Thursday, 23 August 2012

Balik Kampung 2012


 Kami balik kampung pada hari Khamis (16.8.2012) petang...jalan jam di sekitar Pandan Indah hinggalah ke tol  UIA...seterusnya lancar Alhamdulillah. Sebelum berangkat kami hantar PuTeh si meow2 di "hotel" dulu. Kesian PuTeH....dia tak nak keluar dari  carrier dia tu...seolah-olah tau yg dia bakal di tinggalkan. Kesian PuteH.

Merenung abang angkat sebelum berpisah buat sementara..dalam hati PuTeH berkata
"Jangan tinggal daku"

Karak Highway
 Perjalanan agak selesa sebab cuaca mendung, baru lepas hujan...berkabus .
Syok je tidur 3 jejaka kat belakang tu.

 Sedang elok sampai di R&R Gambang...azan maghrib berkumandang...dan berbuka le kami anak beranak di R&R tu. Setelah Solat Maghrib meneruskan semula perjalanan. Kami tiba di rumah tokmi pukul 3 pagi.

Pagi esoknya aktiviti mengemas rumah Tokmi berjalan lancar.
Sejak duduk di KL...tokmi cuma balik sesekali je kat rumah ni.So kena le sapu-sapu sikit.

 Basuh bunga plastik Tokmi...kasi berkilat seperti baru semula..toinggg!!

 Lepas tu mengintai pokok bunga Tokmi...untuk buat hiasan.

 Pokok ni pun bakal kena potong gak ni

 bila dah potong...letak dalam teko (konon2 vas lah)
cantik le sikitkan....biar berseri2 nak sambut raya.

Bunga hidup jugak ni....potong2....plukkk..plukk masuk dalam vas berisi air.


tak tau nama bunga ni...tapi bunga ni cantik je berbunga kat verandah rumah Tokmi.

 Abang dan Aqi sedang lap almari tokmi.

bila dah bersih dan kemas
...boleh le nak berguling2 tengok TV pun.

 Kami sempat berbuka puasa 2 kali di kampung. 
Kuih muih beli je di Pasar Ramadan
Kat sini....kebanyakan kuih muih dah pun di bungkus siap2 mcm ni haa
tinggal pilih je yg mana berkenan.

Banyak makanan yang dah lama tak makan

 Beli banyak sikit sebab Abang Zu dan keluarga baru sampai.
Alhamdulillah semua habis.

 Cuma pindang tapai (tapai ubi) ni je yang sempat akak masak hari tu.
Pindang tapai ni...macam pengat...masuk santan, gula, tapai dan daun pandan.
Last masuk telur (yg dah dipukul).

 Pagi berikutnya...pagi2 lagi dah keluar beli daging dan ayam.

 Daging tu buat masak rendang.
Masak dalam periuk tembaga tokmi.....guna sepenuhnya kitchen utensils yang ada di rumah tokmi ni :)
Kebaikkan periuk tembaga ni...rendang tak mudah hangus dan cepat je masak.


 Tugas memasukkan biskut raya ke dalam balang di lakukan dengan jayanya oleh anak2 dara Abang Zu.
Mah dan Mila.
Nasib baik le ada anak dara ni...yang menolong basuh pinggan mangkuk dan menyapu.

Mila tengah menyapu(kena edit sebab tak pakai tudung)...banyak gambar diaorang sebenarnya...tapi banyak yang tak pakai tudung...so tak leh le nak upload.
Mokcik malas nak edit :)

Mila, Kamelah dan Mah tengah lap pinggan mangkuk di malam raya.

 Ini pula rupa paras kuih nekbat.
Macam baulu tapi rasanya tak sama.
Buat berbuka puasa hari kedua di kampung.

 
 Kolam ikan arwah ayahanda...ikan -ikan masih ada...dah besar-besar dah ikan-ikan tu.
Sure ikan-ikan ni rindu kat arwah ayahanda yang tiap masa memberi mereka makan.

 Ini pula acara membakar satay di belakang rumah...seperti tahun-tahun sebelumnya juga.



keep smiling :D
 No matter how careful you are, there's going to be the sense you missed something, the collapsed feeling under your skin that you didn't experience it all. There's that fallen heart feeling that you rushed right through the moments where you should've been paying attention.

Well, get used to that feeling. That's how your whole life will feel some day.

This is all practice :)



42 comments:

  1. Salam kak KR, akak dah balik rumah sendiri ka, miss youuuu!

    Suka tengok anak2 teruna akak tolong kemas rumah Tokmi. Juga anak2 sedara akak yg rajin2 tu. I like.

    Kata2 di 2 perenggan akhir tu..hmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah balik dari Terengganu
      tp sambung beraya belah suami di n9 dan melaka pulak.
      miss you too

      Kalau dia orang x tolong ..mau patah pinggang mak dia..hihi

      Delete
  2. Meriah suasana raya di kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik pun setahun sekali kakcik :D

      Delete
  3. mood raya..seronok dapat balik ke kampung..

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya kak! Seronoknya balik kampung! Eh kampung kat mana ni kak? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kampung akak kat Besut Terengganu :D

      Delete
  5. Wah, samalah 'lauk' kita di malam raya, sate, hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau beraya di terengganu..memang every year le acara bakar satay :)
      Anak2 seronok le jadi tukang bakar.

      Delete
  6. assalam kasih..balik dan beraya dikampung memang seronok.acik dah tak de peluang nak bermalam dikampung..cuma balik pada pagi raya je

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak
      akak balik kg tak tahun ni?

      Delete
  7. Untunglaaaaaaaaaaa beraya di kampong. Ceh xpuas ati haha

    ReplyDelete
  8. meriahnya!
    Selamat Hari Raya :)

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya kak....meriah sgt raya di kg kan....hello puteh.....besar dh dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya juga
      Puteh dah besar dah...kuat makan

      Delete
  10. Replies
    1. Selamat hari raya FM
      maaf zahir batin

      Delete
  11. Seronoknya beraya di kampung ye Kasih....

    ReplyDelete
  12. Selamat hari raya kak kasih sekeluarga. Rumah tok mi tu taklah semak sangat walau xde orgduduk ye kak. Rumah mak saya semak betul sebab xde org duduk. Terpaksa saya upah org bersihkan setiap 2 minggu sekali. Atas dasar percaya je, tinggalkan kunci rumah dan duit upah bank in je tiap tiap bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Ita
      Rumah tokmi pun ada org tengok2 kan juga.

      Delete
  13. sedapnya pulut bakar,sedapnya pindang tapai,sedapnya nekbat,sedapnya...sedapnya..sedapnya....

    ReplyDelete
  14. eh eh putih dah besar la comelnyaaa... pengsan tengok mkanan, terguudaaaa patik melehatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat je puteh besarkan
      waktu mula2 bela dulu kecik je dia

      Delete
  15. Replies
    1. selamat hari raya WC
      mohon maaf zahir batin
      waktu balik kg hari tu...selalu ingat wc :D

      Delete
  16. selamat hariraya ...maaf zahir batin...tq dtg ziarah...semalam saya dah dtg tgk entri ni...how I wish ada rumah mcm rumah Tok Mi...tempat anak cucu..sedara mara berkumpul dan beraya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya
      maaf zahir batin
      thanks singgah di sini jengok akak :)

      Delete
  17. rajin anak teruna buat kerja mengelap.Bukan senang nak suruh budak2 buat kerja mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diaorang dah terbiasa
      sebab x de anak perempuan

      Delete
  18. sebelum ni datang je tak sempat nak komen :)

    bestnya kak anak2 dah besar dapat la bergambar sakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu sama je le waktu mereka kecik
      lari sana lari sini

      Delete
  19. seronoknya suasana hari raya di kampung............ gambar no 5 tu penuh dengan simbolik tersendiri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahun sekali balik kg...
      rindu kat kg halaman

      Delete
  20. musti seronok blk raya kan kak..
    seronok tengok sume org tgh mengemas rumah..

    psstt kak kuih akok takdok ka???

    ReplyDelete
    Replies
    1. akok ada yanti..
      memang ramai org jual akok :D

      Delete
  21. Salam Ukhuwwah
    Salam Aidilfitri
    Cantik dan ceria gambar2 kenangan raya akak. Bestnya anak2 teruna dah besar2. Dah boleh goyang kaki dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum boleh goyang kaki sepenuhnya
      mak dia pun kena join sama juga :)
      Thanks singgah di sini.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...