Tuesday, 31 July 2012

Iftar di Shah Alam



Hari minggu baru-baru ni kami berbuka puasa di rumah Abang Zu dan Kak Pah di Shah Alam.

Antara menu

Alhamdulillah dapat berbuka bersama-sama .


Masjid Shah Alam dari jauh.

Matahari dah mula tergelincir tanda dah dekat maghrib.
Matahari Shah Alam :)


Ahli senior....ini belum masuk ahli junior lagi.


Menunggu berbuka

Penuh rumah


riang ria bermain buaian


Akak bawa sweet redbean tart waktu iftar tu.
Resepi ambil dari Asmara di Jepun sana.
Nanti akak story di lain n3 pasal tart ni ye.


 
dan bawa sira labu juga....resepi di sini


Kopi sebagai penutup :D


Sebelum ke Shah Alam singgah dulu di Keramat (rumah Kak Ma) tengok cucu sedara
yang baru lahir.

Wan Alya Nur Hafiza....semoga menjadi anak yang sollehah.
Suka sangat bau baby.


Nak cerita juga pasal orkid kat rumah Kak Ma...MasyaAllah.
Bunga orkid tu panjangnya lebih kurang semeter.
Gambar tak begitu terang sebab cahaya terlalu  terang/ silau.


Tak berlebihan kalau akak kata bunganya sebesar tapak tangan.
Cantik sangat.




Keep Smiling :D
sumber :FB






Saturday, 28 July 2012

Abang & FM


Matahari senja...bagai bola api...merah menyala.
On the way ke KLIA (semalam)untuk menjemput Abang (anak sulung akak) .
Berbuka di dalam kereta...nasib baik bawa makanan seadanya.




Singgah di Masjid Sultan Abdul Samad berhampiran KLIA untuk solat Maghrib,Isyak dan seterusnya solat Tarawih. Selesai Tarawih terus menuju ke KLIA yang tak berapa jauh dah.
Alhamdulillah Abang selamat tiba dari Mesir untuk bercuti selama sebulan.

Besar jugak masjid ni.

Jamaah solat tarawih pun ramai juga.
Time gambar ni diambil belum ramai lagi yang datang.

Hari ni  berbuka puasa berlima.
Tokmi kat rumah Adik Nor .


Dari Mesir Abang transit di Qatar beberapa jam dan sempat beli FM ni buat ummi.
Bila ingat Qatar mesti ingat blogger PenDragon :D

Ni pula FM dari Alexandria ...Abang memang tau ummi suka FM.

FM Hurghada, Egypt


Ini dari blogger Rozita. Dah lama akak terima ...thankss Ita.
FM dari Vietnam.


Ini pun dari Ita juga...FM Bali dan Korea.


FM ni dari Pendragon(PD) yang tinggal di Qatar sana.
Walaupun jawapan teka-teki tak tepat...PD tetap berbaik hati memberi FM ni untuk akak.
Thanksssss PD.


Selamat bersahur dan Berpuasa untuk semua.




Keep Smiling :D
Dapat Keycahain dari customer akak yang baru balik dari Australia.
Thanks atas ingatan.






Thursday, 26 July 2012

Hanya Goreng Sawi...


Agar-agar santan yang sungguh sedap (beli )


 Sambal ikan sedap ni pun beli juga....


 Masak Asam Pedas Ikan Parang ni pun beli...
Pokcik kena pakai cermin mata time makan ikan ni, takut lekat tulang...itu bukti ketuaan kan kan.


Kalau beli... biasanya beli kat satu tempat je...sebab dah terbukti lauk-lauknya dapat diterima tekak kami semua
Nak beli di gerai-gerai lain takut tak sesuai dengan selera...last sekali  membazir (no no no).

Beli je semua???...mokcik masak apa jerrr???

 Goreng sawi ni je yang  mampu dimasak ...ini aje yang sempat * tutup muka..malu*


 
 oklah kan...kalau hari kerja, dapat masak satu lauk pun kira masak lah jugak kan *ayat membela diri*
Tak yah le mintak resepi...semua pun tau masak sawi goreng kan...
Nak resepi gak??? oklah klik sini...




Keep Smiling :D
Anak angkat yang tak puasa.
PuTeH si meow-meow.








Tuesday, 24 July 2012

Tepung Boko Ubi Kayu



Tepung boko....selalunya  tokmi(mak akak) buat colour coklat sebab guna gula melaka/ nisan.
Tapi akak nak buat kelainan sikit...letak air pandan dan guna gula putih pulak.

Rasanya macam talam ubi kayu...cuma tepung boko lebih lembut tak boleh dipotong-potong.
Kalau nak makan kena senduk dan letak santan pekat  kat atasnya.


Orang yang berjasa....memarut ubi...sampai lenguh2 tangan katanya. Ummi lantas menjawab untuk menyenangkan hati...banyaknya pahala adik hari ni(ayat psikologi..hihi)


Resepi Tepung Boko Ubi Kayu
Sumber : Kak Jie Jie

Bahan bahan
1 ketul ubi kayu yg besar ~ (dalam 3 cawan ubi parut)
1 cawan gula pasir
10 helai daun pandan ~ kisar dengan
2 cawan air dan ambil patinya.
sedikit pewarna hijau jika perlu
secubit garam

Cara Menyediakan
1. Ubi dikopek kulitnya (jangan dipotong) dan dibasuh bersih. Belah 2 untuk membuang urat tengahnya. Parut ubi sehingga habis. (Boleh juga dikisar menggunakan blender tp pastikan juga uratnya dibuang terlebih dulu.)
2. Perahkan/ toskan air dari ubi parut tadi. Tak perlu terlalu kering. Perah sikit jer tapi kalau kisar campur air pastikan perah guna kain maslin sebab ubi terlalu halus.
3. Panaskan periuk kukus.
4. Campurkan parutan ubi, gula pasir, air daun pandan, garam & sedikit pewarna hijau sehingga rata.
5. Masukkan adunan ubi di dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
6. Hidangkan bersama kuah / sos santan dengan cara scopping.


Sos Santan 
Bahan bahan
1 kotak santan (200 ml) (nak lebih lemak boleh lebihkan santan lagi.. kurangkan sukatan air)
500 ml air
4 ~ 5 sudu besar tepong beras
2 sudu kecil rata garam 
sehelai daun pandan ~ disimpul

Cara menyediakan
1. Bancuh tepung beras dengan sedikit air sehingga rata (ambil air dari 500 ml tadi). Tapiskan.
2. Campurkan santan, air & air bancuhan tepong beras, garam dan daun pandan dalam periuk.
3. Masak di api sederhana sehingga kuah menjadi pekat & masak. Rasakan garam nya.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama kuih ubi yang dikukus tadi.

 



Sempat  juga masak rendang kacang ni.
Berjam-jam lamanya...mengerahkan askar2 turut serta mengacau sekali sekala.

Resepi rendang kacang kat klik sini

Masak lemak cili api ikan tenggiri & belimbing. Resepi klik di sini.


Pastu tumbuk cili api sikit gaul2 dengan tempoyak sebagai kawan dengan masak lemak di atas. 


sempat bergambar sebelum solat tarawih.
Mokcik kan blogger, sempat2 ambik gambar dulu...hahahaha



keep smiling :D
Tokmi / Nyang dengan cicit pertama(23.7.12)
Cucu Kak Ma (kakak akak).
Dengan itu rasmi le akak menjadi nenek juga....nenek sedara yang masih muda(muhahahah)
Jenuh mencari idea nak panggil apa pada mokcik ni...
Nekcik? Nek Ummi? Nenda chik(hahaha)
gambar culik di FB nekcu(yg perasan muda juga).





Saturday, 21 July 2012

Sahur Pertama 2012



Wajah-wajah orang yang makan dalam keadaan mata setengah terbuka.
Ada rendang daging yang MIL kasi :-)

Ikan salmon sambal hijau



Untuk sahur pertama selalunya akak berusaha untuk masak sendiri. Ikan salmon ni memang tak menarik rupa parasnya sebab guna cili hijau (itu saja yang ada ). Nasib baik orang yang makan pun mata setengah terbuka aje so tak perasan rupa paras ikan ni.




rupa paras salmon dan ikan bilis sebelum di gaul dengan sambal.



Akak masak apa yang anak-anak dan suami suka je...diaorang tak cerewet sangat.
Biasanya nak makan yang goreng-goreng saja kalau sahur.
Senang le umminya.


 Masak sahur ni lepas tarawih.


 Dibantu oleh pembantu chef....tolong kacau-kacau supaya sambal ummi tak hangus.


pembantu chef sorang lagi dah ngantuk...just tolong hidu bau saja..hihi


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA .



keep smiling :D
tak lama lagi Abang akan
 balik cuti setelah selesai exam.
Akan lengkaplah keluarga kami untuk ramadhan kali ni..
Insyaallah :D






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...