Tuesday, 31 January 2012

Universal Studio Singapore





Hari kedua..pagi-pagi lagi kami siap-siap untuk ke Universal Studio Singapore ni . takut ramai orang. Tiket kami dah beli online awal-awal lagi.  Harga tiket SGD 68 per orang. Kami menuju ke Harbour Front  dan tepat sekali di Vivo City Mall. Kami Parking kereta di Vivo city ni dan membeli tiket monorail di tingkat paling atas vivo city ni.

Tempat membeli tiket monorail di Vivo City...harga SGD 3 per orang untuk dua hala. 
Perasan tak ada hantu kat belakang tu...akak pun baru perasan. Orang ke patung atauu?? 



Monorail yg kami naiki.
Tak sampai 10 minit dah sampai dah di USS.


kanak-kanak yang kegirangan.
Kami sampai pukul 10 am...orang dah ramai Q nak masuk.

 Tiket masuk....saja je selit celah2 pokok limau...sempena CNY

kami just bawa print bukti pembelian tiket melalui online...dan redeem tiket kat kauter situ.

memulakan tugas as a photographer yg tak bergaji.

Permainan pertama., roller coaster...akak terkecuali...bukan takut tapi tak nak jantung penat jer....hik hik hik.
Jadi le akak penjaga beg  mereka2 itu.
Sambil mendengar jeritan2 kat atas sana..."tak de kerja betul dia orang nih"  ....itu yang terdetik dlm hati waktu itu.

pintu masuk Ancient Egypt

Revenge of  the Mummy


Di sini akak tertipu...rupa-rupanya semacam roller coaster jugak.
Test kekuatan jantung telah berlaku di sini .....roller coaster dalam gelap siap ada bahang panas dan percikan air lagi...saya tertipu...jantung saya penat!!!
tapi enjoy.. *malu nak ngaku..hihi* 


masih di sekitar situ


yang paling bosan di Treasure Hunters.
Dah le kena Q lama...just naik kereta terkedek2 tu je.Tak sesuai untuk kami yang dah "dewasa" ni.
Tapi untuk anak-anak kecil sesuai ler.


Transformer The Ride


Bagi akak...pengalaman di Transformer The Ride yang paling awesome.
Best sangat...terasa betul-betul real bertarung...siap ada percikan air, angin dan bahang panas.
Besttttt..
Anak-anak akak masuk dua kali.
Tips...kalau nak cepat masuk,  Q di single rider.


Jom...layan gambar...


akak dengan kak tipah :-))

anak2 dengan Pakcik Charlie Chaplin..

Inspector Conan


Aqi dengan puntianak harum sundal malam...opss salah yer.

Di USS ada restoran halal...tak seperti taman tema yang akak pernah pergi sebelum ni.
cuma regenya mahal sikit le.


Lepas tu kami masuk sini.


Tengok Shrek...4D
best!!! enjoy...dapat rasa angin, air dan panas juga.
Setelah penat bermain & berjalan, kami menuju pulang..menggunakan monorail ke Vivo City.


Sampai di Vivo City... ramai orang.


Sebelum pulang ke hotel kami menuju ke Mustafar Centre.
Nanti cerita di next entry.
Hari pertama di Singapore klik di sini.








keep smiling :D







Sunday, 29 January 2012

Belimbing Buluh & Masak Lemak



Belimbing buluh yang tengah berbunga dan berbuah.

ni bunga belimbing buluh...cantik juga kan.

berbunga di batang


Ni pula masak lemak sardin belimbing buluh yang berjaya di masak hari ni...
dah lama tak masak lauk ni.
Resepi kat sini...pernah entry kan sebelum ni.

goreng kacang panjang ni tak yah le kasi resepi ye...hihi
nampak tak berseri sebab tak de cili merah...pakcik beli cili hijau jek,
Makcik pula malas nak ke kedai hari ni.
Kacang pun dipotong stright saja...kalau potong serong2 sure cantikkan.

makan dengan sambal tempoyak ni...
guna cili hijau gak...tak berseri langsung kan.

ni pun wajah tak berseri sebab perut tengah lapar...hihihi
Cuma ini je yang mampu di masak...masak kejap pun belakang dah sakit. Kalau berjalan  tak  sakit pulak...heran..heran..hihi

ini aqi yang sediakan...air laici .


Selamat hari minggu semua...





keep smiling :D





Thursday, 26 January 2012

Hari Pertama di Singapore





Hotel Puteri Pacific Johor Bahru 

Kami tiba di JB pukul 9.30 am (bertolak dari KL pukul 5.30 am) dan terus register di Hotel Puteri Pacific. Pukul 3pm baru bilik ready so kami terus ke Singapore melalui Tambak Johor. Alhamdulillah jalan lancar. Kami membeli autopass di Bangunan B di imigration Singapore. 

Autopass ni berguna untuk parking dan tol sepanjang kami di Singapore dan untuk top up boleh dilakukan di Seven eleven aje. Kalau ke Singapore dengan kenderaan sendiri misti ada autopass ni yerr.

tram yang membawa kami menyusuri Siloso Beach
di Sentosa Island.

Kami sebenarnya nak ke tempat singa keluar air tu...tapi GPS telah membawa ke Pulau Sentosa...kerana tersilap set ...hik2...Bila dah sampai tak kan nak patah balik kan....so kami pun jalan2 le  disini dengan menggunakan tram. Tram ni free of charge ajer. Tapi cuaca di Sentosa Island ni sangat le panasnya.


Flower Sentosa

Oh ye jangan lupa bawa air mineral dari Malaysia, sebab air disini sangat mahal



Kami naik Skyline Luge ni dengan rege  $50 untuk 4 orang... dua hala.



Dari skyline ni dapat lihat rumah kayu kat dalam air ini...Song of the Sea.Banyak kapal2 sekitar pantai tu.

Setelah tu kami jalan-jalan mencari makan...nanti cerita di next n3

Masjid Sultan di Arab Street.

Di sekitar Arab St. ni terdapat banyak restoran muslim dan bila anda berada di sini tak sah kalau tak try martabak Singapore yg terkenal tu kan.


Kami solat jamak Zohor & asar di sini.
Kipas besar kat syiling ni bergerak perlahan tapi anginnya sungguh terasa kuat sekali :-)


Terompah untuk wuduk

Setelah makan-makan dan solat kami menuju di Esplanade yang macam duri durian tu.
Parking agak jauh....menapak sampai kaki sakit-sakit.
Dari Esplanade kami jalan kaki ke Merlion Park (Singa keluar air tuu)


Merlion Park

kehausan






Marina Bay Sand Hotel...tak mampu dicapai...tolak aja dehh :)


menapak & terus menapak....
waktu ni dah jadi siakap 3 rasa dah.


Naga...CNY








jalan sepi sebab cuti CNY...so kalau sesat tak jadi masalah...boleh u turn berkali-kali....ayat penuh makna ni...hik3


Kalau ke Singapura dengan kenderaan sendiri di nasihatkan unk menggunakan GPS...kalau tak sure sesat punyalah. Sebab sign board di singapore tak sama macam di Malaysia. Tak de satu sign board pun untuk ke Universal Studio....so kesimpulannya kalau tanpa GPS anda pasti sesat...hahaha



Setelah tu kami meronda-ronda di sekitar Orchard Road yang terkenal itu....macam-macam ada di sini...cuma di nasihatkan bawa duit ajerr...hihi.




Kalau nak beli souvenir...ke Lucky Plaza (orchard road) sebab di sini banyak kedai souvenir.
Dan di sini juga dipenuhi dengan orang-orang Indonesia. Ada restoran ayam penyek juga di sini. Tapi kami tak makan di sini sebab kami dah plan nak makan di tempat lain.


Mengenai harga...setiap kedai, semua sama. Tak perlu nak survey....capai je yang berkenan di hati.


Orchard Road


Setelah itu kami makan malam di Beach Road....lepas makan, keletihan dan terus balik hotel di JB.







keep smiling :D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...