Sunday, 25 November 2012

Musim Durian di Sungai Lui

Assalamualaikum ♥



 Eh kome dughian dah berbunge...ingat lagu Mr. Os ni kan...terutama bila musim durian tiba.
Secara jujur akak jarang ke sini, cuma suami yang rajin datang untuk tanam pokok buah-buahan. Akak cuma suka datang waktu musim buah ajer...uhuk uhuk

Hari minggu kami kumpul di dusun Sg.Lui ni(sila bayangkan lagu Aizat tu ye)
Acara bakar membakar dah menjadi acara wajib, sambil bergelak ketawa.

Lumut di tepi perigi...air perigi ni sejukkkk sangat tapi jarang digunakan :)

Durian kampung fresh dari pokok...baru gugur ni.

Akak suka durian ni...kecik, manis berlemak...walaupun pucat lesi.

Along tukang kopek...kami tukang makan :)

Pulut santan durian...memang sodap i tell you.

Tokmi tengah sekodeng nasi lemak Kak Pah yang super duper sedap.

Azalia 

Dah panas makan durian...jom terjun sungai yang sejuk airnya ni.

 Abang Shahmi dengan gaya kuak lentang

Kanak-kanak bagaikan tak nak keluar dari air...walaupun kulit dah legam.

Sungai di belakang dusun...agak privacy sebab jauh dari orang.

 Kanak-kanak naik dari sungai bila perut rasa lapar je...so kita siapkan special food untuk mereka ni.
Ni menu ayah chik yang sediakan.

Roti telur special.
Roti canai yang dah sejuk...panaskan semula dan tambah telur di atasnya.
Sedap dimakan panas-panas.

 Ternyata ada kerang  ni dalam sungai tu...(akak panggil etok)


So meninggal dunialah etok ni di rebus oleh ayah chik.

 jom tengok hasil bakar membakar...


 ikan bakar yang sungguh sedap  ni...

dan juga jagung bakar...


 ni bukan kami yang bakar

 Bahulu Classic
Ayah Chik yang beli OTW ke dusun....


 durian di pokok

 pisang dah mula besar....

rambutan beli...

 anak-anak sedara dan kakak2 ipar :)



 Tokmi tengah bermanja dengan puteri bongsu ( su nor)
sandar menyandar sambil bercerita ...

Bila jumpa dengan anak lelaki...mesti le nak story macam-macam cerita juga kan.

Tokmi tengah memangku cicit :)

Cicit tokmi...cucu sedara akak...Little Alia :)

kak Inn dan Humyra 
Ayah Teh (Abang Di) dan Teh (Kak Na) 
Gambar Mama Long tak sempat snap...jurukamera sibuk makan nasi dengan budu..hihi
Rambutan dalam mulut...

 Dah puas mandi sungai...jom main bola pula.

 Kami nak mandi lagi la Chik!!!

siap-siap nak balik...hari dah nak hujan.

Ayob..penjaga dusun.





 Keep Smiling :D
berjaya snap burung ni walaupun blur :)


Friday, 23 November 2012

Bermula dengan roti planta..



Assalamualaikum ♥


 Pagi-pagi dah pekena roti planta dan teh tarik kat kedai mamak.


Pastu basuh kereta yang dah berubah dari putih menjadi  kelabu asap...
Nasib baik tak de yang lukis gambar kartun ke kat debu kereta tu.
Mesti le gotong royong...mokcik tak suka buat kerja sorang-sorang...tak meriah...hiiii hiii

Adik Ma datang dengan Tokmi...
Terus dukung puteh.

Yeaaa...Abang Shahmi (anak buah akak) dah besar....Alhamdulillah.
Baru lepas bersunat time ni. Dah boleh senyum dah.
Waktu balik dari klinik tu ...Abang Shahmi menangis kesakitan sambil sebut
"Allah...Allah...Allah...tolong lah Allah...sakit sangat ni"


Pastu gi potong kuku kaki (pedicure)...nak potong sendiri dah tak boleh,
sebab sakit belakang *alasan...padahal sebab spare tyre *
Alang-alang buat kaki buat juga tangan sekali.
Cerry ni sangat baik dan sangat berpuashati dengan kerja dia.
Hidung dia dah mancung sekarang  dulu kemek je *faham-faham sendiri lah ye * hihi
Bila kuku dah bersih...rasa besttt sangat.
Thanks Cerry I love you...


Sementara tunggu Aqi, umminya makan roti bakar + white coffee ni dulu...
Makannn je yer....maklum le kalau hari kerja...makan pun tak sempat *alasan lagi*

Suruh aqi beli salmon...tapi dia beli baby salmon ni.
Rasanya tak sesedap salmon biasa tu.

Salmon tu buat sambal.

Pastu masak lemak udang +labu.

Banyak kenduri hari minggu tu...tak dapat le nak pergi semua.



Petang makan sira pisang ni pulak.
Sambil duduk-duduk...ambil angin petang.


 Keep Smiling :D
musim durian dah bermula :D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...