Wednesday, 17 October 2012

Prague, Czech Republic



Salam semua....
Pemandangan sepanjang jalan menuju Prague.

  
Prague atau Praha  adalah ibu negara Czech Republic...merupakan bandar yang terbesar di republik ni.

Sebelum tiba di Prague kami singgah untuk makan tengahari.
Bawa bekal nasi yang beli di Karlovy Vary dan makan dengan rendang.
Pastu minum kopi kat sini...matahari bersinar tapi udara sangat nyaman... .tak terlalu sejuk...just nice.


Sepanjang jalan menuju Prague...banyaknya pokok epal yang sedang berbuah...gerammmm nengoknya.
Nampak tak tulisan pokok epal kat gambar atas tu?
haaaa tu pokok epal tengah berbuah.....nampak tak??.....hihi (over taww)

ehhhh dah sampai Prague laa..


Gambar tak jelas sebab di ambil dari dalam bas 




Check in di Hotel Olympik


 Biliknya kecik aja
Menurut Tour Leader kami, hotel di Prague ni agak mahal.
Hotel macam ni pun lebih kurang RM600/night.
Kalau di Malaysia sure dah dapat hotel berstar-star.

seperti biasa bilik air pun nak ambik :D

Setelah mandi dan solat...kami keluar mencari makan.
Jalan lebih kurang 400 meter jumpa satu grocery. Beli sayur dan buah-buahan.
Alhamdulillah kat hotel tu pun ada jual nasi...mahal pun tak pe le...asal ada :)


Ni le makanan kami di Prague....sandwich telur mayonis.

 rupa paras sandwich telur mayonis...walaupun tak cantik...tapi sedapppp oooo
(sebab lapar kot...hahahha)

Ini untuk makan tengahari...nasi + rendang + sambal ikan bilis  + ulam-ulaman yang di beli di grocery tadi.

Keesokan harinya kami di bawa jenjalan oleh tourist guide yang lemah lembut ni.
Suara slow sangat le cik abe...mokcik tak dengar!!

 Kami meronda di Istana Hradcany yang merupakan istana yang terkenal dan terbesar di dunia...wauuuu.
Besarrr you....kalau tak larat berjalan memang sakit kaki.
Istana ni terletak di atas bukit di Bandar Lesser.

Kami di sambut oleh askar yang tak nak senyum ni.
Mana-mana negara mesti ada askar muka masam mencuka ni kan.
Keep smiling hokeyyy!!! 
oooo jelingggg kat Mokcik yerr


 ramainya tourist yang berkunjung.


 Tourist (termasuk mokcik dan pokcik) sedang asyik melihat pertukaran pengawal.

penuh gaya (walaupun muka masam mencuka)


 Berdekatan istana tu ada St. Vitus Cathedral ni.
Besarrrrnya...sakit tengkok mendongak.. tinggi sangat.
  
Biar lah gambar yang bercerita...


Di istana tu ada semacam tugu pertahan jugak le...dapat melihat pemandangan dari atas istana ni.


buat apa tu cik kak?


di ambil dari atas bukit kawasan istana....dapat lihat bandar dibawah sana :)


ini juga





smileeee....


Lepas tu menyusuri jalan menuju ke Charles Bridge.
Banyak kedai souviner kat sini.




menuju ke Charles Bridge  yang meriah dengan tourist....
meriah dengan pelukis jalanan...pemusik...penjual souvenir...dan juga peminta sedekah.


 pintu gerbang




 Charles Bridge menghubungkan Lesser Town dan Old Town.


 Peminta sedekah di atas Charles Bridge

sebelum ni tengok di FB je

 pemusik


pelukis
semuanya di atas Charles Bridge :D


 Tak jauh dari bridge tu teradapat Astronomical Clock ni...
setiap sejam akan ada musik dan tiupan trumpet.


Mula-mula akak pelik...apasal orang berkerumun kat depan jam ni 10-20 minutes before...
so akak tanya le orang kat situ...sorry sir, what are you waiting for?
Tetiba je bunyi trumpet dan musik  ...patung kat jam tu pun menari-nari.
Pastu org tu terus jawap....Yess...i'm waiting for this .



Nampak tak peniup trumpet di clock ni.



Di depan Astronomical Clock ni ada kedai kristal ni....sila bawa duit yerrrr ...bagi penggemar kristal.
Semua ada....wow wow


 Meriahnya Old Town Square ni...macam-macam ada.




 Bermain dengan buih sabun giant.


 Tugu di Old Town Square


macam-macam cara nak dapatkan duit


 Bunga pun cantik


jom jamu mata tengok munga...









 Dalam perjalanan pulang ke hotel...melalui jalan "mahal" ni
yang menjual barang2 berjenama....sila telan air liur 3x...degug degug degug...hihi


kalau stress...sila minum kopi di sini...Cafe NOSTRESS...hokeyyy



Entry kali ni agak panjang...sekadar catatan untuk diri sendiri...agar tak lupa.



keep smiling :D
Prague / Praha dalam kenangan.













66 comments:

  1. cantik2 pemandangan..
    i like..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila melihat ciptaan Allah
      merasa diri ini kecil saja.

      Delete
  2. Teringat di Bukit Bintang ada 'orang berwarna' yang ditahan pihak berkuasa kerana dikatakan mengemis. Tapi di luar negara 'rakan sekerja' mereka nampaknya tidak diganggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diluar negara...menjadi tarikan pelancong unk bergambar :D

      Delete
  3. haisy bilolah tabung ayam ni nak penuh, jeles weh kelih mokcik jale2 sano..hehehe:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah segera penuh :)
      Jommmm kita derak samo2

      Delete
  4. Suka bunga2 tu...cantik!!!
    Bertuahnya dapat gi tempat yang jarang org gi..mcm kelainan sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau le dpt tanam bunga tu kat msia
      sure cantik kan :)

      Delete
  5. semua pic cantik2.lebatnya buah epal tu.askar tu masam sbb lapar kot.patut bg dia makan sandwich telur yg gemuk2 tu ehehe.seronok sgt tgk pic ni semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak menjerit2(dlm hati) bila tengok buah epal berguguran ...x de sapa yg kutip...kat tepi2 jalan je.

      Delete
  6. tq berkongsi kak, dpat juga tgk tempat orng melalui pic2 ni

    ReplyDelete
  7. nice..gambar sgt cantik especially yg ada pokok epal tu. Bestnyaa kak. Akak ikut travel agent yg mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ikut POTO Leez :)
      Pakej ni half board...makan sendiri tanggung kecuali sarapan.
      Sarapan pun apa je yg kita boleh makan...asyik2 telor je lah...dah mabuk dah bila tengok telor....hahahah

      Delete
  8. Subhanallah! cantiknya kak.. bunga purple tu saya suke..ya Allah..geram gile tgk..pastu bangunan2 tu pun cantik..oh my! ni kalau my hsbnd nmpk ni, mesti die geram jek nak amek gmbr sini.. mak oii? RM600 semalam kak? serious..*gulp*hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya akak bagaikan menjerit2(dlm hati jelah) bila tengok bunga...memang cantik sangat...asyik ambik gambar bungaaaa jer.

      Delete
  9. Cantiknya ........ entah bila dapat merasai keindahan di sana
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...one day :)
      dah dekat dah tu UK dengan Prague.

      Delete
  10. bestnya kak, dah sampai sana..
    geram tengok sayur2 yg segar bugar.. ni sure balik M'sia dah lost weight ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x jugakkkk...hahhaha
      bab nak turun susah...naikkkk senang .

      Delete
  11. wowwwwwwwwww cantek tuu. mmg dari dulu teringin sangat pegi prague sbb tau xramai malaysian gi sana. bleh plak mlm td mimpi amek flight KLM ( KLM tuuu ) pegi amsterdam tp end up kat copenhagen. Siap dpt rasa udara nyaman, sumpah xtipu ( byk tul setan mengulit mimpi mlm td ) Dh smp sane, siap bergamba dgn mermaid gangsa atas batu tu, baru nak igt annual leave dh abes. trus tukar flight ticket balek mlm tu jugak. Spoilt!!
    p/s: akak xnak amek anak angkat ke? kita offer diri, dpt pegi melancong bersama haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah
      bestnya mimpi berjalan mcm ni...akak rasa yang part terasa nyaman tu...mesti kena tiupan AC (org jakarta tau AC kan..hihi).
      Boleh2 jadi anak angkat...tp anak angkat kena le ajak mak angkat naik flight anak angkat...duk belakang2 pun tak pe...hihi

      Delete
  12. ada dlm list tp sampai lagi.. one day insyA.. woowww, cantik2 building lama.. biasa tu kalo travel, menu tak penting tp janji kenyang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.
      Memang asal kenyang jer..x kira dah..yg penting halal.
      Suami akak asyik makan maggi je lah...akak pulak x suka maggi
      asyik makan roti je lah...nasib baik ada jagung...sedapppp sgt.

      Delete
  13. Cantekkkk, bestlah! Nak pi jugaaaakkk! Tapi tabung ayam cek ringan ja nih..huwaaahhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ringan tu lah yang cepat boleh gi jalan2...sebab yg ringan tu berisi wang kertas semuanya...cuba cicer check :D

      Delete
  14. jauhnya mokcik dan pokcik ni jenjalan ye..naper lak tak cabut astronmical clock tu bawak balik untuk nekcik nak pasang atas bumbung!!!

    ReplyDelete
  15. comenya bunga...semo suko...

    ReplyDelete
  16. salam
    terimakasih kerana berkongsi gambar2 yg sangat cantik...superb..!!
    rumah2 kat sana cantik ...bersih ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam
      sama2
      saya suka balconi dia...ada bunga yg cantik2

      Delete
  17. kak KR, saya tumpang tengok gambar di tempat orang ni ye... tengok pun dah seronok, orang yang pergi mesti lagi seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila2
      terimakasih kerana sudi melihat gambar2 di sini

      Delete
  18. gambar sangat cantik. Kakak pakai kamera jenis apa?
    bestt dpt makan angin ke hujung dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pakai canon G11
      suami akak guna olympus.

      Delete
  19. Akak!!! salam..
    hugggggsss dulu. rindunya! wahh.. cantk sangat gambaq akak ni.. kagum! bestnya jenjalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam hannnnn
      hugsssssss
      really misssss you my dear.
      Hann jgn malas2 upload gambaq kat sana naaa

      Delete
  20. akakk bestnyer sy tatap foto nih seolah sy pun ada disana..hehe berangan aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 pun akak pun berangan juga
      Akak ni memang kuat berangan
      InsyaAllah Anita pun akan sampai

      Delete
  21. seronoknya tengok gambar gambar kat Prague nih, ... subhanallah cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelancong ramai sgt kat sini chik na
      setiap jalan...penuhh

      Delete
  22. akak pemandangan dari atas istana tu sangat cantik la...

    Kalau kenal boleh minta petik buah epak tu ye dak kak hehehehe.. fresh tu mesti sangat rangup :)

    ramai berkerumun kat jam tu sebab nak tengok patung tu menari2 ye hehehhe.. mcm2 la...dapat juga akak join tengok

    bunga2 pun sangat menarik.. bestkan sesekali berjalan ke negara orang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok epal di tanam di tepi2 jalan...byk yg gugur kat tanah....mcm xde org kutip je

      Delete
  23. As'kum Kak Kasih.. best! best! seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  24. Salam kak Kasih redha.adoii cantiknya Prague..hati tertawan-tawan dah:) yup saya pun akan terjerit-jerit tengok pokok epal...sungguh tak boleh control:) Dapat imagine sedapnya makan nasi dengan rendang dan sambal bilis berulam zuchinni yang segar tu:) Cantik lah semua gambar..very berseni yang menembaknya:) ha ha ye ke hitam jugak masa kecik? seb baik dah bosar ni ni pudar sikit kan kito:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam
      yg paling akak suka adalah baby tomatoes kat sana...Ya Allah sedappnya.
      Gambar tu akak main tembak je zu...mana akak ni berseni...tgn ni keras kejong...hahaha.
      Nasib baik bila "besar' ni dah mula memutih...agaknya dah mgurangkan aktiviti outdoor...hihi
      Sekarang ni...pagi2 dah pergi kerja..malam baru balik...x sempat nak tgok matahari :)

      Delete
  25. Salam perkenalan....seronok baca blog ni...bestnya dapat jalan-jalan..Kat sini sekarang musim apa ya? jemput nanti ke blog saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga
      dah jengok dah ke blog HMY
      Sekarang ni di sana tgh autumn

      Delete
  26. Tq kak sudi kongsi keindahan negara orang dengan kami... Cantik bunga2 dan kristal tu.. Teringin juga nak bercuti ke luar negara.. Kumpul duit dulu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 :)
      InsyaAllah suatu hari impian terlaksana.

      Delete
  27. salam syg kak
    bestnya dapat jalan2..pic cantik2 kak..entah bila la kita nk kesitu kan:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam my dear
      InsyaAllah suatu hari zila akan sampai...amin

      Delete
  28. Masa akak ke prague ni...nampak macam ramai tourist pulak. Akak ikut travel agency apa ? Nampak macam best pulak prague ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat prague ni mmg penuh dgn tourist..
      Ramaiiii sgt..tempat tumpuan tourist..tp org Asia x ramai
      yg ramai muka mat salleh

      Delete
  29. Replies
    1. akak pun berkenan alin
      rumah diorg simple tp cantik
      mgkin sebab setiap balconinya ada bunga

      Delete
  30. as salam,

    tak nampak muka owner blog :)

    ReplyDelete
  31. Kak kasihhhh... hugggggggssssss tightly!!
    rindunyeeeee.. rindu sangat..
    wahh.. dah jauh merantau nih! mesti saya tiada dalam ingatan.. hahah..
    luvly pics! saya je cukup malas nak edit gambaq.

    till then..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huggggggssss
      kenapa lama x dengaq khabar ni?
      busy ye
      Hann sentiasa di ingatan
      cuma x mau ganggu sebab tahu hann sibuk.
      Kalau x busy...upload le gambar kat sna ye

      Delete
  32. bestnya bile tgk org ke sana ke mari gitu..bile la giliran QH pula yea...hihi

    cantik betul gmbo yg akak snap tu..pemandangan kt sna pon cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Suatu hari nanti QH pula...amin

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...