Wednesday, 29 August 2012

Raya di Nogori 9 dan Melaka pula ( 2012)


Bangunan lama berhadapan traffic light Kuala Pilah.
Bila snap ni ingat kat Dik Dinas nunn jauh di Penang...yang suka tembak bangunan-bagunan lama macam ni haa  :D


Balik Negeri Sembilan rumah MIL pada raya ke 5.

Ni satu lagi bangunan lama sekitar situ....tak le secantik Dinas tembak.

Kami singgah makan di Food Court Kuala Pilah....berdekatan Hospital Lama Kuala Pilah tu haa.Orang Pilah sure tahu punyalah.


Waktu ni dah pukul 3 pm....demi tak nak menyusahkan MIL ....kami makan le dulu.
Kelaparan punya pasal...tak sempat nak snap makanan punnn.
Tapi pinggan-pinggan kosong ni pun seni juga lah kan  :D


Haaa...kami makan kat warung ni...ramai juga orang yang makan kat sini.
Mungkin sebab warung yg lain banyak yang belum buka lagi.

Berdekatan warung ni ada  tempat orang Pilah cabut gigi  dan buat gigi besi.

pokok rambutan di depan rumah Alang...blur....mood berkabung.


Sebelum sampai rumah MIL...akan melalui rumah SIL (alang) dulu...so kami singgah le dulu beraya kat situ.

Alang baru seminggu kematian suami( akibat cancer)...so suasana pilu masih jelas tergambar di wajah-wajah anak mereka.

Tak sampai hati untuk snap gambar di sini.
Kebetulan Ateh (SIL) pun ada ...so sempat le beraya dan peluk peluk dulu.


Banyaknya orang jual petai sepanjang jalan...musim petai gamaknya.

Mokcik akhirnya tergoda untuk turun membeli petai2 ni. Harganya jauh lebih murah dari KL.
Dah terbiasa menawar....so mokcik menawarlah...dah murah tapi yg duk  tawar lagi tu buat apa...sian je
kat pakcik tu kan....so tak jadi tawar lah.

Tukang kupas petai...serius giler.

Packing dalam plastik agar lebih tahan lama, sebelum masukkan dlm fridge.
Senang bila tiba time nak makan , just ambil je satu pack :)


Sampai rumah MIL(uwan)...kami rasa satu persatu biskut-biskut yang ada..... tanpa rasa bersalah sedikit pun.....hahaha
Seperti biasa biskut-biskut ni anak  menantu uwan yang bawakan untuk uwan.

yesssss...uwan dan keluarkan tin kuih ros atau kuih goyang yang uwan buat sendiri untuk kami bawa pulang.
Tiap tahun uwan mesti buat kuih ni.
Dengan tin-tin nya sekali uwan kasi, sebab pokcik cakap nak buat isi keropok koping yang beli kat Terengganu hari tu. Uwan kan pemurah 
 pantang anak minta...terus je ulur.
Menantu of course le malu nak minta...hahahaha


kuih yang uwan buat, cucu-cucu semua suka :D

Seterusnya kami beraya di Melaka...rumah saudara-saudara belah suami.
Ni kat rumah Ami (Pakcik) Hamzah

Best giler kuih tart ni....jem nenasnya banyak...makan seketul terus kenyang....itu orang lain.
Tapi akak makan 3 ketul baru kenyang :D
tak tahu kenapa...hiii

Ami Hamzah dan nda  ( Pakcik dan makcik suami)
di Ujong Pasir Melaka.

Rumah seterusnya rumah Ami Hassan(Padang Temu)
Very positive & open minded person...i really love his patience.

Lepas tu kami kerumah Ami Yahya dan Mak Wan
Kat Bandar Hilir.
Tak boleh miss makan kek lapis mak wan ni...sedap sungguh.

Ami Yahya yang sporting dan Mak Wan yang peramah giler..
syok dengar story mory dia :D

Hotel Mahkota Melaka

Lepas beraya ...kami berjalan pusing2 melaka dan makan-makan.
Tidur semalam di Hotel Mahkota Melaka.
Nanti next entry akak cerita ye.

Balik dari Melaka terus ambil puteh si meow-meow di "hotel" dia tu.



keep smiling :D
agak-agak sapa rindu sapa?
Puteh yang rindu abang angkat atau
abang angkat yang rindu Puteh??







Saturday, 25 August 2012

Raya di Besut 2012



 Masih cerita raya......jangan marahh.
Cuma kami dua family yang beraya di Besut this year.
Adik beradik lain semua di rumah mertua...hari raya ke-2 dan ke-3 baru mereka balik ke Besut.
Kakak sulong beraya di KL sebab cucu masih tak cukup 40 hari.

3 jejaka di pagi raya..

 Acara bersalam-salaman dan collect duit raya :D

Sesi photografi setelah pulang solat raya..

Pokcik kata wajah dia ada cahaya keimanan...hahaha
Jangan cari mokcik sebab mokcik takde dalam gambar ni  *ayat ferasan *
Mokcik jadi jurugambar waktu ni  *tak tanya ponggg*

wajah ceria sebab dapat collect duit raya :D
waktu adik kecik (belum tau erti duit raya)
dia simpan duit raya dia dalam fridge....hahahaha

 Juadah  wajib dipagi raya...nasi dagang.

 Satay, nasi impit, kuah kacang dan rendang nogori.
Aikkk lupa nak snap satay  dan lemang le...bayangkan aje lah ye.

Ketupat pulut dan tapai pulut yg sungguh juicy....manis leting.

 Sebelum solat raya...makan sikit dulu...ambil sunat.

 Balik solat...sambung makan lagi.

 Dulu mokcik tinggi...sekarang mokcik paling pendek dalam family...pelik tapi benar.


 Senyum kekenyangan


 Keluarga ceria Abang Zu dan Kak Pah....tak lengkap tahun ni sebab Aween kat Australia.


 Merakamkan saat yang paling manis untuk di kenang.


 Sebahagian cucu lelaki Tokmi.


 Bersama Irfan






 Sanak saudara yang berkunjung

 Jemputlah makan apa yang ada.

 Sesi berborak

 Sambung borak lagi...

 Bila balik raya...mesti le ke Bukit Keluang ni....rindu nak pijak pasir pantai.


 Seronok dapat main bola sama-sama.


  Hari raya ke-2  family Emi dan Abang Di sampai dari KB dan Kuantan...makin bertambahlah ahli.
Kali ni cahaya keimanan terpancar di wajah mokcik pula...hahahah




Adik Ma dan Abang Shahmi



keep smiling :D
bila balik raya tidur diruang tamu
 menjadi pilihan kanak2 sebab lebih sejuk agaknya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...