Monday, 24 September 2012

Makan-Makan dan Kisah Boots


Salam semua...
Rendang + Nasi Impit + Kuah Kacang + Satay

Biasanya akak suka buat rendang daging banyak-banyak dan simpan dalam freezer. Kalau nak makan ,tinggal masukkan dalam microwave je. My favourite ...makan rendang dengan kuah kacang plus nasi impit....ohhh heaven nya. 


Biasanya beli satay semata-mana nak kan nasi impit dan kuahnya aje.  Satay biasanya simpan. Kalau teringin baru makan.

Semalam mama long dan Ayah long datang  nak jumpa Tokmi.
Hidang satay dan nasi kukus + ayam goreng. 
Mama Long dan Ayah Long makan sikit jer
sebab diaorang dah makan before.


 Ayah long (Abang Wan) bawa cempedak.
Aduhaiii bestnya...
Thanks.

Lepas tu kami continue makan colek mangga muda  pulak.
Makan dengan kicap + gula + cili


Stop cerita pasal makan-makan....cerita lain pulak....

Setiap pagi sebelum mandi...akak suka duduk ditingkap bilik dan berangan....kalau le setiap hari adalah hari Ahad....bahagianyaaa kannnn.
Sometimes I question myself....do i really need a break?  How long will be the break ? 
A week or two? 
Ofcourse le mokcik you need a rest...you're not  superwoman hokeyyy.......hihi 
Yessssss i suka  saranan di atas...i love to pamper myself ( ce ce cehh)....but i've no time for my self...kesian kan.
Kalau tak kesian pong...just tunjuk wajah kesian pun takpe...hahaha




Awal-awal kerja dulu...jarang sangat ambik cuti.
Kerja dan kerja ajer...asyik fikirkan orang dan tak fikir diri sendiri.
bestnya kalau dapat berehat2 di tempat macam ni kan.
Gambar share dari FB.

Sekarang timenya mokcik nak rehat2 sikit...
Nanti kalau dah tua (sebab sekarang masih muda okeyyy muhahahaha) susah le pulak nak jenjalan kan kan.

ini waktu jenjalan di Tokyo dulu tu
ketika ini kami tengah seronok dapat boots baru ...hahaha
Gini le rupanya org Malaya yg kesejukan.
Di sebabkan kesejukan yang melampau, kami terpaksa le membeli boots ni...sambil menyanyi lagu...kernaaa terpaksa dalam hati(sebab tak pasal2 kena keluarkan duit...dah le dompet makin nipis...haiyaaa)
Kasut ni sangat le best pakai sebab kat dalam nya ada bulu gituuu.

Muka ala2 ultraman lah pulak

Idok le mokcik beli boots koning kat atas shelf itu...glemer sesangat  lak pulok.
Mokcik beli yang warna kecoklat2an ajer
Tapi berbaloiiii sangat beli sampai sekarang pun masih boleh guna...tak kan mokcik nak pakai waktu gi kerja...kannnn...overr tauu.

Dah 3 negara ( Jepun, Turki dan Korea.) mokcik pergi..mokcik pakai boots ni .
Kira berjasa lah jugok boots ni kan.
InsyaAllah nanti nak pakai kasut ni lagi.
Tak kasi???
Tak kira I nak pakai jugok.



keep smiling :D
my dream

angan-angan...usaha dan doa :D






Thursday, 20 September 2012

FM Hanoi



Terimakasih Mama Long(Kak Ma)...kasi FM Hanoi ni.
Mama Long tak puas hati sebab tak sempat nak shopping . Waktu yang di beri untuk shopping cuma 40 minit *kejam* hahaha

Tapi Mama Long memang cekap....kikiki
Buktinya sempat juga beli purse dan beg ni untuk adindanya.

dan plate dari kulit telur/kerang ni.
Terimakasihhhhhhh...love you.
She never fails to make me smile (sampai telinga)

First time tengok duit euro...jakun sekejap.
 Kesian mokcik.
Besar gedabak duitnya.
Tetiba je cerita pasal duit....jom tengok rambutan pulok.
Cerita yang melompat-lompat...lari dari topik.
Ampuuunnnn...



keep smiling :D
rambutan dah berbuah
walaupun dua bijik...tapi pokcik dan mokcik 
sungguh gumbira...sebab baru first time berbuah






Monday, 17 September 2012

Jom ke Pasar

 Pagi semua nak ikut pergi beli makanan untuk breakfast di Sungai Sekamat, Kajang.
Lepas tu rombongan Cik Kiah  pergi Pasar Ulu Langat pula....nak beli daging fresh.
Sebelum beli daging.... adik nampak buah mata kucing ni dulu.

Ayam pencen kalau buat rendang sedap ni.
 Beli daging dengan abang ni
Abang ni siap kasi tips lagi macamana nak kasi pisau tajam.


 Geramnya tengok sayur sayur kampung ni...kalau kat kampung semua ni free aje.


yang putih tu rebung.

penjual sayur-sayuran kampung.

Bila tengok biskut-biskut ni...adik agak excited...macam tak pernah tengok biskut before...hihi
Tambah-tambah bila tengok biskut butang tu.

Akhirnya dia dapat apa yang dia nak.




Begini lah rupa paras biskut butang.
Waktu akak kecik pun dah ada biskut ni.

cantikkan.

biskut ikan :)

Beli durian ni juga kat tepi jalan.
Pagi-pagi lagi kami dah makan durian.
Isi dia memang sedap banget.


zoom in sikit :-)

jom kita breakfast  pula.


Balik dari pasar baru le kami breakfast...hujan renyai-renyai time tu.
Best ...sejuk...sambil minum kopi.


Nasi berlauk

dan nasi kerabu.

Lepas tu terus masuk dapur. Masak rendang dan kari daging.


Petang Humyra datang.
Humyra pun suka biskut butang ni.


Kat Ummi dan Abah Humyra hidang kari dan rendang,...makan dengan roti.

bila humyra dapat pensil warna.




keep smiling :D
dan bila Humyra dapat penyapu dan mop :-)




Thursday, 13 September 2012

Jahitan dan Sulaman ..hobby yang ditinggalkan




Waktu kemas-kemas wardrobe hari tu...jumpa ni.
Uncang untuk isi selipar sewaktu pergi Mekah dulu.
Dah lama tak buat aktiviti menjahit dan menyulam ni.
Bila tengok...seronok le pulak.

Sekarang usahkan nak menjahit nak lipat baju pun tak sempat.
Tapi minat itu masih mendalam....waktu je takde.
Biasanya kalau buat sulaman suka buat bunga daisy sebab senang dan cepat.

Jumpa  cadar antik ni juga waktu kemas-kemas .
Cadar antik ni pun nak masuk blog juga tau...hahahah
Masih simpan walaupun dah lama(buat kenang-kenangan) . 
Ini pun jahit sendiri...jahit tangan sebab time ni tak de mesin jahit.
 Beli kain cotton ni kat Pakistani shop kat Bradford(20 tahun yang lalu)
Waktu  tu surirumah sepenuh masa...so sempat le buat aktiviti ni. 

jahitan tangan mokcik


cross stitch ni  akak buat waktu student lagi. Lamakan.
Sampai sekarang masih di gantung di dinding bilik Su Nor (adik bongsu akak).


Bilik Su Nor....dimana gambar cross stitch digantung.
Sampai sekarang anak-anak masih panggil bilik ni..bilik Su Nor.
Dulu waktu Adik Nor belum kahwin dan masih belajar di UIA..kalau datang rumah kami
selalu tidur kat bilik ni

Abang tengah pasang balik katil Su Nor ke bilik sebelah.
Sekarang bilik Su Nor dah jadi tempat simpan luggage dan barang-barang lain....stor lah tu namanya.

cross stitch ni pula disiapkan pada tahun 1995.




keep smiling :D
Home is where the heart is.


Tuesday, 11 September 2012

Open House Mama Long


Kak Ma ( Mama Long) dan Abang Wan ( Ayah Long)  jemput makan-makan hari Ahad kat rumah mereka di Keramat.... Of Course le suka...sebab tahu Mama Long akan masak sedap-sedap untuk kami. Menu yang kami idam-idam kan adalah nasi dagang.

Suka jar ini....Mama Long sila bagitahu kat mana  beli ye...hahahahahaa
Hari tu tak sempat nak tanya sebab Mama Long ramai tamu.
Sila bagi jawapan di FB atau SMS ye  :D

 Cucu Kak Ma 
Cucu mu...cucu ku juga (boleh buat judul drama ni)


Anak buah kesayangan hamba

 Opsss...Humyra, sila lap air liur dulu yerrr 

 Makan-makan juga...posing tetap posing

 Menu yang di sediakan.
tak sempat nak rasa semua  *sedih* hahahahaha
Nasi dagang kak ma masak memang sedap.

 kenapa le laksam ni sedap sangat(Kak Pah yang buat)..."terpaksa" le tambah dua kali...perrrghhh

 Kuih muih 
Agar-agar sedap ...tapai pun manis.


Petangnya Abang berangkat ke Egypt semula setelah bercuti sebulan lebih.

 Tokmi pun ikut mengantar Abang ke KLIA

 akan berpisah lagi.....buat sementara.
InsyaAllah jumpa lagi.

 tengah bagi nasihat atau tengah bagi taklimat ni???

 Adik cover sedih

 bye..bye abah..

 Tinggal lah Adik keseorangan, sebab Aqi pun dah mula semester baru ....sian kat Adik...sian kat Ummi juga...hahahha
Rumah kami kembali sunyi.




keep smiling :)
Aqi...Adik dan Abang






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...