dah tapi makcik tak kisah...asal boleh guna jek.


P/s : balik ada sedikit rasa menyesal...sebab tak sabar tunggu kamera lama..duit terbang :(


keep smiling :D


Wednesday, 12 October 2011

FM dari Bangkok dan China




 Ada dua FM(fridge magnet) dari Bangkok ni.  Incik husband yang belikan waktu incik husband gi Bangkok hari tu. Kalau tak beli apa-apa pun tak pe...asal belikan FM...hihi

Tapi incik husband telah berbaik hati membeli kan ini juga. Thanks my dear..:))


Ini pula FM dari China pemberiaan Abang Zu (abang akak). 
Abang Zu ada kerja kat sana beberapa hari.
Thanks Abang Zu :))



Gambar Abang Zu kat China :-)


Coklat dan parfum ni ole-ole dari incik hasband juga.


keep smiling :D



Tuesday, 11 October 2011

Nasi Lemak Ikan Tongkol

Malasnya  nak berblogging gara-gara kamera rosak dan sedang di rawat. Gambar di atas di ambil dengan handphone aje. Mood untuk menulis hilang. Sepinya tanpa kamera.


Dah lama tak makan nasi lemak berlaukkan ikan tongkol/ikan aya.Hari minggu lalu sempat masak ni dan kebetulan Abang zu dan Kak Pah datang..sempat le diaorang merasa nasi lemak ni.

Kak Pah bawa bubur kacang durian ni...buat makan petang .



keep smiling :D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...