Sunday, 29 April 2012

Sambungan Birthday


 
Inilah kek surprise untuk akak tu...cheese cake.
Ingat Adik dan Pokcik nak wish pukul 12 am ...jangkaan meleset...Pokcik tidur dengan jayanya.
ishhhh



Rupa-rupanya di pagi hari di saat adik nak gi sekolah...turun je ke bawah...tengok adik dah tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku tu . Jeng jeng jeng...ada kek.
Pura-pura le surprise walaupun dah nampak kek dlm fridge sebelum tu...hihi
Ummi sempat lagi capai kamera ...hahaha...dasar blogger.




yang paling best...ada kad dari adik dan Pokcik.
Dan pokcik kasi hadiah kat mokcik...tanda mokcik dah tua.
Hadiah...biarlah rahsia...ala2 lagu Siti gitu.
Sungguh gumbira...Thanks Pokcik



dari tarrrcenta


dari adik tarrrsayanggg







dan ucapan di FB yang sungguh sweet ini.....





dapat ucapan indah ini dari anakanda yang jauh dimata...thanks Abang.
bukan 33...Ummi tahu le abang nak bodek ummi...hik3


Sampai je kat tempat kerja...my staff pula kasi cookies ni. Besar gedabak cookies ni.
Kenyang ai.



Lunch time...surprise dari my staff  lagi ..terharu.
Kek pandan ais krim...sedap.



Pokcik pesan suruh balik awal..nak belanja makan katanya.
Mokcik suka le kalau orang nak belanja kannn...
Tak dapat balik cepat pong sebab banyak kerja.
Akak makan pasta tu...puashati, sangat-sangat sedap.


 Bakso...pokcik punya
kalau pokcik punya...bererti mokcik boleh rasa jugok...tu dah resam sejak dulu lagi.
aikk sayur tu sampai terkeluar you.
Bakso/bebola daging tu sungguh soft dan lazat.

pokcik punya jugok

Lagsana (seafood)
udangnya sangat lembuttt...
tak perlu gigi yang tajam unk mengunyah.


adik punya makanan ummi tak sempat nak snap...sebab ummi sibuk dan teramat sibuk time ni hihi.


ummi sempat snap ni je...adik punya,


kuih...yummy...serius .

Nak bawa balik bakul sayur tu dengan ikan sekor tu boleh incik ???



 keep smiling :)
terimakasih semua...love you all






Friday, 27 April 2012

Bertambah lagi Umur



gambar hiasan 

Bukan bertambah berat badan (walaupun ye...tapi tak nak ngaku)...tapi bertambah setahun lagi umur. Bererti makin berkurang le setahun umur akak ni yer.



Pemberian kakak tercinta sehari sebelum birthday...menjadikan Kak Ma orang yang pertama wish.
Dan diikuti sekeping nota dari teman lama...dan my staff pun konon-kononnya nak jadi org pertama wish.
Semuanya sangat membahagiakan...senyum sampai ke telinga.




Balik rumah...buka fridge. Mula-mula tak syak apa2 tapi bila tengok cheese dan yogurt dah berubah tempat .....hahahahaha.



di sebalik itu semua...ada kek ni.
tapi akak pura-pura tak tahu je...hihihi
supaya mereka (pokcik dan adik) merasa berjaya buat surprise unk akak. Nak tengok apa yang bakal dilakukan :-)



Bersyukur sangat...kerana dikelilingi oleh suami dan anak-anak yang menyayangi diri ini (perasannya saya).
Adik beradik (family) yang sentiasa di sisi di saat susah dan senang.
Bonda yang selalu mendoakan.
Teman-teman yang baik
dan tak lupa pada staff yang selalu memberi kerjasama yang baik, tanpa mereka siapalah saya ini.
Terimakasih Ya Allah untuk semuanya.



keep smiling :D
jemput minum :)










Tuesday, 24 April 2012

Kasut ku Dicuri Orang


bukan kasut ni yang hilang...

Pagi-pagi saat suami akak nak gi surau, cari sandal yang selalu dia pakai ke surau takde...
rupa-rupa beberapa kasut pun hilang...termasuk le sport shoes kesayangan hamba.

kasut yang hilang itu...huhu Gambar ni di ambil sebelum hilang...macam tau2 aje malam tu nak kena curi.
Ambik gambar ni pun bukan sengaja...sebab tak de kerja...tengah bosan time ni.


Sayang sebab sangat-sangat selesa waktu memakainya (wahai pencuri). Sangat sangat soft. Akak memang payah kalau bab kasut ni. Nak cari yang betul-betul selesa...tak mau yang menyebabkan kaki sakit atau lecet...(faham tak pencuri?)

Macamana nak earobik??? ...Jahatnya kau pencurikkkk...ada ke pencuri baik???
Malam tu 3 buah rumah kena kebas kasut2 termasuk le rumah cik kak ni.
Agaknya pokcik kesian dgn mokcik...so dia ajak gi cari kasut baru. 
Nak cari kasut yg sama...mana ada la mokcik.
Cari yang paling soft...haaa jumpa satu...yg gambar atas tu



Semoga pencuri tu di beri hidayah...agar insaf dan tak curi kasut orang lagi...Amin.




keep smiling :D
Wonton goreng.
Makan -makan dgn pokcik...
sambil cari kasut baru.









Monday, 23 April 2012

Sayur Lemak Putih



Balik dari menjemput adik dari tuition singgah beli sayur kat pasaraya berdekatan. Beli bahan-bahan nak masak lemak putih. Kat kampung akak kalau campur bermacam-macam sayur dlm masak lemak ni, kami panggil sayur kolok.

Akak masukkan terung, kacang panjang dan petola dalam santan .
Sebelumnya akak celur dulu sikit kacang panjang dan terung tu.
Pastu masukkan bawang, cili dan garam.
 Biasanya masukkan isi ikan yang di tumbuk untuk menggantikan ikan bilis. Kadang-kadang letak belacan..tapi hari ni tak letak.
Kacau le sampai mendidih .

Masak lemak ni  dimakan dengan ikan goreng garing-garing.
Pastu tumbuk sambal tempoyak. Memandangkan bonda ada kat rumah , akak sediakan juga budu. Dalam budu tu akak penyek2kan cili api, perah limau nipis sikit dan tempoyak tak lupa.
Ulamnya timun dan terung muda sebagai pelengkap.





keep smiling :D
cantik juga buih teh tarik ni kan 












Saturday, 21 April 2012

Keduduk Putih dan Elektrik


Keduduk/senduduk putih ni tak berhenti berbunga...pemberian jiran...Chinese lady. 
Nyonya tu kasi keratan batang je, Alhamdulillah  senang pulak hidup.

Ini urutannya...mula-mula kuncup.

 buahnya dah mula pecah


biji benih


Tentu ada khasiatnya kan...tapi akak tak tahu,
Just tahu tanam ajer.

Baru-baru ni kat kerja akak blackout....duduk le kami dalam gelap dan kepanasan tu selama 4jam.
Kerja terbengkalai...semua kena cancellllll.
TNB datang 4jam setelah buat aduan,
Lepas tu mereka kasi tahu bukan bidang kuasa TNB
kena panggil wireman katanya...huhu
I've no idea.


but i still can smile maahhh



keep smiling :)




Thursday, 19 April 2012

Rindu Bakso Bandung




Semalam  teringin nak makan nasi lemak sebenarnya...kalau nak makan nasi lemak biasanya kami ke Cafe D'Secawan Kopi berdekatan Restoran Cerana (highway Cheras Kajang) tu. Ada menu baru kat situ...bakso oh bakso lama tak makan.



Bakso Cafe D'Secawan Kopi...boleh tahan tp tetap rindukan bakso Bandung.


Dulu2 waktu di Bandung selalu makan mee bakso balik dari kelas...sampai muka pun dah macam bakso.


Duk makan bersama kawan-kawan sambil berborak ...oh nikmatnya. Tambahan pula cuaca di sana sejuk dan nyaman. Mencari bakso di sini yang sedap seperti waktu di Bandung amat le susahnya.

Adik makan nasi lemak sambal sotong.

Balik rumah adik request nak bawa bekal cekodok bilis unk kesekolah esok (apa kena entah...tetiba ajer mengidam cekodok)....untung dia request cekodok, dapat le ummi dia buat. Kalau dia minta pizza...comfirm ummi dia  malas tak larat nak buat dan confirm ummi dia adakan order Domino's pizza punya ajer. Kelentang kelentong....jadi le cekodok bilis ini khas buat adik :)





keep smiling :D
ini dia budak yg mengidam cekodok itu




Wednesday, 18 April 2012

WW : Jam Gigi Mati




 Jam gigi ni dah lama berjasa..almost 12 years. Rosak juga akhirnya. 

Jarum panjang = dentist's mouth mirror
Jarum pendik = alat untuk drill gigi(handpiece) 
Jarum saat = alat tajam yang selalu dentist check gigi kita tu. 




keep smiling :)







Monday, 16 April 2012

Bonda dan Cekodok Pisang



 Minum petang hari ni akak goreng cekodok pisang ni
Cekodok di atas adalah yang bertuah kerana berjaya di pilih untuk sesi fotografi.
Yang lain ada yang penyek...dan ada yang terlebih hitam.

Bila makan cekodok ingat waktu kecik dulu. Pernah menangis pagi-pagi buta nak makan cekodok.
Terpaksa le bonda gorengkan. Dapat bayangkan perasaan bonda saat itu...pasti stress sebab rushing nak gi kerja lagi...pastu anak menangis nak makan cekodok pulak tu...ishhhh teruk betul kan.

 Pagi tadi keluar breakfast dengan bonda

 ni akak punya.

 mee sup ni incik husband punya :)

 roti canai ni sedap sangat...kuah dal nya yang sedap

 bonda punya





keep smiling :D
 
Bonda tengah tulis catitan hariannya.
Gelak baca catitan harian bonda...
nanti nak suruh bonda tulis blog pulak...hihi





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...