Wednesday, 31 October 2012

Wajik Sedap


Assalamualaikum semua♥


Wajik sedap ni uwan yang kasi....sodapp.
Cukup lemak, cukup manis...lembut tapi bila kunyah ada rasa ketuk ketak sikit.
Hari Raya Haji ke-2 kami balik kampung Nogori 9.
Sebelum balik kampung singgah rumah Mama Long dulu di Keramat.

Kat rumah Mama Long .makan-makan lagi.Ada nasi minyak...nasi impit..rendang dan macam-macam.
Tak ambik banyak gambar sebab jurukamera sibuk makan..hihi



on the way ke rumah uwan...melalui kampung-kampung ni.
Kampung sapa ni? Sila angkat tangan ye.

Bila balik kampung...
inilah yang di impi-impikan...perrggghhh
Nasi impit kuah kacang dan rendang.
Uwan masak macam-macam sebenarnya...tapi ini yang dicapai dulu.

Masak lemak cili api ayam + kentang. 
Rasa lemak dan ada aroma serai menyebabkan makan bertambah-tambah.

 Masak asam ...kegemaran suami.

Ayam masak merah...kegemaran anak-anak.

 Sambal belacan yang sungguh sedap ni Alang yang buat.
Berfeluh-feluh kepedasan.

Sayur kacang...

Sup tulang ni memang power.
Hirup ...sruppppp...just imagine...hahaha


 Durian berbuah lebat...kat tepi dapur uwan jer ni.
Tapi durian ni tak mau gugur gugur juga....padahal jurukamera menunggu penuh harapan.


 cuaca panas terik..

 Bunga-bunga di rumah uwan.

 Pemandangan biasa ni...hihi
tak takut mati lansung Lombu2 nih.



ini pun pemandangan biasa kalau ke Kuala Pilah.
Segala macam salai pun ada..
Kalau balik kampung mesti beli...kadang-kadang beli daging salai...this time beli itik salai.

Balik rumah...itik salai dah berenang dalam kuah masak lemak cili api.
Sedap...suka aroma asap kat daging itik tu.

kejadian sebenar...no tifu-tifu ...on the way balik ke KL.
Baru kat Pilah dah jam....sedih...tapi yang lagi derita driver le.
Sebab orang sebelah driver asyikkk tidurrr je...hihi


Hari raya ke 3 ...dah kat rumah dah.
Kemas-kemas sikit...duk membelek ikan guppy kat dalam pasu.
Daun kesum dan pegaga jepun kat dalam pasu tu pun sihat walafiat.

guppies tak nampak le.


sorang-sorang je ke Dik?

Oppss ada Puteh teman abang angkat main bola rupanya.


eh eh puteh pakai contact lens le

 makan rumput juga puteh ni rupanya.

 Last sekali Aqi turun join adik main bola.
Walaupun Aqi tak berapa sihat, tapi bila main bola nampak sihat jer..tak macam orang demam pun.




keep smiling :D







Monday, 29 October 2012

Raya Haji 2012


Assalamualaikum semua...Selamat Hari Raya Idul Adha diucapkan.
7
Baru balik sembahyang raya

Kami tak balik kampung sebab cuti pun tak lama. Tokmi pun tak balik.
Semua adik beradik berkumpul kat rumah akak.

Tetamu yang paling awal datang...sebab rumah kami dekat je.

Akak cuma masak spaghetti melayunese bolognese dan pasta goreng tu.
Sebab sehari sebelum raya , akak kerja. Malam baru start masak.
Nasib baik ada yang tolong...kalau tak sure pingsan sensorang(ayat over)...haha
Lemang tu Emi buat beli.

 Para pembantu chef

Nasib baik Aqi ada balik...dia le yang tolong gi beli segala bahan untuk masak walaupun dia tak berapa sihat.
Adik pula bukan sakit mata tu...cuma pedih mata potong bawang..muhahaha

Cermin mata dah beralih ke Aqi pula.

Tokmi pun ikut serta dalam missi memotong bawang .

Agar-agar sedap ni...Adik Nor yang buat.
Makan sejuk-sejuk memang sedap sangat.

Biskut-biskut ni Adik nor yang bawa juga .

Cheese tart dan kek coklat ni akak beli :)
Jangan minta resepi ye..hihi

Tokmi dan cucunda


Kak Ma bawa kacang merah makan dengan kelapa parut...lazat sangat. Ada pulut juga. Kak Ma pun masak spagetti juga. Kak Na pula bawa ketupat, kuah kacang dan rendang.

Ini nasi dagang yang Kak Pah masak...Kak pah bawa satay juga.

Sebenarnya kalau raya di Terengganu....kami rayakan raya haji seperti raya aidil fitri.
Raya Haji di Terengganu memang meriah...so kami berusaha untuk merayakannya seperti di sana agar tokmi tak terasa rindu kat kampung halaman. Di samping tu, ni lah saatnya kami berkumpul adik beradik.

Acara korban di kawasan perumahan kami.

Ni pula acara menyalakan api.
Daging korban tu kami buat daging panggang

daging panggang

Kanak-kanak pun buat aktiviti tersendiri...Kak Inn yang temankan.

sibuk memasak juga...
anti chlorine mokcik dah berubah fungsi menjadi kicap la pulok.

Tokmi dan cucu perempuan...disaat cucu lelaki pergi solat jumaat.

Petang bapa saudara dari Penang singgah beraya. Bila ada yang datang, tuan rumah lah yang seronok. Semoga tali persaudaraan terjalin sampai bila-bila.

Esok InsyaAllah beraya di rumah Kak Ma pula.
Lepas tu balik rumah Uwan.




Keep Smiling :D
jangan terlebih garam ye humyra :D




Wednesday, 24 October 2012

Cheese Cake dan Tetamu


Sambil masak tengahari sempat juga buat cheese cake yang simple dimple ni.
Guna sukatan cawan saja.....masukkan semua bahan dalam mixer beberapa minit......done.....siap unk masuk oven. Resepi klik sini.
Kejadian ini pada hari Ahad baru-baru ni.Kalau weekdays...no time for baking2 ...hik hik

Kak Ma (Mama Long) dan Ayah Long datang ...sempat rasa cheese cake ni.
Waktu tu panas-panas lagi terus hidang...lembek pun lembek lah.
Seeloknya kena le masuk dalam fridge dulu baru senang nak potong.

 Mama Long bawa pisang goreng dan kuih ubi goreng bulat-bulat tu.



 Lepas tu Adik Nor dan Emi sekeluarga datang.
Tambah meriah dengan anak2 buah ni.


 Anak-anak di beri kebebasan bermain sebab mak ayah sibuk duk discuss tentang kitchen cabinet dan wardrobe :)

 Humyra pun nak makan juga.


 Mai kakak tolong Humyra.

Hari Ahad yang ceria...Alhamdulillah.



keep smiling :D
Puteh tengah tengok wajah nya
ada di blog Mak Angkat :D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...