Friday, 6 July 2012

Sira Labu Vs Super Ring


Sira labu ni akak buat untuk akak makan sorang saja...hik2
Nasib baik Adik Nor datang so ada le geng yang makan sira labu ni.
Semua tak suka sebab manis leting katanya.
Tokmi tak makan sebab alasan takut sakit urat...padahal tokmi takut  sugar level    meningkat....tokmi kan selalu tak ngaku dia ada diabetes...sssshhh.

Kat atas sira labu tu akak tabur kacang pistachio sebagai hiasan....konon2 nak Turki kan pulak sira labu akak ni...hiiiii(tetiba ingat Yong Halima) minum dengan jus epal dalam kotak tu.



Resepi Sira Labu
Labu di potong....rendam dalam air kapur lebih kurang 1jam atau 2 jam.
Susun daun pandan di dalam periuk.
Masuk labu, gula(banyak) dan sedikit air  .
Masak dengan api perlahan...masak lama agar gula menyerap ke labu.


 Suka nya makan super ring ni...kalah kanak-kanak ceria.
Walaupun cuba control...almaklum le kalau melihat warnanya...sungguh menakutkan.


baca paper tak habis lagi...
tapi super ring dah habis dah...the end.




keep smiling :D
hari tu makan pulut kuning + rendang 
yg sungguh lazat ni di rumah Kak Ma.
Majlis Doa Selamat untuk Azalia :-)






52 comments:

  1. Dah lama tak dengar pasal sira. Masa saya praktikum di Ganu 18 tahun nan lalu, pada 1 wiken, tinggal la saya dengan sorang kerani sekolah ni, nama dia Ida. Yg lain dah balik kampung masing2. Kebetulan ada 2 bijik pisang (tak ingat dah pisang apa). Nak goreng, sikit sangat jadi Ida buat sira pisang. Ohh sedap. Tapi itu la kali pertama & terakhir saya makan sira.

    Saya pun sampai sekarang kekadang (beberapa bulan sekali) makan Super Ring walaupun sama jugak saya takut tengok kalernya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain labu...pisang pun boleh sira juga :-)
      Kat rumah ni akak sorang je makan...semua tak suka manis.

      Delete
  2. ...mengancam sungguh pulut kuning dan rendang daging...mulalah teringin

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap makan dgn rendang...boleh bertambah makan :-)

      Delete
  3. salam kak..
    *miss u*
    selera kita sejibik, suke sira labu n suke super ring jugak! sira labu ni lady suke masukkan dalam bubur kacang hehe.. sedap sangat..
    hugs n kisses from aman.. :-*

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Ladyyyyy
      *miss u too*
      Oh ye ke...nanti akak nak cuba masuk kan dlm bubur kacang :-)
      hugs & kisses untuk aman juga.

      Delete
  4. Salam Yong,
    ohhh pepagi dah pekena sira-mira bagai. Akak suka gak menu dr labu ni terutama gulai labu macam entry sebelumnya. Ehh pasal manis melentin tu, buleh jer kan dikurangkan gula tu? Sian Tokmi nak makan sira! Mana dtng sira labu diTurkikan nih! Tapi macam kena jer bila ditabur pistachio/pine nuts tu. Bijak2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak yong.
      kalau kurang gula x jadi pulak kak.
      Saya ada tngok dlm majalah resepi org turki...labu manis leting ni jugak kak...tak ingat apa namanya...kat atasnya diaorg tabur kacang pistachio...yg pasti nama dia bukan sira labu...hihi.

      Delete
  5. assalam kasih..manis2 pun sedap tu kan..
    pulut kuning pun sedap..mau buat hari minggu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam
      sedap kalau mkn dgn rendang nogori kan kak :)

      Delete
  6. kak kasih hanya berpeluang makan sira labu bila blk ke kg en hubby,,, belah2 sini x wat sira labu ni! x gemar mungkin.. but kat sana selalu dpt terutama bila ada kenduri kendara hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2...kat sana kalau ada kenduri biasanya ada sira labu ni kan :)

      Delete
  7. sedapnya sira labu kak..
    1st saya makan masa balik kelantan bulan lepas..sedapnyooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kelate mmg banyak...esp. kalau ada kenduri :-)

      Delete
  8. Salam kak. Mak sedara saya di Kelantan paling terror masak Sira labu. Saya pandai makan je. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ella
      hihi dulu2 akak pun pandai makan juga
      tp sekarang kalau teringin nak makan
      terpaksa le buat sendiri :)

      Delete
  9. salam akak..
    cantik sira labu tu..
    secantik bandar ketenangan ..kota biru...
    gaya mcm ada ke melancung kesana jer....hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ucu
      hihi...ucu ni mcm faham2 je...
      InsyaAllah kalau ada rezeki.

      Delete
  10. oh, sugar rush! tak pe lah, saya makan kacang tabur tu je, hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...nanti akak sediakan semangkuk pistachio buat S vs S

      Delete
  11. Kasihredha..akak slalu marahkan anak makan super ring tu sebab takut tengok warna oren tu melekat kat tangan...rupanya ada juga orang dewasa yang minat..ni pun nak kna marah jugak niii!!!

    ReplyDelete
  12. akak suka makan sira labu..pernah makan dulu..sorang jiran buatkan..mmg sodap kan kak?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak sorang je suka kat rumah ni...buat sikit je :)

      Delete
  13. Resepi sira labu menakutkan sebab ada letak gula dlm kurungan "banyak".

    Saya pun suka super ring :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang x sesuai unk wanita mgandung...hihi
      takut kena diabetes pulak nanti.

      Delete
  14. Terima kasih Kasih... info yang diberi, tentang labu yang direndam dalam air kapur tu, he he he hh baru pertama kali kak Amie tahu. Lain kali kalau nak buat sira labu boleh rendam dulu labu dengan air kapur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tujuannya supaya tak hancur amie :)

      Delete
  15. ada lg superring ni eh. zaman sek suka gak mkn ni. harga masih 20sen ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah naik harga dah sekarang As...
      ada beberapa saiz.

      Delete
  16. x penah makan labu siraa tu kak...

    ReplyDelete
  17. suka makan sira labu....

    tapi sedih... bila buat tidak menjadi seperti akak buat...

    uhuk uhuk

    Tidak tahu dimana silapnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rendam dalam air kapur tak?
      Kat UK ada jual kapur tu...akak pernah beli di kedai India/Pakistan waktu di Bradford dulu.
      Kena slow cook...sampai gula tu menyerap dlm labu tu.

      Delete
  18. sira labu meme sedak tapi manih letting..saya xleh make banyok gonni sebab gastrik mesti sakit perut.
    kalu kat bekwoh ado sokmo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. behhnya kalau bekwoh deknu sokmo ado sigho labu ni.
      Kalu oghe tuo2 buak lagi behhh

      Delete
  19. salam kak kasih.Ziarah kengkawan slps laptop dah 'sihat'.Alhamdulilah.
    Atie pon ada gak beli sebiji labu..ingat nk buat lepat.Tgk la camna..jadi ke tak?hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat lepat pun sedap juga atie :-)

      Delete
  20. salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
    Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
    ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

    ReplyDelete
  21. Rindu dgn super ring! Best!

    ReplyDelete
  22. kak! kedua2nya feveret kite! sira labu n super ring. ada masanya memang rasa nak kunyah2 super ring tu. sedap sgt.

    ReplyDelete
  23. pulut kuning + rendang tuh bikin papa mifz terliur la...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik nogori nanti boleh makan kan :)

      Delete
  24. Salam kasih,

    saya pun suka sira labu,kalau buat pun makan seorg aje,sebab yg lain tak berapa suka,tapi sekrg ni kena kurangkan mknan manis,paras gula tahap border.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam
      tak leh selalu2 makan...mmg tak elok unk sugar level.

      Delete
  25. sumer sumer tu sesangat sedap & saya suka... jadi neighbor saya la kak kasih..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pernah berangan nak ada rumah di tepi pantai Kemasik..
      tp cumalah angan2 mat jenin...hihi

      Delete
  26. Pulut kuning tu ambe kurang berehi...rendang tu boleh la makan tapi belum sampai tahap berehi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke...akak pulok berehi dua2 :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...