Monday, 9 April 2012

Bingka Berlauk diserbu



 Bingka berlauk ni dah lama nak try buat...akhirnya buat juga.Beli buku dah lama. Resepi ni resepi Chef  Hanieliza

Bahan
1 cawan tepung gandum
3 s/b tepung jagung
3 cawan santan [1 cawan susu cair + 2 cawan air]
1 s/k garam
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 s/b keju cheddar

Cara
1. Kacau semua bahan kecuali keju dan tapiskan kedalam loyang 8x 8 inci yg telah disapukan majerin.
2. Masukkan dlam oven yg telah dipanaskan 180’C selama 20 minit.
3. Keluarkan dan taburkan inti yg telah disediakan dan baker lagi selama 30 minit atau sehingga nampak masak.
4. Sejukkan dan taburkan daun bawang dan daun sup dan cili merah yg dicincangkan.
5. Potong dan hidangkan.

Bahan Inti dan hiasan
200 gm daging kisar/cincang
2 biji kentang [potong dadu kecil]
1 labu bawang besar [potong dadu/blend]
1 batang kecil carrot [potong dadu]
1 s/b rempah kari
2 biji cili merah [cincang]
Daun sup dan daun bawang [hiris halus]
1 s/b minyak
Garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan daging kisar dan kacau rata.
3. Masukkan rempak kari dan kacau lagi.
4. Masukkan kentang dan carrot juga garam.
5. Masakkan sehingga kering dan kentang dan carrot lembut.
6. Angkat dan taburkan atas adunan yg telah separuh dibakar.
7. Bakar lagi 20-25 minit.
8. Sejukkan dan potong.
9. Susunkan kueh dalam pinggan dan taburkan hirisan daun bawang & sup , cili merah dan bawang goring.


 Petang tu kebetulan...bonda, adik-adik, abang dan kakak datang bertandang...dapat le merasa sikit sorang bingka berlauk ni.

kebetulan time ni hujan turun agak lebat...so anak-anak semua main kat dalam ajer.


 Kakak Auni & Humyra


Pagi aktiviti aerobik berjalan seperti biasa dan setelah itu breakfast di Ampang. Sempat menziarahi kakak di Keramat dan singgah sebentar di rumah adik (Emi dan Asha).





keep smiling :D
makan jeruk kelubi ni di rumah kak ma...
dah lama tak makan :-)




67 comments:

  1. X dpt nk try la resepi ni sbb inti dia kena guna serbuk kari! Serbuk kari kt sini x sama dgn serbuk kari kita. Wah...seronoknya kumpul ramai2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu x bawa serbuk kari dari Msia ye.

      Delete
  2. salam kasih...habis dah bingka berlauk ye..
    acik pun dal lama tk makan jeruk kelubi..dulu pantang jumpa mesti beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak
      dah habis dah kak...hihi

      Delete
  3. Bingka itu mengujakan, tapi jeruk itu membuatkan gigi kakcik ngilu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pulak, kalau tgok asam...automtic air liur mengalir laju :)

      Delete
  4. sedapnyerrrr...

    huhu..tgk jeruk kelubi tu..wahh.. terliur lak..dulu suka beli aiskrim jruk kelubi..tp skarang mmg dh xjumpa..xtau ada x lg org jual aiskrim jeruk kelubi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu kecik2 akak pun selalu mkn aiskrim klubi ni...memang sedap...masam2 manis:)

      Delete
  5. salma k.kasih.Mmg kaki kanan dtg umah k,kasih ni..dapat mkn bingka berlauk yg sedap tu.
    Atie nak serbu gak tp jauhhhhhhh:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam atie
      hihi...kalau nak serbu, kena kasi tau dulu atie
      kalau kebetulan akak x masak, x de apa nak hidang nanti...:)

      Delete
  6. pos mai cini cikit, sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah sampai penang
      akak yakin ..ada perisa tambahan...hihi

      Delete
  7. salam k.kasih...
    tengok gambar ramai orang dtng..macam raya lah pulak..
    selalu jugak beli bingka ni..tpi nk buat belum sampai seru lagi kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu kumpul2 mcm ni ucu
      rumah kami mmmg dekat2 je

      Delete
  8. mintak suap boleh? hihihii

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Kasih,
    banyak bubuh lauk atas bingka tu, sedapnya! Asam kelubi... lama tak makan, sebab dah lama tak jumpa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam amie
      sekarang ni dah jarang jumpa kan

      Delete
  10. jeruk kelubi.ermm sedapnya.kena blk ganu ni.sini susoh nok dpt stock

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Ganu / kelate baru banyok dok?
      sini susah nak jumpa

      Delete
  11. Okeh okeh potong bingka berlauk tu simpan bawah tudung saji tunggu saya mai makan naa..

    Kihkihkih..konpem la dah habeh by now kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak buka tudung saji...tengok dah x de le dinas ...hihi

      Delete
  12. SEDAPNYA..KALAU TIME PANAS2 MAKAN NI,MAUNYA SAMPAI 10 HIRIS BUI MAKAN..HEHEHE

    ReplyDelete
  13. Salam Yong,

    Ahhh resepi yg best, nanti nak try buat!
    Ehhh nanti pilih yaa calon taruna Turki!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak
      nanti try ye
      orait kak...hihi

      Delete
  14. sedapnyer jeruk kelubi tu kak kasih. Alin mmg antu asam...hehehee

    ReplyDelete
  15. kuih bingka berlauk ni seakan2 talam keladi berlaukkan? Saya suka kueh jenis berlauk ni... makan dgn sos cili yg dimasak sendiri.. fuh tak boleh tahan tgk jeruk kelubi tu... terlioq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang sama...tp talam keladi berlauk lagi sedapkan :)

      Delete
  16. Salam KR...sdap nampaknya bingka berlauk tue..fav asz..dapat pulak kalau bhagiannyayg byk lauk...fuhh..heehe

    ReplyDelete
  17. Keramat kat mana?
    Hehehehehe i miss keramat & kawasan seangkatan dengannya :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keramat Permai :)
      pernah tinggal di keramat ke dekdaa?

      Delete
  18. sedapnya tgk bingka berlauk ni..saya pun dah lama nk buat bingka berlauk ni tapi tak buat-buat juga resepi dok terperam gitu jer..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan panas2 di udara sejuk finland tentulah tambah sedapkan nieza :)

      Delete
  19. oo simple je nak buat nyer ye.. aih boleh masuk list ni. nak buat jugak.. kalau saya dekat ni nak serbu jugak ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izah di Ampangkan kalau x salah...x de le jauh sangat :)

      Delete
  20. rajin akak berkumpul anak beranak..kami ni jarang2 jumpa tapi kalau sekali jumpa memang meriah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami tinggal berdekatan je zaila :)

      Delete
  21. salam kasih
    wahhh sedap2 semuanya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam
      bingka tu terlebih garam sikit..
      lain kali kena berhati2 time letak garam hihi

      Delete
  22. tak berapa gemar bingka berlauk..kuih cara berlauk tu pun i tak bape gemar.. tapi jeruk kelubi tu i sukeeeee....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeruk kelubi tu susah nak jumpa sekarang ni :)

      Delete
  23. bingka berlauk..!!!! sedap tu.. lama tak rasa masakan chef hanieliza ni.. asyik travel je dgn demo masakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jumpa chef hanieliza...kirim salam ye :)

      Delete
  24. dedua pun dah lama tak makan... dapnyerrr wuwuwu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu pregnant biasanya suka makan asam2 kan :)

      Delete
  25. jeruk kelubi tue sedap tapi ayu x leh makan byk sgt sat gi sure pedih ulu hati, tataw pasal apa ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab asam sgt kut..
      kalau ada gastrik mmg x sesuai mkn masam2 ni

      Delete
  26. Jeruk tu makan macam tu je ke kak? atau mkn dgn nasi? x pernah mkn. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan mcm tu je
      lebih kurang macam salak jeruk :)

      Delete
  27. sedapnyeeeeeeee bingka berlauk tuu
    dah lama x makan ..
    saya selalu buat cara berlauk je ..
    nanti cuti nak buat lah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebik kurang je rasanya dgn cara berlauk :)

      Delete
  28. wah mesti sedap kan bingka berlauk tuh...tak pernah mkn lg raso nyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa dia lebih kurang cara berlauk :)

      Delete
  29. Kuih ni macam kuih cara berlauk ke kak kasih? Tapi nampaknya lebih mudah sebab tak perlu pakai bekas khas utk bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa lebih kurang aje dgn kuih cara berlauk
      kalau cara kena guna acuan :)

      Delete
  30. akak, bila nak ajak saya mkn kat umah akak ni? teringinnya nak rasa air tgn akak...

    ReplyDelete
  31. seganlah kt org terror msk nehhh...kekdahnya mcm kuih cara ye, kak. oklah bulan pose nk cuba buat

    ReplyDelete
  32. Mana ada terror..bagu belajar buat ni SSL

    ReplyDelete
  33. teringat ati pada makngah ati
    yg di singapore..dia mmg handal
    buat bingka berlauk mmg terkenal
    di geylang tapi lama tak jumpa
    nak juga minta resepi kalau dapat :)

    ReplyDelete
  34. Awww! tak leh tahan la tengok bingka ni...terliurr la kak!!

    ReplyDelete
  35. Mcm simple je, boleh buat nampaknya ni..;)

    eh, jeruk tu, lama da x makan kak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...