Tuesday, 25 December 2012

Rezeki, Birthday dan Ros Jepun


Assalamualikum

Zarin sms...nak hantar something katanya. Sabtu Akak kerja, so Zarin sangkut kat pagar aje....called adik ...takut brownies ni kena hujan. Siap pesan kat Adik...jangan makan dulu....Ummi nak ambik gambar...hihi

Thank you zarin ...untuk brownies yg sungguh lazat ini
Time ni dah masuk mulut  beberapa potong.

Hari yang sama...my customer gave me this cake.
Thank you dik...
Sungguh terharu sebab bersusah payah suruh maknya post this cake from Sarawak sana.

Kebetulan Humyra datang.
Lepas ni Ummi humyra kena try buat layer cake ni pula ye...sebab Humyra suka.
Mokcik humyra pun suka juga.

Last week Tokmi balik kampung dengan adik akak.
Balik dari kampung bawa karipap dan buah puk (sungguh glamer nama kuih ni kan..hihi)

Bukan karipap biasa.....tapi karipap berintikan serunding ikan.
Buah Puk tu pun berintikan serunding ikan juga...dan kulitnya dari ubi kayu
Orang Ganu dan Kelate rasanya tau kuih ni kan.
Mrs Izi, Aya dan whitecappuccino rasanya tau.

Mesti lah minum dengan  kopi.
Akak penggemar kopi tegar.
Walaupun pernah try untuk stop...tp tak berhasil.

Emi bawa jeruk asam jawa (from kampung),strawberry dan FM Cameron H.

Buah binjai ni pun Emi kasi.
Sapa yang tau buah ni sila angkat tangan.
Buah ni aromanya special...bau aje air liur dah keluar.
Sangat masam...tp best bila makan dengan gula.
Pokcik tak suka sebab dia tak pernah makan...tp mokcik sukeeee.

 Tempoyak ni pula my staff yang bawa dari kampung.
Sebalang besar youuu....thanks Su.
Boleh le mokcik masak macam2 nanti.

 Aqi dan tokmi

Tak lupa juga....happy birthday Aqi (22.12,12)
Semoga bahagia dunia dan akhirat.
Semoga selamanya menjadi anak ummi yang baik!
Love you!

Belanja Aqi makan di Zenith Restoran...masakan cina muslim di Bangi sana.
Seperti biasa menunya adalah...buttered prawn, yam basket, kailan goreng dan siakap mangga.



Nak cerita juga pasal ros jepun akak yang tengah galak berbunga ni.

 Thanks Elena...yang memberi tips tentang baja unk ros ni.




 Ada paparazi yang snap gambar mokcik yg sedang panjat kerusi unk capture ros jepun ni..kalau tau mokcik pakai baju cantik sikit...muhahaha




keep smiling :)
Our dinner
Tempoyak masak(uwan kasi), tenggiri jeruk, gulai ayam kampung(beli)
dan salmon goreng.


hari ni cuti lagi :)
Seronoknya.


Wednesday, 19 December 2012

Baked Salmon & Roti Kaya


Assalamualaikum ♥ 

Resepi ni Zaila yang kasi...thanks Zaila.
Resepinya simple saja....akak suka yang simple dan cepat di makan.

 Bahan-bahannya seperti di atas....
 cheese lupa nak snap.

 hasilnya....

for dinner.. 

Dapat makan bersama-sama keluarga adalah sesuatu yang indah.
Sambil bercerita apa yang berlaku sepanjang hari.
Kesimpulan yang dapat di ambil hari ni....penat itu indah, jika ianya dihargai....
tak faham tak pe...hihi

10.30 pm...perut keroncong lagi.
Teringin nak makan roti bakar yang macam tokmi yang selalu buat waktu akak sekolah dulu-dulu tu.


So malam-malam buta anak beranak turun ke bawah bakar roti.
Toaster dah lama rusak...malas nak beli baru.
Bakar je dalam pemanggang ikan ni....best juga.

Ini le rupa paras roti bakar majerin dan kaya..
Sambil hirup kopi o.
nyam..nyam...nyammm

 Dua beranak ni tak habis-habis main game.
Lepas tu ketawa-ketawa...entah apa-apa  je kan.
Mokcik malas nak join...baik mokcik BW..muhahaha




 Keep Smiling :D
Glass Beverage Dispenser ni...
Mama Long yang tolong beli kan.
Thanks Mama Long....senyum sampai telinga :))




Monday, 17 December 2012

Kisah Serigala & Balik Kampung...




Assalamualaikum ♥ 

Tahun ni ingat tak nak pergi ke tempat serigala ni(Bad wolf book fair)...tapi akhirnya tergoda juga.
Kami ke sini pukul 12 tengah malam...tapi orang masih ramai lagi.
Yang bestnya Pokcik tanya mokcik...buku tahun lepas dah habis baca belum?
mokcik cuma mampu tersenyum.
Perli nampak??

Ni buku yang Su Nor belikan untuk akak...sebab pada mulanya akak konon-kononnya tak nak pergi....thanks Su Nor.

 Ku tak tahan melihat senyuman Makcik Nigella ni....rasa nak beli semua buku-buku dia.
Cantiknya diaa

Ohhh pokcik ni pun mokcik suka juga...walaupun jarang senyum tapi dia pandai masak.

kebanyakan buku masakan yang akak beli...macam le rajin sangat memasak. Takpe le...suka tengok gambar je pun ok lah kan...muhahaahaha

Suka dengan slogan di pintu masuk ke tempat serigala jahat ni...
Empty your car...
drive the books home..
(your passengers can walk)


ni bukan New Zealand tau..ni Bukit Putus. Kabus macam salji je kan...hihi
Kami balik kampung..

 Ada durian...sodappp.

Ini MIL (Uwan) yang masak...memang menjilat jari.

Tak sah kalau uwan tak buat teh pekat-pekat cam gini...ohhh sungguh kawww.

makan pula dengan baulu yang ranggup diluar dan lembut di dalam.

Lepas makan jom kita melepak ramai-ramai..

Balik dari kampung...singgah beli baju sekolah adik..nasib baik tinggal sorang je lagi yang sekolah...kalau dulu 3 orang...susahnya nak cari saiz .


 Keep Smiling :D
Satu Malaya bagai "diserang" dengan crepe durian ..
akhirnya dapat  juga rasa, 
walaupun selalu aje terlambat 
( akak order dengan kawan lama )







Wednesday, 12 December 2012

12.12.12.....8 tahun telah berlalu.





Assalamualaikum ♡



12.12.12 genap 8 tahun perginya ayahanda tercinta.
Rasa macam baru je berlalu ...kami berulang alik dari KL ke KB untuk bergilir-gilir menjaga arwah di HUSM Kubang Kerian. Arwah meninggal post-op  polip usus. Operation berjalan lancar tapi arwah mengalami lungs failure selepas itu. Perginya arwah bagaikan hilangnya seorang ayah, guru, sahabat dan segala-galanya.


Kami hampir membatalkan pemergian kami ke tanah suci kerana di saat itu arwah sedang berjuang di ICU.
Tapi arwah pergi meninggalkan kami semua buat selama2nya belum kami berangkat ke tanah suci.
Kali terakhir arwah datang ke rumah kami ...arwah begitu  semangat dan teruja mengajar kami berdua cara-cara mengerjakan haji. 


Masih akak ingat...makanan terakhir yang akak hidangkan untuk arwah ayahanda adalah sandwich sardin(bakar)...
Arwah makan dengan berselera sekali...sebab kata arwah... tokmi dah lama tak buat :)
Makanya setiap kali menyediakan sandwich sardin...misti terbayang wajah arwah .
Rindu yang mencengkam...wajah ayahanda tak pernah padam dari ingatan.

gambar hiasan

Masih terbayang saat sebelum operation...arwah dengan tenang berkata dia redha segala apa yang bakal terjadi sewaktu atau selepas operation nanti.
Arwah  tak pernah putus-putus berpesan agar menjaga Adik Nor (Su Nor) adik bongsu akak dengan baik jika dia tiada nanti. Alhamdulillah kini Adik Nor dah pun berumah tangga dan dah pun punya Humyra yang kami kasihi.
Semoga ayahanda tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin



Tuesday, 11 December 2012

Rosemary Chicken dan Kaktus



 Assalamualaikum semua..♡
Akak datang nak sapu sawang di blog ni...harap semua sihat.
Kepenatan dan kesibukan sebenarnya yang membataskan usaha untuk menulis.
Akhir tahun biasanya macam tu le...orang lain bercuti , akak kerja lintang pukang.
Takpe le rezeki masing-masing...Redha aje lah :)


 Akhirnya akak berjaya juga masak rosemary chicken ni setelah sekian lama teringin nak buat bila tengok kat blog Mama Mia dan Tia.....thanks Zu, ....semoga ilmu yang diberi mendapat berkat dan pahala dari Allah.


Kak Pah  my SIL pun pernah kasi resepi ni...disebabkan tak tulis...akhirnya lupa.
Mengharap sangat Kak Pah aktif balik menulis blog agar dapat saling share resepi.

 Ini bahan-bahannya....akak "derhaka" sikit...akak tambah capsicum dan tomato cerry.


Anak-anak makan dengan mayonis....mereka ni kalau boleh semua food pun nak letak mayonis.
Minggu ni Aqi dan adik ada, so semangat sikit nak masak sebab ada yang tukang makan.
Tokmi pun ada.
Ayam ni kami makan berlima....licin !!
Alhamdulillah :)

 Ni story minggu lepas....Adik dan Aqi tak ada....Nasib baik tokmi datang bersama Adik Ma dan Abang Shahmi (anak buah akak).
Sambil makan durian. Tak le sunyi sangat.

Petang Humyra dan yier pun ada.
Mokcik ni janji nak masak sandwich pada adik ma.
Tokmi pula masak pengat durian...sayang gambar takde.


Pagi dah siap-siap nak tukar tanah kaktus...semua dah siappp.
Tapi tak jadi....mood tarakk.
Boleh ke macam tu? Teruknya !

 Akhirnya bukannya tukar tanah...tapi duk snap gambar kaktus.

 Dah lama tak tukar tanah...dah kocut kaktus den ni.
Kaktus memang kena tukar tanah sekali sekala...agar gomok kembali.

 Ni kaktus yang tanam di tanah...tak banyak songeh.
Tak letak baja pun tak pe..
Tujuan sebenar tanam kaktus ni dulu kononnya nak elak sang pencuri panjat pagar...muhahaha
Sebab pagar akak rendah.

 Ni kaktus yang akak potong...dah tumbuh anak di tempat potongan tu.

Akak panggil kaktus telinga arnab.

!
 Ini bukan kaktus...hihi
kes lari dari topik lagi ni...tp takpe lah kan...bukan karangan SPM pun.
Bunga gantung...tp akak tak gantung pun ..just letak berderet tepi pagar. 


Pokok pegaga Jepun dan pokok kesum yang baru kena trim.
Buang daun daun yang tua....agar tumbuh daun baru.
Anak beranak guppies menatap kat dalam pasu tu.
Beranak pinak.




Keep smiling:)
              Selamat beristirehat semua :)
                            

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...