Friday, 30 December 2011

Orkid Pantai



Orkid ni akak ambil di Pantai Bukit Kluang (Besut Terengganu) Tumbuh di dalam semak sekitar pantai tu..diatas pasir dan daun-daun kering. Sungguh mudah membiak dan sangat banyak anak. Pokok ni takputus-putus berbunga walaupun tuan dia tak taruk baja  ;-))

Orkid ni bersaiz mini saja...tapi sangat cantik kalau berbunga . 
Suatu hari nanti orkid ni pasti pupus kerana semak-semak dah mula di bersihkan untuk mendirikan resort.

Bunga ros ni pun jarang berbunga...kalau berbunga tuan dia memang tak lepas peluang snap gambar...hihi


P/S : hari ni mulai rasa tak sedap badan...tekak mula sakit dan hidung pun dah mula berair2 nih.


keep smiling :D






Tuesday, 27 December 2011

Shepherd's pie, Badminton dan Demam



Shepherd's pie untuk orang demam :-)


Cuti  X-mas kami tak kemana-mana sebab incik husband tak berapa sihat...batuk teruk dan demam.
Jadi aktiviti memasak dan makan-makan menjadi aktiviti utama.
Dan aktiviti incik husband cuma tidur  ajer.


 Dah jatuh chenta dengan resepi ni....selalu buat. Setiap kali buat, misti ada aje bahan yang tak lengkap...tapi hasilnya  tetap sedap dan lazat . Resepi ni dari Kak Anymz & Zarin.  Banyak dah pahala Kak Anymz dan Zarin .
Klik sini untuk resepi.




 dan ini pula aktiviti anak-anak



 adik dan aqi








 Mak anak-anak pun nak main juga walaupun memakai kaftan...hik3
Makcik punya blog ...so sukahati makcik le nak crop gambar ni takat mana punnn...hihi
Gambar pun dikecik kan agar makcik nampak kecik...harap maklum :-)

Pakcik yang memberi sokongan moral walaupun demam.
Asyik jerit2 warning kat anak-anak ...takut pokok rambutan dia patah.




keep smiling :-)


Monday, 26 December 2011

Puding Raja


Puding raja ni pemberian Kak Pah (kakak ipar) . Kak Pah selalu buat kuih ni yang terdiri dari pisang goreng tanpa tepung. Lepas tu letak susu kastad dan di tabur kat atasnya dengan kekacang, kismis, prune, dan sepatutnya ada jala mas juga. Tapi mana mau cari jala mas kan...kalau kat Kelatan & Terengganu nak dapat kan jala mas senang jer lah.Tapi kat sini mana mau cari?

zoom in sikit...


akak suka puding raja ni...lazat :-)

Selain puding raja...akak suka juga makan pisang keju dengan kuah kastad macam gambar kat atas tu.
Gambar gelap...hik3






keep smiling :-)




Friday, 23 December 2011

Happy Birthday Aqi



Sepatutnya entry ni di publish semalam...entah kenapa semalam "M" sangat, bercampur penat untuk scan dan upload gambar lama ni.

Birthday Aqi (anak kedua akak) pada 22.12.1993. Saat omputeh sibuk nak merayakan x-mas. Malam 21.12.93 dah start sakit sikit-sikit...incik suami meredah kesejukan malam, menghantar Abang (anak pertama) yang waktu tu berumur 1 tahun lebih kerumah sahabat kami di sana. ...Sulaiman dan Ana (jasa mu di kenang).

Setelah itu kami ke hospital . Pukul 5 pagi lebih kurang selamat melahirkan Aqi dengan selamat. Di sambut oleh nurse kat atas tu. Waktu tu belum ada blog...so tak catit nama nurse tu, harap maklum..hihi

Abah mengazan kan Aqi di bumi Bradford...tanpa family lain di sisi.

Abang datang melawat adik baru di hospital

cepatnya masa berlalu...dah 18 tahun berlalu...terasa masih muda baru.

abang sentiasa di sisi Aqi






Waktu Aqi lahir salji turun dengan lebatnya....gambar di atas Abah memang nak ambik sebagai bukti pada Aqi  yang salji tengah tebal waktu aqi dilahirkan.


Abang asyik melihat salji turun dari tingkap bilik aje..

Aqi kini dah 18 tahun

tumbuh menjadi anak yang baik, tanpa banyak kerenah...Alhamdulillah.
Tidak pernah menolak jika ummi meminta bantuan.
Selalu tersenyum...sedikit pendiam....tapi suka bercerita dengan ummi berbanding dengan abah(opps sorry abah).

Topik perbualan kami berkisar teman-temannya dan tentang bola...walaupun ummi kurang berminat dengan bola(jujurnya penyataan ummi ini...hihi).Tapi Aqi tetap bercerita seolah2 umminya ini kenal dengan semua pemain yg diceritakannya.

birthday aqi tahun 2009...disambut lambat.

Aqi ada blog bercerita tentang bola.
Dan blog abang pula tentang nasihat dan agama.


kebetulan bulan terang

Semoga Aqi menjadi anak yang solleh ...bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat
we love you 




keep smiling :D

my heroes



Thursday, 22 December 2011

Apam Balik



 Hari minggu akak suka beli apam balik ni untuk makan petang, kalau tak masak apa-apa le. Waktu kecik akak selalu beli apam balik ni kat Kedai Esah ( glamour kan nama kedai tu ). 



Kalau di Terengganu nama dia Apum...hihi...akak tak tipu...memang itu namanya. Kalau di Bandung, nama dia bertukar jadi martabak manis.

Selalu berangan nak buat sendiri...tapi hingga kini belum tercapai....kalau buat sendiri boleh le taruk jagung melimpah ruah dan letak kacang banyak-banyak...sekadar angan2 ..harap maklum :-)



keep smiling :D

adik & abang aqi



Wednesday, 21 December 2011

Bubur Nasi




Balik kerja hari ni bahagianya bila dapat tahu bonda  masak bubur nasi...tak sabar-sabar nak makan. Macam berhari-hari tak makan...tiba-tiba perut jadi tersangat lapar (tamak lah tu...hik3)



Bonda cakap, dia masak apa yang ada dalam fridge ajer...of course tak dek kangkung dalam fridge tu...tuan rumah lama tak main masak-masak. Pastu bonda cari ikan bilis tak jumpa....ok ok .......takpe...takpe...walaupun accessories bubur nasi tak cukup...tapi   dua lauk aje pun dah cukup lazat dah.


dua lauk itu adalah....daging goreng kicap dan ikan masin (jeruk) tenggiri .

akak kami makan bertambah-tambah...satu periuk boleh habis sekelip mata ajer.
Untuk kakak akak (kak ma)..abang2  dan adik2 akak (adik nor dan emi) yang membaca entry ini...maafkan daku...dan tolong jangan jeles yang berlebihan sangat yer...nanti cepat tua...hik3


keep smiling :D

abang fuan



Monday, 19 December 2011

Ombak Rindu...akhirnya.

Akhirnya akak berjaya memaksa memujuk incik husband menonton filem ni. Awalnya incik husband memberi idea supaya akak tunggu di Astro First ajer.Biasa kalau tengok filem Melayu misti balik dengan kecewa tak puashati...sebab tu beliau tak mau tengok cite Melayu.  Akhirnya incik husband setuju...tapi kena teman dia tengok filem "Misi Tak Munasabah" .Ok setuju....apa2 je lah asal nak teman akak tengok ombak rendu.

antara scene akak suka...Haris meminta maaf pada Izzah dan merayu agar tak meninggalkannya.


Alasan kenapa akak nak tengok cite ni sebab kakak akak (kak ma) dan adik akak(adik nor) dah gi tengok dan memberi ulasan pada akak tentang cite ni. Adik Nor menangis dari awal cite lagi...dan Kak Ma pula siap offer tisu kat penonton sebelah dia...hihi.


scene ni pun akak suka juga :)

Sebelum ni tak minat lansung kat Aaron Aziz(AA)...tapi sejak tengok drama Nora  Elena kat youtube(sebab kat TV dah tamat siaran...selalu terlambat....Adik Nor  kata best baru nak tengok) mula minat kat AA ni. 


Mula akak tertanya-tanya....kenapa Adik Nor & kak Ma boleh menangis kat panggung?...sedangkan akak ok ok ajer (cewah)....apa yang sedihnya????

Akak mula berair mata tersentuh saat Izzah (Maya Karin) menangis sambil menekan2 untuk menukar channel radio yang menyiarkan berita  pernikahan haris dengan Mila (Lisa Surihani)...dapat merasakan perasan Izzah saat itu.

dan seterusnya saat melihat kegembiraan Mail dapat berjumpa kembali dengan Izzah dan kekecewaan Mail bila dapat tahu Izzah dah berkahwin....
dan seterusnya .... seterusnya....airmata dan hidung tak berhenti mengalir...tak tau kenapa lah woi.



scene ni pun best gak.......nampak real sangat Haris rindukan Izzah. 

Banyak lagi scene yang best sebenarnya.
Cuma sayang filem ni tak sesuai bawa anak ye...banyak adegan yg tak sesuai. Tak perlu rasanya adegan2 sebegitu...sebaiknya gambarkan dengan cara yang lain aje yer tuan pengarah :-)


Ohh cukup disini ulasan ombak rindu.
Walaupun jalan cerita klise....tapi tetap best...incik suami pun cakap ok :)

Burj Khalifa yang tinggi tu pun boleh panjat...hihi



Ini pula filem misi tak munasabah itu...tak leh nak banyak complain sebab tajuk pun dah Mission Impossible(4)...nasib baik hero hencem. Dari kecik lagi akak dah tengok serial cite ni kat TV...tapi sekarang lagi canggih lah kan.

Sekian Terimakasih


keep smiling :D

Friday, 16 December 2011

Pokok Epal

waktu pertama kali snap gambar buah ni...masih kecik...ada iras2 jambu.


Pokok epal akak incik husband dah berbuah....akak tumpang gumbira. Tak sangka boleh berbuah..hihi
Sebelum ni akak lah orang yang kutuk-kutuk incik husband sebab tanam epal di bumi Malaysia.

Pokok ni selalu keluarkan bunga...tapi tak pernah berbuah.Pernah cerita kat sini.
So menambahkan keyakinan akak pokok ni tak kan berbuah.


buah epal dah agak besar sekarang.

Satu pagi tu...terkejut gonggok akak tengok pokok ni berbuah...
sejak dari hari tu...tiap pagi sebelum gi kerja akak misti jengok pokok ni
Aikk akak pulak yang over...hihi....dan sedikit jakun
Berbuah sebijik ajer pun dah kecoh...maklum le tak pernah tanam epal sebelum ni hik3


keep smiling :D


Thursday, 15 December 2011

Thai Ekspress

Nasi goreng nenas

Acara makan-makan ni dah lama. Keluar anak beranak makan-makan di The Curve. Tak tahu nak makan apa...tengok ramai orang kat restoran ni...so kami pun masuk lah jugak. Akak dan adik makan nasi goreng nenas . Rasanya biasa-biasa jer....tapi tengok adik makan macam best sangat. Semua best bagi adik.

 Aqi makan nasi ayam ni....pun biasa-biasa aja

 Incik suami punya...pun biasa-biasa aja

 kerabu mangga ni sedap....suka.

thai red rubies

Akhir sekali makan  red rubies ni pun biasa-biasa aje :)
santan dia kurang fresh menyebabkan rasanya agak terganggu...sayang sangat.




Aqi dan ummi

Adik dan Abah

topik hari ni ...biasa-biasa aje...hihi

keep smiling :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...