Tuesday, 4 September 2012

Cuti Raya dan Perjalanan Terakhir Ayah Chik


Balik dari kampung hari tu...kami gotong royong membersihkan kawasan rumah. Sejak bulan puasa langsung tak bersih laman...cuma siram bunga je.

Mokcik dah bawa cutter...siap sedia le wahai dahan-dahan pokok :D

 Sampai luar kawasan rumah pun kami sapu...dah ambik alih majlis bandaran pulak.
Suasana ketika ni memang sunyi sepi. Jiran-jiran masih ramai yang tak balik lagi.
Cuma jiran belakang rumah je ada sebab dia tak balik raya....Depavalli nanti baru dia balik kampung ...hiii

 Abang bertugas buang sampah...sebab dia memang hobby tolak wheelbarrow  tu agaknya.

 semangat

Aqi sapu...ummi kasi semangat...gituu

Lepas tu kami breakfast bihun goreng kosong ni.
Kosong sebab tak de sayur sedikit pun.
Masak apa yang ada dalam fridge ye....belum sempat gi shopping time ni.Nasib baik ada udang ,nasib baik ada cili jeruk dan nasib baik ada keropok(saja nak panjangkan ayat..hiii)

Cili jeruk tu buat sendiri....dari pokok ni haa
Buah dia kecik-kecik je.
Dah banyak kali petik.

Balik dari kampung...tengok daun pokok cili tu di serang fungus.
Macam ni rupa paras fungus tu....eiiii gelinya mokcik tengok.

yang ni lagi dahsyat..siap ada rambu ramba lagi.
Akak gunting je daun yang kena fungus ni....tak mau le guna racun kalau boleh.

Sekali petik dapat le banyak ni.
Oklah kan.

Nasib baik ikan guppy pun sihat walafiat...walaupun hampir seminggu tak kasi makan.
Susah betul nak capture ikan ni.
Syok sebab banyak sangat anak dia.
Pagi-pagi sebelum gi kerja sempat terapi minda kat tepi pasu ikan ni.


Pasu  guppies....ada daun kesum dan pegaga jepun.

Nasib baik tak de pokok yang mati...walaupun cuaca agak panas.


Lepas tu berjaya masak kari daging resepi Kak Pah (SIL)
Best gila...waktu raya hari tu sempat berguru dengan Kak pah di dapur Tokmi kat kampung.
Alhamdulillah jadi.
Kari ni kena masak lama2 supaya dagingnya betul2 lembut dan turun air daging dan tulang tu.
Memang best makan dengan roti dan nasi.


Pulut sambal ikan bilis ni untuk breakfast hari berikutnya.



 
Roti canai pertama selepas puasa :D


Sempat menghadiri kenduri kawin anak seorang kenalan di Bandar Baru Bangi.



Doorgift

Aqi pun dah start belajar balik...setelah cuti panjanggggg hari tu.
1 September 2012 Aqi daftar untuk semester baru di USIM.
Waktu tidur dah habis anak ku....time for study pulokk yerr.


Pada 30 hb. Ogos sekali lagi akak kehilangan orang yang terdekat...pakcik akak (ayah chik) Beberapa minggu sebelumnya biras akak pun meninggal gara-gara cancer. 
Ayah Chik begitu tabah menghadapi cancer yg dihidapinya.

 Perjalanan terakhir Ayah Chik yang kami kasihi.

Ayahchik di sembahyangkan di Masjid Al Syakirin Gombak selapas solat Jumaat yang kebetulan juga cuti Hari Kemerdekaan.


gambar ini di ambil sekadar untuk kenangan terakhir...bukan untuk menguris hati mana-mana pihak.
Sekadar untuk simpanan kali terakhir bersama pakcik yang kami cintai.


Ayah chik adalah seorang yang tegas, displain,pemurah, hard working dan caring .
Sewaktu akak belajar di Shah Alam ayahchik lah yang selalu menjemput akak di station bas setiba akak dari Besut....kadang-kadang tu seawal pukul 5pagi. Ayah Chik dah tercegat menunggu.
Jasa arwah amat besar bukan saja untuk akak saja...malah untuk seluruh keluarga dan juga negara .
Tak mungkin dapat di ceritakan satu persatu jasa beliau dan kenangan2 bersama arwah. 
Semoga Ayah Chik di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...amin.





Nasihat untuk anak-anak ummi :
*Jangan terlalu mencurah segala rasa amarah di FB atau twitter
sebab ia akan mencerminkan kepribadiaan kita yang sebenarnya(Allah lah  tempat kita mengadu).
* Jangan menghamburkan kata-kata kasar...*seperti idiot...kurang akal dan sewaktu dengannya...takut kata-kata tersebut terbalik pada diri sendiri.
* Segala kata-kata kita mencerminkan akhlak kita....hati2 wahai anakku
* Ummi tau anak-anak ummi tidak seperti diatas...ummi cuma berpesan...pesan untuk diri ummi sendiri juga.














74 comments:

  1. terima kasih utk ingatan yg terakhir tu.. inyaAllah kami pun akan menjaga diri spya tak bertindak begitu.. cantik2 gmbar kat atas tu.. kpd yg telah pergi, semoga mereka aman & tenang di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin
      ingatan unk diri sendiri sebenarnya ni...hihi

      Delete
  2. INNALILLAH...semoga arwah dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  3. Sejauh mana pun kita melangkah, perjalanan kita tetap ada perhentiannya.

    Semoga roh ayah Chik tenant di sana. Al Fatihah.

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya KR, eh ada ke raya lagi?? Hari tu kakpb balik Bandar Baru Bangi juga, sempat la lepak Alamanda kjp dan jusco.
    Cili padi KR tu mesti pedas gila, kakpb suka yg panjang2, tak pedas sgt.
    Rumah kecil mcm kakpb ni pun dah letih mengurusnya, apa lagi rumah besar KR, nasib ada bujang2 tu.
    Betul...ramai org curah rasa di fb, kalau ditegur dia kata itu hak dia. Apa yg penting hal2 peribadi tak perlu kita kongsi dgn org luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamattt harrrriiii rayyyyyaaa :)
      cili tu mmg pedas...tp bila dah buat jeruk
      dah kurang sikit kepedasannya

      Delete
  5. Okkk akan control perasaan di twitter mulai skang haha

    ReplyDelete
  6. alfatihah, moga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.. betul tu kak kasih sentiasa berpesan pada anak2 perkara2 yg baik sebab anak2 muda ni kkdg lupa & alpa kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin
      anak2 selalu kena bimbing sb kadang2 terlalai
      kadang2 kita yg dah tua ni pun selalu juga tersasar...nauzubillah

      Delete
  7. Alfatihah untuk arwah.semoga di tempatkan di kalangan org2 yg beriman.
    syok anak2 lelaki rajin kan.boleh tolong2 kemas taman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...thanks izi
      nanti kalau mickey besar boleh join this group :)

      Delete
  8. Rajinnya akak dengan anak-anak. Suka tengok. Kak, pokok cili akak cutelah. kecil molek je.

    Salam takziah kak! semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orng beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cili tu dah byk kali dpt petik hasil...tp skrg kena serangan fungus pulak.

      amin...thanks aida

      Delete
  9. takziah untuk keluar ayah chik...

    kak, pulut&sambal ikan bilis tu betul-betul kena dengan selera saya.sedapnyaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks aida
      anak2 akak pun mmg suka pulut ni :)

      Delete
  10. cantik sgt lama rumah tu..mmg nmpk tenang & mendamaikan..lya pon ade bela ikan guppy.. dh beranak pinak pon.tp cerewt sikit jaga dia kan...

    al-fatihah buat arwah..moga rohnyer dicucuri rahmat ..amin


    akak..lya suka sgt nasihat last tu..lya jdkan pedoman buat diri lya jugak.. tq for sharing kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...thanks doanya lya
      bestkan tengokn ikan tu beranak pinak...banyak sangat

      Delete
  11. selamat hariraya maaf zahir batin kasih...

    seronok tengok anak baranak gotong royong n pas tu ummi masak sedap2...

    Alfatihah untuk arwah ayah chik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf zahir batin juga kakkk
      thanks kak

      Delete
  12. Assalam kasih..AlFatihah buat yang telah pergi dan salam takziah buat kasih dan keluarga arwah.
    acik suka pesanan kasih tu dan dah pun terjadi baru2 ni..sungguh mengguris perasaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak
      thanks kak
      biar le kita mjaga kata2
      agar hati org x terguris...kan kak

      Delete
  13. Al fatihah buat arwah pakcik akak...

    setuju dgn peringatan akak kt anak2 akak tu...utk peringatan kita semua juga. Lebih baik mengadu pd Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih PD

      Allah lah tempat kita mgadu danmeminta tolong.

      Delete
  14. assalamualaikum kak kasihhhhh syggggg.....
    Masih dlm mode raya maka mas ucpkn slmt hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin hihiihihi....

    Salam takziah buat akk ats kehilangan ayh chik tsyg, semoga roh nye dicucuri rhmat....insyaAllah....

    Akk....walauoun akk tdk pnh menunjukkn keseluruhan rumah tp kita dpt bygkn betapa bahaaaagianya akk dgn keindahan laman hehehe... Seronok tgk kemesraan ank beranak....sgt happy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari rayaaaaaa massss

      amin...thanks mas
      Ala..dlm gambar je nampak cantik
      kalau nak tau...keadaan sebenarnya...huhu..bersepah je mas.

      Delete
  15. Al-Fatihah utk arwah ayah chik akak..moga roh belaiu damai di sana..kehilangan org terapat mmg berbekas di hati..hanya doa mampu kita titipkan utk mereka..

    kak..i like la tgk cili api yg montel2 mulat2 tu..geram jek tgk..sedap buat tomyam ni..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...thanks GJ
      kalau buat tomyam tahap kepedasannya cukup kaw kaw punya kan :)

      Delete
  16. Al-fatihah buat allahyarham ayah chik....
    seronoknya gotong royong sebab akhirnya semua bersih, kami je belum gotong-royong ni Kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Amie
      kalau dah kerja dah susah nak gotong royong amie

      Delete
  17. Lepas geram kat pokok2 ye kak. Sure rindu nak berkebun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan puasa cuti sebulan berkebun hami...hihi

      Delete
  18. Al-Fatihah buat keluarga ayah chik...

    ringan tulang betul anak2 akak ye.. anak2 saya pun nak kena ajar dari sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks syiela
      adik kembar nanti boleh join abg2 ni nanti :)

      Delete
  19. lepas raya semua cari roti canai utk breakfast kan... kami pon..

    innalillahi wainna ialihi roojiun.. moga roh mereka dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...thanks mulan.
      macam mengidam nak makan roti canai
      selepas puasa

      Delete
  20. Al-Fatihah buat yang telah pergi, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman, amin.

    Suka tengok anak2 akak tolong bersihkan sekitar rumah, rajin betoi depa menolong :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...thnaks dik dinas.

      ala diaorng ni ada mood juga dinas...hahaha

      Delete
  21. Assalamualaikum kak...comeynya lado burung tu..memang geli bila tengok pokok ada fungus tu..ksku tak rawat pokok akan mati. Salam takziah atas pemergian ayahchik...alfatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam
      sedap wak make dgn budu nih...pedas desik.
      tu laaa...takut pokok ni mati jah...sayangg

      Delete
  22. kaka yg cili tue cili padi kampung ker hat biasa ekkk????

    al fatihah buat awrah ayah chik...semoga rohnyer aman dia sana IA

    ReplyDelete
    Replies
    1. cili padi kampung ayu
      amin...thanks ayu

      Delete
  23. Salam takziah..

    *puas la mkn cili padi tu. byk tu dpt sepasu kan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks as
      dah banyak kali juga le dapat petik...
      sekali petik dapat byk juga :)

      Delete
  24. Rajin sggh anak2 teruna sis kasih tu.. sejuk hati sis kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 ada juga time diaorg malas...tengok mood juga tu sara :)

      Delete
  25. salam raya. cili api tu mengancam betul. Terasa pulak berapi-api pedasnya.
    Gambar pekan pilah kek bawah nun menggamit kenangan lama. Teringat dulu masa zaman remaja kalau raya-raya macam ni pergi panggung wayang (yang sekarang ni dah jadi supermarket) tengok cerita hindustan hehe..

    ReplyDelete
  26. salam kak
    syok tgk cili merah tue..klu wt jeruk sedap ue..hhehe he

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam
      memang akak buat jeruk
      dapat le makan dgn mee goreng :)

      Delete
  27. slmt hari raya buat akak skeluarga..maaf zahir batin...

    seronok kan bile dpt bgotong royong bsama anak2 mbersihkan rumah..hidangan yg disediakan tu pon sedap2 belaka nmpknye tu...

    takziah atas pemergian Ayah Chik..al-fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat

    sgt bmakna nasihat yg terakhir tu...ianya jugak sbgi ingatn buat QH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya juga...maaf zahir batin

      amin...thanks doanya

      Delete
  28. Assalamualaikum Yong,
    Al-Fatihah utk Ayahchik. Sayu baca kisah dia, sayang kat sedara-mara. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diampunkan dosa yg lalu dan ditempatkan di kalangan org2 yg soleh.
    Makan ada kontrol tak ni, cam meriah jer lepas posa he he!
    Selamat berusaha Aqi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak yong
      thanks kak...amin

      makan x kontrolll...huhuhu
      takuttt nak timbangggg

      Delete
  29. Ehhh Abang tu Aqi ke atau adik nama Aqi? Gostan balik...ohh Aqi tu abang, betullah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aqi tu abang ngah..kak.
      Saya ada 3 boys
      abang, aqi dan adik ...3A

      Delete
  30. Assalamualaikum. Kak Kasih Redha, salam ziarah.
    Saya seronok tengok gambar2 kat blog kak ni tapi yang paling saya seronok gambar cili yang merah comel-comel tu! Geram!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam cikni
      terimakasih singgah disini
      cili tu memang x putus2 berbuah :)

      Delete
  31. SALAM KAK ANGKAT..LAMA BUI TAK SGGH SINI
    TERUBAT JUGAK RINDU TENGOK MAKANAN YG SEDAP2..HEHEHE
    SELAMAT HARI RAYA YER KAK..

    TAKZIAH DIATAS PEMERGIAN ORG TERSAYANG..

    SUKA SGT NASIHAT YG LAST TU..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Bui...lamanya x dengar khabar.
      Selamat hari raya juga ye.
      Nasihat tu unk diri sendiri sebenarnya..hihi

      Delete
  32. salam kak kasih laling

    al-fatihah buat ayah chik

    meriah semua gambar2 akak...bila nak open haus ni
    boleh tengok pokok2 akak yg sihat2 tu ...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam laling
      mana pergi senyap sunyi je ni :)
      hihi...dah start kerja nak open haus pun susah atie.

      Delete
  33. salam takziah buat keluar kak kasih..
    terima kasih juga, untuk peringatan buat kita semua..

    ReplyDelete
  34. Takziah .... semoga arwah dicucuri rahmat. Amin....

    Seronok melihat anak-anak saling tolong menolong membersihkan kawasan rumah...

    ReplyDelete
  35. Salam k.kasih.Cantiknya melaka....atie dah lama xg...rasanya last pegi masa bujang dulu sbb abg ipar org melaka.
    Al fatihah juga tuk ayah chik

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks atie
      melaka cantik sebab byk pelancong kot
      bandar dia bersih je

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...